Cuaca panas terik bukan sahaja membuatkan tubuh badan tidak selesa malah jika anda tidak menggunakan produk ‘sunscreen’ contohnya, ia akan menjadikan kulit terbakar dan gelap. Sel-sel kulit mudah rosak dan menjadi kemerah-merahan, ini lah yang dinamakan ‘sunburn’.

Sumber gambar: Popular Mechanics

Kulit yang kerap terdedah kepada sinaran ultraviolet dari matahari bukan sahaja mengakibatkan ‘sunburn’, tetapi turut menimbulkan masalah lain seperti jeragat dan pigmentasi. Kali ini, team Hijabista akan kongsikan kepada anda bahan semula jadi yang tidak memerlukan kos yang mahal untuk merawat masalah ‘sunburn’ ini. Cubalah!

1. Mayonis

Sumber gambar: The Spruce Eats

Bukan sahaja bagus untuk memberi kelembutan kepada kulit, malah mayonis juga bagus untuk merawat masalah kulit yang gelap ataupun ‘sunburn’ 

Caranya, sapukan sedikit pada kawasan kulit yang sedang mengalami masalah ‘sunburn’. Ia pasti memberi anda kelegaan kerana mayonis mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari. Untuk hasil yang terbaik, sejukkan dahulu mayonis di dalam peti ais kemudian sapukan pada kulit.

2. Tembikai

IKLAN
Sumber gambar: Any Lane

Ha! Jangan terkejut ya! Tembikai pun boleh merawat masalah ‘sunburn’ tau! Nak tahu kenapa? Ini adalah kerana tembikai mengandungi zat astrigen yang bermanfaat sebagai tonik dan mampu menyejukkan wajah yang terbakar kerana matahari.

Caranya, hiris nipis tembikai lalu tekankan pada kawasan yang bermasalah selama 20 minit. Kemudian, bilas sehingga bersih. 

3. Daun lidah buaya

IKLAN
Sumber gambar: Silvia

Daun lidah buaya ataupun ‘aloe vera’ memang sudah popular dalam dunia kecantikan! Salah satunya, ia mmeberi kebaikan kepada kulit yang mengalami ‘sunburn’!

Caranya, ambil beberapa tangkai daun lidah buaya dan patahkan di tengahnya. Ambil lendirnya dan sapu ke kulit wajah sambil mengurut perlahan. Cuba amalkan setiap hari untuk kesan yang cepat dan berkesan!

4. Masker timun dan susu tepung

IKLAN
Sumber gambar: Aspire Idea

Ketepikan dahulu produk mahal yang dijual dipasaran. Apa kata kali ini anda cuba ganbungkan dua bahan yang boleh didapati di dapur anda iaitu timun dan susu tepung! 

Caranya, ambil beberapa biji timun kecil. Kisar sehingga hancur. Seterusnya campur dengan 2 sudu susu tepung. setelah campuran likat, sapukan ke seluruh kulit wajah seperti masker. Kedua-dua bahan ini mampu menyejukkan kulit yang terbakar.

5. Tomato

Sumber gambar: Any Lane

Tomato terkenal untuk memberi kesegaran kepada kulit wajah serta menghilangkan kedutan pada wajah. Namun, bukan itu sahaja malahan tomato juga berfungsi untuk memberi kelegaan kepada kulit yang mengalami ‘sunburn’. 

Caranya, cuci bersih tomato yang hendak di gunakan. Kemudian belah dua. Gosokkan tomato ini pada wajah secara perlahan-lahan. Biarkan ia kering seketika di muka. Selepas 10 minit, cuci wajah dengan air bersih.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI