Selebriti terkemuka negara, Neelofa telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 33 pada hari ini. Berbeza berbanding tahun sebelumnya, ia menjadi hari yang teristimewa buat dirinya kerana pada tahun ini dia meraikannya sebagai seorang ibu.
Dihujani pelbagai ucapan daripada ramai pihak, ibunya yang tersayang iaitu Datin Noor Kartini turut menitipkan ucapan istimewa buat anaknya yang tercinta itu di laman instagramnya.
Love you Ummi Bilal Sayang…
Happy Birthday anakku sayang @neelofa ❤️ Ya Allah terima kasih atas anugerahmu ini, yang telah memberikanku satu kenikmatan hidup yg tidak pernah terfikir dek akal ..
Ads
Alhamdulillah syukur Ya Allah.. semoga segala asbab dari karunia ini Allah ganjarkan dgn nikmat yg luar biasa untuk mu wahai anakku ,dengan segala kebaikkanmu Allah permudahkan segala urusan Dunia dan Akhiratmu, dengan ketaatanmu Allah buka segala pintu2 rahmatnya untukmu, dengan ketaatanmu Allah sentiasa meredhaimu, kerana mama setiap detik dan setiap saat meredhaimu dan mendoakan keberkatan untuk mu wahai anakku❤️
Moga Allah panjangkan usiamu dgn kesehatan yg afiyah dan rezeki yg barokah dan sentiasa dlm kecukupan .. amiin
Ads
Moga dgn kehadiran Bilal dlm hidupmu lebih menambahkan keserian dan kebahagiaan hingga ke Syurga .. love you Ummi Bilal sayang❤️
Fishcake atau kek ikan selalu dijadikan rencah untuk pelbagai jenis masakan. Sebagai bahan tumisan untuk mi goreng, bihun goreng, masakan tom yam, sup dan sebagainya.
Ada juga yang gemar menikmatinya begitu sahaja dengan cara menggoreng dan kemudian dicicah bersama sos cili. Memang sedap!
Kalau beli dikedai tentulah fishcake ini ada bahan pengawet. Apa kata anda cuba buat sendiri.
HOMEMADE FISHCAKE-NO MSG
Alang alang tu kita bagi resepi sekali yek
BAHAN-BAHAN:
500g isi ikan tenggiri (buang tulang,kulit)
3/4 air ais (anggaran)
4 sb tepung ubi
2 sb tepung jagung
1 sk lada sulah
3/4 sk garam
1 sb minyak masak
CARA-CARA MEMBUAT:
#1 Kisar isi ikan sampai hancur (saya guna blender kering)
#2 Keluarkan isi ikan. Tuang air ais sikit demi sedikit. Gaul sampai sebati. Jangan terlampau lembik.
#3 Masukkan semua bahan yang lain. Gaul sebati. Uli adunan 4-5 minit (dengan tangan). Adunan memang lembik sikit dan melekat kat tangan.
#4 Lumur minyak pada permukaan dan sisi loyang. (Saya sapu sikit sangat, terpaksa potong dalam loyang ^_^)
#5 Tuang adunan dan padatkan dalam loyang. Nak bagi adunan atas licin cantik, ratakan dengan minyak sikit.
#6 Kukus 15 minit. Keluarkan dari kukusan, rehatkan 10 minit.
#7 Terbalikkan fishcake dan potong. Ikut la nak besar mana.
#8 Deep fry.
Kalau nak buat stok frozen, goreng kejap dan simpan.
Selamat mencuba.
Sumber kredit: Nur Asyikin Shokori
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Perkembangan dunia digital masa kini membuatkan kita lebih senang muat turun gambar melalui medium sosial untuk disimpan sebagai kenang kenangan. Tapi ada kalanya apa yang kita muat turut itu boleh menyebabkan orang lain rasa tidak senang hati melihatnya. Ini yang boleh membawa kepada penyakit Ain (mata) yang viral dibicarakan di media sosial. Bukan tak boleh muat turun tetapi ada cara tersendiri bagi mengelakkan penyakit Ain ini. Perkongsian wanita ini di laman facebook memberitahu cara terbaik upload gambar bagi mengelakkan gambar kita disihir atau santau.
Kita peru sentiasa berwaspada dengan penyakit Ain (mata) ini kerana daripada matalah segalanya boleh terjadi perkara yang tidak elok.
Ini kerana dengan pancaindera yang satu itu kita melihat segala kebaikan dan keburukan orang lain.
Berjaga-jaga dengan pandangan kita kerana boleh melontarkan diri ke lubuk paling dalam. Boleh berlakunya pujian dan kemudiannya melahirkan sifat dengki melihat paparan kebahagiaan di media sosial contohnya.
Menurutnya terdapat beberapa tip yang boleh kita jadikan panduan sebagai muat turun foto di laman sosial masing-masing.
Perkongsian Nurul Hassanah ini mendapat lebih 3 ribu butang like dan hampir 7 ribu pula yang menekan share. Masing-masing berterima kasih atas perkongsian berguna ini terutama dalam era dunia digital tanpa sempadan.
Bismillah, malam ni saya nak berkongsi cara atau tips upload gambar di media sosial untuk mengelakkan gambar kita disihir/santau. Sebelum itu, ilmu ini kredit kepada ustaz halim (kalau tak silap), Mohon doakan kesejahteraan ustaz.
Tips pertama – Rujuk gambar no 1. Make sure mata tidak melihat sharp pada kamera. Kita tengok sisi.
Tips kedua – Rujuk gambar no 2. Wajah tak diambil semua, ada half lagi tu memang sengaja tak bagi nampak.
Tips ketiga – Rujuk gambar no 3. Kalau mata pandang kamera secara sharp dan wajah bagi tengok semua, pastikan upload size yang sangat kecik. Ust azhar pun ada bagi tips ni.
Tips keempat – Rujuk gambar no 4. Gambar di ambil secara separuh yakni tidak menampakkan bawah kaki. Pendek kata tak ambil satu badanlah.
Tips kelima (extra tips) – Tidak mendedahkan nama penuh mak di media sosial.
Sesungguhnya sihir/santau masih diamalkan orang sekarang dan mudah sahaja untuk melakukannya hanya dengan sekeping gambar. Ust tak beritahu kenapa kena buat begini tapi ini sedikit ilmu untuk elakkan diri kita disihir melalui gambar. Ada “sebab” nya tersendiri. Apa-apa pun sama-sama lah kita dekatkan diri pada Allah agar diri kita sendiri menjadi benteng yang kukuh tak ditembusi benda syirik sebegini. Wallahualam.
Saya izinkan ilmu ini disebarkan pada keluarga & kawan-kawan. Semoga bermanfaat.
P/s: Status ini umum untuk perempuan dan lelaki. Tak upload lagi baik. Namun ada yang upload untuk tujuan muamalah/bisnes so bolehlah guna cara ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hiburan dan jenaka itu adalah fitrah dan tabiat manusia. Tidak dapat dinafikan kehidupan tanpa gurau senda akan membosankan dan mendatar.
Walau bagaimananapun kita harus ingat bahawa bergurau itu hendaklah tidak melampaui batas dan tidak mempermainkan syiar agama.
Berikut pendapat yang dilontarkan oleh Pakar Psikiatri, Dr Rozanizam Zakaria berkaitan ‘budaya tidak sihat’ yang semakin menular di kalangan masyarakat kita hari ini.
Viral pula di TikTok ragam kawan-kawan pengantin lelaki yang menghadiahkan pengantin lelaki dengan barang-barang yang tidak sepatutnya.
Bukan sekadar hiburan peribadi, ia dibuat secara terang-terangan depan pengantin perempuan, di atas pelamin, diambil gambar dan videonya kemudian dimuat naik dengan bangga.
Saya pernah kongsikan dalam buku saya Aku Nabi Isa tentang sifat ‘iffah – memelihara maruah sebagai antara benteng kesejahteraan jiwa dan emosi manusia.
Saya ungkapkan semula kisah interaksi Nabi Yusuf dalam menghadapi ujian yang menimpa baginda merupakan petunjuk terbaik bagi manusia dalam memelihara maruah diri.
“dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya bersungguh memuijuk Yusuf berkehendakkan dirinya, dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata, “marilah kemari, aku bersedia untukmu”. Yusuf menjawab. “aku berlindung kepada Allah daripada perbuatan keji itu, sesungguhnya tuhanku telah memeliharaku dengans sebaik-baiknya, sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya.” (Yusuf: 23).
Begitulah keindahan Islam, mengaitkan urusan maruah dan harga diri dekat dan tidak langsung terpisah dengan soal keimanan. Maka agama datang membawa bersamanya aturan dan batasan yang membantu manusian memeliharanya, seterusnya mengelakkan apa juga kesan buruk yang akan datang.
Dari sekecil-kecil perkara seperti memelihara pandangan, sehinggalah hukuman yang ditetapkan keatas mereka yang berzina dan sebagainya terkandung dalam syariat sebagai pemelihara kesucian setiap individu dalam agama ini.
“katakanlah (wahai Muhammad) kepada lelaki yang beriman supaya mereka menyekat padnangan meerka (dari memandang benda yang haram), dan memelihara kemaluan mereka.” (An Nur: 30).
Mungkin ada yang kata – ala relakslah, gurau-gurau member. Bukan gurau namanya kalau dah bangga dengan kelucahan. Sudahlah yang menonton dari sekecil manusia sampai yang tua.
Ingatlah, jahiliyyah itu berevolusi, dari hilang malu sampai akhirnya jadi maksiat yang terang-terang. Manusia jahiliyyah dahulu tidak tawaf bogel pada hari pertama kaabah dibina.
Banyak cara lain nak bergurau.
Hakikatnya, Islam sebagai panduan hidup manusia tidak pernah melarang manusia untuk berhibur dan berjenaka. Hiburan dan jenaka itu adalah fitrah tabiat manusia dan tanpanya kehidupan akan menjadi hambar, sedih dan kurang bermotivasi untuk hidup menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Kami nukilkan hakikat ini lewat kenyataan Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku al-Halal wa al-Haram (ms.543) yang telah kami terjemahkan:
“Justeru, Islam tidak mewajibkan manusia agar semua perkataan yang diucapkan sehari-hari sebagai zikir, semua renungannya sebagai berfikir, semua pendengarannya hanyalah al-Quran al-Karim dan semua masa lapangnya mesti berada di dalam masjid. Bahkan Islam mengiktiraf kewujudan manusia itu dengan fitrah dan tabiatnya yang tersendiri sebagaimana yang diciptakan Allah SWT buat mereka. Allah SWT menciptakan manusia supaya mereka senang, ketawa dan berman-main sebagaimana diciptakan bagi manusia itu keinginan untuk makan dan minum…”
Kemudia beliau menyebutkan tentang sikap sebahagian para sahabat Nabi SAW yang terlalu takut untuk berhibur dan bergembira bersama keluarga kerana berhati-hati terhadap sifat munafik. Suatu hari, Hanzalah RA datang berjumpa Nabi SAW bersama Abu Bakar RA lalu berkata: “Hanzalah telah berlaku munafik wahai Rasulullah!” Baginda SAW menjawab: “Mengapa sebegitu?” Jawab Hanzalah: “Wahai Rasulullah! Apabila kami berada di sisimu, kamu sering mengingatkan kami tentang neraka dan syurga, sehingga kami seolah-olah dapat melihatnya di hadapan mata kami. Tetapi apabila kami meninggalkan majlismu, kami telah dilalaikan dengan anak dan isteri serta harta benda kami sehingga kami terlupa kepada peringatanmu itu.”
Maksudnya: “Demi (Zat) yang jiwaku di Tangan-Nya! Sesungguhnya jika kamu menepati keadaan seperti yang kamu biasanya berada di sisiku dan ketika dalam berzikir, nescaya kamu akan berjabat tangan (yakni disamakan) dengan malaikat di tempat-tempat perbaringan kalian dan di jalan-jalan kalian. Tetapi, wahai Hanzalah! Sesaat begini dan sesaat begitu! – Rasulullah menyebut tiga kali Riwayat Muslim (2750)
Ertinya, hanya para Malaikat yang memiliki tahap keimanan sedemikian rupanya yang dibayangkan Hanzalah. Mereka sentiasa bertasbih memuji Allah dalam setiap keadaan dan waktu. Sedangkan manusia ada masanya untuk belajar, beribadah dan mendengar peringatan. Ada juga masa untuk rehat dan tidur, dan masa untuk bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga, sedangkan malaikat tidak dijadikan sebegitu.
Kenyataan sebelum ini disokong dengan perbuatan dan perkataan Rasulullah SAW sendiri. Ini boleh dilihat dalam kitab al-Syama`il al-Muhammadiyyah yang dihimpunkan oleh Imam al-Tirmidhi (w.297) Rahimahullah, antaranya kisah Rasulullah SAW dilaporkan pernah berjenaka dengan seorang wanita tua.
Daripada al-Hasan RA berkata: “Seorang wanita tuan bertemu dengan Nabi SAW lalu berkata:” Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar memasukkan aku ke dalam syurga.” Maka jawab Rasulullah: “Wahai Umm Fulan, Sesungguhnya syurga itu tidak masuk ke dalamnya orang tua.” Perawi menyatakan: Wanita itu lantas berpaling dan menangis lalu Baginda SAW meminta kepada para sahabat: “
Maksudnya: “Kalian beritahulah wanita itu bahawa dia tidak akan masuk ke dalam dalam keadaan tua kerana Allah Taala berfirman: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.” (Surah al-Waqi`ah: 35-37)”
Riwayat al-Tirmidhi (241) dalam al-Syama’il al-Muhammadiyyah
Ertinya, Allah SWT akan menjadikan orang tua pun muda kembali apabila di dalam syurga.
Rasulullah SAW juga bergurau dengan kanak-kanak untuk menggembirakan mereka. Daripada Mahmud bin al-Rabi` RAnhuma:
Maksudnya: “Aku ingat lagi sewaktu umurku lima tahun Nabi SAW pernah menghirup air daripada gayung menggunakan mulutnya lalu menghembuskannya ke mukaku.” Riwayat al-Bukhari (77)
Berkata Imam Syihabuddin al-Qastalani (w.923) dalam Irsyad al-Sari Li Syarh Sahih al-Bukhari (1/177): “Perbuatan Nabi SAW itu adalah bertujuan untuk bergurau atau tabrik (mendatangkan keberkatan) kepadanya (Mahmud) sepertimana Baginda SAW selalu melakukannya dengan anak-anak sahabat.”
Begitu juga hadis daripada Anas bin Malik RA tentang Rasulullah SAW memujuk anak saudaranya Anas yang kematian burung peliharaan:
Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW ialah manusia yang paling baik akhlaknya. Aku (yakni Anas) memiliki seorang adik lelaki, yang Nabi memanggilnya “Abu `Umair”. Umurnya kira-kira baru tamat menyusu. Jika Rasulullah datang, maka Baginda akan bertanya kepadanya: “Wahai Abu `Umair, apa yang Si Nughair buat?” (al-Nughair itu adalah) sejenis burung nughar (yang sedap dan bagus suaranya) yang Abu Umair biasa bermain dengannya.” Hadis riwayat al-Bukhari (6203)
Namun begitu, sekalipun Rasulullah SAW selalu bergurau dan berjenaka dengan para sahabatnya, beliau tidak menipu dalam bergurau.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa para sahabat pernah berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah! Kamu sering bergurau (atau mengusik kami).” Jawab Baginda:
إِنِّي لَا أَقُولُ إِلَا حَقًّا
Maksudnya: “Sesungguhnya aku tidak berkata (dalam gurau) melainkan hanya perkara yang benar.”
Riwayat al-Tirmidhi (1990) dalam Sunannya, dan beliau mengatakan hadisnya hasan.
Begitu juga kita lihat bahawa lawak dan jenaka Rasulullah SAW itu tidak bersifat sia-sia sebaliknya memiliki nilai dan pengajaran supaya lebih terkesan kepada hati dan kefahaman, sesuai dengan keperibadian Nabi SAW yang terpelihara daripada keburukan dan kebodohan. Itulah keperibadiaan yang paling layak dicontohi!
Justeru, terdapat beberapa kriteria yang perlu dijadikan pedoman ketika berlawak:
Tidak melampau batas sehingga meninggalkan tanggungjawab dan kewajipan
Al-Qaradhawi menyebut: “Maka tidak salah bagi seorang Muslim untuk bergurau senda dengan sesuatu yang dapat menenangkan hatinya, tidak salah baginya menghiburkan dirinya dan rakan-rakannya dengan sesuatu hiburan yang ringan. Akan tetapi janganlah sampai menjadi kebiasaan pada setiap masa ingin bergurau sahaja kerana akhirnya ianya akan menghalangnya daripada melakukan perkara-perkara yang wajib sehingga dia bergurau pada waktu yang sepatutnya dia bersungguh-sungguh. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat: 11)
Daripada Bahz bin Hakim (bin Muawiyah bin Haidah al-Qusyairi) berkata: Ayahku menceritakan kepadaku, daripada datukku, yang berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Celakalah bagi orang yang bercakap suatu percakapan agar orang ramai tertawa dengan pembohongan. Celakalah baginya! Celakalah baginya!” Riwayat al-Tirmidhi (2315)
Syeikh Abu al-Ala al-Mubarakfuri (w.1353H) dalam Tuhfah al-Ahwazi (6/497-498) mensyarahkan hadis ini: “Wail bererti kecelakaan yang besar atau lembah yang dalam; li yudhika… yang daripada kata terbitan idhak (membuat orang tertawa); bihi yakni tertawa dengan perkataannya atau pembohongannya…. Mafhum daripada hadis itu bahawa jika seseorang bercakap dengan perkataan yang benar untuk berlawak dengan satu kaum maka tidak mengapa hal itu seperti mana yang berasal daripada kisah Umar RA bersama Nabi SAW tatkala baginda marah terhadap beberapa orang Ummahat al-Mu’minin (isteri-isteri Nabi). Berkata al-Ghazzali: “Justeru, perlu diketahui bahawa sisi jenaka Rasulullah SAW tidak berlaku melainkan dalam bentuk kebenaran, tidak menyakitkan hati, dan tidak juga melampaui batas.”
Ini dapat dilihat daripada firman Allah SWT seperti berikut :
Maksudnya: Dan jauhkanlah diri dari orang-orang Yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia. (Surah Al-An’am: 70)
Maksudnya: (Tuhan berfirman: orang-orang kafir itu ialah) orang-orang Yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan Yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang Yang telah terpedaya Dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). (Surah Al-A’raf : 51)
Tafsiran ayat-ayat di atas jelas menunjukkan kepada larangan untuk mempermainkan agama dan membuat sesuatu lawak yang mempunyai kaitan dengan ajaran Islam. Hal ini bertujuan untuk menjaga kehormatan agama Islam itu sendiri sepertimana yang telah digariskan dalam maqosid Islam yang dhoruriyyat iaitu menjaga agama.
Hal ini dapat dilihat dalam firman Allah SWT seperti berikut :
Maknanya: Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa Yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (Dia lah orang Yang bertaqwa) kerana Sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin. (Surah al-Hajj : 32)
Sikap berlawak jenaka adalah fitrah kehidupan manusia yang diciptakan sebagai masyarakat sosial.
Islam tidak melarang aktiviti ini selama mana tujuannya adalah kebaikan yang diiktiraf Syarak dan tidak melanggar etika-etika yang telah ditetapkan.
Masalah yang berlaku pada hari ini adalah apabila wujudnya lawak jenaka yang tidak berkualiti, yakni yang memiliki pengajaran dan nilai-nilai baik.
Begitu juga lawak yang mengenakan orang lain sehingga mengaibkannya, menfitnah, menipu, dilakukan tanpa keizinan dan mencemarkan maruah dirinya dan kenalannya, sehingga menyebabkan masalah tekanan dan kemurungan, sekalipun pelakunya menyebutnya sebagai gurauan.
Inilah yang ditegah oleh Islam kerana Islam meletakkan maqasid syariah itu untuk menjaga diri dan kehormatan seseorang manusia.
Kesannya, membiaklah fenomena seni yang tidak berkualiti dan memalukan, budaya buli sama ada secara fizikal ataupun siber, dan lain-lain lagi.
Sebaliknya, daripada lawak jenaka yang bermanfaat, selain menghiburkan, audien akan dirangsang untuk berfikir dan mengambil pengajaran di sebalik lawak jenaka yang dibuat menyentuh dan mengkritik sikap dalam pelbagai lapangan hidup dan dengan pengajaran itu menerbitkan motivasi untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Ini jenis lawak yang berlaku dipromosikan mengganti lawak-lawak yang rendah kualiti.
Justeru, kami mengatakan bahawa hukum berlawak jenaka adalah diharuskan dalam syarak selagi mana menepati kriteria-kriteria yang kami sebutkan di atas. Wallahua’lam.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.