Kunyit bukan sekadar bahan rencah masakan tetapi juga bahan yang sangat berkesan untuk perawatan kecantikan. Kunyit mampu mencerahkan kulit. Kandungan kunyit memiliki antioksida boleh memperlahankan kerosakan pada sel kulit.

Kunyit juga sangat membantu menangani masalah kulit seperti jerawat, kering, ekzema atau psoriasis. Herba ini juga bertindak sebagai ubat semula jadi. Kunyit mengandungi vitamin, mineral dan bahan kimia untuk mengurangkan keradangan, mengurangkan pergerakan otot yang tidak normal, dan melegakan masalah pencernaan.

Kajian yang dilakukan oleh Saintis China pada tahun 2015 juga mendapati gabungan kunyit dengan lada hitam dapat meningkatkan penyerapan bahan khasiat kunyit dengan ketara. Selain itu, gabungan kunyit dengan lada hitam dapat elakkan pembesaran batu hempedu dan dapat turunkan lemak dan kolesterol darah.

Kajian oleh Saintis Italy pada 2019 pula mendapati kunyit hidup boleh membantu masalah kulit seperti radang, psoriasis, atopik dermatitis, penjagaan luka, kanser kulit dan jangkitan kuman. Caranya adalah dengan cara kisar dan disapu atas kulit.

Saintis Ini Kongsi Cara Sediakan & Minum Jus Kunyit, Barulah Khasiat Diserap Tubuh Sepenuhnya
Photo by FOODISM360 on Unsplash

BOLEHKAH KITA MEMINUM JUS KUNYIT BERSAMA UBATAN MODEN ATAU MEMINUMNYA PADA KADAR TINGGI?
1.Elakkan pengambilan jus kunyit bersama ubat-ubatan moden dan suplemen cair darah, suplemen antiplatelet dan ubat antikencing manis.

2.Penggambilan jus kunyit semata (100% kunyit) yang terlalu banyak boleh meningkatkan risiko batu karang. Ini kerana kunyit tinggi bahan oksalat, bahan ini dapat mengikat kalsium dan membentuk kalsium oksalat (batu karang) dalam ginjal atau pundi kencing.

3.Untuk kurangkan risiko bentuk batu karang, sebaiknya minum susu selepas minum jus kunyit.

Saintis Ini Kongsi Cara Sediakan & Minum Jus Kunyit, Barulah Khasiat Diserap Tubuh Sepenuhnya
Photo by Hilary Hahn on Unsplash

TEKNIK SEBENAR SEDIAKAN JUS KUNYIT
1. Kunyit sebaiknya di ‘blend’, dimasak atas dapur sebelum diminum.

2. Kajian menunjukkan memasak kunyit yang dikisar dalam masa singkat (kurang 10 minit) dapat meningkatkan bahan berkhasiat (kurkumin) di dalam air rebusan dan lebih mudah diserap ke dalam darah.

3. Merebus kunyit dalam tempoh yang lama (lebih 15 minit) akan mengurangkan khasiat kunyit sehingga 50%. Teknik memanggang pula akan menurunkan khasiat sehingga 75% manakala menggoreng atau menumis akan mengurangkan khasiatnya sehingga 98%.

Saintis Ini Kongsi Cara Sediakan & Minum Jus Kunyit, Barulah Khasiat Diserap Tubuh Sepenuhnya

4. Menurut Saintis dari Institut Penyelidikan Teknologi Makanan, Mysore, India, memasak kunyit untuk tempoh yang lama akan menyebabkan kehilangan bahan berkhasiat sehingga 53%. Walau bagaimanapun, kehilangannya dapat diturunkan kepada 30% jika kunyit dimasak atau direbus bersama sedikit asam jawa.

5. Bahan berkhasiat kurkumin bersifat lipofilik (suka pada minyak) jadi, untuk meningkatkan penyerapan bahan khasiat dalam darah, kunyit sebaiknya diambil bersama susu atau sedikit minyak zaitun. Penggunaan santan pada kadar sederhana juga dibolehkan.

6. Meminum jus kunyit bersama secubit serbuk lada hitam juga dapat meningkatkan penyerapan bahan berkhasiat dalam kunyit. Kajian menunjukkan bahan piperine (bahan berkhasiat dalam lada hitam) dapat meningkatkan penyerapan bahan berkhasiat kunyit (kurkumin) sehingga 2000%.

HIJABISTA: Ketika datang haid, wanita seringkali mengalami masalah perut sering terasa sakit dan membuat anda tidak selesa ketika melakukan aktiviti. Untuk melegakan rasa tidak keselesaan itu, ramuan jamu asam kunyit dipercayai dapat menghilangkan rasa sakit semasa haid.

Sumber kredit: Dr Suri Roowi

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI