Pasangan suami isteri dan juga pelakon terkenal, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin baru sahaja selamat menimang cahaya mata kedua iaitu seorang bayi perempuan hari ini, awal pagi tadi.
Menerusi ruangan Instagramnya, Syatilla berseloroh yang dia sempat melakukan tutorial solekan sewaktu berada di dalam bilik pembedahan (operation theatre).
Alhamdulillah baby girl kami dah keluaq????sihat gebu anak pompuan aku♥️tadi sempat laaa buat tutorial makeup dlm oT room?thank u sygku sezzy seng sentiasa di sisi♥️ #kekaSih
Ads
Sementara itu, Shaheizy pula meluahkan keterujaannya di laman Facebooknya yang mereka kini tidak lagi bertiga. Pasangan ini telah mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Syeriv Samheizy.
Bijak melaram dan tak pernah kalah dalam bergaya! Ini membuktikan, bertudung tak semestinya tak boleh bergaya. Asalkan tidak keterlaluan. Malah, seseorang itu akan kelihatan ekstra cantik dengan gaya fesyen sopan dan berhijab.
Hijabista membariskan 10 selebriti pilihan paling stylish 2024. Gaya dan personaliti mereka sering dijadikan inspirasi.
Kehadiran Engku Aleesya di majlis perkahwinan ayahnya iaitu Engku Emran dan Noor Nabila mencuri perhatian ramai. Mengenakan busana berwarna putih, Aleesya turut kelihatan mesra bersama Jebat dan ahli keluarga ibu tirinya.
Malah, Engku Aleesya tidak kelihatan kekok menyertai beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga Nabila selepas majlis tersebut berlangsung. Jelas terserlah keayuan wajah Engku Aleesya yang jelita persis ibunya, Erra Fazira.
Di Instagram, Noor Nabila yang merupakan kakak kepada Neelofa telah memuat naik satu posting khas sempena ulang tahun kelahiran anak tirinya itu.
Ya Allah ku bersyukur dan berterima kasih Ya Allah.. kau serikan hidupku dan anakku dgn kehadiran Aleesya. Wahai Rabbul alamin panjangkan usianya, sihatkan dia, luaskan rezekinya, makbulkan segala doa-doanya, sempurnakan hajatnya, capaikan segala cita-citanya. آمين يا رب العالمين
Selamat hari jadi yang ke-12 sayang. Semoga Aleesya sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya. We love you so much.
Menurut Nabila, kehadiran Aleesya menjadi penyeri hidupnya dan juga Jebat. Malan Nabila juga mendoakan yang terbaik buat anak tirinya itu sempena ulang tahun kelahiran Aleesya yang ke-12.
Ternyata Engku Aleesya mewarisi kecantikan ibunya. Lihat sahaja gambar-gambar berikut:
Umum sedia maklum bahawa pelakon utama drama Cina Buta, Nad Zainal kini sedang kritikal dan bertarung nyawa di Hospital Ampang Putri akibat mengalami pendarahan kronik dan jangkitan kuman pada paru-paru.
Sehubungan itu, satu bacaan Yassin secara maya anjuran D Khadijah telah dilaksanakan malam semalam, bertujuan memohon kesembuhan dan kesihatan semula pelakon terbabit.
Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Ustazah Asma’ Harun menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, malam semalam.
“Atas permintaan dan anjuran D Khadijah jemput semua hadir majlis bacaan Yassin secara live jam 8.30 malam ini di Instagram Ustazah Asma’ Harun, buat adinda Nad Zainal, yang kini sedang bertarung di ICU kerana jangkitan kuman di paru-paru 😰 mohon doakan Allah Ya Salam memberikan kesembuhan yang sempurna 🤲” tulisnya.
Hijabista difahamkan, bacaan Yassin yang diketuai Ustazah Asma’ Harun itu bermula pada jam 8.30 malam dan mendapat sambutan lebih kurang 4,500 orang warga maya, tidak terkecuali rakan-akan artis yang turut bimbang mengenai keadaan Nad Zainal.
Terdahulu, Hijabista ada melaporkan bahawa Nad sedang dirawat dan dipantau oleh doktor di Unit Rawatan Rapi salah sebuah Hospital swasta, kerana mengalami pendarahan dan jangkitan kuman pada paru-paru.
Bagaimanapun, keadaan bertukar genting apabila rakan gandingan drama Cina Buta, Ungku Ismail Aziz memaklumkan kepada media bahawa doktor memberitahu Nad kini sedang berada pada fasa kritikal ekoran mengalami pendarahan tanpa henti dan pendarahan yang banyak pada bahagian paru-paru.
Untuk rekod, Nad dipercayai mengalami autoimun iaitu keadaan di mana sistem imun menyerang sel atau tisu sendiri.
Namun, doktor masih belum mengenalpasti punca pendarahan berterusan pada paru-paru Nad. Justeru, Nad kini berada dalam pemantauan empat doktor serta diberi dos steroid yang tinggi dalam rawatan agar dirinya kembali pulih.
Hijabista mendoakan agar Anad kuat mengharungi dugaan yang diberikan Allah ini, dan kembali ke pangkuan keluarga dan anak-anak dalam keadaan sihat sejahtera seperti biasa.
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.