Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam telah menitahkan cadangan untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara bagi kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.
“Berdasarkan taakulan (pendapat) saya, dengan ilham daripada-Nya, tarikh dan waktu yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan solat hajat serentak adalah pada hari Jumaat pada 27 Mac bersamaan 3 Sya’ban 1441H selepas Solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing.
“Saya menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk menyahut titah Yang di-Pertuan Agong dengan melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara,” katanya.
BERIKUT PANDUAN DAN SARANAN DOA OLEH YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
Kepada semua umat Islam di Malaysia, saya mencadangkan doa-doa berikut dibacakan selepas solat.
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu pun dengan nama-Nya sama ada di bumi atau di langit. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan ‘afiah.”
Semoga dengan doa, rintihan dan munajat kita kepada-Nya, Allah SWT berkenan untuk memakbulkan permintaan kita ini.
Sumber kredit: Web Mufti Wilayah Persekutuan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramai yang masih menunggu konvokesyen dari universiti masing-masing. Gadis manis berlesung pipit yang dikenali merupakan seorang aktivis dan pelajar dalam bidang Psikologi. Tahukah anda Hazwani merupakan adik kepada salah seorang aktivis terkenal di Malaysia yang biasa membuat misi kemanusiaan, iaitu Heliza Helmi.
Berumur 25 tahun, Hazwani yang dipanggil ika mengikuti jejak kakaknya menjadi seorang aktivis kemanusiaan ini berjaya menggengam segulung Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan dalam jurusan Psikologi. Perasaan bersyukur dan gembira dapat digambarkan di akaun media sosialnya. Pastinya buat Hazwani yang sangat sibuk dengan aktiviti kemanusiaan bersama NGO pastinya membuatkan dirinya rasa bersyukur.
Menurut Hazwani di akaun Instagramnya, dia menyatakan bahawa keluarga, ibu dan bapanya merupakan pembangkit semangat untuk dia memiliki segulung ijazah itu. Semestinya ia bukan sesuatu yang mudah buat Hazwani. Selain itu, Hazwani juga berpendapat bahawa keluarganya yang melihat jatuh dan bangun dirinya sebelum berjaya menggengam segulung ijazah. Siapa sangka dalam kesibukan harian, Hazwani dapat menamatkan pelajarannya dengan cemerlang.
“Tiada harta yang lebih bernilai selain dari keluarga tercinta. Mereka menjadi saksi saat ika jatuh, saat ika takut, saat ika buntu dan mereka juga menjadi saksi hingga ke saat ini ika dapat memegang segulung Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Psikologi),” Menurut Hazwani melalui kapsyen gambar di Instagramnya.
Hazwani juga menegaskan sebagai seorang pelajar yang sudah tamat belajar untuk memikul tanggungjawab yang patut sepatutnya. Menurut Hazwani, ilmu yang dipelajari merupakan perlu seimbang dengan dunia dan juga akhirat tidak dilupakan.
“Semoga kita semua kekal istiqamah sepanjang apa yang dipelajari di UIA dan teruskan perjuangan di arena masing-masing,” ujar Hazwani
Sebagai hamba Allah yang mencari ilmu di dunia, jangan sesekali lupa akan akhirat juga. Hazwani turut menyatakan banyak yang perlu dipelajari dan perbaiki. Hazwani turut berdoa agar kita memiliki ilmu ladunni. Selain itu, Hazwani meminta agar semua mendoakan dirinya, keluarga dan semua muslimin muslimat agar di bawah jagaan Allah SWT.
Akhir kata, pasangan adik beradik ini bukan sahaja memperjuangkan isu ummah di Syria dan Gaza. Malah, mereka pernah berkali-kali menyertai misi kemanusiaan ke sana dalam membantu masyarakat di sana. Baguskan! InsyaAllah, jika kita ikhlas dalam melakukan sesuatu pasti mudah!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sering kita lihat luahan rakan-rakan mahupun ahli keluarga yang memuat naik status di laman media sosial mereka yang mengatakan seperti ‘karma will come‘ ataupun apa-apa yang berkaitan. Tetapi adakah ia wajar di perkatakan sebegitu?
Ramai yang masih terpinga-pinga apabila soal mengatakan hukum karma ini bakal terjadi meski pun ianya adalah kepercayaan agama hindu. Ada perbezaan antara kepercayaan agama yang perlu kita tahu sebelum kita ujarkannya.
Sumber gambar dari Canva.
Buat mereka yang tidak tahu, konsep karma itu sendiri merupakan satu kepercayaan dalam agama hindu yakni ia mempunyai konsep yang sangat berbeza dengan kepercayaan agama Islam. Seperti apa yang kita pelajari sebagai umat Islam, setiap apa yang terjadi di dunia ini adalah kehendak dan kuasa daripada Allah SWT. Kita sama sekali di larang untuk meyakini sebab dan akibat yang bakal berlaku tanpa campur tangan Allah SWT itu boleh jadi suatu bentuk kekufuran.
Meski pun, konsep karma ini telah lama tular di kalangan masyarakat di negara kita terutama sekali yang beragama Islam, kita harus tahu bait-bait perkataan yang di keluarkan itu adalah kena pada syarak. Menurut perkongsian di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, konteks konsep ‘karma’ yang harus umat Islam ketahui dalam agama suci ini adalah “perbuatan setiap manusia sama ad baik atau buruk itu akan di balas oleh Allah SWT sama ada di dunia atau akhirat berdasarkan apa yang dia lakukan”.
Sumber gambar dari Canva.
Sedikit sebanyak mengenai konsep karma, ia berasal daripada bahasa sanskrit dan punyai asas kepercayaan bagi Hinduisme, Buddhisme dan Jainisme. Konsep ini mula di jumpai melalui teks lama Hindu iaitu Rigveda, dan kemudiannya di kembangkan melalui perbincangan Upanishad. Seperti yang sudah di ketahui semua, Karma membawa maksud ‘perbuatan yang memberi kesan kepada hasil atau keputusan’, yakni memberitahu bahawa apa yang kita lakukan sama ada jahat atau baik, kita juga bakal terima yang sama pada masa akan datang.
Tambahan lagi, karma menurut Hindu, mempunyai tiga, peringkat pembalasan yang terdiri dari sachinta karma (masa yang telah berlaku/karma yang pernah berlaku), parabdha karma (karma yang sedang berlaku/kesan daripada karma yang dahulu) dan agami karma (karma pada masa hadapan yang di tentukan melakui karma yang sedang berlaku). Jadi karma ini juga di nilai sebagai undang-undang pembalasan moral atau juga undang-undang kosmos yang akan membalas setiap perbuatan baik mahupun buruk. Kepercayaan karma ini juga menjafa tindak kawalan serta tingkah laku manusia supaya mereka dapat menambah baik dan berharap agar manusia lebih berbakti kearah kebaikan.
Kita perlu tahu bahawa setiap perkara yang kita percaya bakal berlaku dengan sendirinya dan menghiraukan kekuasaan selain dari Allah SWT boleh membawa kepada kekufuran. Melalui akidah Islam, semua perkara yang berlaku adalah dengan kekuasaan dan kehendak dari Allah SWT. Apa yang terjadi pada alam ini adalah dari kehendak Allah SWT dan semuanya bergantung kepada kekuasaanNya. Begitu juga seperti yang paling senang untuk kita lihat adalah peredaran bulan dan bintang pada paksinya, itu adalah contoh terbesar kekuasaan Allah SWT.
Jika ingin di bincangkan tentang karma ini, ada terdapat konsep yang bercanggah dengan akidah Islam. Melalui agama Islam, ia di yakini bahawa segala perbuatan jahat oleh manusia itu pasti akan ada balasannya sama ada di dunia ataupun akhirat.
Maksudnya:“Kebaikan tidak akan pudar, dosa tidak akan dilupa, al-Dayyan(Allah yang Maha Membalas segala amalan hambanya) tidak akan mati, jadilah seperti mana yang kamu ingin, seperti mana yang kamu lakukan kamu akan dibalas.”
Meski pun status hadis ini adalah daif, namun, ia boleh di amalkan dan ambil pengajaran dalam bab fadhail amal di samping maknanya adalah benar. Perkataan الجزاء من جنس العمل yang bermaksud:
‘Balasan itu sesuai dengan apa yang di lakukan.’
Ia banyak di perkatakan oleh ramai ulama di mana anataranya Imam Ibn Kathir, Imam Ibn Qayim al-Jauziyah dan juga Ibn Rajab al-Hambali. Juga terdapat banyak hadis dan ayat al-Quran turut menyebut tentang perkara ini, antaranya:
Maksudnya:“Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.”
(Riwayat al-Bukhari)
Juga melalui Ibn Rajab al-Hanbali ketika menerangkan makna hadis ini berkata:
هذا يرجع إلى أن الجزاء من جنس العمل ، وقد تكاثرت النصوص بهذا المعنى
Maksudnya:“Perkara ini merujuk kepada balasan mengikut kepada jenis amal. Terdapat banyak nas-nas yang menunjukkan kepada makna ini[7].”
Menjadi kesimpulan di sini bahawa hukum karma itu sendiri tidak boleh di pakai dalam agama Islam. Menjadi satu perkara yang wajib bagi setiap umat Islam untuk meyakini bahawa apa yang berlaku sama ada di dunia mahupun akhirat adalah satu kehenda dari kekuasaan Allah SWT. Kepercayaan yang meyakini bahawa sesuatu perkara itu berlaku bukan atas kehendak Allah SWT boleh membuatkan anda kufur.
Nama Hawa Rizwana Redzuan cukup hangat sekitar tahun 2017 apabila dia diumumkan sebagai Wartawan Penyiaran dan sekaligus menjadi wajah Berita TV9 sebagai penyampai. Dikatakan memiliki iras Neelofa, Hawa sesekali tidak leka dengan populariti dan melakar kerjayanya dengan baik.
Bermula sebagai pelatih industri di Media Prima untuk rancangan Wanita Hari Ini, gadis berusia 27 tahun ini sedikit demi sedikit mendaki tangga populariti dek bakatnya.
Dari Berita TV9 dia diberi mandat untuk menjadi pembaca berita Buletin Utama pula. Bukan itu sahaja,dia turut bergelar pengacara Wanita Hari Ini dan Hello Doktor yang mana kedua-duanya bersiaran di TV3. Kini, dia telah pun diumumkan sebagai pengacara program sensasi, MeleTOP yang baharu.
Setelah sekian lama Neelofa meninggalkan kerusi pengacara, akhirnya kerusi hos tetap telah pun diisi bagi bergandingan bersama Nabil Ahmad. Hawa yang sebelum ini pernah beberapa kali diundang menjadi hos jemputan ternyata membuktikan yang kebolehannya untuk mengemudi rancangan berbentuk hiburan.
Pengumuman tersebut telah dilakukan sebentar tadi menerusi rancangan MeleTOP dan disambut meriah dengan sorakan penonton yang hadir secara langsung di studio. Pengumuman Hawa juga bersempena dengan 10 tahun rancangan tersebut bersiaran.
Sedikit latar pendidikan mengenai Hawa, dia merupakan graduan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan dan Ijazah Sarjana Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi MARA. Walaupun sibuk dengan kerjayanya, dia berjaya menamatkan pengajian sarjananya Mac tahun lalu dan pernah memperoleh keputusan 4.0 dalam salah satu semester pengajian.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.