Suatu ketika dulu, nama pempengaruh Umisya Mazlan pernah tular di media sosial gara-gara isu poligami melibatkan suaminya, Aslam dengan Marissa Dania Hakim anak kepada pasangan pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi.
Menganggap detik itu sebagai satu ujian, pempengaruh cantik ini memilih untuk berdamai dengan takdir.
Berkat kesabaran dan sentiasa positif, Umisya kini tenang menjalani kehidupan ‘bermadu’ yang banyak mengajar dirinya menjadi seorang yang lebih matang sebagai isteri dan ibu.
Semakin Berseri
Umisya juga dilihat semakin manis dan berseri-seri sejak melahirkan cahaya mata yang ketiga pada Februari lalu.
Baru-baru ini, Umisya berkongsi di Instagramnya gambar mereka sekeluarga sempena Hari Raya Aidilfitri.
Terserlah kebahagiaan keluarga kecil Umisya dan Aslam dengan kehadiran satu-satunya anak perempuan mereka sekaligus menjadikan Syawal tahun ini lebih bermakna.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut menitipkan rasa gembira melihat kehidupan terkini Umisya yang bahagia bersama suami dan anak-anak.
Ads
“So happy to see this family growing together. till jannah ca.”
“Lengkap dah family of 5. Hero ada, bunga lily pun ada. Perfect!! Selamat Hari Raya dear adik sayang.”
“Semoga Umisya diberikan ketenangan dan kebahagiaan yang tidak terhingga di samping anak-anak dan suami tercinta.”
“Selamat hari raya Misya, semoga Misya kekal cantik, sihat dan bahagia sampai syurga.”
Ads
Ada juga yang meluahkan rasa kagum dengan kekuatan Umisya khususnya sebagai seorang ibu.
“Selamat Hari Raya Misya! Your strength as a mother shines through in everything you do for your kids.”
Membesar Tanpa Kasih Sayang Bapa
Memetik perkongsian daripada kakak Umisya iaitu Nadia Mazlan di platform media sosialnya, mereka empat adik-beradik yang kesemuanya perempuan dibesarkan tanpa kehadiran seorang ayah.
Umisya mendapat perlndungan dan kasih sayang seorang ‘lelaki’ hanya daripada abang-abang iparnya.
Menurut kakaknya lagi, mereka dibesarkan dalam broken family dan bukan daripada keluarga senang.
Mereka adik beradik sentiasa berpegang kepada nasihat serta pesanan ibu supaya tidak saling bergaduh dan berpecah belah.
Wanita Bijak
Untuk info, Umisya dan Aslam berkahwin semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketika itu Umisya masih bergelar pelajar jurusan pendidikan perguruan di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) atau kini dikenali sebagai Universiti Islam Selangor (UIS).
Umisya kemudiannya melahirkan anak pertama ketika dia sedang dalam latihan industri sebagai seorang guru.
Umisya juga pernah bergelar pelajar tahfiz dan belajar di Mesir selama setahun sebelum kembali semula ke Malaysia bagi menyambung pelajaran peringkat sekolah menengah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Manfaat vitamin C yang banyak dikenal adalah kemampuannya untuk mencegah bintik-bintik hitam. Vitamin C juga berperanan dalam regenerasi kolagen, menahan rembesan sebum berlebih, mencerahkan wajah, dan menghilangkan bekas jerawat. Berbagai manfaat dari vitamin C ini sekarang dapat anda rasakan dalam bentuk serum.
Pemakaian serum sebagai salah satu rejim penjagaan kulit bukanlah sesuatu yang asing pada mereka yang mengambil berat tentang kesihatan kulit. Antara serum yang sering menjadi pilihan adalah yang mengandungi Vitamin C. Serum Vitamin C dengan bahan antioksidan yang berkesan dalam merangsang pengeluaran kolagen serta membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dengan memperbaiki kerosakan kulit akibat pencemaran dan pancaran matahari.
Sebelum anda membeli serum yang mengandungi vitamin C, ketahui juga cara untuk memilihnya:
Setiap orang memiliki keperluan yang berbeza mengikut jenis kulit mereka. Berikutnya, kami akan jelaskan cara memilih serum vitamin C yang sesuai dengan keperluan kulit wajah anda.
Setiap produk diproduksi dengan tingkat konsentrasi vitamin C yang berbeza-beza. Tinggi dan rendahnya konsentrasi vitamin C dalam komposisi produk tersebut tentu mempunyai efek samping tersendiri. Serum dengan konsentrasi vitamin C yang tinggi akan memberikan hasil yang cepat, tetapi boleh jadi kulit anda mengalami sedikit kekeringan.
Untuk menghindari hal tersebut, anda boleh mulai menggunakan produk dengan konsentrasi vitamin C yang rendah terlebih dahulu. Hal ini bertujuan memberi kesempatan kulit anda untuk bernafas dan sesuai dengan bahan yang terkandung. Apabila kulit wajah lebih selesa tingkatkan kadar vitamin secara berperingkat.
Mencari serum vitamin C dengan manfaat mencerahkan. Dalam mengatasi flek hitam dan kekusaman, anda perlu vitamin C aktif yang secara efektif mampu menembus bahagian terdalam dan bertahan lama di dalam kulit. Pilihlah produk vitamin C aktif dan bahan tambahan lainnya yang membuat vitamin C mudah diserap kulit sekaligus terjaga kestabilannya. Anda juga boleh memilih produk yang disertai vitamin E. Vitamin E dapat melancarkan peredaran darah sehingga dapat memberikan efek sinergi dengan vitamin C.
Manfaat mencegah jerawat juga ditemukan pada vitamin C. Vitamin C dapat menghambat pembentukan sebum yang menjadi penyebab timbulnya jerawat. Untuk anda yang bermasalah dengan jerawat, pilihlah kandungan vitamin C aktif yang mampu mencegah timbulnya jerawat. Jangan lupa memilih serum vitamin C dengan tekstur yang tidak meleket untuk keselesaan anda.
Vitamin C juga berperanan dalam membantu pembentukan kolagen alami kulit anda. Kolagen adalah unsur yang menjaga kulit agar tetap anjal dalam proses keremajaan kulit. Jika anda ingin kulit tampak muda, pilihlah serum vitamin C dengan tambahan hyaluronic acid atau ceramide. Keduanya adalah bahan yang mampu mempertahankan kelembapan dan menambah keanjalan pada kulit anda. Campuran vitamin C dengan bahan tersebut akan meningkatkan keremajaan kulit untuk kulit yang tampak anjal.
Bagi anda yang memiliki kulit sensitif atau kulit kering, sebaiknya anda memperhatikan bahan-bahan tertentu agar tidak merosakkan keadaan kulit anda. Hindarilah produk dengan kandungan paraben dan alkohol yang berpotensi memberikan beban pada kulit anda. Selain itu, pilih juga produk dengan tingkat asid yang rendah.
Banyak produk serum vitamin C yang dapat anda temukan dengan tekstur yang berbeza-beza. Anda boleh memilih tekstur yang ringan atau kenyal sesuai dengan keinginan dan keperluan. Apa pun bentuknya kerana perawatan ini dilakukan setiap hari, pilihlah tekstur yang paling selesa untuk anda.
Ini adalah rawatan yang ideal untuk mereka yang sering terdedah kepada sinaran matahari. Masalah jeragat pada kulit wajah dapat diatasi dengan adanya ALPHA-H Vitamin C Serum yang dirumus khas dengan bahan semulajadi dan Vitamin C. Serum ini berfungsi untuk merawat dan mencegah kesan penuaan, pigmentasi dan garis halus kerana ia mengandungi pelembap untuk penghidratan yang berterusan serta merangsang pertumbuhan kolagen.
Serum tulen dari Korea ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat pada kulit wajah. Dengan kandungan 10% asid Ascobic dan 84% Asid Hyaluronic, vitamin tulen secara inovatifnya dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi kulit.
Berfungsi untuk melawan kedutan, kembalikan keanjalan, menghapuskan lingkaran gelap, mencerah, melembut dan melegakan kulit serta kesan parut jerawat hilang dalam masa beberapa minggu sahaja. Produk serum ini terbaik untuk semua jenis kulit, jadi anda tidak perlu risau kerana ianya tidak akan menyebabkan iritasi.
Klairs ikut menawarkan serum vitamin C terbaiknya yang khas untuk anda yang memerlukan tambahan kandungan vitamin C dan efek peremajaan. Dengan produk ini, anda akan mendapatkan manfaat baik dari vitamin C sekaligus tindakan untuk melawan tanda-tanda penuaan. Serum dari Klairs ini menggunakan teknologi penstabilan hibrid yang mampu menyerap dengan mengandungi bahan aktif 5% asid L-Ascorbic ke dalam lapisan kulit dan merupakan bahan antioksidan yang telah diuji dan terbukti secara saintifik.
Tidak hanya itu, masalah pori-pori yang besar dan kulit yang kusam dapat anda atasi dengan kandungan vitamin C murni 5% dalam komposisinya. Serum vitamin C ini dapat digunakan oleh semua usia dan semua jenis kulit kerana formulanya yang non-irritation. Jadi, pemilik kulit sensitif juga dapat menggunakan produk ini.
Produk keluaran Wardah yang semestinya Halal dan mesra wudhu ini, sesuai untuk semua jenis kulit. Wardah memiliki beberapa macam serum, salah satunya Wardah C Defense Serum. Serum ini memiliki kandungan utama Hi-Grade Vitamin C 10% dengan tambahan aloe vera dan biosaccharide. Produk ini memiliki tekstur yang ringan dan dapat meresap dengan mudah. Tahap vitaminnya akan membantu mencerahkan kulit anda, menjaga keanjalan kulit, memperbaiki struktur kulit, dan melembapkan.
Serum vitamin C ini juga berperanan sebagai antioksidan dan anti-inflamasi yang akan melindungi kulit anda dari radikal bebas yang merupakan penyebab utama pigmentasi. Dengan pemakaian rutin, serum vitamin C ini akan membuat kulit anda lebih sihat dan lebih cerah secara berperingkat.
Anda yang menginginkan kulit tampak lebih cerah, halus, dan berkilau. The Body Shop Vitamin C Skin Boost mengandung vitamin C yang berasal dari camu-camu berry. Camu-camu berry adalah buah dengan kandungan vitamin C yang dua puluh kali lebih tinggi dari asid, yang dapat memberikan efek menyegarkan dan mencerahkan kulit anda.
Produk ini mengandung glycerin dan ascorbic acid yang akan memberikan kelembapan dan berperanan sebagai antioksidan. Anda dapat memakai serum ini pada pagi dan malam hari sebagai langkah terakhir perawatan kulit anda. Dengan pemakaian yang teratur, hasilnya kulit anda lebih cerah dan berkilau berkat kandungan mineral glowing serum ini.
Serum bertekstur ringan ini, bertindak pantas menyerap ke lapisan kulit. Dirumus khas dengan Manuka Honey yang berkualiti Premium dan bahan antioksidan iaitu Vitamin A, C dan E serta menggabungkan campuran bahan semulajadi seperti minyak Sweet Almond, Rosehip dan Evening Primrose untuk kelembapan berpanjangan dan memelihara kulit. Manakala Royal Jelly dan Bee Pollen mampu menyegarkan dan meremajakan kulit agar tampak berseri.
Bagi anda yang memerlukan nutrisi vitamin C sekaligus ingin mengatasi kedutan di wajah, kami cadangkan produk ini untuk anda. Serum ini mengandung vitamin C dengan kadar 10.5% yang tergolong sebagai perawatan anti-wrinkle. Tidak hanya mengandung vitamin C yang cukup tinggi, serum vitamin C dari Kiehl’s ini juga menambahkan asid L-Ascorbat yang berperanan untuk mengurangi garis halus dan tekstur pada kulit wajah anda.
Anda juga dapat menemukan kandungan glycerin yang berfungsi melembapkan, sekaligus meningkatkan keupayaan kulit anda dalam menampung air sehingga menjadikan kulit anda anjal. Botolnya yang dikemas dengan aplikator pump sesuai di bawa travelling agar kulit anda sihat terlindungi setiap saat.
Produk serum dari jenama Skin Inc ini yang menggabungkan Vitamin C dan E serta Vitamin B6 yang terkandung dalam kapsul halus rumpai laut, efektif hanya selepas disapukan pada Zon-T kulit anda. Dirumus khas untuk membantu mengurangkan kewujudan liang dan penghasilan sebum. Dengan fungsi yang mampu mengawal sebum, ternyata ianya sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kombinasi.
Serum yang dirumus khas dengan 13% Vitamin C asli untuk membantu mencerah dan melembap kulit, mencegah penuaan pada kulit pramatang serta menganjalkan kulit. Antara bahan anti-penuaan yang terkandung dalam serum ini adalah cendawan Shiitake dan daun teh hijau. Kesan baik serum ini dapat dilihat pada kulit anda dalam hanya 3 hari.
Dirumuskan dengan 10 ramuan khas untuk mendapatkan hasil yang cepat dan berkesan. Vitamin Tree pula mampu memberikan kelembapan pada kulit dan sesuai untuk mereka yang mempuyai masalah kulit kering. The By Wishtrend Pure Vitamin C21.5% Advanced Serum adalah serum vitamin untuk memperbaiki ton dan tekstur keseluruhan kulit. Dengan mengandungi vitamin C yang tulen, ia bebas dari paraben dan bahanmerbahaya yang boleh merosakkan kulit.
Serum retinol ini berfungsi memperbaharui sel-sel kulit melalui retinol yang terkumpul secara optimum untuk mendapatkan hasil yang maksimum tanpa memudaratkan kulit.
Dengan gabungan bahan kandungan berteknologi tinggi retinol, vitamin C dan E, ia meratakan tona dan tekstur kulit, menghasil kolagen dan mengurangkan garis halus serta kedutan untuk mendapatkan kulit yang cerah dan sihat. Serum ini sesuai dipakai pada waktu malam untuk mendapatkan kebaikan yang maksimum.
Meskipun lambakan serum vitamin C di pasaran, keadaan kulit anda yang berbeza membuat tidak semua produk sesuai di kulit anda. Seperti yang telah dikatakan sebelumnya, vitamin C memiliki peranan menghalang pembentukan sebum sehingga kulit anda berpotensi menjadi kering. Bagi anda yang memiliki kulit sensitif, serum yang tidak sesuai boleh membuat kulit anda menjadi kasar.
Jika anda merasakan gatal saat pemakaian atau timbul masalah lain, sebaiknya anda menghentikan pemakaian serum tersebut. Kesan sampingan ini memang jarang terjadi, tetapi apabila hal tersebut terjadi, sila dapatkan khimat nasihat pakar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pengorbanan seorang ibu itu adalah satu perkara yang tidak terhingga. Sebagai seorang anak kita harus fahami dan hargai masa bersama ibu yang tercinta kerana kita tidak tahu bertapa banyak lagi masa untuk membalas budi mereka.
Tolak tawaran ke Australia, pelakon tanah air, Anzalna Nasir, khuatir jika meninggalkan anak di Malaysia. Mungkin ada hikmah sebalik pengorbanannya melepaskan peluang yang pasti tidak mahu dilepaskan oleh orang lain.
Aktres wanita, Anzalna Nasir, 34, akui sanggup melepaskan tawaran untuk berkolaburasi bersama jenama terkenal di Australia. Keputusannya itu dibuat kerana dia belum bersedia untuk meninggalkan anak-anak yang masih kecil dalam tempoh jangka masa yang lama.
Jelasnya lagi, jadual kerjaya itu sebagai model iklan juga berubah mengikut kesesuaiannya untuk menjaga anak-anak. Pada peringkat seawal usia kecil itu, Anzalna tidak mahu kedua anaknya yang masih memerlukan perhatian dan tumpuan sepenuhnya.
Anzalna membuat kenyataannya itu melalui InstaStory dengan menyelitkan repost sebuah artikel mengenai ibu tunggal yang bersusah payah mencari rezeki sambil membawa anaknya. Oleh itu, dia terdetik untuk berkongsi pendapatnya melalui perkara ini dan juga memuji tindakan wanita tersebut.
“Respect! Dia seorang ibu yang hebat, bertanggungjawab dan penuh dengan kasih sayang. Semoga Allah SWT permudahkan urusan dan melimpah ruahkan rezeki akak ini,
“Anak-anak adalah segalanya. Bila ada anak memang segalanya berubah. Dari segi kerja pun dah tak boleh macam dulu, saya kena pilih kerja tak boleh ambil semua sebab tak mahu anak kerap ditinggalkan,
“Kesian bila fikirkan mereka masih kecil dan saya suka meluangkan masa dengan mereka untuk menunjukkan rasa sayang dan sokongan buat mereka.” tulisnya.
Juga Anzalna Nasir menjelaskan lagi tawaran yang di tawarkan kepadanya untuk menjelajah ke negara Australia. Tetapi, dia terpaksa menolak dan membuat keputusan untuk tidak pergi demi anak-anak.
“Baru-baru ini, saya dapat tawaran shooting untuk satu jenama terkenal di Australia tapi bila fikirkan tak boleh bawa anak-anak terus saya tak terima tawaran itu,
“Tak rela nak tinggalkan anak-anak walaupun 2-3 hari sahaja! Ibu saya paksa pergi sebab dia boleh tolong jaga tapi saya tak nak jadi ibu dan anak yang pentingkan diri sendiri.” jelasnya lagi.
Bagusnya pendirian Anzalna dalam menjaga perhubungan kasih sayang dengan anak-anak. Boleh dijadikan contoh buat semua wanita di luar sana agar fikir sejenak dengan keputusan yang hendak di buat.
Nama pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin kian jadi sebutan ramai. Kejayaannya meletakkan dirinya sebagai pelumba MotoGP menjadikan dirinya antara pelumba muda yang kian dikenali di seluruh dunia. Malah kejayaannya baru-baru ini meraih dua mata berharga untuk pasukannya juga turut membanggakan negara. Ramai yang perasan di sebalik litar akan ada seorang wanita berhijab setia memberi sokongan padanya setiap kali beraksi. Rupanya inilah wanita atau ‘umbrella girl’ yang sentiasa setia berdiri di belakang Hafizh Syahrin dalam merai setiap perlumbaan disertainya. Wanita berhijab ini adalah isterinya, Noor Suzana Manaf.
Pasangan ini selamat diijabkabulkan Disember tahun lalu. Dalam pada itu, Hafizh menyifatkan kehadiran isterinya itu, Noor Suzana Abdul Manaf sebagai pelengkap hidupnya dan menajdikan dia lebih bersemangat untuk memburu keputusan terbaik dalam setiap perlumbaan.
Menurut satu temubual bersama Utusan Online, Hafizh mula mengenali isterinya itu melalui Instagram dua tahun lalu. Sebelum itu dia mengakui citarasanya adalah lebih kepada wanita tidak bertudung dan seksi, tetapi sejak terpandang gambar Suzana di media sosial, membuatkan hatinya terpaut.
Dia bertudung tetapi gayanya menarik dan mempesona membuatkan hati Hafizh Syahrin bagai ditarik-tarik untuk mengenali dengan lebih dekat. Pada awalnya dia hanya like gambar di laman sosial tetapi selepas dua minggu pemuda ini mula beranikan diri menyapanya dan tidak menyangka Suzana juga turut membalas mesejnya.
Dia juga bersyukur kerana dikurniakan isteri yang begitu memahami kerjayanya kini. Kehadiran Suzana tidak pernah sesekali menjejaskan fokusnya, malah sebagai pelengkap hidup yang pasti memberi motivasi baru kepdanya untuk mengecapi lebih banyak kejayan musim ini.
Noor Suzana merupakan seorang Model Muslimah dan dilihat cukup aktif di laman instagramnya. Dia memang seorang hijabi yang bijak meberikan pelbagai pose menarik. Raut wajah lembut dengan sepasang mata redup dimiliki wanita ini nyata berjaya membuka pintu hati pelumba kesayangan ramai ini.
Wanita berasal dari Ampang ini memberitahu dia hanya tahu lelaki ini seorang pelumba motosikal setelah memeriksa profilnya, tetapi tidak arif tentang kejuaraan motosikal dunia. Setelah melihat dia beraksi barulah sedar dia bukanlah calang-calang pelumba.
Menurut Suzana lagi, dia memang berhasrat untuk berkahwin pada usia muda dan sewaktu mula berkawan secara serius selepas berbalas mesej di media sosial, segalanya berjalan lancar hinggalah masing-masing disatukan dalam satu majlis cukup gemilang.