Mesti ramai yang masih ingat dengan pelakon siri sinetron dari seberang yang paling popular di Malaysia, Bawang Merah Bawang Putih iaitu Revalina S.Temat. Memegang watak sebagai Bawang Putih di samping Nia Ramadhani yang menjadi Bawang Merah, kecantikan Revalina memang menjadi tumpuan semua.
Revalina yang kini telah bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata yang comel ini semakin anggun dengan penampilannya yang sudah berhijab. Bukan itu sahaja, pakaiannya yang sopan sesuai dengan imej sebagai seorang muslimah juga boleh menjadi inspirasi buat hijabi.
Pelakon yang lahir pada 26 November 1985 ini dilihat selesa menggayakan tudung bawal dalam kehidupan sehariannya. Ayu sungguh!
Minggu lalu instafamous ini, Dahlia Rizal, jadi viral dan bualan warga net gara-gara gambarnya terpampang di kaca televisyen ketika siaran Buletin Utama. Apa yang lucunya, wajah yang disiarkan bukanlah disebabkan cerita dirinya tetapi mengenai kes perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebaik wajahnya terpampang, ramai netizen yang turut tertarik dengan paparan berkenaan. Masing-masing memberikan komen yang lucu.
_afiqamrddn i think the camera man having a crush on u
Menurut Dahlia dia tiada kena mengena dengan isu berita berkenaan dan hadir ke Mahkahmah Tinggi Kuala Lumpur bersama rakan sekuliah dan pensyarah atas urusan lain.
Ternyata jurgambar yang merakam gambar berkenaan turut terpesona dengan kecantikan wajah bidadari ini biarpun ketika itu sedang membuat liputan kisah perbicaraan Datuk Seri Najib.
Instafamous Dahlia sememangnya cukup popular di media sosial. Dia yang memiliki follower 356K ini sangat aktif di laman Instagramnya dengan muat turut foto dirinya terutama selfie tika santai atau bercuti.
Beruntung dikurniakan seraut wajah yang cantik. Walaupun masih muda, tetapi Dahlia dilihat lebih matang berbanding usia sebenar.
Bukan itu sahaja, malah #OOTD dirinya yang cukup gemar berselfie ini sering mendapat pujian warga net.
Ayuh kita lihat 10 #OOTD Dahlia Rizal yang boleh buat diri terasa cantik dan boleh jadi inspirasi kepada hijabi di luar sana.
Solekan di hari pernikahan Emma Maembong oleh jurusolek terkenal, Nad Ismail baru-baru ini menjadi tular kerana hasilnya yang sungguh mengagumkan. Ramai bakal pengantin yang berkenan dengan solekan tersebut dan menjadikannya sebagai inspirasi buat mereka di hari bahagia nanti.
Bakal menjadi trend terhangat tahun ini, jurusolek popular dari utara, Mua Bellaz turut terinspirasi untuk menghasilkan ‘look‘ yang sama persis Emma Maembong. Menariknya, Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini yang sedang hamil siap berpakaian pengantin lagi sewaktu mengambil gambar. Memang wow sangat!
Lain orang lain caranya, bukan sahaja cara berbelanja malahan cara untuk menyimpan. Ramai yang beranggapan orang yang boros mana mungkin menambung.
Ini bukan alasan kita tak boleh menyimpan atau menabung. Tapi bagi yang benar ada sikap boros ini dan berhajat ubah sikap serta mahu menabung mungkin boleh praktikkan cara yang dilakukan oleh Ana Sofiana ini.
Ramai yang mengaku punya sikap yang boros. Dapat saja duit gaji memang sudah ada list apa yang dihajati dan mahu dibeli. Duit memang tak lekat di tangan. Apatah gangguan iklan di media sosial, pasti mencuit hati untuk membeli. Nah! Dengan cara hijabi ini pasti hasilnya menyeronokkkan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Pernah tular individu menabung dengan hanya mengikut warna nota wang, namun kali ini berbeza. Caranya adalah dengan menabung kuantiti RM ikut hari bulan. Jom baca perkongsian hijabi ini, untuk lebih jelas.
Ujar hijabi ini dia memang ada sikap boros, ada saja duit memang habis dibelanjakan namun dengan cara ini dia berjaya menyimpan setiap bulan antara RM435 hingga RM496. Cara menabung untuk orang boros, setahun boleh simpan RM5,767. Jadi di sini Anaa nak share macam mana Anaa menyimpan duit untuk tahun ni dengan cara paling simple saja. Macam mana tu?
Ada saja duit, memang habis dibelanjakan dan tak lekat di tangan. Beli! Yaa! Saya lah tu, boros membeli makanan sampai tidak sedar berat badan naik sudah pula.
Begitulah seterusnya untuk hari-hari lah sampai lah hujung bulan
Dan ulang benda yg sama untuk bulan bulan seterusnya. Yang penting simpan duit ikut tarikh Hari Bulan yaa!
Cara ni sangat berkesan pada orang yg boros berbelanja. Anaa terpaksa skip bulan March, April & May tahun ini sebab waktu PKP, tapi total adalah juga dapat RM4310. Jadi kalau genap 12 bulan atau setahun, kita akan dapat total RM5,767.
Duit yang disimpan ini bolehlah;
Mudah bukan! Untuk pemula yang nak menabung dan anda adalah golongan si pemboros, jom ikut cara hijabi ini. Sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit. Semoga kalian berjaya menyimpan untuk tahun 2022 ini. Jom menabung!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.