Isu pemakaian hijab bagi pekerja badan beruniform di Singapura sekian lama menjadi isu terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu Muslim. Singapura yang merupakan sebuah negara republik dan mengamalkan konsep sekular tidak menyebelahi mana-mana agama.
Keputusan yang dibuat itu telah diumumkan ketika sidang rapat umum Hari kebangsaan Singapura (NDR) 2021 kelmarin. Dalam ucapan yang disampaikan dalam tiga bahasa utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris, Lee berkata, “Pemerintah telah mengambil keputusan mengenai soal tudung, mulai November nanti jururawat Muslim di sektor kesihatan awam akan dibenarkan untuk memakai tudung dengan seragam mereka, jika mereka mahu.”
Isu ini bukanlah perbincangan yang asing bagi kerajaan Singapura dan juga pertubuhan Islam negara tersebut yang telah lama mengusulkan kebenaran untuk membenarkan wanita Muslim yang bekerja dalam sektor badan beruniform untuk bebas berhijab dan mengamalkan kepercayaan mereka tanpa sebarang batas.
Ads
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong
Ujar Perdana Menteri Singapura ke-3 ini lagi, “Saya harap keputusan ini akan diterima semua pihak dengan semangat yang betul dalam usaha untuk memperkukuh iltizam sesama kita bagi masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura.”
Isu berhijab bagi penjawat awam terutamanya dalam badan beruniform bukanlah perkara baharu. Namun sudah banyak negara bukan majoriti penganut agama Islam yang secara progresif membenarkan wanita Muslim untuk berhijab bahkan mereka hijab khusus agar seragam dan sesuai dengan uniform yang digayakan.
Ads
Semoga wanita Muslim Singapura yang berada dalam unit badan beruniform lain bakal menerima layanan yang sama untuk diberi kelonggaran berhijab seperti yang baru sahaja diperoleh jururawat hospital awam negara tersebut.
Benarlah hidayah itu milik Allah. Ia tidak mengenal sesiapa jika Tuhan sudah mahu memberikannya.
Terbaharu, seorang bintang mempertahankan diri campuran (MMA), Wilhelm Ott telah memeluk Islam selepas beliau memuat naik videonya mengucap dua kalimah syahadah di laman Instagram miliknya.
Menurutnya, Wilhelm menjelaskan bahawa penularan wabak Covid-19 memberikannya masa untuk dirinya berehat lalu mencari kembali pegangan agamanya.
“Islam telah berada di dalam diri saya sejak beberapa tahun lalu, namun saya tidak dapat berbuat apa-apa dan membiarkan diri saya terpengaruh secara politik,” tulisnya.
Di samping itu, Islam juga memberikan dia kekuatan apabila menghadapi waktu yang sukar.
“Kini iman saya benar-benar kuat sehingga saya dapat mengenali satu-satunya Tuhan yang benar.
“Dengan berbangga saya berkata ya, saya adalah seorang Muslim,” jelasnya.
Selain itu, beliau juga turut berkongsi bahawa dia turut menerima pemberian sejadah dan Al-Quran daripada rakannya.
“Terima kasih tidak terhingga kepada semua orang. Anda memberikan saya kekuatan dan menguatkan lagi keyakinan saya pada ALLAH SWT,” katanya lagi di kapsyen gambar tersebut.
Berdoa bukan sahaja ketika kita dalam keadaan susah, malahan juga ketika dalam keadaan selesa dan tenang. Oleh itu jangan jemu dan putus untuk berdoa. Setiap kali selepas solat, berdoalah kepada Allah dengan hati yang tulus dan ikhlas.
Dalam surah Al-Ghaafir ayat 60, Allah SWT mengkhabarkan berita gembira kepada hamba-Nya yang sentiasa berdoa dan memohon sesuatu hajat dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan Tuhan kamu berfirman: ‘Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.’”
Jangan Jemu Mendoakan Anak
1. Nabi Ibrahim menampilkan contoh terbaik dalam kesungguhan mendoakan anak. Sebelum dikurniakan anak lagi, Nabi Ibrahim berdoa agar dikurniakan anak yang soleh. Firman Allah:
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
“(Nabi Ibrahim berdoa): Wahai Tuhanku, kurniakanlah aku anak yang soleh.” (Surah al-Saffat: 100)
2. Mengapa Nabi Ibrahim bersungguh berdoa agar dikurniakan anak yang soleh? Kerana hanya anak yang soleh mampu memberikan bantuan pada kita setelah kita meninggal. Ini difahami dari hadith Rasulullah yang menegaskan:
إذا ماتَ ابن آدم انْقَطَعَ عنه عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثةٍ: صَدَقَةٍ جارِيَةٍ، أوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أوْ وَلَدٍ صالحٍ يَدْعُو لهُ
“Apabila meninggalnya anak Adam, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: (1) Sedekah jariah, (2) ilmu yang bermanfaat, serta (3) anak yang soleh yang mendoakan mereka.
3. Barangkali atas dasar itulah Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh. Bagi ibubapa yang belum, sedang atau telah mempunyai zuriat, jangan sesekali berhenti berdoa agar dikurniakan anak yang soleh.
4. Setelah dikurniakan anak, Nabi Ibrahim berterusan berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa mendirikan solat. Ini difahami dari doa Baginda yang direkodkan di dalam al-Quran. Firman Allah:
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang sentiasa mendirikan solar, begitu juga dengan anak-anakku, Wahai Tuhan kami, perkenanlah (doa ini).” (Surah Ibrahim: 40)
5. Perhatikan doa ini. Dihujung doa tersebut, terdapat satu ungkapan yang tidak pernah disebutkan di dalam doa Nabi Ibrahim yang lain (sebagai kata penguat) iaitu ungkapannya:
رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
“Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa ini!”
Ungakapan yang terakhir ini seolah menggambarkan betapa bersungguhnya Nabi Ibrahim dan amat berharap agar dikurniakan anak yang konsisten mendirikan solat. Begitulah juga kita yang sepatutnya sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang sentiasa menjaga solatnya.
6. Nabi Ibrahim turut dilihat mendoakan anaknya yang berada dalam keadaan yang membimbangkan. Ini didapati daripada doa beliau ketika meninggalkan anaknya Nabi Ismail di Mekah. Firman Allah:
“Wahai Tuhan kami, aku telah menempatkan zuriatku di lembah yang tidak mempunyai tumbuhan di sisi RumahMu, Wahai Tuhanku, supaya mereka mendirikan solat.” (Surah Ibrahim: 37)
7. Nabi Ibrahim sedar bahawa anak dan isterinya berada dalam keadaan yang sukar sewaktu di Mekah, lalu dipanjatkan doa agar Allah memelihara mereka. Kebergantungan yang tinggi kepada Allah menjanjikan pulangan yang lebih lumayan. Pada asalnya, Nabi Ibrahim berdoa agar Allah memelihara keluarganya sahaja. Namun anugerah yang diberikan oleh Allah lebih dari itu. Telaga Zamzam yang ditemui mereka sangat diberkati sehingga dinikmati oleh umat manusia pada hari ini.
8. Dalam apa keadaan sekalipun, jangan pernah jemu berdoa. Doa adalah manifestasi kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya. Saat belum dikuniakan anak, ketika dikurniakan anak, malah ketika anak dalam kesusahan, usah jemu berdoa. Moga Allah memelihara hamba-hambaNya yang berharap kepadaNya.
HIJABISTA: Usai solat jangan terburu-buru bangun sebaliknya luangkan sedikit masa untuk berdoa.
Sebagai seorang pendakwah, boleh menyalurkan ilmu pengetahuan di mana-mana sahaja dan dalam apa jua cara. Seperti yang kongsikan oleh Ustaz Mohd Kazim Elias yang memberitahu kebaikan jika seseorang itu mengamalkan surah As Syura. Menurutnya ayat 19 dari surah berkenaan boleh melembutkan hati seseorang.
Malah dengan amalan berzikir juga boleh memohon untuk dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.
Begitu juga dengan jika dilakukan pada kanak-kanak dengan meletakkan tapak tangan di dada atau ubun-ubun kepala. Ini adalah untuk memohon agar Allah memberi jiwa yang lembut kepada mereka.
Menurutnya, amalan membaca surah As Syura ini juga amat sesuai diamalkan di zaman sekarang yang mana cukup terdedah dengan pelbagai kata-kata keji dan nista serta fitnah dilemparkan.
Tambahnya lagi, jika mengalamai situasi berkenaan, beliau akan membaca surah ini sebagai zikir memohon kelembutan hati dan dimurahkan rezeki.
Ustaz Kazim meninggalkan pesanan ini dalam laman sosial twitter dan facebooknya. Di facebooknya sahaja perkongsian ini menerima respon positif di kalangan netizen.
Uni UmiAsalamualaikum ustaz. Terima kaseh berkongsi ilmu. Semoga memberi manafaat pada yang mengamalkannya. Akak dah lama amalkan sejak ustaz bagi diceramah2 ustaz. Alhamdulilah akak mohon halalkan ilmu yang ustaz berikan disetiap ceramah. Walaupun akak belajar melalui you Tube tapi banyak yang akak dapat. Semoga Allah sentiasa melindungi ustaz dan memberi kekuatan, ketabahan serta kesabaran. Jaga kesehatan ustaz dan jangan lupa makan ubat.
Harlina BaharudinSlm.ustaz sy mula amal ayat ni selepas tgk ustaz dlm satu rancangan TV..sy cri ayt ni dlm terjemahan Al Quran..sy hafal dan fhm maknenya..sya ajr kt ank2 srh mrk hafal..alhamdullillah x lm lps tu Allah bg rezeki yg x disangka2 n ada perubahan pd ank2..alhamdullillah..
Zeeda Leeda Terimakasih Ustaz, mohon perkongsian ini di dunia sehingga akhirat dan moga ķita semua mendapat safa’at dariNya …..
Jadi kepada hijabi yang berdepan situasi ini, boleh amalkan surah As Syura dan berdoa semoga diberi kelembutan hati bagi yang sering melemparkan sifat negatif pada diri kita. Juga untuk dimurahkan rezeki oleh Allah. Insya-Allah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di