Siti Sarah Raissuddin Meninggal Dunia Setelah Dijangkiti Covid-19

Share

Penyanyi terkenal Malaysia dan juga usahawan, Siti Sarah Raissuddin, 36, telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi akibat jangkitan Covid-19.

Allahyarham yang dimasukkkan ke hospital pada Rabu lalu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 5.13 pagi hari ini di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Isteri kepada pelawak, pelakon dan usahawan Shuib itu terlebih dahulu pada 26 Julai 2021 menerusi hantaran di Instagram, memberitahu kepada umum bahawa pembantu rumahnya terlebih dahulu disahkan positif. Oleh itu seluruh ahli keluarganya melakukan ujian calitan sebelum disahkan positif.

Sarah sebelum ini telah melahirkan bayi lelaki pra-matang pada usia kandungan 7 bulan, Jumaat lalu. Diberi nama Ayash Affan, bayi tersebut kini dilaporkan stabil dan memberikan tindak balas positif.

Selain itu Sarah memiliki tiga lagi cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra,8 dan Ariq Matin,6.

Takziah Hijabista ucapkan kepada seluruh keluarga Siti Sarah atas pemergiannya.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan segala amal kebaikan diterima oleh-Nya.

Sumber: Media Hiburan

IKLAN