Isu pemakaian hijab bagi pekerja badan beruniform di Singapura sekian lama menjadi isu terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu Muslim. Singapura yang merupakan sebuah negara republik dan mengamalkan konsep sekular tidak menyebelahi mana-mana agama.
Keputusan yang dibuat itu telah diumumkan ketika sidang rapat umum Hari kebangsaan Singapura (NDR) 2021 kelmarin. Dalam ucapan yang disampaikan dalam tiga bahasa utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris, Lee berkata, “Pemerintah telah mengambil keputusan mengenai soal tudung, mulai November nanti jururawat Muslim di sektor kesihatan awam akan dibenarkan untuk memakai tudung dengan seragam mereka, jika mereka mahu.”
Isu ini bukanlah perbincangan yang asing bagi kerajaan Singapura dan juga pertubuhan Islam negara tersebut yang telah lama mengusulkan kebenaran untuk membenarkan wanita Muslim yang bekerja dalam sektor badan beruniform untuk bebas berhijab dan mengamalkan kepercayaan mereka tanpa sebarang batas.
Ads
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong
Ujar Perdana Menteri Singapura ke-3 ini lagi, “Saya harap keputusan ini akan diterima semua pihak dengan semangat yang betul dalam usaha untuk memperkukuh iltizam sesama kita bagi masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura.”
Isu berhijab bagi penjawat awam terutamanya dalam badan beruniform bukanlah perkara baharu. Namun sudah banyak negara bukan majoriti penganut agama Islam yang secara progresif membenarkan wanita Muslim untuk berhijab bahkan mereka hijab khusus agar seragam dan sesuai dengan uniform yang digayakan.
Ads
Semoga wanita Muslim Singapura yang berada dalam unit badan beruniform lain bakal menerima layanan yang sama untuk diberi kelonggaran berhijab seperti yang baru sahaja diperoleh jururawat hospital awam negara tersebut.
Penghijrahan yang dilakukan pemilik nama penuh Shazrina binti Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina sejak sebelas tahun yang lalu sempat membuka mata ramai pihak.
Mana tidaknya, penghijrahan yang berlaku pada akhir tahun 2013 membuka satu lembaran baharu dalam kehidupan Mizz Nina, daripada bergelar bintang yang sinonim dengan imej seksi, dia berubah 360 darjah menjadi seorang Muslimah sejati.
Malah, Mizz Nina kekal istiqamah menggayakan fesyen patuh syariah dan menutup aurat sehingga kini. Dia juga bergiat aktif sebagai pendakwah serta terlibat sebagai aktivis kemanusiaan yang lantang menyuarakan pandangan terhadap isu Palestin dan Gaza.
“Saya pernah tutup pintu Allah masa saya muda. Tak solat, tak puasa, tak buat apa-apa, macam malas nak buat semua itu..
“Masa saya ke arah kejayaan, saya rasa macam ada kehilangan ‘sesuatu’ dan saya pun sudah lama dalam industri hiburan, banyak buat persembahan sini sana, jadi saya rasa ia hanyalah rutin harian.
“Saya merasakan semakin dikenali, saya bergerak ke era baru dalam hidup saya dan itu sebab saya senang untuk lepaskan semua benda..
“Apabila saya nekad untuk mendalami Islam, saya rasakan ini adalah permulaan kehidupan saya,” kata bekas isteri kepada penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh.
Popular dengan lagu Wait You Waiting For, Mizz Nina mengakui cabaran dalam penghijrahan adalah suatu perkara paling sukar.
“Saya mengambil masa untuk berhenti pergi ke tempat yang selalu saya pergi dulu, perlahan-lahan nak belajar pakai tudung dan ambil masa nak pergi Haji..
“Balik dari Mekah, saya cuba praktikkan perkara itu dan mahu kekal istiqamah dan saya rasa itu adalah cabaran yang semua orang hadapi,” kata Miss Nina sebak.
Menerusi temubual slot Kisah Penghijrahan dalam Zayan My, anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga mengakui bahawa ayat suci Al-Fatihah telah melengkapi hidupnya.
“Surah Al-Fatihah sangat memberi kesan besar pada saya sebab ia adalah surah pertama saya hafal dan surah pertama yang saya faham,” kata Mizz Nina.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari MEDIA HIBURAN
Dalam bab perhiasan, ada jenis perhiasan yang dikhaskan buat wanita dan begitu juga sebaliknya. Lelaki tidak boleh memakai apa-apa perhiasan yang dikhaskan buat perempuan, begitu juga sebaliknya. Kedua-dua jantina mempunya lumrah kejadiannya.
“Makin ramai kaum lelaki memakai rantai, artis dan influencer pun dah semakin berani tonjolkan diri di khalayak dengan gaya sebegini, mereka ni boleh mempengaruhi anak muda,” kongsinya di laman media sosial.
Memakai perhiasan itu HARAM bagi lelaki. Ada pendapat minoriti mengatakan ianya harus, itu pun bersyarat. Tetapi, umumnya, dan kebanyakan ulama mengatakan hukum memakainya itu HARAM.
Sebenarnya kita lihat dah lama kaum lelaki memakai perhiasan seperti gelang dan rantai sama ada daripada besi, perak atau emas, seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dan makin boleh diterima. Risau dengan trend lelaki mengayakan hiasan tanpa memikirkan halal dan haram, Ustazah Asma Harun tampil kongsi hukum berkaitan lelaki dan perhiasan.
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat golongan lelaki yang menyerupai orang perempuan dan juga golongan perempuan yang menyerupai orang lelaki.” (HR Bukhari, hadis sahih)
Syeikh Badruddin al-‘Aini pula mengulas hadis ini, kata beliau:
Maksudnya: “(Celaan ini) adalah pada perbuatan orang lelaki yang menyerupai perempuan dari sudut pakaian dan juga perhiasan yang khusus buat orang perempuan seperti memakai serkup kepala, rantai, gelang tangan, gelang kaki, dan juga anting-anting.” (Kitab ‘Umdatul Qari, Al-‘Aini 22/41)
Jelas daripada hadis di atas bahawa HARAM bagi seseorang untuk memakai pakaian atau perhiasan yang khas bagi jantina berlawanan dengannya. Antara barang perhiasan yang tidak dibenarkan dipakai oleh lelaki adalah:
Pengharaman bagi lelaki menyerupai wanita ini tiada khilaf dalam kalangan alim ulama sama ada dari sudut pergerakan badan, kelembutan kata-kata, perhiasan, pakaian dan lain-lain yang khas bagi wanita dari sudut adat dan tabiat.
MEMAKAI GELANG DAN CINCIN BAGI LELAKI
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa jumhur ulama mengharamkan lelaki memakai gelang.
Syeikh Zakariyya Al-Ansari berkata bahawa diharuskan bagi seorang lelaki memakai cincin perak kerana mengikut Rasulullah SAW, bahkan hukumnya adalah sunat, namun lelaki tidak boleh memakai gelang dan tidak halal baginya, meskipun gelang tersebut diperbuat daripada perak. Hal ini kerana memakai gelang itu mempunyai unsur kewanitaan dan ia tidak layak dan sesuai dengan sifat seorang lelaki.
(Rujuk Fatawa Hujjah al-Islam Abu Hamid al-Ghazali, hlm. 30; Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 4/444 dan Asna Al-Matolib 1/379).
Kaum lelaki diharamkan untuk mengambil emas sebagai perhiasan, maka begitu juga dengan memakai cincin emas bagi lelaki juga jelas pengharamannya melalui hadis Nabi SAW. Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata:
أَنَّهُ نَهَى عَنْ خَاتَمِ الذَّهَبِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang (lelaki) dari memakai cincin emas.” (HR Muslim, hadis sahih)
Rasulullah SAW pernah melihat seseorang memakai cincin yang diperbuat daripada emas lalu Baginda SAW mencabut cincin tersebut dari tangan lelaki tersebut lalu mencampakkannya, kemudian Baginda SAW bersabda:
Maksudnya: “Seseorang dari kalian sengaja meletakkan bara dari api neraka ditangannya.” (HR Muslim, hadis sahih)
Rasulullah menyatakan tidak boleh memakai gelang hatta untuk kesihatan sekalipun. Tidak ada manfaatnya. Sebab itu baginda meminta lelaki tersebut menanggalnya.
Rasulullah bersabda:
“Gelang apakah ini? Maka lelaki itu pun menjawab, “Ini disebabkan penyakit.” Lalu baginda bersabda, “Tanggalkanlah ia kerana sesungguhnya ia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan.” (Hadis riwayat Sunan Ibnu Majah)
Namun dalam isu ini terdapat beberapa pengecualian, antaranya ialah fatwa daripada Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Negeri Sembilan akan keharusan pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki untuk tujuan perubatan atau rawatan berdasarkan keperluan dan hajat. Namun, bagi lelaki yang memakai gelang untuk tujuan perubatan, adalah lebih baik tidak memakainya di tempat awam secara terbuka atau menghebahkannya di media sosial supaya mengelakkan fitnah terhadap pemakai, kerana melakukan sesuatu yang mendatangkan fitnah adalah makruh.
Syarat lain yang ditetapkan:
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: FB Ustazah Asma Harun
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Khusyuk dalam solat itu merupakan antara kunci yang penting untuk memberi kesan yang baik secara efektif kepada orang yang mendirikannya.
Khusyuk dalam solat berlaku pada seseorang yang mengosongkan hatinya untuk solat yang dikerjakannya. Hati akan melupakan perkara lain untuk memberi keutamaan kepada solat. Maka, pada masa itulah solat akan menjadi penyejuk hati.
Amat beruntung kepada orang yang mendirikan solat dengan penuh khusyuk sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Mukminuun ayat 1 dan 2 bermaksud: “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.”
6 AMALAN MENDAPATKAN KHUSYUK DALAM SOLAT
Berkata Imam Al-Ghazali ada enam perkara yang hendaklah dikerjakan oleh orang yang sembahyang supaya tergolong ia di dalam kalangan orang-orang khusyuk di dalam solat.
1. Hudhurul Qalbiertinya hadirkan di dalam hati perasaan sedar dengan kehadiran Allah dalam diri dan merasakan dirinya dekat dengan Allah dan sedang bersamaNya maka jadilah hatinya hidup langsung menuju Allah.
2. At-Tafahhumertinya mencuba sedayanya memahami setiap perbuatan dalam solat dan cuba memahami sungguh-sungguh segala bacaan dalam solat yang sedang didirikan dan menghayati setiap gerak laku solat dan bacaannya pada zahir dan batin.
3. At-Ta’dzhimertinya merasakan dalam hati kebesaran Allah dengan cara merasakan diri kita ini sangat kecil lagi hina tidak berdaya apa-apa di hadapan Allah.
4. Al-Haibah iaitu merasakan sangat takut ketika berdiri di hadapan Allah dan takut pada marahNya dan takut untuk melanggar perintahNya.
5. Ar-Roja’iaitu sangat-sangat berharap kepada Allah agar Allah sudi menerima ibadahnya itu dan sangat mengharapkan Allah perkenankan segala doanya.
6. Al-Haya’iaitu merasa sangat malu kepada Allah atas segala kekurangan dan ketidak sempurnaan yang terdapat di dalam solatnya. Merasa sangat malu dengan sebab kesilapan dan dosa dan sangat malu pada kelemahan diri dan segala aib diri yang selalu berlaku berulang-ulang.
Dari Kitab Ihya Ulumiddin dengan ringkasan. Wallahua’lam
HIJABISTA: Sepatutnya sebagai seorang Muslim, kita hendaklah menjadikan hati senang ketika berzikir, suka mendengar nasihat, gemar menghayati Al-Quran serta khusyuk ketika solat. Apabila seseorang berasa berat dan tidak suka solat, membaca al-Quran, berzikir dan mendengar nasihat, hatinya rosak, keras dan tidak sihat.
Sumber kredit : Ustaz Azhar Idrus
DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APPS STORE.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.