Seperti yang kita ketahui, Shila Amzah telah menimang cahaya mata sulung pada 31 Ogos tahun lalu. Anak lelakinya seberat 2.88 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan C kecemasan (emergency C Section).
Sama seperti ibu-ibu yang lain, tugas sebagai seorang ibu bukanlah semudah yang disangka. Tubuh yang sihat dan bertenaga amat penting bagi seorang ibu bagi memastikan urusan rumah tangga berjalan dengan lancar.
Dalam entri di laman Instagramnya Shila berkongsi cabaran sebenar bergelar seorang ibu.
Ads
Right after I gave birth to seth I realised that I don’t actually want to lose weight anymore, but I want to be stronger.
I’ve lost my core strength, my breathing placement wasn’t smooth when I sing.. Sha rasa bila kita jaga anak kan, kita tak kuat, meaning tangan kita takde muscle langsung, agak mencabar la untuk sha sbb seth kan bambam selalu rasa tulang belakang sakit, tangan sakit..bila dah badan sakit kita pun jadi malas dan tak terurus la..
Ads
Bila mak mak kat rumah dah give up, hancur pula rumah nanti sbb mak adalah teras yang paling penting dan utama dalam rumah that’s why sha decide after recording I can see your voice tu, sha dah tak nak toleh ke belakang.. I want to be stronger and healthier.. So after 6 months of #postcsection sha start workout 2 months ago since 15th of march, I felt so much better now! Lepas tu kita tiba2 ada pkp pula kan, sha macam “okay perfect” boleh buat routine baru. Banyak la benda yang sha discover pasal diri sha and sha belajar.
Sebut sahaja nama Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta, pasti terbayang figura cantik tinggi lampai yang sentiasa bijak menatarias gaya meski sudah berusia.
Memandangkan kebelakangan ini di sosial media rancak membincangkan isu rumah tangga penceraian dan juga masalah orang ketiga, hingga ramai wanita teraniaya dan dinafikan hak mereka oleh pasangan, Che Ta tampil menyeru para wanita agar berdiri diatas kaki sendiri tanpa bergantung pada orang lain meskipun pasangan.
Mengulas isu sama, Che Ta menegaskan agar wanita diluar sana keluar bekerja serta mencari pendapatan sendiri supaya masa depan lebih terjamin.
Jelasnya lagi, wanita perlu mempunyai ‘backup plan’ serta lebih bersedia jika berlaku sesuatu musibah atau dugaan dalam rumah tangga, namun jika pasangan bertindak agresif dengan ‘naik tangan’ hingga menjadi mangsa keganasan rumah tangga, wanita disarankan angkat kaki dengan segera.
“Ini termasuklah bila wanita itu terjebak dengan situasi keganasan rumah tangga dan mempunyai suami jenis kaki pukul. Orang perempuan jangan jadi bodoh. Sekali lelaki naik tangan, kita angkat kaki keluar dari situasi toksik begitu.
“Buat laporan polis dan pemeriksaan di hospital, itu antaranya. Tetapi, paling penting, apa pun yang terjadi, orang perempuan kena ada kerja, cari duit sendiri dan jangan bergantung harap pada lelaki,” kata Che Ta lapor media tempatan.
Ketika ditanya adakah wanita patut menjadi lemah, tunduk dengan pujuk rayu serta permohonan maaf pasangan dan memberikan peluang kedua setelah dikasari dan menjadi mangsa keganasan rumah tangga, ini respon Che Ta!
“Tak usahlah percaya jika dia pujuk cakap minta maaf dan tidak akan buat lagi. Itu semua bohong. Kena ingat, awak kahwin dengan orang sama, bila dia dah berlaku kasar, dia tidak akan berubah.
“Sedangkan kita pun tidak berubah, jangan harap dia pun akan berubah. Jangan bagi peluang kedua kepadanya kerana dia masih orang yang sama tidak akan berubah,” tegasnya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA.
Bukan mudah untuk wanita menghadapi cabaran arus berfesyen terutama wanita bekerjaya. Penampilan adalah antara subjek penting untuk menambah keyakinan di alam pekerjaan.
Naluri wanita yang semestinya sentiasa menginginkan kecantikan membaluti diri. Melihat gaya semasa, dia mahu mencuba. Bila muncul ‘trend’ terkini, dia juga tidak mahu ketinggalan sama.
Tanyalah kepada mana-mana remaja perempuan mengenai fesyen, hampir semua menunjukkan minat untuk tampil cantik bergaya mengikut cita rasa masing-masing.
Ada yang gemar tampil feminin, ada pula memilih gaya ringkas dan tidak kurang juga ada yang suka kelihatan memukau.
Seiring peredaran masa, wanita khususnya hijabi kini semakin bijak berfesyen walaupun sekadar untuk menghadiri kuliah atau keluar pada hujung minggu bersama rakan dan keluarga.
Golongan itu sangat menitikberatkan pemilihan busana, tudung dan aksesori termasuk kasut dan beg tangan terutama dari jenama. Malah jenama item fesyen yang digayakan dilabel sebagai lambang gaya seorang hijabi yang bijak berfesyen.
A post shared by faezahelai (@faezahelai) on Jan 7, 2020 at 10:00pm PST
My 2019 fashion style.. I studied fashion dulu.. 1 thing I understand about fashion is that, u dont need to wear Prada, Chanel or Louis Vuitton to makes you look fashionable.. Is how u carry out the design.. fashion means u feel comfortable and confident..but sad pemahaman org kita, fashion means kena hi end ala2 omputih.. sampai kadang2 klu org luaq tgk, dia tk tau org yg pakai tu agama apa..
I dont mean it has to be tudung labuh or pakai jubah, pakai seluaq or skirts, cause i dont judge people from what they wear. Islamnya seseorg itu terletak pada Rukun Islam dia, bukan baju dia, klu semua aurat tutup sekalipon nampak mata ja,tp Rukun Islam pon tk penah buat, yg tu bukan Islam ,setakat pakai jubah and tudung labuh ke lutut, pompuan arab yg bukan Islam pon pakai yg sama.. .
Cuma, utk yg bertudung tu, bila org tgk, org tau hg tu Islam.. tk kisah lah hg lilit tudung mcm mana pon.. .
Contoh mcm hakak, walaupon hakak mcm Jessica Alba ,tp mmg tau dh hakak Muslim.. klu Trumph tgk dia tembak teruih. Walaupon langsung tak sempurna cara hakak tutup aurat..
You know what I mean? Jgn salah paham pulak.. dont manipulate my words hokey.. Moga kita teruih istiqomah..
I just need @properhijab to look like Jessica Alba.. I dont need LV,Prada or Fendi.. well well..
Sumber kredit: faezahelai
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ella satu nama yang tidak asing lagi hingga mendapat jolokan Ratu Rock. Mula berhijab sejak Ramadan 2016, penampilan berhijab tidak sedikit pun menghalang Ella untuk beraksi lincah seperti biasa dan mengekalkan identitinya sebagai ratu rock negara.
Sejak berhijab, Ella dilihat sering menampilkan fesyen yang mengikut syariat. Atas alasan itu, jenama pakaian Muslimah nombor satu tanpa gosok, Sabella, tidak teragak -agak memilih Ratu Rock Negara, Ella sebagai duta pertamanya selama setahun kontrak.
Malah tanpa diduga kerjasama ini memberikan simbolik tersendiri kerana nama Sabella sendiri mempunyai bunyi nama Ella. Semuanya bagaikan sudah tertulis kerana sejak tahun 2016 jenama Sabella mula mengorak langkah hingga dikenali.
Pasangan suami isteri, Mohd Sufian Sulaiman (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Siti Fatimah Abd Samat (turut dikenali sebagai Siti Sabella dan juga sebagai pengasas) memilih untuk bermula dari bawah tanpa menggunakan pengaruh popular termasuk di kalangan artis. Nama Sabella sebenarnya diambil dan diilhamkan daripada nama anak kedua Sufian dan Siti Fatimah, Faiqa Salsabila.
DAKWAH KECIL
Ella atau nama sebenar Nor Zila Aminuddin, 53, sendiri yang ditemui pada sidang media Sabella x Ella di The Love @ Matic, KL sendiri cukup optimis dengan kerjasama terjalin.
“Saya sendiri menyokong apa yang diusulkan Sabella yang bertujuan membantu masyarakat menceburi perniagaan sekali gus memberi variasi dalam pakaian muslimah dengan harga berpatutan dan mampu milik.
“Proses berjalan dengan mudah kerana mengambil masa yang singkat. Ia bagaikan dirahmati dan dipermudahkan. Jika selama ini mereka tular dengan baju tanpa gosok ingat Sabella, lepas ini ingat Sabella… jangan lupa mimpi Ella sekali okey,” seloroh isteri kepada Azhar Ghazali yang dinikahinya sejak Julai 2012.
Diusik dengan persoalan apakah beliau menerima bayaran lumayan untuk tugas sebagai duta jenama itu, Ella hanya tersenyum manja.
“Macam saya katakan tadi, matlamat dan visi Sabella cukup jelas dan itu sendiri sudah menjadi tarikan magnet untuk berlaku kerjasama ini. Melihat anak muda yang ingin membantu masyarakat dan berdakwah dengan penghasilan baju Muslimah, ia sememangnya harus dicontohi oleh semua usahawan lain. Apatah saya sendiri juga menceburi dunia perniagaan.
”Banyak perkara sebenarnya yang buat saya sendiri jatuh hati dengan Sabella. Namanya pun sudah dekat dengan nama Ella. Rekaan yang dikeluarkan juga sangat cantik dan kemas, selain mampu dibeli buat semua golongan termasuk pelajar universiti. Pendek kata sesuai untuk semua peringkat usia.
“Bab bayaran itu, saya rasa tak perlu untuk dikongsi umum. Cuma jumlah yang dipersetujui membuatkan kedua dua belah pihak gembira,” katanya.
ELLA KEKAL RELEVAN WALAU SUDAH TIGA DEKAD
Sementara itu, Mohd Sufian Sulaiman pula melihat pemilihan Ella seiring dengan penyanyi itu yang masih relevan hingga kini biarpun sudah lebih tiga dekad mewarnai pentas seni.
“Jenama Sabella juga mahu menjadi pilihan yang relevan sampai bila bila seperti Ella. Kelompok peminat Ella sendiri bukan hanya daripada golongan dewasa, malah generasi muda turut mengaguminya.
“Begitu juga impian kami supaya dapat terus diterima dalam tempoh yang panjang. Kontrak Ella bermula Februari lalu untuk tempoh setahun. Insya-Allah kerjasama ini akan diteruskan dari tahun ke tahun.
“Kami mensasarkan dengan memilih Ella sebagai duta dapat terus membakar semangat serta membantu rakyat Malaysia khususnya wanita untuk memakai pakaian Muslimah yang berkualiti dan berpatutan,” kata Mohd Sufian.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.