Sedapnya kalau dapat hirup secawan teh herba, lagi-lagi sewaktu pagi hari atau sewaktu hujan. Memang sangat menyenangkan! Teh herba bukan sahaja menyenangkan dan menghangatkan tubuh badan, malah ia juga mempunyai banyak khasiat yang tersembunyi.
Teh adalah minuman biasa dua pertiga penduduk di dunia. Ia dibuat dari Camellia sinensis, juga dikenal sebagai tanaman teh, yang telah ditanam selama ribuan tahun kerana rasa dan khasiat perubatannya.
Teh herba pula adalah infus yang dibuat dengan pembuatan ramuan, buah kering, daun, bunga, atau tunas dari tanaman selain Camellia sinensis. Berbeza dengan teh biasa, teh herba mempunyai lebih banyak khasiat dan kelebihan. Berikut merupakan beberapa contoh teh herba yang patut anda cuba serta khasiatnya yang tersendiri:
5 jenis teh herba serta khasiatnya yang tersendiri
#1 Teh chamomile – membantu menangani masalah gangguan tidur atau gangguan mental.
Kamomil (chamomile) ialah sejenis herba yang berasal daripada bunga dari keluarga bunga daisi. Ia boleh diekstrak menjadi minyak atau teh yang boleh disapu pada badan serta diminum.
Kelebihan teh herba ini ialah ia dipercayai mempunyai kesan menenangkan. Bahkan, ianya digunakan oleh mereka yang mengalami gangguan tidur dan gangguan mental.
Kajian yang dijalankan ke atas 34 pesakit insomnia mendapati bahawa meminum teh chamomile ini dua kali sehari membantu merawat masalah tidur. Selain itu, teh jenis ini juga mempunyai ciri antibakteria, antivirus, dan anti-radang yang dipercayai dapat melindungi organ hati.
#2. Teh pudina – meningkatkan tahap kesihatan sistem penghadaman dan pencernaan
Ads
Teh pudina dibuat dengan mengekstrak daun pudina dan digunakan sebagai salah satu minuman herba yang paling terkenal di dunia. Kandungan antioksidan tumbuhan ini dipercayai dapat meningkatkan sistem penghadaman dan kesihatan pencernaan.
Tambahan itu, menurut kajian makmal yang dijalankan, teh peppermint atau pudina ini dipercayai boleh merehatkan usus serta perut yang mengalami masalah-masalah berkaitan. Kesannya, minuman ini mungkin dapat merawat masalah seperti senak, ketidakhadaman, sakit perut, loya, muntah, dan pedih ulu hati.
#3 Teh bunga raya – mampu melawan virus
Siapa sahaja yang tidak mengenali bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia, kan? Bunga raya kebiasaannya menjadi tanaman hiasan yang biasa dilihat di halaman rumah. Namun, anda perlu tahu bahawa bunga raya juga boleh diminum sebagai teh.
Khasiat bunga raya yang dijadikan teh sememangnya menjadi salah satu bentuk olahan yang popular. Sebenarnya bunga raya telah digunakan sebagai tumbuhan herba yang telah wujud sejak ratusan tahun dahulu.
Ads
Menurut kajian, ekstrak herba ini mungkin mampu melawan strain virus selesema burung. Namun tahap keberkesanannya masih belum disahkan. Bahkan di negara-negara Afrika pula, ramuan bunga raya ini sering digunakan untuk menurunkan suhu badan semasa demam, merawat penyakit jantung, dan melegakan sakit tekak.
#4 Teh herba Echinacea -menguatkan sistem imun tubuh badan
Echinacea adalah sejenis herba yang juga berasal daripada bunga dan biasa diekstrak menjadi teh untuk diminum bagi mendapatkan manfaat kesihatan tertentu. Ia juga dikenali sebagai “purple coneflower”.
Antara khasiat teh herba ini adalah dikatakan mampu menguatkan sistem imun tubuh badan lantas membantu melawan sebarang jangkitan atau penyakit. Menurut pelbagai kajian, dipercayai bahawa pengambilannya mampu memendekkan tempoh jangkitan penyakit demam atau selesema yang biasa.
Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan mampu melegakan sakit tekak serta hidung yang tersumbat dengan hingus. Jadi kalau anda mengalami gejala biasa penyakit demam atau selesema, cepat-cepat la menghirup teh ini ya!
Ads
#5 Teh herba Rooibos- bagus untuk pertumbuhan, perkembangan dan ketumpatan tulang.
Rooibos adalah sejenis herba yang berasal dari Afrika Selatan. Ianya biasa digunakan sebagai teh herba untuk menyihatkan badan. Antara kebaikan teh herba ini adalah sangat baik untuk tumbesaran, perkembangan dan ketumpatan tulang.
Menurut kajian, teh herba rooibos boleh merangsang sel-sel yang terlibat dalam proses ketumpatan tulang dalam tubuh manusia. Teh herba rooibos juga dipercayai mampu membantu dalam merawat masalah batu karang dalam buah pinggang, namun ia masih memerlukan kajian lanjut.
Siapa yang tidak mengenali pelakon Datin Almy Nadia, yang juga merupakan isteri kepada pelakon dan dramatis popular Datuk Fizz Fairuz. Terdahulu, Almy pernah mengenang semula detik-detik manis dimana dia meneima hidayah sekaligus berkongsi tentang perjalanan hijrahannya yang nekad berhijab pada Jun 2022 yang lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Almy nekad berhijab selepas dia mula mamakai selendang dan pakaian longgar.
“Saya mula berubah secara perlahan-lahan bermula dari segi pakaian. Selain memakai baju yang longgar, saya juga mula memakai selendang untuk menutup rambut ketika di luar rumah.
“Saya juga mula berhijab sepenuhnya ketika mengambil anak di sekolah yang berhampiran Masjid Wilayah dan seterusnya ketika terbabit dalam program Majalah Keluarga di Legoland pada tahun 2022 yang lalu,” katanya.
Tambah Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia binti Ungku Aminuddin Shah, suaminya juga tidak pernah menghalang hasratnya itu malah tidak memaksa untuk mengenakan hijab.
“Suami ada bertanya adakah saya benar-benar sudah bersedia berhijab dan dia juga meminta saya betulkan niat berhijrah kerana Allah dan bukan paksaan darinya atau ahli keluarga.
“Ahli keluarga saya dan mentua semuanya berhijab dan mereka juga sangat menyokong penghijrahan ini. Malah saya berhijab adalah kerana Allah.
“Lagipun saya sudah puas bergaya dengan pelbagai fesyen baju dan rambut ketika zaman anak dara dan bentuk badan langsing dulu dan kini sampai masanya untuk saya berhijrah menjadi isteri, ibu dan hamba Allah yang lebih baik,” jelasnya.
Untuk rekap, Almy mendirikan rumah tangga dengan dengan Fizz pada 26 April 2014.
Hasil perkongsian hidup selama 10 tahun itu, rumahtangga pasangan merpati dua sejoli ini diserikan dengan kehadiran lima cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Ariana, Nur Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra, Nur Afrina Aishah, dan seorang anak angkat Nur Afrina Darwisyah.
Terdahulu, Datuk Fizz Fairuz berkongsi khabar gembira menerusi laman Instagram, apabila Datin Almy Nadia selamat melahirkan bayi perempuan yang juga merupakan anak kelima pasangan ini pada pagi Rabu bersamaan 18 September 2024.
HIJABISTA mendoakan semoga Almy Nadia kekal istiqamah hendaknya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Ubat jerawat berbahan kimia terkadang mahal dan dapat menimbulkan kesan sampingan. Pemilik kulit sensitif bahkan boleh mengalami kesan berupa kulit kemerahan, kering, atau iritasi. Sebagai gantinya, ada banyak cara alami yang lebih disarankan untuk mengatasi jerawat, misalnya dengan menggunakan air garam.
Garam memang sering ditambahkan ke dalam produk perawatan kulit. Bentuk dan namanya beragam sesuai jenis dan fungsi produk. Anda dapat menemukannya dalam skrub, masker, hingga syampu dan ubat jerawat. Selain produk-produk tersebut, anda juga dapat manfaatkannya dalam bentuk air garam.
Jerawat timbul ketika pori-pori kulit tersumbat oleh minyak dan sel kulit mati. Setiap pori berhubung ke kelenjar minyak yang menghasilkan sebum atau minyak. Penghasilan sebum secara berlebih dapat menyumbat pori dan penyokong pertumbuhan bakteriaa.
Jangkitan bakteriaa mengakibatkan peradangan sehingga pori-pori yang tersumbat menjadi merah, bengkak, dan terasa nyeri. Pembentukan jerawat dapat dihasil dengan teruk dengan adanya faktor genetik, makanan tertentu, stres, serta perubahan hormon.
Air garam tidak secara langsung menghilangkan jerawat. Namun, bahan alami ini dapat mencegah dan mengatasi jerawat dengan cara berikut:
Manfaat utama air garam adalah untuk eksfoliasi. Eksfoliasi bertujuan untuk mengelupas sel-sel kulit mati sehingga tidak terkumpul dan menyumbat pori-pori. Ini sebabnya garam sering digunakan dalam produk skincare seperti skrub. Butiran skrub garam akan mengikis lapisan kulit mati pada wajah anda. Proses ini tidak hanya membersihkan wajah, tapi juga membantu kulit menyerap produk skincare dan ubat jerawat dengan lebih baik.
Garam dapat membunuh bakteria dengan menyerap kandungan air di dalamnya. Ketika terdapat banyak garam di luar badan bakteria, air dari dalam bakteria akan keluar dalam proses yang disebut osmosis. Osmosis bertujuan untuk menyamakan konsentrasi garam di dalam dan di luar badan bakteriaa. Proses ini mengakibatkan hal berikut:
Air garam kerap digunakan untuk mengatasi jerawat kerana mampu menyerap racun dari kulit. Selain itu, air garam juga kononnya membantu melancarkan peredaran darah, melembutkan tekstur kulit, dan mengatur kadar air serta kelembapan kulit.
Penggunaan air garam untuk merawat jerawat berbeza dengan skrub berbahan garam. Butiran garam dapat membuat kulit terasa perih, terutama bila kulit sedang banyak berjerawat. Jadi, cukup larutkan garam dengan air untuk dibilaskan ke wajah anda.
Anda boleh menggunakan garam biasa, garam laut, mahupun garam Himalaya. Berikut langkah-langkah membuat dan menggunakan air garam:
Ketika menggunakan air garam untuk mengatasi jerawat, pastikan anda tidak memakai produk eksfoliator berbutir kasar. Eksfoliator dapat mengangkat sel kulit mati. Namun, produk ini boleh mengikis kulit bila digunakan bersama dengan air garam.
Jika masalah jerawat tidak baik, anda mungkin perlu melihat faktor lain yang menjadi penyebabnya. Hindari makanan yang mendorong jerawat, usahakan tidur dengan cukup, dan hindari menyentuh wajah guna mencegah infeksi bakteriaa dari tangan.
Bagaimana makanan dapat menyebabkan jerawat?
Jerawat umumnya muncul ketika pori-pori di kulit tersumbat sel kulit mati, bakteria, minyak (sebum), kotoran, atau kombinasi semua itu. Pori-pori yang tersumbat kemudian meradang dan selanjutnya tumbuh sebagai jerawat.
Hubungan antara makanan dan jerawat itu sendiri sebenarnya belum boleh dipastikan. Bukti sejauh ini melaporkan makanan bukanlah penyebab utama dan satu-satunya dari kemunculan jerawat. Namun, beberapa jenis makanan memang kononnya dapat memengaruhi kadar hormon yang yang disebut insulin-like growth factor 1 (IGF-1).
Beberapa penelitian menunjukkan bahawa kadar IGF-1 yang berlebihan dapat mendorong peningkatan penghasilan sebum atau minyak di kulit yang menyebabkan jerawat.
Seperti yang telah dijelaskan di atas, jerawat dapat muncul akibat ketidakseimbangan hormon dalam tubuh, terutama kadar hormon IGF-1 yang terlalu tinggi. Beberapa makanan ini, yang mungkin menjadi kegemaran anda sehari-hari, boleh meningkatkan kadar hormon tersebut jika dimakan terlalu sering atau dalam bahagian berlebihan.
Terlalu banyak makan gula atau makanan yang mengandung karbohidrat sederhana seperti senarai di bawah ini dapat meningkatkan risiko anda berjerawat:
Makanan yang mengandung karbohidrat olahan dan gula tergolong tinggi glisemik. Makanan dengan indek glisemik tinggi membuat tubuh menghasilkan lebih banyak insulin yang meningkatkan kadar gula darah dengan sangat cepat. Hal ini kemudian memengaruhi kadar hormon lain sehingga boleh meningkatkan penghasilan minyak di kulit. Ketika penghasilan minyak di kulit berlebihan, jerawat pun boleh muncul dengan mudah. Oleh itu, hadkan makan makanan yang mengandung karbohidrat olahan dan gula.
Kebanyakkan kajian yang melaporkan bahawa susu dan segala makanan yang dibuat darinya boleh menjadi penyebab jerawat, khususnya pada remaja. Salah satunya penelitian dalam Journal of The European Academy Of Dermatology And Venereology. Penelitian itu mendapati bahawa mereka yang hobi minum susu dan makan ais krim berisiko empat kali lebih tinggi untuk mengalami jerawat. Sayangnya, penelitian ini hanya menunjukkan adanya hubungan antara keduanya, bukan penyebab pastinya mengapa susu boleh menyebabkan jerawat.
Namun, salah satu teori yang popular mengatakan bahawa susu dapat meningkatkan kadar insulin yang memburukkan keparahan jerawat. Susu sapi juga mengandung asid amino yang merangsang hati untuk menghasilkan lebih banyak IGF-1. Hormon IGF-1 adalah hormon yang terkait dengan pembentukan jerawat.
Penelitian lebih lanjut diperlukan untuk menentukan adakah ada batasan bahagian atau jenis susu tertentu yang dapat memperburuk jerawat.
Makanan segera, seperti burger, nugget, hot dog, kentang goreng, soda, dan milkshake sejak dahulu kononya menjadi penyebab jerawat. Belum dapat dipastikan bagaimana makanan cepat segera mendorong jerawat, tapi satu penelitian menduga bahawa risiko ini datang dari kandungan lemak jahatnya yang memengaruhi kadar hormon dalam tubuh.
Hasil penelitian itu menemukan bahawa makan makanan yang mengandung lemak tinggi meningkatkan risiko kemunculan jerawat sebesar 17- 43 peratus. Namun, penting untuk dicatat bahawa sebahagian besar penelitian tentang makanan segera hanya menunjukkan pola kebiasaan makan dan risiko jerawat. Bukan bererti makanan segera adalah penyebab jerawat yang pasti setiap kali anda memakannya. Oleh kerana itu, diperlukan lebih banyak penelitian.
Makanan yang kaya omega-6 diuji jadi penyebab jerawat. Jagung dan minyak soya termasuk makanan yang kaya lemak omega-6. Pola makan sebahagian masyarakat dunia kini cenderung ke makanan tinggi omega-6 dan lebih sedikit omega-3. Sayangnya, ketidakseimbangan asid lemak omega-6 dan omega-3 ini mendorong tubuh mengalami peradangan yang dapat memburukkan keparahan jerawat.
Sebaliknya, suplemen dengan asid lemak omega-3 dapat mengurangkan peradangan dan telah terbukti mengurangkan keparahan jerawat. Namun, tentu saja diperlukan penelitian lanjutan untuk membuktikan perkara ini.
Coklat juga diuji oleh beberapa kajian medis sebagai salah satu makanan penyebab jerawat. Sebuah penelitian pakar kecantikan menemukan bahawa jerawat tumbuh semakin banyak setelah dua minggu makan dark chocholate 99 peratus setiap hari. Penelitian lain juga menemukan bahawa lelaki yang yang makan serbuk koko setiap hari memiliki jerawat lebih banyak setelah satu minggu memakannya. Perbandingan ini dilihat dari mereka yang hanya diberikan plasebo. Masih belum diketahui secara pasti mengapa makanan yang satu ini boleh menyebabkan jerawat. Akan tetapi dugaan kuatnya iaitu kerana coklat boleh meningkatkan reaksi sistem kekebalan tubuh terhadap bakteria jerawat.
Whey protein adalah salah satu jenis protein yang banyak digunakan dalam makanan dan makanan tambahan tenaga. Whey protein merupakan sumber yang kaya akan asid leusin dan glutamin.
Fungsi utama dari jenis protein ini adalah untuk membentuk dan mempertahankan otot. Namun di sisi lain, merangkum hasil penelitian, whey protein dapat menjadi salah satu makanan penyebab jerawat. Beberapa penelitian bahkan menemukan hubungan antara minum whey protein jerawat akan tumbuh pada atlet lelaki yang mengambilnya.
Penelitian tersebut mengamati bahawa whey protein ternyata dapat merangsang tubuh untuk menghasilkan insulin yang lebih tinggi. Whey protein juga merangsang sel-sel kulit tumbuh dan membelah dengan cepat. Kombinasi dari ini boleh mendorong tumbuhnya jerawat di wajah.
Lemak trans biasanya berasal dari minyak sayur yang sudah pernah digunakan untuk memasak. Lemak sayur juga umumnya terdapat dalam makanan olahan mulai dari kek, keropok, biskut, dan mentega.
Selain menyumbat pembuluh arteri di jantung, lemak trans boleh menyumbat pembuluh darah kecil di kulit. Pada masa yang sama, lemak trans juga mendorong peradangan yang boleh menumbuhkan jerawat di wajah. Oleh itu, kurangkan makan makanan olahan dari sumber lemak trans yang cukup kaya. Sebaiknya, makanlah pelbagai sumber lemak sihat seperti yang terdapat dalam minyak zaitun, avokado, atau kacang kenari.
Tanpa pernah disedari, tubuh anda mungkin boleh bereaksi lebih sensitif terhadap makanan tertentu. Sensitiviti ini terjadi ketika sistem kekebalan tubuh keliru mengenali makanan sebagai ancaman. Akibatnya, sistem imun melancarkan serangan kekebalan terhadapnya.
Ketika perkara ini terjadi, tubuh menghasilkan molekul mendorong peradangan yang cukup banyak dan beredar di seluruh tubuh. Hal ini membuat kondisi jerawat yang sudah ada semakin parah. Makanan ini mungkin tidak mendorong masalah pada orang lain tetapi pada tubuh anda yang cenderung sensitif, makanan tersebut boleh jadi penyebab jerawat.
Untuk mengetahui makanan apa yang jadi pendorongya tentu tidaklah mudah. Cara terbaik untuk mengetahui makanan penyebab jerawat iaitu dengan melakukan diet eliminasi di bawah pengawas ahli diet atau spesialis gizi.
Diet eliminasi bekerja dengan membatasi sejumlah makanan dalam diet untuk menghilangkan dan mengurangi gejala. Kemudian secara perlahan doktor akan menambahkan kembali makanan sambil melihat gejala dan mencari polanya.
Anda tentu saja boleh makan makanan yang ada di senarai ini. Akan tetapi, perhatikan bahagia pengambilnnyanya. Jangan terlalu banyak dan terlalu kerap. Agar jerawat tak terus muncul, ada baiknya untuk memperbanyak makan makanan sihat seperti buah dan sayuran. Selain itu, cuba ganti nasi putih dengan nasi merah yang punya indeks glikemik lebih rendah.
Anda juga boleh mulai mengurangkan lemak jahat dengan makan makanan minuman proses. Pertimbangkan membeli makanan segera, usahakan untuk memasak sendiri di rumah agar lebih sihat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Namanya terkenal di kalangan Muslimah di seluruh dunia, Hanna Tajima seorang Muslim yang mempunyai darah campuran British-Jepun ini terkenal dengan kerjasamanya dengan jenama pakaian kasual Jepun UNIQLO.
Terbaru, di media sosial berikutan pendedahan yang mengejutkan ramai peminatnya menjadi trending. Ikon hijabista ini membuat kenyataan yang dimuatnaik Hana di Instagram baru-baru ini, akui merasa tekanan untuk bertudung seperti mana dirasai oleh beberapa model seangkatannya. Ini kerana tidak mudah untuk menggayakan hijab sedemikian apatah lagi berada di sebuah negara yang mempunyai stigma terhadap wanita yang bertudung.
Memperlihatkan dirinya dengan beberapa gaya hijab yang ttidak lagi menutup keseluruhan rambut selain menunjukkan telinga dan lehernya yang merupakan aurat bagi kaum wanita. Itu adalah penampilan baharunya. Hana turut menyatakan pemakaian hijab bukan sebagai kayu pengukur untuk menentukan keperibadian seseorang orang namun dalam masa yang sama tidak menolak wanita muslim yang memakai tudung akan lebih mendapat tumpuan.
Pernah suatu ketika, apabiala nama Hana Tajima disebut-sebut dikalangan hijabi bukan kerana paras rupanya tetapi gaya hijab yang cukup trendy dan mmudah diikuti. Malah hijabi yang gemar berfesyen menjadikan Hana sebagai ikon Hijabista. Pasti ramai yang bakal merindui gaya hijab Hanna Tajima. Jom hijbista imbas kembali 10 gaya yang menjadi kegilaan hijabi:
Walau apapun penerimaan ramai dari segenap dunia, Hanna Tajima tetap terima dengan positif. Pihak hijabista sendiri berdoa suatu hari Hanna Tajima perolehi hidayahNya dan teruskan kehidupan seperti biasa. Insyallah! We love you Hanna!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Masker beras daun sirih cina kemiri kini tular sebagai petua kecantikan semula jadi. Ketahui cara buat masker homemade ini, cara pakai yang betul serta tip elak iritasi kulit.