Kehilangan seseorang yang kita cinta memang memeritkan. Apatah lagi bila insan itu telah pergi buat selama-lamanya. Ketika itulah kita merasakan rindu yang tiada penghujungnya.
Kenangan yang terpahat di minda akan sentiasa diingati sampai bila-bila. Seperti yang dikongsikan oleh Muhammad Syahir di laman Twitter, dia bukan sahaja kehilangan isteri yang baru dinikahi beberapa bulan lalu tetapi juga kehilangan anak pertama yang berada dalam kandungan arwah isterinya.
Berkongsi video kenangan bersama arwah isteri tercinta, ramai netizen yang tidak dapat menahan air mata apabila menyaksikan gambar kenangan mereka.
Aturan allah , allah sayang 😢. Alfatihah ❤️. Tenanglah wahai isteriku NurShakira Ameera Bt Assakri & anak Muhammad Noah . One day saya mesti jumpa awak . Insyaallah pic.twitter.com/k5DZuVeJkx
“Arwah isteri terkena jangkitan kuman pd Tonsil , Paru2 & disahkan mengidap Cancer Darah/Leukaemia. Dalam pada masa yg sama arwah mengandung 15minggu . Doakan arwah isteri & anak saya ya. terima kasih sahabat , moga allah tunaikan segala doa2 anda semua. Alfatihah”
Ads
Tersentuh hati apabila melihat betapa sayangnya si suami terhadap isteri dan anak mereka. Moga arwah isteri dan anaknya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.
Ibu bapa adalah antara figura yang paling risau sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada anak-anak mereka. Malah, bukti cinta dan kasihnya kedua orang tua, ada diantara ibu bapa sanggup mahu menggantikan kesakitan yang dihidapi sang anak sekiranya diizinkan Allah.
Begitu juga dengan pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ayah ini, Adi Saifullizam Abdul Sani yang sanggup ‘berkhemah’ di dalam kenderaan hanya kerana mahu sentiasa ‘dekat’ dengan si anak yang kini terlantar di hospital kerana diuji menghidapi tumor otak.
Baru-baru ini sebuah portal infortainment, memaklunkan tentang kisah pengorbanan Adi, 40 tahun yang sanggup bermalam dan tidur di dalam kereta di tempat parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak, bagi memudahkan urusan isterinya yang memantau keadaan anak bongsunya mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu.
Tular di media sosial beberapa keping foto menunjukkan kereta Proton Satria yang dipasang khemah pada bahagian belakang kenderaan itu yang setia menanti di tempat parkir Hospital.
“Anak bongsu saya, Muhammad Afeef Mikhail, 8, sedang mendapat rawatan di hospital, setelah doktor mengesahkan dia menghidap tumor otak.
Bagaimanapun, Adi berkata setelah anaknya itu menjalani pembedahan untuk tujuan pengambilan sampel sel pada Sabtu lalu, keadannya semakin stabil. Tetapi masih perlu dirawat dan dipantau di HRPB ditemani isterinya.
“Alhamdulillah, setakat petang tadi anak saya dalam keadaan stabil. Kami sedang menunggu sama ada anak akan menjalanikemoterapi, radioterapi atau pembedahan susulan,” katanya.
Mengulas lanjut berhubung tindakkanya itu, ini respon yang diberikan oleh Adi.
“Saya ambil keputusan untuk bermalam dalam kereta di ruang parkir hospital kerana mahu sentiasa dekat dengan anak dan isteri serta standby pada bila-bila masa.
“Nak tinggal di homestay, pun perlu banyak kos. Masa hari pertama saya datang ke hospital cuma ada RM250 di tangan.
“Jadi, saya perlu berjimat. Lebih mengutamakan makan dan minum. Apa yang lebih penting, saya sentiasa dekat dengan anak,” ujar bapa kepada tiga anak itu.
Ini demikian kerana, menurut Adi, buat masa ini dia masih belum dimaklumkan oleh Doktor apakah langkah susulan yang bakal diambil terhadap kondisi kesihatan anaknya. Justeru, jumlah kos sebenar rawatan juga masih belum dapat diputuskan lagi.
Sekadar info, adi yang membanting tulang empat kerat sebagai operator kilang dan isterinya yang tidak bekerja mengakui perlu berjimat dengan mencatu kewangan sedia ada.
Jelasnya lagi, buat masa ini dia mengambil cuti tanpa gaji khusus untuk memantau perkembangan kesihatan anaknya, serta memudahkan urusan isterinya kerana jarak rumahnya yang berada di Trolak agak jauh jika ingin berulang ke hospital.
Sehubungan itu, Adi menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas keprihatinan rakyat Malaysia yang banyak membantu dia dan keluarga untuk keluar dari kemelut kewangan itu.
“Syukur Alhamdulillah juga hari ini ada seorang hamba Allah yang sudi membantu saya membiayai tempat menginap di bilik di sebuah rumah inap berdekatan dengan hospital.
“Sangat dekat, saya berjalan kaki antara 300 dan 500 meter ke hospital bertemu anak dan isteri,” katanya sambil menambah dua lagi anaknya dijaga oleh keluarga terdekat buat sementara waktu.
Hijabista mendoakan agar adik Muhammad Afeef Mikhail diberikan kesembuhan segera, serta tiada kesakitan selepasnya dan semoga segala urusan ayahnya, Adi Saifullizam Abdul Sani sekeluarga dipermudahkan oleh Allah SWT.
Siapa yang tidak gembira bila mendapat tawaran untuk belajar di universiti. Lagi menyeronokkan apabila ahli keluarga dapat menghantar ketika sesi pendaftaran. Namun siapa sangka, kegigihan dan tanggung jawab seorang ayah menghantar anaknya ke tempat menimba ilmu itu adalah yang terakhir apabila dua hari selepas itu, si ayah telah meninggal dunia.
Dalam perkongsian thread gadis ini, tidak menyangka ketika ayahnya menghantar dia mendaftar di UiTM Jengka, Pahang itu adalah kali terakhir mereka dapat meluangkan masa bersama-sama.
Dua hari kemudiannya, ayahnya telah dimasukkan ke hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir. Thread yang dikongsi di laman sosial twitter menggunakan akaun nama @khdjhisma1l mendapat retweet lebih 15K dan butang like melebihi 19K.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Memang menjadi tabiat kebanyakan wanita untuk sentiasa melihat cermin kan? Boleh dikatakan cermin dan wanita tak boleh dipisahkan apatah lagi jika cermin itu mempunyai pencahayaan yang sempurna. Sebenarnya, kita sendiri boleh buat vanity mirror dengan bajet yang murah sahaja!
Di twitter, @hannabunnyb telah berkongsikan cara yang mudah untuk buat sendiri cermin ini dengan kos bawah RM60 sahaja. Tak perlu ada kemahiran pun untuk melakukannya.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.