Skrub wajah merupakan rutin kecantikan yang perlu kita lakukan. Ia penting bagi memastikan segala sel-sel kulit mati terangkat daripada kulit wajah.

Jika mahukan kulit yang flawless dan berseri, jangan sesekali tinggalkan aktiviti skrub wajah. Ia merupakan rutin wajib yang perlu dilakukan selain rutin membersihkan wajah seharian.

Apabila kulit wajah sudah di skrub, kulit wajah pasti rasa bersih dan licin. Namun, bukan semua skrub itu sesuai dengan wajah kita. Maka sebab itulah penting untuk kita memilih skrub yang bersesuaian dengan kulit.

Tahukah anda bahawa dengan melakukan aktiviti skrub wajah secara berkala, kulit wajah akan tampil bersih, sihat dan cerah sekata.

Berikut 9 Skrub Wajah Terbaik Dari Drugstore Yang Boleh Dibeli:

Tahukah anda betapa pentingnya skrub dalam rutin penjagaan wajah. Skrub digunakan untuk membersihkan lapisan sel kulit mati yang kusam. Sel-sel kulit mati ini akan terkupas dan mendedahkan lapisan kulit wajah yang baru. Ia jauh lebih bersih, cerah dan bebas cela.

IKLAN

Ini contoh skrub yang terbaik yang anda boleh beli di drugstore.

1. Wardah Natural Daily Seaweed Balancing Facial Scrub (100ml)
Skrub muka murah yang terbaik untuk kulit kombinasi dan berminyak
Harga mulai RM7.00

2. Nivea Bio Aloe Vera Rice Scrub (75ml)
Skrub wajah beras dengan formula gel yang dingin
Harga mulai RM13.23

3. Himalaya Tan Removal Orange Face Scrub (100ml)
Skrub wajah dengan oatmeal – menghilangkan kesan sunburn
Harga mulai RM18.00

IKLAN

4. Freeman Charcoal & Black Sugar Gel Mask + Scrub (175ml)
Skrub muka 2-dalam-1 dengan masker dari serbuk arang
Harga mulai RM17.43

5. Garden of EDEN Gentle Exfoliating Facial Scrub 75 ml
Skrub muka untuk kulit kering – beri lembapan ekstra pada kulit
Harga mulai RM15.90

6. NEUTROGENA Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub
Skrub wajah untuk hapus blackhead – kulit wajah bebas minyak
Harga mulai RM19.05

7. ST. IVES Energizing Coconut & Coffee Face Scrub
Skrub wajah dengan serbuk kopi – halang dari radikal bebas
Harga mulai RM16.90

IKLAN

8. Eucerin Pro ACNE Solution Scrub 100ml
Skrub wajah sesuai untuk kulit rawan jerawat dan sensitif
Harga mulai RM44.25

9. PALMER’S Coconut Sugar Facial Scrub
Skrub wajah dengan kebaikan gula dan kelapa, melicinkan wajah
Harga mulai RM25.06

Sel dalam badan sentiasa diperbaharui dan sel mati akan terkumpul pada permukaan kulit. Jadi, penting bagi kita menggunakan skrub wajah untuk menghilangkan sel mati pada kulit wajah. Untuk kulit wajah dengan iritasi, pilihlah skrub wajah yang kurang kasar bagi mengelakkan luka pada kulit wajah jadi lebih teruk.

Semoga dengan perkongsian ini para hijabi akan mendapat panduan tentang pemilihan skrub yang tepat.

Sumber kredit: Faiqah Nasir

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI