Lumrah kejadian seorang wanita yang sukakan kecantikan dan sentiasa mahu nampak indah di hadapan semua orang. Tidak salah untuk nampak cantik tetapi anda perlu tahu cara yang betul agar ia tidak memudaratkan kesihatan anda.

Berdasarkan satu posting di Facebook oleh seorang doktor tentang perkara yang perlu dipertimbangkan sekiranya anda mahu kurus dan sihat. Menurut Doktor Hafiz Sulaiman, anda tidak boleh sekadar mengira kalori semata-mata jika mahu kurus tetapi anda perlu memilih makanan berkualiti yang padat dengan nutrisi dan mempunyai kesan positif pada kesihatan.

Baca perkongsian Doktor Hafiz Sulaiman ini dan tentunya ia memberikan kebaikan buat anda yang betul-betul tertekad mahu menurunkan berat badan dengan cara yang sihat.

Foto: Facebook Hafiz Sulaiman

Tak kurus-kurus walaupun dah bersenam macam nak gila, pantang makan dah nak kebulur?

Nak kurus tak boleh sekadar kira kalori semata-mata tetapi lebih penting ialah memilih makanan berkualiti yang padat nutrisi dan mempunyai kesan positif terhadap kesihatan.

Diet untuk sihat dan kurus ini jadi susah kerana banyak dakyah dan kefahaman kurang saintifik jadi gimik marketing industri pemakanan.

6 saranan di bawah ini merupakan saranan kontroversi dalam sains pemakanan.

IKLAN

1) MAKAN SIKIT TAPI KERAP

Hakikatnya sukar sebenarnya nak kawal portion makanan. Apatah lagi bila dah ransang air liur keluar dan kena usaha 6 kali tahan nafsu makan. Makan kerap tapi sikit dikatakan meningkatkan metabolisma namun hakikatnya ia sudah terbukti MITOS.

2) BREAKFAST WAJIB MAKAN UNTUK SIHAT DAN KURUS

Tak makan pagi dikaitkan dengan berat badan berlebihan dan dimaktubkan dalam Dietary Guideliness for Americans. Namun ia tidak lebih daripada SPEKULASI saintifik semata-mata. Malah terdapat kajian-kajian yang membuktikan sebaliknya berlaku. Badan jadi KURUS bila SKIP SARAPAN.

USDA pada tahun 2015 tidak lagi menyarankan kemestian sarapan pagi kerana tiada bukti yang cukup kukuh.

3) GULA BOLEH AMBIL BERAPA BANYAK PUN ASALKAN KIRA KALORI

Ada orang rasa makan gula banyak tiada masalah kerana gula hanya bawa masalah kalori semata. Boleh bakar balik kalori berlebihan.

Malangnya ramai GAGAL memahami gula berlebihan bukan sekadar kalori berlebihan tetapi juga mengakibatkan keradangan, masalah kardiometabolik serta masalah gangguan hormon.

IKLAN

Malah makan gula berlebihan mudah mengakibatkan KETAGIHAN MAKANAN terutamanya ketagihan gula sendiri.

4) PERLU CUKUPKAN KALORI HARIAN UNTUK KESIHATAN DAN KIRA KALORI SUPAYA TIDAK GEMUK

Hakikatnya, ramai sudah berlebihan tenaga tersimpan sebagai lemak di perut. Ramai jadi lesu sebenarnya bukan sebab kurang gula tetapi berlebihan gula dan karbihidrat proses secara berpanjangan menyebabkan lesu.

5) PERLU ELAKKAN LEMAK TEPU DAN KOLESTEROL UNTUK KESIHATAN

Lemak tepu dan kolesterol sudah dimakan sejak Nabi Adam A.S diturunkan ke muka bumi lagi. Epidemik obesiti pula baru bermula sejak tahun 1900an sejak perkembangan industri pemakanan.

Dakyah bahaya lemak tepu dan kolesterol bermula sejak Dr Ancel Keys mengemukakan teori lipid pada tahun 1950an.

IKLAN

Namun banyak kajian terkini membuktikan lemak tepu dan kolesterol tidak bahaya dimakan secara sederhana. Akhirnya pada tahun 2015, garis panduan USDA tidak lagi meletakkan had kolesterol dalam makanan.

Tiada bukti saintifik yang kukuh bahawa kolesterol dalam makanan itu bahaya malah kolesterol merupakan zat penting untuk kesihatan terutamanya saraf.

SOLUSI
————
Kaedah paling mudah pemakanan untuk sihat dan kurus ialah mengikut fitrah..dan ia sejajar dengan tuntutan Islam:

1) Banyakkan berlapar dan berpuasa.
2) Elakkan selalu perut penuh dan selalu kenyang.
3) Makan makanan padat nutrisi dan tidak membawa mudarat.

Jika kita masih susah kurangkan berat badan, ia mungkin bukan salah kita..tetapi mungkin kerana kaedah dan bahan makanan yang kita rasa sihat itu mungkin tidak fitrah dengan badan kita. 
Wallahua’lam

Sumber: Facebook Hafiz Sulaiman