Blotting paper atau kertas minyak berfungsi menghilangkan minyak berlebihan dari kulit tanpa mengganggu riasan yang diaplikasikan pada wajah. Semua kertas minyak tersedia dalam berbagai jenis yang sesuai dengan keperluan kulit anda. Sangat praktikal kerana boleh di masukkan di dalam beg tangan.

Kertas minyak ada yang murah dan mahal dan juga sangat efektif dalam membantu mencapai tujuan anda, mengurangkan minyak pada wajah. Kertas-kertas minyak ini benar-benar penyelamat hidup dan anda tidak perlu lagi bimbang tentang kulit berminyak.

Apakah anda punya wajah yang berminyak? Jika itu masalah anda, kertas minyak terbaik adalah benda wajib yang harus ada dalam beg tangan anda!Kertas minyak punya bentuk yang tipis, mudah menyerap, mudah dibawa di dalam beg walau ke mana sahaja kita pergi.

Kertas ini membantu menyerap lebihan minyak dan anda tidak perlu cuci muka lagi setiap saat! Selain itu, kulit akan terlihat matte dan segar setiap saat. Jika anda baru pertama kali memakai kertas minyak atau mungkin anda ingin menggantikan kertas minyak yang biasa anda gunakan, boleh tengok senarai ini.

1. Boscia Fashionably Matte
Ada dua variasi, Fresh Blotting Linens dan Green Tea Blotting Linens.

Linen serbuk ini lembut pada kulit dan secara efektif menghilangkan minyak berlebihan dari permukaan kulit tanpa merosakkan solekan. Ini berita baik bagi mereka yang bimbang tentang solekan mereka yang kononnya mungkin terjejas saat menggunakan kertas minyak. Ini adalah kertas minyak terbaik untuk kulit berminyak.

2. Neutrogena Shine-Control Blotting Sheets
Lembar kertas ini berwarna biru dan tidak berubah menjadi gelap saat terkena minyak di kulit wajah. Produk ini adalah lembaran kertas minyak yang efektif untuk kulit berminyak dan dengan cepat menyerap minyak pada kulit, membuatkannya kering dan memberikan tampilan matte.

IKLAN

 

3. Clean and Clear Oil Absorbing Sheets
Apakah Anda ingin wajah yang segar dan bersinar? Lembaran-lembaran ini adalah pilihan terbaik bagi anda kerana ia ‘bekerja’ seperti magnet minyak. Teksturnya lebih seperti plastik yang membuatkannya lebih lembut untuk menyerap minyak pada wajah dan lebih mudah bagi minyak untuk terserap ke dalam lembarannya.

4. E.L.F Shine Eraser Oil Blotting Sheets
Ini adalah produk murah namun berkualiti bagus. Produk ini mampu menghilangkan minyak daripada kulit tanpa menyebabkan kekeringan. Kertas-kertas minyak ini tipis tetapi memiliki kekuatan untuk menarik minyak yang cukup tinggi.

 

IKLAN

5. Shiseido Pureness Oil Control Blotting Paper
Walaupun agak mahal tetapi harganya sepadan dengan kualitinya. Kertas-kertas minyak untuk kulit berminyak ini lembut dan dilapisi dengan hidroksiapatit yang merupakan agen penyerap minyak yang kuat. Produk ini juga memiliki lapisan tipis yang tembus cahaya dan memberikan hasil akhir matte setelah menyerap.

 

6. Sephora Collection Blotting Papers
Ada lima jenis, Calming Natural Tea Tree, Glacial Clay, Natural Vitamin C dan E, Natural Lavender, Salicylic acid, dan Mattifying. Produk ini datang dengan wangian yang harum dan istimewa serta ‘luar biasa’ dalam menyerap minyak.

 

IKLAN

7. NYX Blemish and Oil Control Blotting Paper
Kertas-kertas minyak ini datang dalam berbagai jenis seperti tea tree, blemish control dan green tea. Lembaran-lembaran kertas ini mampu mengecilkan pori-pori dan menyerap minyak dari kulit, sehingga membuatkan kulit bersih.

 

8. Tatcha Japanese Blotting Papers
Kertas minyak ini mengandung serpihan emas yang dikatakan sangat bagus untuk kulit. Set ini terdiri dari 30 lembar kertas biasa dan 40 lembar kertas minyak untuk malam hari. Produk ini menghilangkan minyak berlebihan daripada kulit tanpa mengganggu solekan yang diaplikasikan pada wajah.

Ucapkan selamat tinggal pada kulit berminyak dengan kertas minyak yang menakjubkan ini!