Terlalu banyak skincare di pasaran, dengan berbagai macam teknik, formula, dan bahan. Pasti juga banyak dari anda yang “bingung” dan ingin mencubanya. Apalagi kalau setiap kali anda melihat wajah beberapa orang yang ditemui begitu glowing.

Terlintas produk apa sebenarnya yang dipakai? Padahal, rahsianya mudah sangat, rutin biasa yang seharian terbaik seperti di bawah ini untuk anda pratikkan :

1. Hindari pancaran langsung dengan matahari

Memang matahari adalah salah satu aspek terpenting dalam hidup kita, hampir segala macam makhluk hidup di bumi memerlukan sinar matahari dalam proses pertumbuhan. Terlepas dari itu, sinar matahari dapat merosak kesihatan kulit wajah kita juga, jika kita terpapar terus menerus selama berjam-jam, apatah lagi setiap hari.
Efeknya pun banyak sangat seperti kulit terbakar, meningkatkan risiko terkena penyakit kulit, dan membuat kulit kasar. Selalu gunakan tabir suria atau sunblock yang SPF yang tinggi, ya. Tambah aksesori seperti topi untuk pelengkap gaya. Tak salahkan!

2. Sapukan skincare dari yang bertekstur ringan ke berat

PIC: GettyImages

Disarankan sangat untuk aplikasikan produk skincare dari yang teksturnya paling ringan hingga berat. Contohnya, perawatan kulit wajah di pagi hari sebelum melakukan sebarang aktiviti, selalu mulailah dengan serum, atau produk skincare cair lainnya.
Dengan cara ini, produk skincare tersebut dapat terserap oleh kulit sepenuhnya sebelum ada krim yang lain digunakan. Ini kerana skincare jenis krim lebih “berat” untuk kulit anda. Setelah itu anda boleh pakai pelembap, diakhiri dengan sunblock. Barulah anda boleh pakai solekan.

IKLAN

3. Gunakan exfoliator sesuai dengan keperluan kulit anda

PIC: scrub-viso

Exfoliator boleh anda gunakan untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati di wajah. Namun, penggunaannya juga harus sesuai dengan jenis kulit wajah kita, lho. Exfoliater terdiri dari dua, yaitu AHA (Alpha Hydroxy Acid) dan BHA (Beta Hydroxy Acid), keduanya sama-sama memiliki manfaat yang baik. Misalnya, dapat menyamarkan garis halus wajah, memperhalus, menghidrasi kulit, hingga memperbaiki warna kulit yang kusam dan tidak rata.
Namun, kedua jenis ini memiliki “tugas” yang berzeda-zeda. AHA lebih mudah tercampur dalam air dan lebih sesuai digunakan untuk kulit yang kering, kerana boleh meningkatkan kelembapan kulit wajah. Sedangkan BHA sesuai untuk kulit yang berminyak, boleh juga membersihkan pori-pori hingga ke dalam.

4. Selalu bersihkan solekan sebelum tidur

Wajib bersihkan solekan sebelum tidur hijabi. Jika anda malas maka bukan hanya mudah timbul jerawat, tapi bibir anda juga akan kering, penipisan bulu mata akibat maskara dan mengundang jeragat kelihatan di wajah. Cara ini juga boleh memaksimakan produk skincare yang anda aplikasikan kemudiannya.

5. Pelaburan pelembap dengan kualiti bagus

Moisturizer atau pelembap adalah “perisai” yang harus anda pasang sebelum melakukan sebarang aktiviti. Pelembap wajah dapat melindungi kulit dari bahaya radikal bebas dan polusi. Jadi perlu ada sedikit pelaburan untuk membeli produk yang berkualiti bagi menghasilkan wajah yang glowing.

6. Makanlah untuk kulitmu juga

PIC: Blog Kara Lydon

Kalau makan jangan selalu turutkan keinginan “tekak” ya, cuba perbanyak memakan buah-buahan dan sayuran. Kurangkan makan-makanan gorengan juga. Sekiranya anda ingin makan sesuatu cuba fikirkan, apakah ini sihat untuk kulit anda? Adakah ini cukup menutrisi kulit? Makanan ini bagus untuk kulit anda, seperti kacang-kacangan, ikan salmon dan ikan tuna. You are what you eat, girls!

7. Tidur 7-8 jam sehari

Jangan meremehkan waktu tidur ya, kerana keadaan badan yang penat juga boleh membuat kulit anda kusam dan mudah berkedut. Apalagi jika anda sering tidur lewat, kurangkan perlahan-lahan mengikut kebiasaan.

8. Ingat, leher sama pentingnya dengan muka

Bahagian wajah ini yang sering anda lupakan, iaitu leher. Padahal leher sama pentingnya. Hindari pula terlalu sering mencuci wajah. Lalu, yang paling penting adalah skincare routine setelah bangun tidur pada pagi hari dan malam hari sebelum tidur.