Sel dalam badan sentiasa diperbaharui dan sel mati akan terkumpul pada permukaan kulit. Jadi, penting bagi kita menggunakan skrub muka untuk menghilangkan sel mati pada kulit wajah
Rasa kagum setiap kali memandang wajah orang yang bersih daripada sebarang cela. Wajah yang mulus dengan kulit yang bersih tentunya mengundang rasa ingin tahu apakan rutin kecantikan yang diamalkannya.
Hakikatnya untuk memiliki kulit wajah cantik bersih bukanlah sesuatu perkara yang boleh dilakukan dengan sambil lewa. Disiplin diri dalam mencuci wajah menggunakan pencuci muka amat diperlukan bagi mendapatkan hasil diinginkan.
Salah satu perawatan wajah yang penting untuk dilakukan ialah step exfoliation atau skrub wajah.
1. Untuk yang rutin skincare belum lulus, atau belum kukuh, lebih baik gunakan physical skrub.
2. Gosok lebih kuat tak membersihkan kulit anda, tapi boleh merosakkan sel kulit hidup muka (kulit jadi lebih sensitif). Usap dengan lembut je, folikel pada physical exfoliator/scrub dah cukup singkirkan sel kulit mati.
3. Jangan skrub pada jerawat untuk elakkan kuman dan bakteria tersebar seluruh kulit wajah.
4. Kulit berminyak sangat perlukan exfoliasi. Kulit jenis ini paling mudah memerangkap minyak dan kotoran dalam pori.
IKLAN
5. Kulit jenis berminyak juga, ada lapisan kulit mati yang lebih tebal. Sebab itu kalau perasan, oily skin mudah nampak lebih kusam.
6. Untuk beginner, cukup seminggu sekali. Tambahkan kekerapan ke 2 kali seminggu atau bila perlu bila kulit dah boleh tolerate dengan bahan aktif scrub.
7. Produk seperti serum, moisturizer, essence lebih berkesan selepas exfoliate. Sel kulit mati halang produk mahal korang menyerap ke dalam.
IKLAN
8. Nak cepat hilangkan parut? Salah satu ikhtiar ialah exfoliate iaitu proses singkirkan sel kulit mati.
9. Gunakan jari tengah dan jari manis kerana pressurenya tidak menekan kulit.
Tips Scrub yang perlu korang tahu1. Untuk yang rutin skincare belum pas, atau belumkukuh, lebih baik gunakan physical…
10. Cari folikel dari bahan semulajadi jika guna physical exfoliator seperti kulit badam, beras dan lain-lain. Biji-biji plastik dalam exfoliator tak sesuai untuk kulit sensitif. Refer “natural exfoliator”.
Kalau ditanya step exfoliation ini penting atau tidak, jawapannya sangat penting. Sebab kulit kita menghasilkan sel kulit mati setiap hari. Maka sebab itulah kita perlu ‘singkirkan’ sel-sel kulit mati tersebut.
Cuaca amat memainkan peranan yang mampu menganggu gugat kesihatan serta keadaan kulit kita. Apabila cuaca terlampau panas, ia bukan sahaja memberi risiko kulit menjadi gelap atau mendapat sunburn. Tetapi pada masa sama, ia juga menyerap segala lembapan dalam kulit, sekaligus membuatkan kulit menjadi kering.
Lebih buruk lagi, apabila masalah kulit ini dibiarkan tanpa sebarang inisiatif atau rawatan, ia akan menjadi semakin kering sehingga menyebabkan pengelupasan, kulit bersisik dan akhirnya kulit menjadi berkedut dan kerepot.
Alamak! Seramnya bila kulit cepat tua sebelum usia. Justeru di sini Hijabista kongsikan cara mudah bagaimana anda boleh mengembalikan semula kelembapan kulit dan melindungi keanjalan kulit agar kulit kekal sihat dan remaja.
Mudah Je Sis! WAJIB Oleskan Bahan Ini, Untuk Dapat Kulit Bebas Terhidrat
Mesti anda dah tak sabar nak tau apa dia bahan yang ampuh untuk melindungi kelembapan kulit ni kan? Losyen Penghidratan Hada Labo adalah jawapanya dan WAJIB ada dalam rejimen penjagaan kulit anda. Ini Antara Sebab Kenapa Hijabi WAJIB Guna Losyen Penghidratan Hada Labo!
Mesti hijabi terfikir, apakah beza diantara Losyen Penghidratan Hada Labo ini dengan losyen-losyen lain yang tersedia di pasaran kan?
Betul memang terdapat lambakan produk losyen di farmasi atau drugstore. Tetapi apa yang membuatkan losyen ini bebeza adalah Hada Labo merupakan jenama penjagaan kulit Jepun yang menekankan bagaiamana wanita di Jepun menjaga serta melindungi kecantikan serta kemulusan kulit mereka.
Malah, Losyen Penghidratan Hada Labo ini merupakan produk terbaik! Hingga dinobatkan sebagai losyen no.1 Jepun selama 16 tahun berturut-turut tau.
Justeru, disini Hijabista senaraikan 4 kebaikan yang bakal kulit hijabi perolehi jika konsisten menggunakan losyen ini!
1. Beri Penghidratan Mendalam Pada Kulit
Penghidratan adalah penting kerana kulit yang sihat adalah kulit yang sentiasa terhidrat. Apabila kulit anda terhidrat dan sihat, semua masalah kulit yang lain seperti tona kulit tidak sekata, kulit kusam, kulit berminyak dan kesan penuaan seperti garis halus dan fineline tidak akan muncul dengan mudah.
Losyen Penghidratan Hada Labo mampu memberikan penghidratan kepada kulit hijabi sehingga 8 jam lamanya. Selain itu, ia juga membantu mengimbangi minyak dan air di dalam kulit, sekaligus mengembalikan keserian dan meminimakan pembentukan garis halus pada wajah.
2. Konsep Minimalis Jepun, Fokus Kesihatan Kulit!
Minimalis Jepun merupakan konsep yang menfokuskan tentang cara mengekalkan kehidupan yang sederhana dan bersih. Hada Labo menawarkan penjagaan kulit wanita Jepun dengan rejim kecantikan yang ringkas tetapi ampuh dan berkesan untuk mencapai kulit yang sihat secara semulajadi dengan hanya tiga langkah sahaja! Langkah 1: Basuh, Langkah 2: Tepuk Losyen dan Langkah 3: Lembapkan.
Hijabista mengesyorkan agar hijabi menggunakan Losyen Penghidratan Hada Labo sebagai langkah pertama penjagaan kulit. Ini penting kerana, kulit anda perlu dihidratkan terlebih dahulu agar dapat menyerap kebaikan produk dengan lebih berkesan.
3. Mengandungi Bahan-Bahan Premium Dan ‘Essential’
Losyen Penghidratan Hada Labo mengandungi bahan-bahan premium yang penting, tanpa sebarang bahan berbahaya, seperti pewarna, pewangi, alkohol, minyak mineral, paraben dan MIT.
Selain itu, losyen ini kini turut membantu melindungi bukan sahaja kulit hijabi tetapi alam sekitar. Pembungkusan losyen ini berkonsepkan mesra alam yang diperbuat dari tumbuhan yang boleh dikitar semula, iaitu 10% polietilena (PE) berasaskan tumbuhan dan 90% polipropilena (PP) berasaskan Petroleum.
Ini antara alternatif semulajadi, berbanding menggunakan botol plastik konvensional yang mencemarkan alam sekitar. Botol-botol yang boleh dikitar semula sepenuhnya ini membuktikan betapa komitednya Hada Labo terhadap falsafah “tidak lebih, tidak kurang” yang membantu mencegah kemusnahan alam.
Di samping hijabi melindungi kulit, hijabi juga turut membantu melindungi flora dan fauna dari tercemar dengan penggunaan Losyen Penghidratan Hada Labo!
4. Kualiti Tinggi Dan Terjamin
Losyen Penghidratan Hada Labo turut mengandungi HA berkualiti tinggi dalam nisbah keemasan yang bertujuan menghidrat setiap lapisan kulit anda serta menguatkan penghadang kulit (Skin Barrier) untuk kulit yang sihat dan cantik semulajadi.
Di dalamnya juga terkandung 5 jenis Asid Hyaluronik, termasuk HA yang Difermentasi Pertama di Dunia tau. Wow hebatnya!
Jadi jangan berlengah lagi sis! Jika tidak keadaan kulit kering tu akan jadi semakin teruk! Dapatkan segera Losyen Penghidratan Hada Labo di laman sesawang rasmi Hada Labo Malaysia atau laman Facebook MY Hada Labo.
Jika sis dah menggunakan losyen ini, kongsikan kepada kami pengalaman anda di laman sosial, bagaimana perjalanan memperoleh kulit sihat dan mulus bak wanita Jepun bersama Hada Labo. Jangan lupa gunakan hashtag #HadaLaboMalaysia #HadaLabo #HydratingLotion #SkinHydration #JapaneseWayOfBeauty
Biasanya kita hanya melihat sisi glamour Rozita Che Wan, Ruby dan juga Ayu Raudhah sebagai antara pasangan selebriti adik beradik yang mempunyai aura tersendiri.
Namun selain tiga fugura ini, rupanya dalam keluarga mereka yang turut menjadi tumpuan juga adalah adik kepada Che Ta, iaitu Datin Rohaiza Che Wan atau mesra dipanggil Datin Jaja.
Beliau rupanya telah melahirkan cahaya mata keenamnya, tetapi badan kekal langsing dan cantik.
Beliau yang ada muat naik foto selepas berpantang anak keenam sempena majlis akikah dan netizen turut memuji penampilannya yang kekal langsing seperti anak dara. Malah ramai bertanya rahsia penjagaan dirinya itu.
faatinalmashoor MasyaAllah comel nya baby. Mummy mcm bukan bru bersalin ja. Gorgeous.. semoga sentiasa mendapat keberkatan dri Allah. Amin
Tidak dinafikan, hubungan mereka adik beradik memang cukup rapat antara satu sama lain. Mereka dilihat sering bercuti bersama-sama dan kecantikan mereka adik-beradik memang amat dicemburui wanita di luar sana.
Bercerita dalam satu temu bual bersama Nona, Datin Jaja yang ketika itu ibu kepada lima cahaya mata memberitahu tidak mempunyai petua kecantikan yang khusus.
Tetapi menurutnya setiap kali selepas melahirkan anak, dia memang jenis seorang yang kuat berpantang.
Apatah lagi jarak anak-anaknya yang sangat rapat dan penjagaan amalan berpantang itu memang sangat penting.
Beliau juga menjadikan ibunya sebagai idola. Mahu cantik dan bertenaga seperti maknya. Justeru Datin Jaja patuh semua pantang larang yang diajar oleh maknya ketika berpantang.
Malah turut menjaga pemakanannya dan amalkan makan nasi panas dan halba serta ulam. Wanita tinggi lampai ini juga banyak makan pegaga untuk memperbanyakkan aliran susu kerana menyusukan anak secara eksklusif selama dua tahun.
Selain itu juga, untuk penjagaan rutin kesihatan, beliau memang begitu menjaga pemakanannya. Jarang mengambil air manis, pencuci mulut atau deserts yang memang jadi kegemarannya.
Apatah lagi mengenang usia yang sudah meningkat jadi makanan dan minuman manis wajib dikawal.
Untuk pengetahuan, Datin Jaja mempunyai enam orang anak (4 perempuan dan dua lelaki) berumur sekitar dari 9 tahun hingga yang masih bayi lagi hasil perkahwinan dengan suami tercinta.
Bibir yang merah, mungil dan bersinar pastinya menjadi idaman ramai kaum wanita. Keadaan kulit bibir yang tidak sihat atau kering juga boleh mengubah warna gincu, selain struktur bibir wanita.
Bibir adalah kulit yang paling nipis, sensitif dan perubahan warna pada anggota badan itu boleh terjadi akibat pelbagai faktor termasuk kekurangan melanin, gaya hidup serta cara penjagaannya.
Melalui perkongsian Marijaena di laman Twitter, wanita ini berkongsi tip merawat bibir yang gelap, kering dan merekah.
Boleh juga mencuba perawatan semula jadi. Ini perkongsiannya. Bolehlah diamalkan ketika di rumah.
Bibir merah bak delima merupakan idaman setiap wanita. Dengan mengamalkan petua di bawah, anda tentu dapat melihat kesannya dalam masa yang singkat, tetapi ia juga bergantung kepada cara aplikasi dan penerimaan kulit anda.
BAHAN-BAHAN:
Satu sudu serbuk kunyit
Satu sudu susu
½ sudu jus lemon
Satu sudu air mawar
*Jika mahu boleh tambahkan sedikit madu lagi melembapkan bibir.
CARA PENYEDIAAN:
Campurkan kesemua bahan di atas, kemudian gaul hingga sebati. Sapu pada bibir dan gosokkan perlahan-lahan selama tiga minit. Setelah itu, bilas dengan air suam.
1. Serbuk kunyit
Kunyit mengandungi antioksidan dan antibakteria yang mampu mengurangkan pigmentasi, memperbaiki kulit dan mengurangkan lingkaran hitam.
2. Lemon
Lemon kaya dengan vitamin C dan asid sitrik yang membantu menegangkan serta mencerahkan kulit.
3. Air mawar
Air mawar mempunyai ciri-ciri antiradangan yang membantu mengurangkan kemerahan kulit dan menghilangkan jerawat serta jeragat. Ia berkesan untuk mengeluarkan minyak berlebihan dan kekotoran dari pori-pori.
4. Susu
Susu kaya dengan vitamin B, asid alfa hidroksi, kalsium dan antioksidan lain yang mampu menyihatkan kulit dari dalam, sekali gus mengekalkan kulit lembap sepanjang hari.
Selepas ini tiada lagi masalah bibir hitam, lebam dan pucat. Boleh dijadikan regim kecantikan pada waktu hujung minggu jika anda seorang yang sibuk. Namun jika ada kelapangan boleh juga dilakukan dua hari sekali bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.
Untuk pilihan produk penjagaan BIBIR yang lebih bervariasi, KLIK di sini.
Perkara berkenaan dimaklumkan Nora menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya, sebagai satu hantaran penghargaan kerana Betty merupakan sahabat yang sering menganjurkan majlis-majlis ilmu.