Kulit yang sihat dan cantik menjadikan penampilan seseorang itu tampak lebih berseri. Maka sebab itulah penjagaan kulit perlu dimulakan seawal mungkin.

Perawatan kulit wajah perlulah dilakukan secara konsisten agar kulit sentiasa terpelihara. Usah iri hati melihat wajah orang lain cantik berseri kerana tentunya mereka mengamalkan perawatan kecantikan yang teratur.

Berikut perkongsian Aya Zuki yang menjadikan barli sebagai rejim perawatan kecantikan wajah.

Menghasilkan kulit yang sihat dan cerah serta mengatasi masalah kulit air barli boleh membantu anda mengeluarkan toksik dari badan lalu memberikan anda kulit yang lebih sihat dan cerah. Lagipun, beras barli mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai asid azelaic yang digunakan untuk merawat jerawat.

Pada masa yang sama, ia juga boleh mengurangkan keradangan pada kulit, mengelakkan daripada liang pori kulit tersumbat. Antioksidan yang terdapat di dalam air barli boleh melawan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan lalu mengekalkan awet muda untuk jangka masa yang lebih lama.

Selain daripada minum air barli, anda juga boleh menyapunya pada kulit muka, biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air yang bersih. Anda boleh mengamalkan petua ini 2 kali seminggu.

Jom gaiss try tip ini. Guna barang-barang dapur sahaja. Aya buat pakai hari-hari. Best giler kulit lepas pakai!

*Kulit lembut sangat, sampai rasa nak kunyah pipi sendiri
*Blackhead dan whitehead hilang dari radar. Dah takde rasa hidung berduri-duri
*Kulit licin nak mekap pun rasa smooth je cerahkan kulit
*Buang sel-sel kulit mati, berseri-seri muka lepas skrub
*Elak jerawat tumbuh pada wajah

BAHAN-BAHAN:

1)Segenggam beras ( basuh dulu)
2)Garam
3)Barli

Barli banyak sangat khasiat dia. Bagus untuk kulit cerah, anjal dan awet muda!

Meningkatkan sistem pertahanan badan Air barli dipenuhi dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin B, zat besi, kalsium, magnesium, zink dan selenium yang memainkan peranan di dalam sistem pertahan badan kita. Tambahan lagi, beta-glucan yang sedia ada di dalam beras barli mempunyai kebolehan untuk mengaktifkan sistem imunisasi badan.

Sistem pertahan badan adalah perkara yang penting untuk melindungi tubuh badan daripada jangkitan dan serangan kuman seperti demam, selesema dan lain-lain. Selain itu, air barli turut mengandungi zat besi untuk mencegah daripada anemia dan keletihan (fatigue).

IKLAN

LANGKAH PERTAMA:

1.Basuh beras dulu lepas tu toskan air dan goreng tanpa minyak sampai beras kering.
2.Dah kering masuk dalam blend kering
3.Blend beras bersama garam sampai haluss
4.Garam untuk matikan kuman. Hehe nyah nyahh jerawat!

 

LANGKAH KEDUA:

Kisar barli sampai halus sama seperti beras.

 

LANGKAH KETIGA:

IKLAN

1.Lepas dah blend beras + garam + barli, korang mix kan. Campor sekali semuaa sampai sekata.

2.Dah siap boleh laa pakai dekat kulit muka dan badan. Scrub slow2 okkk, jangan kasar2,

3.Untuk orang yang ada jerawat teruk jangan scrub kawasan jerawat. Nanti lagi teruk jerawat. Just tempek je scrub ni kawasan jerawat.

4.Untuk kulit yang tak ada jerawat boleh gosok slow-slow dan manja gitteww,

5.Nak biar lama mana pun boleh, nak pakai sampai pagi esok pon tak ada masalah.

6.Lepas dah cuci rasai la kulit rasa bersih dan licin sangat! Pastu nampak cerah dan berseri-seri.

Sebenarnya banyak lagi khasiat barli untuk kesihatan dan kecantikan. Ayuh kita semak kebaikan dan khasiat barli:

MENGURANGKAN BERAT BADAN
Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu untuk menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan. Ia tinggi dalam serat, terutama beta-glucan. Ia boleh memberikan anda rasa kenyang dalam jangka masa yang lama, mengelakkan anda daripada makan berlebihan.

Tambahan lagi, air barli ini sangat baik untuk sistem penghadaman badan dan meningkatkan metabolisme lemak. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, minum 3 cawan air barli setiap hari.

IKLAN

Resipi air barli untuk menguruskan badan:

Bahan-bahan: Setengah cawan barli dan tujuh gelas air, sebatang kayu manis ceylon Lemon Madu ( kalau nak manis)

Rebus barli + kayu manis ceylon dengan air selama 30-45 minit, sampai barli kembang. Kemudian tutup api. Sebelum minum perahkan lemon sikit dan masukkan madu. Baki air barli boleh simpan dalam peti ais. Jangan lupa panaskan sebelum minum.

BAGUS UNTUK MEREKA YANG DEMAM
Air rebusan bijirin barli juga berfungsi sebagai penyejuk badan. Rasulullah SAW pernah memberi sup barli kepada orang yang menghidap demam.

MEMBANTU SISTEM PENGHADAMAN
Air barli boleh membantu dan memudahkan perut/usus kita mencerna makanan. Hal ini kerana air barli datang dalam keadaan beralkali dan dipenuhi dengan serat. Oleh itu ia boleh mencepatkan proses penghadaman nutrisi makanan, pada masa yang sama mengekalkan kesihatan usus. Anda juga boleh mengamalkan air barli semasa anda mengalami cirit-birit untuk menstabilkan kembali bendalir dalam darah.

MENJADIKAN KULIT SIHAT DAN CERAH
Air barli boleh membantu anda mengeluarkan toksik dari badan lalu memberikan anda kulit yang lebih sihat dan cerah. Lagipun, beras barli mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai asid azelaic yang digunakan untuk merawat jerawat.

Pada masa yang sama, ia juga boleh mengurangkan keradangan pada kulit, mengelakkan daripada liang pori kulit tersumbat. Antioksida yang terdapat di dalam air barli boleh melawan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan lalu mengekalkan awet muda untuk jangka masa yang lebih lama. Selain daripada minum air barli, anda juga boleh menyapunya pada kulit muka, biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air yang bersih. Anda boleh mengamalkan petua ini 2 kali seminggu.

MENYEJUKKAN BADAN
Air barli adalah air yang terbaik untuk anda menghilangkan rasa haus dan menyejukkan badan, terutama pada cuaca yang panas terik. Selain hidratkan badan anda, ia juga boleh mengurangkan haba di dalam badan. Daripada anda minum air berkarbonat, apa kata mulai hari ini anda bertukar kepada air barli. Ia lebih menyihatkan dan dapat meningkatkan kadar saluran darah.

Banyakkan manfaat barli untuk kesihatan dan juga kecantikan. Lagi pun barli ini sangat mudah untuk didapati jadi tiada alasan untuk tidak mengamalkannya dalam rutin kecantikan dan kesihatan harian kita sis. Jom kita amalkan barli sebagai rejim kecantikan dan kesihatan.

Sumber kredit: Aya Zuki

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI