Ramai di antara kita yang mengalami masalah bibir kering dan sering mengelupas hinggakan gincu juga tidak mahu melekat cantik di bibir.

Walaupun sudah mengenakan lip balm, namun nampaknya ia tidak begitu membantu untuk masalah bibir yang kering. Hmm, mungkin sebenarnya anda perlukan lebih daripada itu seperti skrub bibir. Bila sel kulit mati di bibir hilang, barulah bibir akan jadi cantik dengan warna kemerahan!

In2It Lip Scrub

Yang ini memang best sebab ada bau buah yang menyenangkan. Ambil sedikit dan basahkan dengan air kemudian gosok bibir. Tertanggallah sel kulit mati di bibir anda.

Nivea Rosehip Oil Scrub

IKLAN

Yang ini juga sejenis skrub bibir namun bentuknya seperti lip balm. Boleh terus gosok di bibir namun disebabkan teksturnya yang lembut, agar susah untuk menggunakannya sebagai skrub. Perlu gosok berulang kali untuk kesan yang efektif.

Laneige Lip Sleeping Mask

IKLAN

Selepas selesai aktiviti skrub, sapukan lip mask ini untuk menjadikannya lembut. Pakai semalaman dan lihatlah hasilnya keesokan hari.

Kiehl’s Butterstick Lip Treatment

IKLAN

Yang ini pun best! Walaupun harganya agak mahal, namun ia sangat berbaloi untuk kecantikan bibir anda. Jika anda malas pakai gincu, anda bolehlah pakai ini setiap hari di waktu siang. Warna bibir pun akan tampak lebih natural.

Tak susah pun kalau nak dapatkan bibir yang cantik dan sihat. Kuncinya kena rajin je! Semua produk ini anda boleh dapatkan di farmasi dan gedung Kiehl’s yang berdekatan dengan anda.

Oh ya, jangan lupa untuk minum air mineral secukupnya setiap hari dan elakkanlah tabiat menjilat bibir jika tidak mahu warnanya menjadi kehitaman.