Badan berjerawat amat tidak menyenangkan! Tambahan pula apabila jerawat yang tumbuh itu seperti jerawat batu. Pasti apabila terkena baju, menyebabkan rasa sakit dan tidak selesa! Kebanyakkan jerawat di badan berpunca dari pelbagai faktor contohnya seperti lebihan minyak, baju yang tidak bersih dan juga peluh yang berlebihan.

Sakitnya Jerawat Tumbuh Di Badan! Hapuskannya Dengan Pilihan Produk Mandian Ini!
Sumber gambar: 100percentpure

Oleh kerana itu, ia akan menyebabkan bakteria membiak dan sekali gus menghasilkan sebum yang berlebihan sehingga menyebabkan jerawat tumbuh di badan. 

Pelbagai produk yang dijual di pasaraya boleh membantu kamu! Antara produk yang terbaik adalah:

  1. LIFEBUOY Moisture Plus Body Wash
Sakitnya Jerawat Tumbuh Di Badan! Hapuskannya Dengan Pilihan Produk Mandian Ini!
Sumber gambar: Hermo

Produk mandian ini diperkaya dengan Vitamin A, C dan E yang boleh melembapkan kulit. Tambahan pula, ia diformulasi dengan bahan yogurt yang meresap jauh ke dasar kulit sehinggakan kulit tidak lagi akan menjadi kering dan berjerawat! Sabun mandi ini diperkaya dengan ramuan Active5 yang mampu untuk membunuh hampir 99.9% kuman.

Ads

2. Sebamed Liquid Face and Body Wash

Sakitnya Jerawat Tumbuh Di Badan! Hapuskannya Dengan Pilihan Produk Mandian Ini!
Sumber gambar: Faz2u

Bagi kamu yang memiliki kulit sensitif, sabun mandian ini amat bagus kerana kadungannya tidak mengeringkan kulit. Diformulasi dengan Vitamin Pentavitin dan Allantoin, kelembapan kulit pasti akan terpelihara dan terlindung daripada permasalahan kulit yang serius.

3. THE BODY SHOP® Tea Tree Skin Clearing Body Wash

Ads
Sakitnya Jerawat Tumbuh Di Badan! Hapuskannya Dengan Pilihan Produk Mandian Ini!
Sumber gambar: Clicks

Produk dari The Body Shop ini mengandungi Tea Tree yang boleh merawat bahagian badan yang berjerawat terutamanya di bahagian belakang badan dan punggung. Penggunaan yang kerap akan menjadikan kulit segar, sihat dan yang paling penting, bebas jerawat. 

4. NEUTROGENA Body Clear® Body Scrub

Ads
Sakitnya Jerawat Tumbuh Di Badan! Hapuskannya Dengan Pilihan Produk Mandian Ini!
Sumber gambar: Neutrogena

Bukan hanya untuk kulit wajah, malah Salicylic Acid juga boleh digunakan di bahagian kulit badan yang  bertindak secara efektif membersihkan liang pori kulit dan membuang sel kulit mati seperti sabun mandian dari Neutrogena ini. Untuk hasil terbaik, gunakan mandian skrub ini bersama-sama span mandi pada setiap hari.

5. T3 Acne Body Wash pH 5.5

Sakitnya Jerawat Tumbuh Di Badan! Hapuskannya Dengan Pilihan Produk Mandian Ini!
Sumber gambar: Guardian

Sabun mandi ini mengandungi agen antibakteria yang bertindak menghalang pembentukkan jerawat dari peringkat awal lagi. Dengan menggunakan minyak daun teh sebagai antiseptik semulajadi, masalah jerawat pada badan dapat diatasi dengan berkesan. Kandungan pH 5.5 menjadikan mandian ini selamat pada kulit dan sesuai untuk kegunaan harian.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI