
Air mawar punya kuasa yang menakjubkan serta cukup alami. Air mawar atau rose water dipercayai mengandungi vitamin A dan C serta ada antioksida yang mampu memulihkan kulit dari dehidrasi dan memberikan efek muda berseri-seri.
Selain itu, jika sudi mengamalkan semburan face spray air mawar setelah selesai solekan, ia dapat bertindak sebagai makeup setting spray; di mana, bedak dan solekan tidak akan terlihat bercapuk-capuk atau berbelak-belak dan dikatakan tahan lebih lama.
Jika anda terasa, solekan di muka anda matte dan tebal, semburkanlah formula air mawar untuk memperelok segala-galanya; wajah akan tampak lebih halus dan tiada cacat-cela. Itulah jawapannya.
Tahu atau tidak, air mawar merupakan bahan inti pati rahsia yang menjadi amalan turun-temurun wanita Arab? Bukan sahaja sembur, malah mereka juga minum dan esen ros itu juga dimasukkan ke dalam manisan dan segalanya. Punyalah taksub dan obses!
Makeup setting spray atau dikenali sebagai makeup fixes, kebiasaannya, cukup mahal terutamanya pabila melibatkan kandungan air mawar. Jadi, yang paling afdal untuk menjimatkan kos, adalah lebih baik untuk kita lakukannya sendiri.
Formula takjub ini hanya memerlukan 2 bahan penting dan tidak sampai 1 minit untuk memformulasikannya. Tidak percaya? Efeknya sama seperti jenama-jenama tersohor yang agak mahal.
Cara-caranya cukup mudah:
1. 3/4 air
2. 1/4 air mawar
3. Campurkan ke dalam botol spray travel yang kecil dan goncangkan.
4. Nah, siap! Semburlah pada bila-bila masa dan di mana jua.
Cubalah! Jangan menyesal tidak berlagu nanti, okey? Pasti wajah anda terampil ayu dan tanpa cela. InshaaAllah, kita ikhtiar, ya?
Malunya Bila Bibir Hitam, Jom Cuba 10 Cara Ini Agar Bibir Kekal Merah & Mungil

Aduh, malunya rasa bila bibir kelihatan hitam dan tidak bermaya. Bila bibir hitam, wajah pun nampak kusam dan tidak berseri. Sebagai seorang wanita, tentu anda berasa malu dan tidak berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.
Ada banyak sebab mengapa bibir boleh menjadi hitam. Antaranya adalah perubahan hormon, kekurangan zat besi, mengambil ubat-ubatan tertentu, sinaran matahari dan masalah bibir yang kering disebabkan tiada kelenjar minyak pada bibir.
Warna bibir yang sihat akan kelihatan segar, lembap dan berwarna merah. Sekiranya anda mahu mendapatkan bibir yang merah secara semula jadi, jom cuba 10 petua dengan hanya menggunakan bahan alami.
1. Buah Bit
Buah ini banyak dijual di pasar raya dan mudah untuk anda mendapatkannya. Ia memiliki antioksidan yang tinggi hingga mampu menjaga kesihatan kulit bibir seperti menanggal sel kulit mati dan melembap serta menghilangkan warna hitam pada bibir. Caranya mudah sahaja:
- Potong buah menjadi kecil dan masukkan ke dalam peti sejuk.
- Setelah sejuk, ambil 1 biji buah dan gosokkan pada bibir.
- Biarkan sehingga 15 minit, kemudian bilas bersih.
2. Gliserin & Air Mawar
Campuran gliserin dan air mawar dikatakan dapat menghilangkan warna hitam pada bibir. Untuk mengatasi masalah bibir hitam dan kering, anda boleh:
- Rendamkan kelopak bunga mawar atau taburan mawar yang masih segar selama 1 jam.
- Kemudian, campurkan air mawar dengan gliserin secukupnya.
- Oleskan pada bibir sebelum tidur.
- Bilas keesokan harinya.
3. Madu & Daun Pudina
Daun pudina berkhasiat dalam menghilangkan noda pada bibir sehingga warna bibir kelihatan merah dan segar. Lakukannya sebanyak 2 kali sehari untuk hasil yang maksimum.
- Kisar daun pudina dan campurkan dengan madu.
- Oleskan pada bibir selama 15 minit.
- Bilas menggunakan air sejuk.
4. Minyak Almond, Kunyit & Lemon
Lemon mengandungi kandungan yang membantu mencerahkan kulit termasuklah bibir. Jadi, anda boleh campurkannya dengan kunyit di mana ia dapat mengubah pigmen warna pada bibir.
Manakala minyak almond mengandungi vitamin E yang mampu melembapkan dan memberi nutrisi pada bibir.
- Campurkan 3 sudu teh air perahan lemon, 2 sudu teh serbuk kunyi dan 1 sudu teh minyak almond.
- Gaulkan bahan-bahan ini dan oleskan pada bibir.
- Biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air dingin.
5. Madu & Mentega
Kandungan vitamin E yang ada pada mentega mampu mencerahkan bibir. Madu pula mengandungi antioksidan yang dapat mencegah bibir kusam dan kering sehingga bibir yang hitam boleh berubah menjadi merah.
- Campurkan 1 sudu madu dan 1 sudu mentega.
- Oleskan campuran tersebut pada bibir. Dalam masa yang sama, urut bibir anda.
- Bersihkan pada keesokan harinya.
6. Bunga Mawar, Madu, Limau Nipis & Susu
Bunga mawar memiliki khasiat yang luar biasa untuk menghilangkan noda hitam pada bibir. Cara pemakaiannya:
- Rendam kelopak bunga mawar ke dalam susu dan tunggu selama 1 jam.
- Kisar rendaman bunga bersebut.
- Tambahkan 1 sudu teh air perahan lemon dan 1 sudu teh madu.
- Oleskan pada bibir dan biarkan selama 30 minit.
- Bilas bersih.
7. Minyak Kelapa
Kandungan minyak kelapa dikatakan mampu menjaga bibir agar kekal lembap dan sihat. Salah satu cara menghilangkan bibir hitam disebabkan oleh rokok adalah dengan mengoles minyak kelapa pada waktu pagi dam malam.
8. Limau Nipis & Madu
Campuran limau nipis dan madu tidak hanya berguna untuk menghilangkan noda hitam pada bibir. Malah, bibir pun akan jadi merah menyerlah.
- Campurkan 1 sudu madu dan perahan limau nipis secukupnya.
- Oleskan pada bibir selama 15 minit.
- Bersihkan dengan tisu.
9. Timun
Timun memiliki kandungan yang dapat memberi nutrisi pada bibir sehingga bibir menjadi mungil, lembut dan cerah. Caranya:
- Potong timun
- Gosokkan potongan timun pada bibir.
10. Tomato
Tomato selalu digunakan untuk menjaga kesihatan bibir termasuklah menghilangkan rona hitam pada bibir.
- Potong tomato nipis-nipis.
- Gosokkan pada bibir dan urut bibir dengan lembut.
- Kemudian, bersihkan dengan air.
Sumber: Harian Gadis
Miliki Produk Kecantikan Setaraf Selebriti Antarabangsa, Rahsia Kecantikan Semulajadi Fazura Terbongkar

Ramai selebriti terkenal dalam dan luar Negara bukan sahaja melebarkan bakat dari segi nyanyian mahupun lakonan. Namun bakat yang ada tidak disia-siakan, kebanyakkan selebriti mengembangkan sayap di dalam bidang perniagaan. Jadi perhatian umum apabila perkembangan dunia kecantikan dipelopori kebanyakkan selebriti terkenal luar mahupun dalam Negara.
Selebriti yang mempunyai pengaruh peminat di seluruh dunia seperti Rihana dan Selena Gomez antara selebriti yang menjadikan kecantikansebagai mercu tanda untuk memulakan perniagaan. Rihana bermula dengan rangkaian kosmetik FENTY BEAUTY, kelarisan produk ini menjadi kegilaan pengemar solekan. Terbaharu, Rihana melancarkan produk penjagaan kecantikan asas FENTY SKIN diikuti dengan beberapa selebriti terkenal Selena Gomez RAREBEAUTY dan Pharrel Williams HUMANRACE.
Miliki Produk Kecantikan Setaraf Selebriti Antarabangsa
Sekali pandang pasti terpegun dengan keaslian wajah dan susuk tubuh selebriti negara kesayangan ramai. Seorang selebriti yang mempunyai kecantikan natural tidak pernah takut berkongsi wajah polos tanpa solekan.
Ibu kepada Fatima, Fazura yang baru melahirkan cahaya mata pertama, selebriti yang mempunyai aura tersendiri dari segi gaya dan penampilannya. Bukanlah selebriti yang baru dalam bidang perniagaan. Terbaharu dengan rangkaian produk kecantikan di atas jenama FAZURA SKINCARE adalah produk khas untuk penjagaan kulit wajah.
Kecantikan Semulajadi Bermula Dari Penjagaan Rapi
Baru dilancarkan pada Ogos lalu, rangkaian produk kecantikan FAZURA SKINCARE mempunyai permintaan ramai. Pastinya ramai yang teruja, keberkesanan produk bergantung pada pengamalnya. Melalui entri muat turun Fazura dilaman sosial sering berkongsi rejim kecantikan harian, walaupun setelah bersalin kecantikan Fazura menjadi inspirasi hijabi di luar.
Kit Penjagaan Wajah Khas Untuk Pemula.
FEEL GOOD CLEANSER
Pembersih muka 2 dalam 1 ini diformulasikan khas untuk menghilangkan kekotoran dan solekan ringan dalam satu langkah mudah. Kandungan ekstrak benih avena strigosa dan ekstrak oat hitam, berkesan dalam memberikan penghidratan kulit 24 jam yang tahan lama. Manakala ekstrak cynanchum atratum tumbuhan dari ubat Korea untuk mengatur fungsi penghalang kulit, menghalang reaksi keradangan dan membolehkan kesan pertumbuhan semula kulit yang tinggi.
FAZBULOUS SERUM
Serum ringan dan lembut ini diselitkan dengan tindakan pencerah, pelembab dan pembaikan yang mencerahkan dan meratakan warna kulit sambil menghidratkan kulit anda, dengan hebat! Hanya dengan beberapa titis pada hujung jari dan perlahan-lahan sapukan ke seluruh wajah dan leher. Ekstrak Centella Asiatica meningkatkan percambahan sel dan sintesis kolagen di kawasan luka dan memperbaiki keadaan kulit dengan jerawat Vulgaris.
GLOW DAY CREAM SPF 35
Krim siang yang lembut, diselitkan dengan pencerah dan pelembap segera yang mencerahkan dan meratakan warna kulit sambil melembapkan kulit. Krim siang ini juga mengandungi campuran Butil Methoxydibenzoylmethane, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Octocrylene penapis pelindung matahari yang unik yang memberikan perlindungan yang lebih baik daripada UVA / UVB. Asid askorbik dan vitamin C yang sangat stabil dengan sifat antioksidan yang luar biasa yang membantu mengurangkan penampilan pigmentasi dan garis-garis halus sambil meningkatkan kecerahan pada kulit. Krim pelembap ini mengandungi natrium hyaluronat yang mengikat air dengan kelembapan tinggi dan rendah. Ia membantu menganjalkan kulit dan mengurangkan penampilan kedutan dan garis-garis halus, sekaligus memberikan penghalang perlindungan bagi kulit.
YES QUEEN FACE SCRUB
Pupuk diri bagaikan ratu dengan skrub berasaskan air ini diformulasikan dengan kebaikan kenari dan ekstrak gandum hitam untuk membersihkan kotoran dan kekotoran. Ia juga membantu melicinkan kulit untuk kulit yang berseri dan kelihatan lebih muda. Tocopheryl aAcetate ejen antioksidan dan anti-radang yang sangat baik. Ia mempunyai sifat pelembap yang baik yang menjadikan kulit terasa lembut dan halus.
AMAZING NIGHT REPAIR
Serikan wajah usai bangun tidur dengan krim malam yang ringan dan tidak berminyak ini diselitkan dengan tindakan pencerah, pengetatan dan pelembap yang mencerahkan dan meratakan warna kulit, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan sambil melembapkan kulit, semalaman. Ternyata kehebatan krim ini dengan gabungan niacinamide, Ekstrak Alga, tokoferil asetat, ekstrak centella asiatica dan juga natrium hyaluronat membantu menganjalkan kulit dan sekaligus memberikan penghalang perlindungan bagi kulit.
Nah! Bukan lagi rahsia kecantikan selebriti Fazura yang menjadi dambaan hijabi. Ternyata produk lokal juga setanding dengan produk penjagaan kulit antarabangsa. Lihat sahaja pembungkusan yang ringkas dan menarik pastinya bahan yang terkandung dan hasilnya yang bakal menjadi bualan si beauty junkie.
Gadis Ini Kongsi Rawat Kulit ‘Breakout’ Dengan Produk ‘Drugstore’ Pada Harga Bajet & Mudah Didapati

Penjagaan kulit memang penting terutamanya bagi kaum wanita. Masalah kulit ‘breakout’ sering dihadapi oleh setiap wanita dan sekurang-kurangnya akan dialami sekali seumur hidup. Bila muka ditumbuhi jerawat, anda sendiri akan terasa malu untuk keluar berjumpa kawan-kawan sekaligus buat anda hilang keyakinan diri.
Anda tentu merasakan bahawa hanya produk mahal mampu merawat masalah kulit yang anda alami tetapi sebenarnya anda silap. Pemilihan produk yang tepat juga penting untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan berseri, Produk yang dijual di drugstore juga sebenarnya bagus dan mampu merawat masalah kulit anda.
Nak tahu produk mana yang elok dan baik untuk kulit, baca perkongsian Aznini Azis menerusi laman Facebooknya. Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Pertama sekali, kulit muka aku breakout bukan disebabkan oleh pemakaian local produk tapi disebabkan alergik makanan. Jenis jerawat yang menyinggah tak payah cakap la semua jenis ada. Jerawat batu, nasi, pasir and so on. Kalau dah muka menggerutu cenggitu nak keluar rumah pon kurang confident apatah lagi nak jumpa orang. Nasib la aku jenis yang study jauh dari kampung takdela orang kenal sangat. Okay ni antara produk yang aku guna yang harga mampu milik dimana korang semua memang terlebih mampu nak beli.
1. Pencuci Muka (Eucerin White Therapy Clinical Gentle Cleansing Foam)
Untuk korang yang kulit sensitif, korang boleh try guna ni. Sebab kulit aku memang over sensitif. Bila try je cleanser lain yang tak sesuai terus rasa pedih dan muka jadi kering gila plus merah-merah mintak cendol. Tapi yang ni serius best sebab dia moist kan kulit dan langsung tak mengeringkan kulit.
2. Skrub (St. Ives Oatmeal Scrub + Mask)
Okay part scrub ni korang kena pilih ikut jenis kulit sebab dia dah spesifikasi kan mengikut jenis kulit muka kita. Aku pilih yang oatmeal sebab dia punya biji scrub tu halus dari yang appricot punya. Yang oatmeal ni sesuai untuk korang yang dry skin sebab dia bertindak melembapkan kulit.
3. Toner (Safi Penyegar)
Okay toner ni tak semua orang rajin nak pakai. Tapi dia antara step yang paling penting dalam rutin harian. Bagi korang yang ada masalah pori terbukak lebar seluas kuali tu korang memang patut apply toner. Paling malas pon sehari sekali pon dah cukup la. Tak kisah la toner jenis apa pon janji sesuai dengan kulit muka korang.
4. Serum (Chriszen)
Okay serum ni tak semua orang suka pakai jugak sebab ada yang jenis melekit dan berminyak. Korang kena pandai cari yang water based sebab dia terus meresap ke dalam kulit kita. Aku pilih yang ni sebab dia ada effect brightening dan moisturizing plus ada collagen sekali.
5. Moisturizer (Safi Pelembap Muka)
Mesti pelik kan, dah pakai serum pastu nak pakai moisturizer lagi? Aku suka double kan dia sebab kulit aku jenis dry. Lagipun aku suka buat benda ni mekap based sebelum aku pakai mekap sebab dia buat skin kita nampak moist and glow gittew.
6. Masker (NARUKO)
Masker ni best gila babas sebab dahlah murah lepastu banyak pilihan pulak. Korang pon tau kan produk naruko ni antara produk yang best seller dekat taiwan. So aku pernah try yang hydrating dengan yang brightening. Dia punya skin lepas pakai memang best. Dia dapat minimize kan pores kita dan memang hydrate kan kulit. Serius korang kena try!
7. Ubat Jerawat (POND’S Acne Clear)
Okay dalam banyak-banyak ubat jerawat yang aku pernah try tapi yang ni paling superb. Bagi la jerawat besar gedabak mana pon dia boleh settle. Sapu malam ni esoknya terus lesap gittew. Lepas apply korang akan rasa panas atau pedih sikit mungkin sebab nak matikan kuman dekat jerawat tu.
8. Ubat Parut (Hiruscar Gel)
Yang ni pon best sebab murah tapi berkesan. Ramai yang syorkan ubat parut yang sampai 80 hinggit tapi sis tak mampu nak beli. Last sekali cuba yang ni dan kesan dia memang bagus. Memang la dia punya kesan bukan harini sapu besok hilang. Makan masa jugak la diknon. Mana-mana ubat parut pon cenggitu la kesan dia. Yang aku cuba sampai kan ni dia murah tapi kesan dia setanding dengan yang mahal. Haa gitu.

Kesimpulannya aku baru try semua produk ni awal tahun 2018. Sekarang dah kira 2 bulan lebih la tapi serius menjadi. Sebab tu la aku kongsikan supaya korang pon boleh berjimat dalam merawat kulit. Aku paham macam mana perasaan bila muka menggerutu dengan jerawat dan parut berkeliaran. Self-confident tu memang low gila. Nah aku dah try bagi solusi dekat korang. Besok boleh pegi cari. Goodluck!
Sumber: Facebook Aznini Azis