Piramid Makanan Malaysia menyarankan dua hingga tiga sajian susu dan produk tenusu perlu diambil setiap hari. Ia bersamaan tiga gelas susu sehari. Piliha lain yang boleh dibuat ialah dengan mengambil satu gelas susu dengan satu cawan yogurt dan satu keping keju sehari.

Budaya masyarakat kita sering mengamalkan pilihan pemakanan yang pelbagai. Namun, ramai juga yang kurang pengetahuan mengenai makanan yang diambil walaupun cukup enak dan memuaskan, tetapi tidak membentuk nutrisi mikro yang diperlukan tubuh untuk berkembang sepenuhnya.

Photo by Charlotte May from Pexels

Kebaikan Susu Sebagai AntiKanser Usus Besar

Kajian yang dilakukan di 5 negara melibatkan 4992 individu didiagnosis dengan kanser usus besar mendapati individu yang meminum lebih daripada segelas susu (lebih 250 g sehari) menunjukkan penurunan perkembangan kanser usus besar sebanyak 15% berbanding dengan mereka yang meminum kurang daripada 70 g sehari.

IKLAN

Meminum 4 gelas susu setiap hari, memberi perlindungan paling tinggi bagi pesakit kanser. Hasil kajian juga menunjukkan susu boleh mengurangkan risiko kanser usus di kalangan lelaki dan wanita.

IKLAN

Beberapa ujian klinikal juga melaporkan penurunan pertumbuhan sel kanser rektum jika meminum susu. Terdapat juga kajian menunjukkan pengurangan risiko kanser usus besar sebanyak 12% dengan setiap peningkatan 500 mL susu yang diminum.

Casein adalah bahan berkhasiat yang bertindak antikanser. Bahan ini membentuk hampir 80% protein dalam susu lembu. Casein boleh melindungi usus besar daripada terkena kanser dengan menghalang enzim yang dihasilkan oleh bakteria usus. Selain itu, bahan ini memberikan kesan yang baik ke atas sistem imun.

IKLAN
Photo by Charlotte May from Pexels

Susu yang dimaksudkan di sini adalah susu segar dan bukannya susu tepung. Kajian menunjukkan bahan berkhasiat casein akan berkurang jika susu diproses pada suhu tinggi. Suhu tinggi biasanya diperlukan dalam proses pembuatan susu tepung. Ini bermakna susu segar lebih bagus berbanding susu tepung.

HIJABISTA: Kajian juga menunjukkan zat yang terkandung dalam susu seperti protein dan kalsium berupaya menghalang jangkitan dan kerosakan pada gigi.

Sumber kredit: Dr Suri Roowi

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI