Bagi semua yang mengikuti laman sosial selebriti popular iaitu Neelofa, anda pasti tahu bahawa kini dia sedang berada di Milan, Itali bagi menghadiri acara terhangat di sana buat masa kini iaitu Milan Fashion Week (MFW).
Tampil dengan pelbagai look yang outstanding, gaya Neelofa berpakaian suit putih paling mencuri tumpuan ramai apabila dia memilih untuk berhijab penuh bagi memadankan dengan busananya yang sememangnya sangat menawan itu.
Dengan suit yang sangat empowering, Neelofa bagai seorang ikon hijabi yang tidak takut pada apa jua cabaran yang mendatang.
Bukan mudah untuk mendapatkan peluang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Beruntungnya selebriti dan ahli perniagaan ternama, Neelofa apabila dicalonkan dalam kategori usahawan dalam sebuah anugerah berprestij antarabangsa, Influencer Awards 2019 Monaco.
Menyifatkan pencalonan itu sebagai ruang terbaik bagi mengukuhkan empayarnya, beliau tidak menyangka namanya tersenarai dalam anugerah ajuran keluarga diraja Monaco tersebut.
“Sudah tentu, kemenangan adalah perkara paling besar dalam hidup saya. Peluang ke sana juga akan saya manfaatkan bagi bertemu dengan orang berpengaruh bagi mengembangkan rangkaian perniagaan saya,” ujarnya.
Bakal berlangsung di Monaco pada 5 dan 6 Oktober depan, Neelofa berharap pencalonannya itu dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia bagi mencapai impian yang lebih besar. Tambahnya, beliau benar-benar menghargai peluang yang julung-julung kali datang itu.
Kali kedua dianjurkan, Influencer Awards 2019 Monaco direalisasikan Pauline Ducruet yang juga anakanda sulung Puteri Monaco, Stephanie bersama beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.
Influencer Awards 2018 Monaco diadakan pada 7 Oktober lalu di Hotel Meridien Beach Plaza menyaksikan 27 anugerah diberikan pada majlis itu.
Antara pemenang-pemenang pada majlis tahun lalu ialah penulis blog fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Gaya Hidup) dan jurusolek Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Jurusolek Paling Berpengaruh).
Baru-baru ini telah tular mengenai isu seorang anak muda Malaysia menerima emel scam mengatakan dia dianugerahkan biasiswa pengajian ijazah sarjana muda daripada NASA.
Ramai rakyat Malaysia yang terkejut dengan perkhabaran itu kerana sebelum itu sudah ramai yang berbangga dan mengucapkan tahniah kepadanya kerana bukan senang untuk ditawakan sesuatu yang begitu besar daripada NASA.
Biarpun kelihatan ayu, namun jangan sesekali cuba mencabar dirinya kerana aksinya yang lincah di gelanggang gusti boleh membuatkan sesiapa sahaja gerun apabila melihatnya.
Itulah Nor Diana atau lebih dikenali sebagai Nor ‘Phoenix’ Diana, ahli gusti berhijab pertama di dunia. Baharu sahaja berusia 20 tahun, Diana sudah melakar sejarah yang tersendiri apabila tersenarai dalam ‘Forbes Asia 30 Under 30 2020’.
Berasal dari Kuala Lumpur, siapa sangka hijabi muda ini telah melangkah setapak lagi ke dunia lakonan pula apabila bakal muncul dalam sebuah filem baharu tidak lama lagi.
BAKAL BERGELAR PELAKON
“Saya kini sedang giat menjalani latihan untuk menyiapkan diri bergusti semula. Di samping itu, saya juga terlibat dalam penggambaran filem ‘Small Town Heroes’ terbitan Lomo Pictures. Bukan itu sahaja, saya kini sedang melakukan persiapan untuk filem “Juara” terbitan Piledriver Entertainment (Asia) Sdn Bhd yang dipersembahkan oleh Quinton Group (ketika temubual dilakukan).
“Saya juga banyak mengisi masa lapang dengan melakukan temu bual bersama media tempatan serta antarabangsa,” jelasnya yang merupakan anak keempat daripada lima beradik ini.
Ditanya mengenai rutin kecantikan dan kesihatan yang diamalkan, semestinya Diana menjadikan aktiviti gusti sebagai cara untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan yang dimiliki.
“Memang kebiasaannya saya akan komited terhadap latihan di gimnasium sebanyak tiga kali seminggu dan juga latihan gusti iaitu dua kali seminggu. Tiada sukan lain di dunia ini yang saya gemari selain gusti.
“Kalau dari segi kecantikan pula, saya gemar melakukan facial spa dengan cara tersendiri. Kebiasaannya akan dilakukan tiga kali seminggu. Saya juga kerap minum air kosong dan pastikan pengambilannya cukup agar sihat luar dan dalaman.
YAKIN ITU CANTIK
“Bagi saya definisi cantik ialah keyakinan. Cara seseorang itu membawa dirinya. Tetapi sejujurnya, saya percaya setiap insan di dunia ini cantik dengan cara mereka yang tersendiri,” ujar Diana.
Biarpun nampak ganas di gelanggang gusti, namun Diana mendedahkan bahawa sebenarnya dirinya merupakan seorang yang pemalu, pendiam dan introvert.
Namun apabila saya di gelanggang, saya berubah menjadi karakter pentas saya, Phoenix. ‘Dia’ benar-benar berbeza dengan keperibadian saya. ‘Dia’ yakin dan outgoing. Saya gemar bercerita di gelanggang melalui pro-gusti dan menghiburkan penonton yang menyaksikannya.
“Saya tidak pernah lagi mencuba sukan lain selain gusti tetapi jangan terkejut jika saya beritahu bahawa saya meminati dunia tarian.
“Fakta yang orang tidak tahu mengenai diri saya ialah saya berkebolehan untuk menari tarian tradisional. Bukan itu sahaja, saya juga pernah bermain violin dalam kumpulan okestra,” kata Diana yang mula jatuh cinta pada dunia gusti selepas kerap bermain permainan WWE di PSP sewaktu kecil.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai Diana, langgani segera majalah Hijabista edisi terkini!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.