Minggu lalu telah berlangsung majlis pernikahan anak pasangan dua jutawan terkemuka negara, SM Faliq yang merupakan waris kumpulan Naza Group dan juga pasangannya, Chryseis yang merupakan anak kepada jutawan, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group. Walaupun sudah lima hari berlalu, keindahan dan keunikan majlis pernikahan ini masih lagi menjadi bualan netizen. Malah pasangan ini juga menjadi carian tertinggi di google sejak umum mengetahui berita pernikahan mereka.
Majlis ini menarik perhatian ramai kerana pertembungan dua budaya yang disatukan dalam majlis penuh eksklusif. Pasangan sama cantik sama padan ini menggayakan persalinan serba putih yang menyerlahkan lagi seri pengantin baru. Berlangsung dalam suasana cukup harmoni yang menyaksikan pertembungan keluarga dari dua budaya berbeza.
Pada majlis penuh bersejarah itu, Chryseis nampak anggun berbusana kurung moden rekaan pereka dari Indonesia, Yefta Gunawan dengan layah putih yang hanya disangkut cantik pada sanggul tinggi. Manakala pasangannya cukup tampan dengan persalinan baju Melayu cekak musang dengan samping dan songkok.
Bukan mereka sahaja mengenakan pakaian kebangsaan, tetapi keluarga kedua belah pihak juga tidak ketinggalan sedondon menggayakan persalinan baju Melayu rona yang sama di majlis berkenaan.
Majlis bertemakan ‘English Garden Wedding’ di langsungkan dalam majlis tertutup di sebuah resort peranginan di The Chateau Spa & Organic Wellness Resort, Bukit TInggi. Menariknya majlis pernikahan ini dihias begitu indah dengan kehadiran bunga mawar merah jambu dan putih tanda cinta yang termeterai antara dua hati.
Apa yang lagi menarik diperkatakan di majlis ini menurut laporan dari Astro Awani, adalah apabila ayah kepada pengantin perempuan, Pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun turut berpantun mengikut lenggok yang sangat beralun.
Seorang yang dikenali dan disegani, Tan Sri Vincent Tan tidak terlepas untuk menunjukkan kepakarannya berpantun kepada kepada pihak lelaki.
Menerusi satu video yang dimuat naik di ‘insta story’ laman sosial Instagram milik syarikat pengurusan acara @laskarsonas, video menunjukkan kepetahan luar biasa yang ditonjolkan Tan Sri Vincent Tan berbalas pantun kepada pihak lelaki yang diwakili oleh SM Faisal SM Nasimuddin.
Video itu meraih perhatian dan sorakan dari tetamu yang hadir di majlis tertutup berkenaan.
Mengimbau memori lalu, anak jutawan terkenal Tan Sri Vincent Tan ini telah dilamar oleh usahawan, SM Faliq SM Nasimuddin, 33 tahun. Faliq merupakan anak lelaki kepada Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin melamar Chryseis Tan, 29 tahun, ketika mereka berdua bercuti di Marrakesh. Keduanya kemudian mengikat tali pertunangan sebelum diijabkabul Jumaat lalu.
Masih belum terlambat untuk Hijabista mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai. Semoga ikatan yang terjalin antara gergasi dunia korporat ini kekal kukuh dan mereka berdua bahagia hingga jannah.
SUMBER FOTO: INSTAGRAM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Orang muda baru bermula dalam hidup dan mereka tidak perlu risau tentang sesuatu seperti barah. Tetapi hakikatnya kanser di kalangan orang dewasa di bawah 50 tahun semakin meningkat dan apa yang membimbangkan, kebanyakan mereka tidak menyedari bahayanya.
Lalu bagaimana untuk mencegah barah pada usia muda? Jom ikuti 10 petua terbaik.
Selain daripada barah paru-paru, merokok meningkatkan risiko anda untuk menghidap pelbagai barah seperti barah buah pinggang, hati, perut, usus besar, pundi kencing, tekak, pankreas dan banyak lagi.
Kajian mendapati bahawa wanita yang mempunyai 3 minuman seminggu mempunyai risiko kanser payudara 15% lebih tinggi. Pengambilan alkohol meningkatkan risiko banyak barah termasuk kanser mulut, tekak, esofagus, hati, usus besar dan banyak lagi (bagi mereka yang bukan islam).
Makanan segera mengandungi lemak trans, tinggi gula dan karbohidrat. Kesemuanya boleh menyebabkan barah, arteri tersumbat dan banyak penyakit lain. Salah satu daripada 19 ramuan dalam kentang goreng McD adalah bahan tidak berguna, agen anti-buih yang kebanyakannya digunakan untuk sealant silikon dan caulking.
Air adalah detoksifikasi terbaik, tetapi jangan minum terus dari paip kerana air mengandungi fluorida yang dikaitkan dengan kerosakan saraf dan hipotiroidisme. Juga, pilih penapis osmosis terbalik untuk membersihkan air minuman anda dan gunakan bekas plastik atau kaca bebas BPA untuk cecair minuman anda.
Gelombang mikro bersama dengan telefon bimbit adalah sumber radiasi yang biasa menyebabkan beberapa barah termasuk barah kulit, barah tiroid, leukemia dan banyak lagi. Sekiranya anda mesti menggunakan ketuhar gelombang mikro, JANGAN sekali-kali memanaskan barang ke dalam bekas plastik atau Styrofoam. Jika tidak, anda akan makan makanan beracun, bukan sisa piza.
Bagi bukan islam, daging khinzir lebih banyak toksin dan penumpukan parasit daripada protein daging yang lain, jadi kurangkan pengambilan daging khinzir dan makan daging tanpa rumput, organik dan hormon.
Satu kajian mendapati bahawa pelarut yang dikenal sebagai perchloretilena yang digunakan dalam cucian kering tradisional dapat menyebabkan barah hati, barah ginjal dan leukemia. Juga, elakkan produk yang mengandungi bahan kimia seperti formaldehid, karsinogen.
Telefon bimbit seperti yang telah kita sebutkan sebelumnya dengan ketuhar gelombang mikro adalah sumber pencemaran EMF (radiasi) yang paling biasa yang boleh menyebabkan pelbagai jenis barah. Oleh itu, jangan sekali-kali membawa telefon anda ke dalam coli dan keluarkan telefon anda dari poket. Gunakan pembesar suara semasa bercakap di telefon dan letakkan komputer riba dan tablet anda dari riba anda semasa menggunakannya.
Makanan yang melawan barah termasuk brokoli, rami, sayuran hijau dan berdaun serta asid lemak omega-3 yang boleh didapati di ikan segar dan organik. Juga, Periksa tahap vitamin D dan iodin anda. Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan bukan sahaja barah, tetapi juga diabetes dan osteoporosis. Iodin membantu mengatur tahap hormon sistem endokrin dan pembiakan.
Tekanan adalah pembunuh yang boleh menyebabkan barah. Oleh itu, apabila anda merasa terharu, tarik nafas perlahan-lahan, berjalan melihat alam semula jadi, menulis jurnal, atau melakukan sesuatu yang akan membantu anda menyuburkan diri. Ingatlah untuk mengurangkan tekanan dan terus bertenaga setiap hari!
SUMBER GAMBAR: Pexel.com
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejak umum bersara dari dunia seni pada Ogos tahun lalu, pasti ramai yang merindui kemunculan Laudya Cynthia Bella di kaca televisyen. Tidak kesal dengan keputusan tersebut, Bella dilihat kian rancak bina empayar dan menjadi usahawan berjaya.
Apatah lagi, jenama L by Laudya Cynthia Bella makin berkembang maju.
Diam tak diam jenama tersebut sudah pun lima tahun bertapak di pasaran Indonesia. Bermula dengan produk muslimah seperti hijab, L by Laudya Cynthia Bella turut mengeluarkan beg, kasut dan produk kecantikan sendiri.
“Alhamdulillah di tahun kami yang ke-5, terinspirasi untuk melahirkan design dengan mengangkat tema 5 Masjid di berbagai-bagai negara yang masyaAllah penuh dengan history dan detail yang cantik.
Seperti Masjid Nabawi Madinah, Masjid Raya Sumatera Barat, Masjid Sultan Ahmed Turkey, Masjid Syekh Zayed Abu Dhabi dan Masjid Al-Aqsa Palestin.
Terima kasih untuk Lgirls yang selalu setia bersama kami. Mohon doa dan supportnya selalu ya.”
Bella yang cukup terkenal di Malaysia sememangnya dikenali sebagai selebriti cantik yang memiliki raut wajah lembut dan berpenampilan sopan. Pada 24 Februari akan datang, wanita kelahiran Bandung ini bakal menginjak usia 36 tahun.
Masih bersendiri tanpa kelibat mana-mana jejaka di sisi hingga ke hari ini, Bella bagaimana pun kelihatan tenang di samping keluarga tersayang dan kenalan rapat di Indonesia.
Dia yang sebelum ini berkahwin dengan Engku Emran pada 8 September 2017, berpisah pada Julai 2020.
Walau meraih pendapatan lumayan dalam industri seni namun Bella kini lebih selesa mengusahakan beberapa cabang bisnes miliknya termasuk dalam bidang kulinari, fesyen, muslimah dan kosmetik.
Apa sahaja produk yang dipromosikan Bella pasti laris di pasaran. Malah, pada Julai tahun lalu dia menjalin kolaborasi melancarkan aplikasi islamik Qalby App yang turut disertai selebriti Malaysia, Mizz Nina.
Filem terakhir yang dibintangi Bella ialah Buya Hamka dan sepanjang pembabitan dalam karier seni, Bella berjaya merangkul pelbagai anugerah hasil menjayakan 21 buah filem, 18 sinetron dan 13 drama.
Kerjaya Bella pernah berada di puncak pada tahun 2017 apabila dinobat sebagai Indonesia’s Highest Paid Actresses.
Laporan portal Indonesia turut mendedahkan jelitawan ini menerima bayaran 900 juta Rupiah atau lebih RM268 ribu ketika membintangan filem Box Office ‘Surga Yang Tak Dirindukan 2’!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Orang yang melakukan Umrah adalah orang yang melakukan perjalanan untuk mengunjungi rumah Allah di Mekah kerana ketakwaannya padaNya.
Tidak ada orang yang rela mengorbankan masa, wang, harta dan tenaga demi mengunjungi tempat suci ini selain kerana mematuhi perintah Allah SWT dan sunnah Nabi. Dan hanya orang bertakwa yang akan diberikan rezeki dari arah yang tak diduga untuk menunaikan rukun Islam ini.
Bukan semua dari kita mempunyai kemampuan untuk pergi umrah yang disediakan. Tahun demi tahun pakej umrah semakin melambung harganya, mungkin kerana beberapa faktor yang memaksa pihak agensi berbuat demikian. Lain pula perkongsian dua beradik ini pakej umrah secara DIY memudahkan dan tidak terikat dengan jadual. Jom ikuti perkongsian Haany Harraz melalui laman facebook.
My Umrah Stories 😍
Alhamdulillah, saya telah selamat menunaikan Umrah minggu lepas. Hari ni baru ada kelapangan untuk menulis sedikit sekadar berkongsi. Umrah kedua kali ni saya pergi dengan kakak saya, hanya berdua tanpa mengikut mana-mana travel agency. Semuanya kami atur dan bergerak sendiri. Mudah dan ringkas sebenarnya pergi sendiri ni. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami.
Sebelum tu, saya sendiri memang sejenis suka kepada cabaran dan suka merenung setiap kejadian dari perjalanan yang saya lakukan 😁.
Alhamdulillah Allah telah menjemput saya dan kakak saya menjadi tetamuNya. Sebelum pergi tu, betulkan niat iaitu untuk beribadah mengabdikan diri kita di sana.
Pertama sekali, perlu ikuti kursus umrah,.saya mengikuti kursus percuma yg berdekatan dengan tempat saya. Saya juga banyak belajar cara mengerjakan Umrah, tengok di youtube, buat research accommodation, transportation dan lain-lain. Jangan lupa perbanyakkan solat hajat, supaya Allah lancarkan perjalanan UMRAH kita dan diberikan kesihatan yang baik.
Saya ringkaskan saja tip perjalanan sepanjang 8 hari berada di tanah suci Madinah dan Makkah. Saya berada 3 malam di Madinah – 4 malam di Makkah – dan selepas itu menziarahi Turkey selama 4 malam sebelum berangkat pulang.
Saya menempah tiket penerbangan melalui Skyscanner. Untuk trip Umrah saya tempoh hari saya naik Saudi Airlines, dan tiketnya tak murah dan tak terlalu mahal. Tiket saya
Untuk cari penginapan boleh search di Booking.com, Airbnb dll. Untuk di Madinah saya menginap Hotel ( Al-Mukhtara Golden). Hotel ni sgt dekat dengan masjid, tetapi jauh juga berjalan ke pintu masuk solat perempuan (8 minit berjalan). Di Makkah saya menginap di Hotel NAWAZI AJYAD yang hanya berjalan 5 minit sahaja ke masjid. hotel ni boleh tidur untuk 4 orang, kami hanya berdua sangat puas hati.
Setelah membuat sedikit kajian tentang ground transport, banyak cabang transport di Madinah dan Makkah. Saya lebih mudah dan selesa menggunakan Careem (Uber versi Arab). Careem di tanah suci sangat meluas, lebih jimat dan tak perlu bargain macam teksi. Cuma ketika berada di Makkah, kawasan radius sekitar Masjidil Haram, Uber dan Careem tidak dibenarkan.
Cuma kalau nak naik juga perlu berjalan keluar dari kawasan radius tersebut. Pernah juga saya menaiki TEKSI UJRAH yang sangat banyak di sana. Saya juga minta diskaun harga pada pemandu teksi ujrah, setelah buat perbandingan harga Careem.
Manakala, perjalanan kami dari Madinah ke Makkah untuk menunaikan Umrah, kami menaiki bas Saptco VIP. Perjalanan lebih kurang 5 jam 30 minit. Bas yang selesa dan efisien dari segi masa, minum dan snek disediakan. Sangat recommended! Boleh online booking di website saptco.com.sa
Sekitar September 2019, kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan Tourist Visa untuk beberapa negara dan Malaysia antara salah satu yang tersenarai. Tourist visa berlaku untuk memasuki negara Arab Saudi untuk tujuan Holiday mahupun Umrah. Dibenarkan untuk tinggal tidak melebihi 90 hari di Arab Saudi dan tempoh valid visa berlaku selama setahun.
Ya, bermakna rakyat Malaysia tidak perlu lagi menggunakan Visa Umrah untuk masuk ke Arab Saudi untuk mengerjakan Umrah.
Visa boleh apply di laman laman rasmi kerajaan Arab Saudi di sini visa.visitsaudi.com. Yang bestnya, setelah selesai membuat pembayaran visa, visa dicetak dalam masa 3-5 minit dan terus dihantar ke email kita. Gambar passport visa kami hanya snap guna telefon dan gunakan software gambar visa umrah sahaja, tidak perlu untuk ke kedai gambar.
Sebelum ke luar negara, belilah travel insurance dari mana mana insurance agency. Kita tak tahu bila mana kemalangan mahupun ajal akan berlaku. Sediakan insurance cover sebelum kemalangan berlaku. Saya seringkali gunakan Etiqa Trip Care 360 Platinum untuk
Yang ni boleh search sendiri di Google tempat-tempat ziarah sekitar Madinah dan Makkah. Tergantung kepada masing masing selera mahupun kelapangan. Yang ni boleh plan sendiri, di sana boleh naik Uber atau Careem untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi. Dan kalau boleh janganlah lepas peluang ke tempat tempat bersejarah disana. Rezeki kami, Di Madinah dan Makkah kami ditawarkan oleh Group leader dengan menumpang bas mereka untuk ziarah, Alhamdulillah.
Banyak boleh dapat keychain semurah 2 riyal (RM2), yang penting pandai cari. Air zam zam kami beli di airport/ 7.5 riyal untuk 5 liter. Kami beli selepas pulang dari Ankara semasa transit di Jeddah. Satu orang satu botol jer. Kebanyakkan airlines akan bagi free luggage khas utk air zam-zam.
Di sana saya dan kakak lebih banyak masak sendiri, kami bawak periuk nasi kecil untuk masak nasi dan bawak makanan sendiri. Ada juga kadang2 kami cuba makanan di sana, boleh berkongsi makanan untuk makan dua orang, sebab banyak
Ini yang saya impikan dari setiap perjalanan musafir saya. Tidak terikat dengan waktu. Tidak kira ke mana sahaja, saya sukakan time freedom. Ada waktu untuk ke sini dan ke sana mengikut kemahuan diri. Tukar plan last minute, tambah plan last minute. Ada waktu untuk mendalami, mengagumi, merenungi dari setiap tempat saya lawati.
HARI 1: 31/1/2020
NOTA:Lepas berehat di hotel, turun masjid terus solat isyak dan masuk RAUDAH (Rumah Nabi serta makam baginda) Nabi bersabda, ‘kalau kita datang buat umrah, tidak datang rumahku, dikira ummat yg tidak mencintaiku)
HARI 2 & 3 : 1-2/2/2020 MADINAH
HARI 4: 3/2/2020 MADINAH – MAKKAH
NOTA: Semasa perjalanan menuju ke Makkah, bayangkan bagaimana susah payah Rasulullah dan Sahabat Abu Bakar berhijrah dari Makkah ke Madinah, mengharungi bukit bukau, bersembunyi GUA Thur, dihambat Surraqah(perang Badar). Banyakkan Bertalbiah, dan selawat sepanjang perjalanan.
HARI 5 : 4/ 2/ 2020 MAKKAH
HARI 6 : 5/2/2020
NOTA:Masa buat umrah, masuk Al Hara di King Fahd Gate: Pintu 79 (buat tawaf sunat) – pintu 66 . ‘ada toilet dan tempat berwudhu’ – free Al-Quran sebelah pintu 79 cari 884 – kedai foodcourt (Al Khalid Courtyard) – kedai jus (berhampiran kedai rambut) , Hilton Suite (ada mall, food curt, KFC, al Baik,Al Tazaj)
HARI 7 : 6/2/2020
HARI 8 : (7 / 2 / 2020) MAKKAH – AIRPORT JEDDAH
ISTANBUL – AIRPORT
HARI 9 ( 8 / 2 / 2020)
NOTA: Tempat shopping ( Kadikoy Sali Pazari (kedai-kedai dan tempat makan murah)
HARI 10 ( 9/2/2020)
HARI 11 ( 10/2/2020)
NOTA:Harga stu malam penginapan di Turkey dlm lingkungn RM80/mlm. | Transportation untuk bergerak ke mana-mana sahaja, pun sangat-sangat murah. | Kami naik bas metro atauu trem di sana. | Makanan pn murah, kami prefer masak di sana.
HARI 12 ( 11/2/2020)
Sampai KUL 3.00 petang
KUL ke KB pukul 8.35 malam, di jangka sampai 9.35 malam
** SELAMAT PULANG DENGAN UMRAH MAQBULLAH **
Ingatlah yang perjalanan kita mengerjakan Umrah ini bukan seperti perjalanan lain, ia adalah perjalanan ibadah ke Rumah Allah dan menemui Rasulullah S.A.W. Jagalah tertib dan betulkan niat InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan. Inilah sedikit perkongsian bagaimana perjalanan saya bersama kakak tempoh hari. Semoga ada manfaat buat semua kenalan FB.
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.