Selain ELFIRA LOY, Wawa Zainal & Rozita Che Wan Juga Antara Selebriti Yang Turut Pergi Menunaikan UMRAH. Semoga Dipermudahkan Segala Urusan!

Share

Seperti yang diketahui ramai, Elfira Loy sudah pun berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bersama ahli keluarganya empat hari yang lalu. Syukur kerana dalam usia yang muda, Elfira Loy telah dijemput Allah untuk menjejakkan kaki di sana. Bukan semua berpeluang untuk merasai pengalaman ini.

Hijabista sendiri berasa sungguh teruja melihat gambar-gambar serta insta story yang dikongsikan oleh Elfira sendiri di laman Instagram miliknya. Memang manis, sopan dan cantik Elfira Loy dengan jubah, tudung labuh dan niqabnya. Terserlah keayuannya.

Dalam satu gambar yang dikongsinya di Instagram, Elfira turut meluahkan rasa gembiranya kerana dijemput Allah untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Difahamkan pada awalnya Elfira tidak dapat melalakukan umrah kerana berada dalam keadaan yang ‘tidak suci’. Namun, berkat doa, zikir sepanjang jalan dan usaha, akhirnya dia berjaya juga melakukan umrah pertamanya. Elfira akui memang sebak.

Selain Elfira Loy, terdapat beberapa selebriti lain yang turut terbang ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah. Antaranya ialah Wawa Zainal dan Rozita Che Wan. Wawa Zainal telah ke Tanah Suci ditemani ayahnya kerana suaminya, Aeril Zafrel tidak dapat ikut serta disebabkan ada urusan kerja yang perlu diselesaikan.

Manakala Rozita Che Wan pula ke Tanah Suci ditemani suaminya, Zain Saidin. Nampaknya kali ini Rozita dan Zain menunaikan berdua tanpa ditemani anak-anak.

Apa pun, Hijabista doakan segala urusan mereka dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur. Alhamdulillah mereka semua telah dijemput ke rumah Allah. Doakan agar satu hari nanti kita semua dapat menjejakkan kaki ke sana pula. InsyaAllah…

Sumber: Instagram Elfira Loy, Wawa Zainal, Aeril Zafrel & Rozita Che Wan

IKLAN