Pasti ada hari anda yang penuh dengan ‘kejutan’ yang jadi secara tiba-tiba melalui reaksi tubuh badan anda. Kejutan yang di maksudkan pula adalah rasa gatal di punggung yang teramat sangat kerana ia berada di bahagian ‘dalam’ punggung!

Jadi kenapa benda ini terjadi–jawapannya itu adalah tanda anda mempunyai masalah cacing! Ya, cacing sis, untuk hari ini kita akan kupaskan mengenai cacing dalam perut dengan cara untuk merawat masalah ini!

Cacing dalam perut kita

Masalah ini sering kita dengari terjadi pada kanak-kanak. Hakikatnya, masalah cacing dalam perut ini juga berisiko untuk menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia! Tetapi ia lebih kerap terjadi kepada kanak-kanak.

Menurut Hellodoktor, cacing yang berada di dalam perut ini akan berada pada saluran gastrousus iaitu pada dinding usus. ‘Kehadiran’ cacing dalam perut ini akan menimbulkan banyak masalah kepada penghidap terutama sekali rasa ketidakselesaan dan juga menjangkiti kesihatan badan oleh kerana faktor seperti:-

  • Sistem imunisasi badan yang lemah
  • Makan daging yang masih mentah
  • Kurang menjaga kebersihan diri
  • Minum air yang telah tercemar

Jangkitang cacing dalam perut ini juga bahaya buat tubuh badan kerana cacing ini merupakan parasit yang akan mengambil makanan melalui hos yang mereka duduki. Jadi bagi mereka yang ada cacing dalam perut, anda boleh kekurangan zat makan. menjejaskan proses tumbesaran (buat kanak-kanak dan remaja) dan juga membawa padah kepada masalah seperti anemia, hilang selera makan, badan menjadi lemah, mual-mual, sakit perut, cirit-birit dan muntah.

IKLAN

Artikel berkaitan: Sakit Perut Dan Sentiasa Sebu Ketika Berpuasa? Doktor Ini Sarankan Elak 7 Perkara Ini

Bagaimana nak cegah adanya cacing dalam perut?

Sebelum anda ketahui cara untuk mencegah, anda perlu tahu bahawa cancing dalam perut bukan jadi secara tiba-tiba. Ada beberapa faktor yang memboleh seseorang terjangkiti dengan parasit ini melalui beberapa faktor seperti:-

IKLAN
  • Minum atau mengambil makanan yang telah tercemar
  • Kurang menjaga kebersihan diri
  • Menyentuh permukaan yang kotor dan berpotensi mempunyai banyak kuman (seperti taman permainan)
  • Menyentuh haiwan peliharaan yang mempunyai penyakit
  • Makan daging yang tidak masak

Kaedah rawatan yang di syorkan untuk mereka yang di jangkiti cacing dalam perut adalah seperti:-

  • Pesakit akan di minta untuk memberikan sampel najis kepada makmal di klinik bagi tujuan pemeriksaan untuk memastikan ia mengandungi telur cacing atau tidak.
  • Kebiasaannya doktor akan berikan ubat unruk mengeluarkan cacing dari dalam perut. Pengambilan ubat itu memerlukan tempoh masa antara 1 hingga 3 hari, setiap ahli keluarga pesakit juga turut di berikan rawatan yang sama.

Artikel berkaitan: Bangun Pagi Mesti Sakit Perut, Kerap Buang Air dan ‘Bentuk’ Najis Jelaskan Kondisi Kesihatan

Seperti perumpamaan, mencegah lebih baik dari mengubati, anda perlu lakukan sesuatu terlebih dahulu sebelum ia menjadi mudarat. Sudah tentu anda tidak mahu sengsara di akhir hari dan menyesal untuk tidak menjaga kesihatan anda bukan? Jadi ini adalah apa yang boleh anda lakukan untuk mencegah dari jangkitan cacing dalam badan, antaranya:-

IKLAN
  • Disiplinkan diri anda untuk membasuk tangan atau gunakan handsanitizer bagi mencegah kekotoran
  • Jangan simpan kuku yang panjang kerana khuatiri akan mengumpul telur cacing
  • Amalkan ubat antiparasit untuk diri dan keluarga jika ada ahli yang terkena jangkitan cacing
  • Perlu kerap basuh pakaian, cadar katil dan apa-apa fabrik kain dengan air sabun setiap hari selama beberapa hari selepas rawatan jika anda mempunyai ahli keluarga yang mengalami jangkitan cacing
  • Pastikan anda basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dan juga elakkan makan daging yang tidak masak

Semuanya bermula dari anda untuk menjaga dan meniliti perihal kesihatan anda. Mungkin pada waktu sekarang agak leceh untuk menjaga dari setiap aspek, tetapi anda akan berterima kasih buat diri sendiri pada kemudian hari.

Sumber gambar dan info: Canva dan Hellodoktor

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI