Setiap wanita pasti mendambakan susuk tubuh yang cantik dan menawan persis selebriti, tapi tidak semua yang mampu bertahan jika tak displinkan diri. Pelbagai menu diet yang menjadi rujukan pengamal diet berpandukan menu barat yang seringkali tak kena dengan ‘tekak’ orang melayu. Sambal petai dalam lesung, makan dengan salmon goreng, menu diet atikah suhaime ‘tekak’ orang melayu.
Atikah Suhaime pelakon yang berasal dari Singapura ini mungkin adalah salah satu rujukan makanan diet untuk hijabi yang mengamalkan diet selera asia. Seringkali menu yang dikongsikan di laman sosial pasti menarik perhatian pengamal diet.
Atikah Suhaime yang mempunyai cara tersendiri dalam rutin diet dalam video dikongsikannya sering dinanti-nantikan. Menu diet yang kena dengan ‘tekak’ orang melayu ramai pengikutnya bersetuju menu ini memang menyelerakan, akan tetapi ada yang bimbang makan makin bertambah.
Menariknya menu ini berulamkan petai yang menjadi kegemaran ramai. Namun begitu ada ulam pembuka selera ini mempunyai bau agak kuat. Tetapi jangan kita lupa tentang khasiat dan manfaat dari makan petai.
Serat yang yang tinggi di dalam petai dapat membantu proses penghadaman dan mencegah sembelit. PSumber serat yang baik terutamanya jika dimakan sebagai ulam-ulaman.
Ads
Seratnya juga menambahkan rasa kenyang, mengurangkan kolesterol LDL (buruk), dan memperlahankan pelepasan gula daripada makanan ke dalam darah. Apa yang lebih penting, serat larut dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung, Diabetes Type 2, dan obesiti, ternyata petai membantu hijabi untuk diet dan kekal cantik.
Gaya moden selera orang lama
Ramai yang mengambarkan gadis cantik manis ini seorang yang mempunya gaya hidup yang serba-serbi moden. Ternyata sangkaan anda meleset, apabila Atikah Suhaime tidak segan silu menghidangkan sambal belancan petai terus dari lesung batu.
Ads
Resepi sambal petai goreng salmon
BAHAN-BAHAN:
Cili Hijau
Bawang
Bawang putih
Belacan
Tomato
Cara Membuat:
Campurkan semua bahan sambal, gorengkan seketika dengan menggunakan minyak zaitun. Kemudian asingkan ke tepi sebelum ditumbuk.
Gaulkan kunyit dan sedikit garam di seleuruh ikan salmon, kemudian goreng tanpa menggunakan minyak. Perahkan sedikit limau untuk beri sedikit rasa masam.
Ads
Tumbuk kesemua bahn-bahan sambal dan jangan lupa menu utama petai serta daun limau perut.
Untuk anda yang tidak gemar tekstur yang kasar boleh tumbuk bahan-bahan sehingga lumat. Boleh hidangkan terus atau lebihan sambal di dalam lesung boleh digaul dengan nasi supaya tidak membazir. Selamat mencuba sis!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sweet betul kisah seoang guru praktikal yang membantu seorang pelajar Cina pendiam dan selalu tenung meja hingga terpaksa diabaikan oleh guru lain yang berputus asa dengannya. Walaupun dia hanya guru praktikal, tetapi usaha murninya melayan dan mencari punca kenapa murid ini berkelakan begini memang patut dipuji. Malah siapa sangka murid itu akhirnya mampu tersenyum dan berinteraksi dengannya sebelum dia menamatkan latihan mengajarnya di situ.
Malah kisahnya yang begitu memberi insipirasi ini membuatkan ramai netizen terharu dan menangis. Rata-rata bangga dengan usaha yang dilakukan oleh cikgu ini yag berusaha untuk membentu sikap pelajar berkenaan.
Perkongsiannya di laman twitternya ini mendapat hampir 69 ribu retweet dan 48 ribu like. Malah komen yang diberikan cukup positif.
Bukan itu sahaja ada juga yang mahu menjadikan kerjaya guru sebagai profesionnya untuk masa depan setelah membaca perkongsian cikgu ini.
Ada juga yang berharap agar semua guru di Malaysia bersikap seperti dirinya dan ia boleh menarik minat pelajar yang dikategorikan tidak berminat belajar untuk datang ke sekolah.
Baca perkongsiannya yang begitu panjang lebar.
Aku ada seorang student Cina yang pendiam dan pemalu sangat. Nak dengar suara dia, susah sangat. Nama dia Yip Kah Shzen.
Tengok muka dia dalam gambar ini pun boleh bayangkan dia jenis macam mana, kan? Haha! First masuk kelas 4Einstein, memang tak perasan langsung pelajar ini sebab dia sangat pendiam dan kelas dia pula huru-hara bising gila.
Then bila aku mula nak tanya nama seorang demi seorang dan sampai giliran dia, dia senyap, duduk dan pandang meja. Tak bergerak langsung. Tanya berkali-kali, tak jawab.
Kawan dia kata, “Cikgu, dia memang macam tu. Pemalu.”
Okey. Tak apalah. Aku tanya kawan dia, nama dia siapa.
Next class, masa aku mengajar, memang kelas itu huru hara. Nak semak satu-satu memang tak sempat. Cuma yang aku perasa, Kah Shzen ini tak bergerak dan cuma tenung meja. Selepas aku ambillangkah untuk mengubah kedudukan kelas dan susunan meja, aku letakkan Kah Shzen di depan, senang nak pantau.
Semenjak itu, aku buat denda tabung untuk siapa yang tak bawa buku dan kalkulator. Setiap kali kelas, aku periksa setiap seorang. Sampai giliran Kah Shzen, dia masih tenung meja. Aku tanya, dia senyap. Aku tanya kawan sebelah dia, selalu macam mana cikgu lain ajar dia.
“Cikgu lain biarkan saja sebab memang dia takkan bercakap. Dia tenung meja saja,” kata rakannya.
Balik ke bilik guru, aku berfikir apa yang perlu aku buat. Aku berjumpa dengan guru kelas dia, a.k.a cikgu matematik dia sebelum ini. Cikgu itu cuma cakap, “Dia memang dah tak boleh buat apa. Biar je, terpaksa abaikan”.
Aku rasa macam tak adil buat begitu. Aku ambil langkah tutur dalam bahasa Cina, mungkin dia tak faham bahasa Melayu. Aku tanya mana buku dan kalkulator. Dia menggeleng kepala. Aku tanya, tak bawa ke memang tak ada? Dia jawab perlahan saja dan sepatah, “Tak ada”.
Mungkin dia orang susah. Aku nak denda pun tak sampai hati. Tapi kalau tak denda, jadi tak adil pula. Aku pun pergi berjumpa panitia maths. Pinjam buku lebih dan pinjamkan kepada Kah Shzen. Bagi pinjam kalkulator setiap kali kelas.
Aku mengajar seperti biasa. Dalam masa yang sama aku cuba memantau dan cuba bercakap dengan dia. Setiap kali kelas, aku cuba mendekati dia.
Satu hari itu, aku semak buku dia. Rupa-rupanya selama ini dia tulis dan salin setiap calit marker yang aku tulis di whiteboard. Setiap benda. Allah. Semenjak ada buku, homework dia hantar. Apa yang aku suruh, dia buat. Kiranya selama ini bukan dia tak nak buat apa-apa, tetapi dia tak ada bahan.
Sejujurnya kelas dia memang hyper. Kalau kelas lain aku boleh ajar empat perkara dalam satu masa. Tetapi kelas dia, cuma sempat satu sahaja.
Walau bagaimanapun, aku cuba juga mencuri sedikit masa untuk pergi pada dia seorang. Tidak lama selepas itu, bila aku ajar sambil tanya dia, 80% dia boleh jawab dengan betul. Maksudnya dia bukan dung, cuma dia perlukan perhatian lebih dan aku pun teruskan beri perhatian pada dia.
Setiap apa yang aku cakap di dalam kelas, aku akan cakap semula pada dia secara peribadi agar dia tak terlepas.
Satu hari, aku borak dengan guru seni dia. Aku tanya cikgu itu, bagaimana Kah Shzen dalam kelas?
“Oh, dia tu selalu tunduk tenung meja saja dalam kelas. Saya selalu panggil dia tak ada kepala. Tak boleh buat apa dah dia tu,” katanya.
Aku pun tunjukkanlah buku latihan Kah Shzen kepada cikgu itu. Dia terdiam bila tengok buku Kah Shzen yang penuh dengan latihan.
Kah Shzen mula berani nak berinteraksi dengan aku. Dia WhatsApp aku dan tanya tentang pembaris. Terkejut jugalah, tetapi aku happy gila.
Tak kisahlah Google Translate pun, asalkan aku nampak usaha dia. Dia bukan useless.
Aku selalu buat note kat buku latihan dia. Suruh dia senyum sebab memang susah nak tengok dia buka mulut dan senyum. Tapi aku teruskan.
Minggu last aku, kitorang plan nak buat farewell party. Kelas 4 Einstein ini memang banyak sangat beri pengajaran dan pengalaman pada aku. Jadi aku berharap sangat mereka semua datang dan berjumpa buat kali terakhir. Aku pun pergi pada setiap seorang dan tanya mereka datang atau tak.
Sampai giliran Kah Shzen, aku kata, “Saya harap awak datang,” sebab dia adalah pelajar yang mengajar aku erti kesabaran dalam mendidik.
Sebelum aku keluar kelas masa tu, kawan dia bagi sehelai kertas dan katanya Kah Shzen yang beri. Aku pun pandang Kah Shzen dan kata ‘Xie xie’ (Terima kasih). Dia terus tunduk.
Aku buka kertas itu. Dia cuma tulis satu ayat, “Thank you, teacher”. Allahu, walaupun nampak ayat itu simple tetapi bagi aku besar maknanya.
Then pada hari jamuan itu, aku dapat rasa yang dia tak datang. Sebab pelajar chinese kan, susah sikit nak approach. Tapi tiba-tiba dia WhatsApp. Happy sangat.
Dan masa seisi bergambar, aku minta dia senyum sebab aku cakap, “Ini last day saya, please give me a smile” and he was trying.
Okay last, masa nak balik, kawan dia ada buat lawak. Then aku ternampak dia senyum. Aku suruh kawan dia ulang semula. Then dia bagi senyuman yang paling manis. Walaupun dia tak cakap senyum itu untuk aku, tapi aku rasa dah reward diri sendiri sebab tak pernah putus asa.
Thank you Yip Kah Shzen and 4 Einstein sebab bagi saya pengalaman dan pengajaran yang bermakna dalam hidup saya! Will miss you all so much.
Yang baik jadikan pengajaran, yang tak baik jadikan sempadan. Sekian. Lot of love.
Namun begitu tindakannya yang memuat turun status dilaman sosial seakan tidak menghormati dan seperti merendah-rendahkan usaha guru lain di sekolah berkenaan. Ada yang kurang senang catatan yang dimuat turut di laman twitternya itu.
Menyedari isu itu menjadi viral, guru ini kemudiannya bertidak memohon maaf atas perbuatannya itu. Tujuannya bukan untuk memalukan sesiapa tetapi hanyalah untuk berkongsi pengalamannya berhadapan dengan pelajar sedemikian.
Ini permohonan maaf dari guru yang menggelar dirinya sebagai Orked di laman sosial.
ASSALAMUALAIKUM
Saya minta maaf banyak-banyak jika ada yang terasa hati atau tersalah faham dengan cerita saya. Saya tidak berniat untuk memburukkan sesiapa. Saya cuma nak berkongsi pengalaman saya pada laman Twitter saya sendiri. Tidak lebih dari itu.
Ya, saya guru praktikal yang hanya mengajar selama empat bulan sahaja di sekolah tersebut. Saya menganggap setiap insan yang ada di sekolah itu banyak berjasa pada saya dalam mempelajari menjadi seorang guru. Jadi, sikit pun saya tidak berniat untuk menjatuhkan air muka sesiapa.
Saya mengaku silap saya, terlalu seronok bercerita sehingga terlepas pandang dengan ayat saya berkenaan dengan ‘cikgu…’ itu. Saya memang bersalah, maafkan saya.
Di sini, saya ingin menjelaskan semula agar tiada yang salah faham.
Saya tahu cikgu itu sudah cuba pelbagai inisiatif. Cuma Kah Shzen tetap sama. Tambahan, Guru Tetap mengajar jauh lebih banyak kelas dan waktu berbanding guru praktikal, jadi itu adalah kekangannya.
Guru Tetap juga mostly dah berkahwin. Mereka perlu uruskan rumahtangga dan anak-anak juga. Jadi, saya rasa tidak adil kalau saya yang lebih banyak masa terluang ini tak gunakan masa tersebut untuk membantu pelajar yang terlepas.
Tambahan, saya pernah belajar bahasa mandarin. Jadi saya gunakan peluang ini untuk mendekati pelajar cina, memupuk minat belajar maths sebelum saya habis praktikal. Sebab kebanyakkan mereka lemah sebab tidak faham Bahasa Melayu. Bukannya cikgu mengajar tak bagus.
Untuk yang ini pula,
Tentang tak ada kepala itu sebenarnya, cikgu itu buat lawak saja sebab dia memang jenis yang kelakar. Sama seperti semua cikgu, dia sudah berusaha untuk mendekati setiap pelajar termasuk Kah Shzen. Tetapi mungkin Kah Shzen tidak faham Bahasa Melayu, jadi kekangan buat cikgu berkenaan.
Saya highlightskan kata-kata cikgu tersebut sebab saya rasa ayat mereka inilah yang menjadi cabaran untuk saya ubah Kah Shzen.
“Kalau mereka dah tak boleh buat, apa salahnya saya cuba buat”
Itu maksud saya. Cuma silap saya sebab saya cuma highlightskan kata-kata mereka, tapi tak menjelaskan dengan lebih terperinci sehingga ada yang salah faham.
Seikhlasnya, saya tiada niat nak menjatuhkan mana-mana pihak. Saya minta maaf.
Pelajar berkenaan juga sudah saya maklumkan yang saya cerita tentangnya. Dia tiada masalah tentang apa yang saya ceritakan.
Dan sejujurnya saya seronok berpraktikal di sekolah tersebut sebab semua kakitnagan, pentadbir dan guru sangat-sangat banyak membantu saya. Jauh di sudut hati saya nak menjatuhkan mereka. Tapi saya dah buat silap dalam penulisan ayat sehingga ada yang salah faham. Saya mohon maaf.
Admin puji tindakannya yang memohon maaf (walaupun apa yang dilakukan tu tidak menyalahi undag-undang) agar perkara ini tidak meuding jari mana-mana pihak. Kalaulah ada 1000 lagi guru begini, rasanya pelajar yang mempunyai masalah begini pasti akan terasa keseronokannyaa untuk pergi ke sekolah.
Tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini. Kita sentiasa diuji oleh Allah SWT. Ujian itu hadir dalam pelbagai cara dan bentuk. Bezanya adalah bagaimana kita mengendalikannya dan menerimanya menjadi sebahagian dari hidup kita.
Dalam hidup ini, semua orang mempunyai dugaan hidup dan ujian yang berbeza, namun tidak dinafikan bahawa ia sebenarnya mengajar dan membuatkan kita lebih kuat. Ada yang diuji dengan kehilangan harta, kematian orang tersayang, kesusahan hidup dan lain-lain.
Seperti kisah kesusahan hidup seorang penghantar makanan yang tular baru-baru ini. Bait peribahasa; berat mata memandang, berat lagi bahu memikul sangat bersesuaian dengan kisah wanita ini.
Wanita yang bernama Siti Norol Salwani Ismail,28, berkongsi cerita di laman Tiktok apabila didatangi seorang individu yang mahu menarik motosikalnya kerana gagal menjelaskan tunggakan ansuran bulanan.
Difahamkan, motosikal tersebut merupakan satu-satunya ‘peneman’ yang telah dibawa untuk membuat khidmat penghantaran makanan (GrabFood) sejak lebih setahun.
“Kisah hari ini dengan keadaan selsema tak sihat, buat juga grab. tiba-tiba, ada yg dtg nak tarik motor. Dia kata 3 bulan dah tak bayar.
“Memang ada tunggakkan bulan-bulan bayar juga RM100 atau RM150 macam tu, cuma bulan nie je tak bayar lagi. Entah lah, macam mana nak buat lagi nak settle kan semua tu, duit nak makan lagi… baru je lepas bayar rumah” tulisnya.
Setelah merayu kepada individu yang mahu ‘menarik’ motosikal tersebut, Salwani akhirnya ‘dilepaskan’ atas dasar kasihan. Apa yang membuatkan Hijabista berasa simpati adalah wanita terbabit hanya mempunyai wang tunai sebanyak rm3.
“Saya cakap dengan orang tu bahawa motosikal ini adalah satu-satunya kenderaan untuk saya buat kerja, cari rezeki. Bukan saya nak meraih simpati, tapi saya benar-benar tak mampu.
“Kadang-kadang, adik dan anak dapat makan nasi dengan telur goreng bersama kicap. Saya tak makan tak apa, asalkan mereka makan di rumah.
“Nak beli beras dan telur pun tak mampu, saya berhutang dengan kedai runcit dekat rumah,” katanya.
Menurut satu portal hiburan, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu telah menetap di Kuala Lumpur bersama anak lelaki berumur sembilan tahun dan adik perempuannya yang mengalami masalah kesihatan. Dia juga telah menjadi ibu tunggal sejak anaknya masih dalam kandungan.
Usai video yang dimuat naik di laman TikToknya tular, Salwani meluahkan rasa terkejut dan langsung tidak menyangka akan mendapat perhatian netizen. Video tersebut kini telah meraih 338.5K jumlah tontonan dan 16.8K kesukaan.
“Sebenarnya saya terkejut, tak sangka video luahan tu jadi viral. Saya hanya berkongsi kesedihan sebab sangat terdesak, tapi bukan mahu meraih simpati,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai yang turut bersimpati serta mendoakan buat wanita tersebut. Bahkan, ada yang memberikan kata-kata semangat serta ‘memujuk’ wanita tersebut.
“Moga Allah permudahkanlah segala urusan awk sekeluarga dan dilimpahkan rezeki..”
“InsyaAllah setiap dugaan pasti ada hikmah…Allah maha adil”
“Allah uji Allah sayang hamba-NYA. Allah tahu awak kuat Sbb tu Allah uji. Sy pesan diri sy juga semoga jadi manusia ,penyabar,kuat..”
“Semoga awak terus sabar n kuat semangat untuk mencari rezeki…..Allah sentiasa ada bersama kita…”
“Saya faham perasaan akak… apabila kita terikat dgn hutang mmg rasa buntu, mana nk cari duit lebih… Tapi yakinlah rezeki Allah dah atur yang terbaik.. Insyallah”
Setelah video tersebut tular, Salwani telah mendapat beberapa bantuan daripada warganet. Dia juga tidak lupa untuk berterima kasih buat mereka yang telah menghulurkan bantuan.
Enggan ‘dilabel’ meraih simpati, Salwani bertekad untuk menjana pendapatan sampingan dengan berniaga makanan. Difahamkan, dia juga telah mula menerima bantuan Baitulmal sebanyak RM400 sebulan.
“Sebelum ini, saya pernah berniaga daging harimau menangis pada 2021 dan bertahan selama setahun je sebab tak cukup modal.
“Kalau ada modal atau offer untuk saya berniaga makanan, insyaAllah saya terima. Apapun, terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan hanya Allah yang dapat membantu membalas kebaikan anda semua,” katanya.
Walaupun kurma tidak dianggap sebagai superfood, ketika di bulan Ramadan buah kecil ini sangat dekat dengan kita. Kurma menawarkan begitu banyak manfaat kesihatan yang sangat penting bagi kita untuk memakannya! Dan hakikat bahawa rasa manis semulajadi kurma sangat baik untuk kita jadikannya sebagai makanan harian!
Buah yang berasal dari Timur Tengah ini sangat lazat, berkhasiat, dan baik untuk kesihatan! Itulah sebabnya Hijabista ingin berkongsi maklumat ini dengan anda dan cuba memasukkan kurma dalam diet seharian kerana hasilnya tidak merugikan.
Menurut Julie Garden-Robinson, Ph.D., L.R.D., seorang profesor Universiti North Dakota, mempunyai kandungan boron, yang mempromosikan tulang yang sihat. Kajian lain menunjukkan bahawa mineral seperti fosforus, kalium, kalsium, dan magnesium, yang terdapat dalam buah-buahan kering, menguatkan tulang dan melawan penyakit seperti osteoporosis.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kurma adalah tinggi pada gentian dan sistem pencernaan anda memerlukan gentian untuk beroperasi dengan baik. Pengambilan serat menghalang sembelit dan menggalakkan pergerakan usus biasa. Satu kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition, menunjukkan bahawa mereka yang menggunakan kurma kerap mempunyai sistem pencernaan yang lebih baik daripada mereka yang tidak.
Kurma mengandungi Vitamin B6, yang telah ditunjukkan untuk membantu badan membuat serotonin dan norepinephrine, yang meningkatkan kesihatan otak. Serotonin mengawal mood, sementara tekanan norepinephrine bertentangan. Tambahan pula, kajian ini menunjukkan bahawa tahap rendah B6 dikaitkan dengan kemurungan.
Semakin banyak Vitamin B6 yang kita ambil, semakin baik anda akan merasakan bukan sahaja secara fizikal, tetapi mental.
Kurma kaya dengan serat, kalium, magnesium, vitamin, dan antioksidan yang menjadikan ia sebagai makanan ringan yang sempurna. Ia juga turut memberikan tenaga berkhasiat kepada gula seperti fruktosa dan glukosa.
Selain itu, menurut kajian ini, kurma tidak hanya meningkatkan tenaga, tetapi buah ini mampu membantu mengembalikan tenaga dengan cepat selepas melakukan sesuatu yang melelahkan seperti bekerja atau sukan!
Satu kajian menyimpulkan bahawa kurma mengurangkan tahap trigliserida dan mengurangkan tekanan oksidatif, kedua-duanya adalah faktor risiko penyakit jantung dan aterogenesis.
Selain itu, kurma adalah sumber kalium yang kaya, yang menurut kajian, menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko strok, serta penyakit jantung yang lain.
Kurma melindungi sistem pencernaan dan usus dari bakteria yang berbahaya sekali gus mengurangkan risiko ia menyebarkan ke usus besar.
Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Makanan dan Sains Pemakanan mendapati bahawa orang yang mengkonsumsi kurma secara teratur meningkatkan pertumbuhan bakteria yang baik dan melindungi kita dari pertumbuhan sel-sel kanser kolon.
SAR atau rhinitis alergi bermusim menjejaskan lebih daripada 30 juta orang di Amerika Syarikat, tetapi bersyukur kerana kurma mempunyai kesan yang positif. Satu lagi kajian menunjukkan bahawa kelapa sawit berkuat kuasa pada penurunan beberapa penanda keradangan pada pesakit dengan SAR.
Kurma juga boleh membantu mengurangkan berat badan. Ya, kurma mempunyai serat, tetapi ia akan membuatkan anda merasa kenyang untuk waktu yang lama dan menghalang pancang dalam glukosa darah.
Tambahan pula, kurma mengandungi antioksidan seperti antosianin, fenolik, dan karotenoid. Mereka membersihkan toksin tubuh kita, meningkatkan penghadaman, dan meningkatkan metabolisme, yang membawa kepada penurunan berat badan.
Adakah anda suka kurma? Berapa kerapkah anda memakannya? Adakah buah ini membantu anda dalam diet? Jom berkongsi pengalaman dan pemikiran anda dan orang lain yang belum mencuba termasuk kelebihan buah yang lazat ini.
SUMBER: BRIGHTSIDE
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.