Gaya Hidup

Shikin Maembong Tampil Manis Berhijab, Peminat Doa Moga Istiqamah, “Hadiah Hari Jadi Suami”

Share

Penampilan terbaharu pelakon Shikin Maembong bertudung mencuri perhatian ramai apabila dia berkongsi sekeping foto dirinya mengenakan tudung berwarna putih di media sosial.

Menerusi hantaran di Threads, Shikin memberi bayangan bahawa penampilan manis tersebut merupakan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran suaminya, penyanyi dan komposer, Cat Farish.

“Hadiah hari jadi suami. Agak-agak abang @catfarish suka tak?

Bismillah.”

Shikin Maembong Bertudung Raih Perhatian Warganet

Perkongsian pelakon berusia 36 tahun itu pantas mendapat perhatian pengguna media sosial. Ramai yang memuji penampilan Shikin yang kelihatan semakin ayu, sopan dan berseri apabila mengenakan hijab.

Selain memuji penampilannya, ramai juga mendoakan agar segala urusan Shikin dipermudahkan sekiranya benar dia sedang melangkah ke arah perubahan yang lebih baik.

“Bukan setakat suami akak saja suka, seluruh alam pun suka. Semoga istiqamah ya.”

“Subhanallah, cantik akak. Mesti abang Cat Farish suka, gembira dan teruja sangat.”

“Jenuh juga fikir apa hadiahnya. Oh, baru perasan sebab pakai tudung ya.”

Belum Ada Pengesahan Mengenai Penghijrahan

Bagaimanapun, sehingga kini Shikin masih belum memberikan sebarang kenyataan sama ada penampilannya itu menandakan dia sudah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya atau sekadar penampilan khas bagi perkongsian tersebut.

Justeru, sebarang andaian mengenai keputusan peribadinya tidak wajar dibuat selagi tiada kenyataan rasmi daripada beliau sendiri.

Shikin Maembong Dan Cat Farish

Untuk rekod, Shikin mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan komposer Cat Farish pada 20 Disember 2015.

Penampilan Shikin Maembong bertudung ini bukan sahaja mencuri perhatian peminat, malah mengundang pelbagai doa dan kata-kata positif daripada warganet yang berharap agar beliau sentiasa diberikan ketenangan, kekuatan dan kebahagiaan bersama keluarga.

Semoga setiap langkah Shikin menuju kebaikan sentiasa dipermudahkan serta dilimpahi rahmat dan perlindungan Allah SWT.

Related Post
Published by
Nana