Setiap wanita memiliki jenis kulit yang berbeza-beza. Untuk memiliki kulit yang cantik, anda perlu menjaganya dengan rapi. Tetapi, anda perlu tahu jenis kulit anda terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu produk.
Penjagaan wajah yang paling asas bermula dengan pencuci, toner dan moisturizer. Ramai wanita hanya mementingkan pemilihan pencuci muka hingga melupakan kepentingan toner dan moisturizer.
Tahukah anda bahawa toner merupakan item yang penting untuk membersihkan sisa-sisa solekan dan kotoran yang menempel pada wajah.
Sekiranya tidak dibersihkan dengan betul, pori-pori boleh tersumbat hingga menyebabkan kemunculan jerawat. Tetapi, anda tidak boleh memakai sembarangan toner. Pilih toner mengikut kesesuaian kulit anda.
Nak tahu caranya? Ikut tip ini.
Kulit Kering
Untuk wanita yang memiliki kulit jenis kering, hindari daripada memakai toner yang mengandungi alkohol. Alkohol boleh menghilangkan kelembapan alami pada wajah.
Sebaiknya, pilih toner yang memiliki bahan pelembap yang mampu melembapkan kulit. Ia akan membantu menghidrat dan melembutkan kulit wajah anda.
Kulit Berminyak
Buat anda yang memiliki kulit berminyak, pilih toner yang ada kandungan astringen. Zat tersebut akan mengurangkan dan mengawal minyak, menyegarkan kulit serta mengecilkan pori-pori. Astringen dikatakan boleh didapati di dalam timun.
Kulit Kombinasi
Kulit kombinasi memang agak sukar kerana ia memerlukan dua jenis toner yang berbeza. Anda disarankan untuk menggunakan dua jenis toner sekali gus.
Untuk T-Zon atau area dahi, hidung dan sekitar pipi yang lebih cenderung berminyak, anda digalakkan untuk memakai toner khusus untuk kulit berminyak.
Untuk kawasan selain T-Zon, anda boleh menggunakan toner yang tiada kandungan alkohol kerana kulit akan jadi semakin kering jika tersalah memilih toner.
Seorang pengguna di twitter menggunakan nama akaun Iman Abdul Rahim yang sering menjadi rujukan netizen dalam bab kecantikan berkongsi pilihan toner atau penyegar yang sesuai dan dan selamat digunakan kerana tiada kandungan alkohol.
Menurutnya jangan gunakan produk ada alkohol terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif.
Pemakaian toner juga penting kerana berfungsi untuk bersihkan kotoran yang tidak habis dicuci. Ia juga penting untuk kembalkan pH kulit kita selepas mencuci muka. Juga berfungsi untuk menutup kembali pores yang terbuka besar cubalah nivea invigorating toner.
Mampu milik kerana harga bawah RM10 & diperbuat daripada pegaga. Shurah toner pegaga
Boleh memutihkan dan juga sesuai digunakan untuk kulit yang ada masalah jerawat.
Sedikit pedih tetapi ada kandungan vitamin C. Clean & Clear Fairness Toner
Harga yang sama tetapi berlainan label. Keduanya-duanya juga free alcohol. Safi Rania Gold Toner
Paling bagus dan berbaloi memilikinya. Bagus untuk kulit sensitif, soothing dan juga tidak melekit. Simple Toner
Yang ini juga bagus tetapi harganya sedikit mahal. Tapi kalau berbaloi tidak salah memilikinya. Hada Labo Hydrating Lotion
Netizen juga berkongsi penggunaan produk lain yang juga bebas alkohol. Eden Soothing Toner
Ini juga sesuai untuk mereka berkulit kering dan sangat disyorkan penggunaannya.
Sumber kredit: Twitter: Iman Abdul Rahim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI