Trend penggunaan pembersih wajah yang berasaskan minyak bermula di Korea. Penggunaan cleansing oil dapat membantu membersihkan liang pori yang tersumbat akibat penghasilan minyak pada kulit wajah.

Selain itu penggunaan cleansing oil juga membantu menyihatkan, membuang mekap jenis waterproof dengan mudah dan menghapus segala kotoran yang berasakan minyak pada wajah anda.

Pembersih jenis ini amat sesuai untuk semua jenis kulit wajah termasuklah sensitif. Apabila digunakan secara konsisten ia akan memberikan kesan kulit wajah yang sihat dan bersih daripada cela.

Penggunaan cleansing oil juga merupakan salah satu cara atau langkah untuk menyingkirkan whitehead dan blackhead pada kulit wajah.

Berikut dikongsikan cara-cara memakai Simple hydrating cleansing oil. Moga bermanfaat.

LANGKAH 1

LANGKAH 2

WAJIB BUAT

LANGKAH 3

Yang ni kali ke 2 urut, baru mula rasa berpasiaq jari tu sampai aku pulak geli kali ke 2 gosok dgn ayaq. Kali pertama aku takdan ambik gambaq sbb ayaq masuk dalam hidung mangsa ni dia celapak mangkit tapi tak keluaq apa sangat mungkin sebab dia baru nak proses kan.

Ini yang ketiga kali.

Ini kali yang ke empat.

Sebelum sapu cleansing lotion dan toner, pakai cleansing lotion supaya kulit jadi lembap.

Ini selepas selesai cleansing lotion dan toner. Bersih dan segar sahaja wajah.

MANFAAT PENGGUNAAN CLEANSING OIL
*Menghapus semua jenis mekap dan sunscreens lebih cepat dan mudah.
*Membuatkan kulit terasa kenyal dan halus.
*Mudah disesuaikan dengan jenis pembersih lain jika anfa ingin melakukan kaedah perawatan kuliot wajah cara double cleanse.

Cleansing oil yang bagus untuk kulit adalah yang tiada haruman. Ianya kaya dengan komponen yang dikenali sebagai gliserida, yang berfungsi untuk menghilangkan segala yang anda tidak inginkan pada kulit wajah anda selain memenuhi keperluan kulit yang lain seperti melembapkan kulit wajah.

Semua jenis kulit boleh menggunakan cleansing oil yang diformulasikan untuk dibilas dengan air dan tidak meninggalkan kesan berminyak. Bagusnya cleansing oil ialah ia dapat memenuhi keperluan anda untuk membersihkan mekap dengan lebih cepat dan berkesan.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk menyelesaikan masalah whitehead dan blackhead pada kulit wajah.

Sumber kredit: Raihana Bakhtiar

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI