Sebagai wanita tentunya anda ingin kelihatan sempurna daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki. Untuk kelihatan cantik, kebersihan diri harus diutamakan. Hanya dengan mencuci muka, memberus gigi dan memakai buih mandian, adakah anda yakin tubuh anda sudah benar-benar bersih? Jangan terlalu pasti, sebaliknya anda perlu mengambil sedikit masa untuk melakukan perkara-perkara lain untuk kebersihan tubuh yang lebih optimum.

Berikut lima rutin yang perlu anda praktikkan ketika mandi agar anda sentiasa kelihatan berseri-seri.

1. DRY BRUSHING
Sebelum mandi anda digalakkan melakukan dry brushing menggunakan berus lembut khusus untuk kulit. Kemudian baharulah mandi seperti biasa.

IKLAN

2. BERUS KUKU TANGAN DAN KAKI
Bahagian kuku tangan dan kuku kaki sering dipandang remeh ketika mandi. Kedua-dua bahagian ini juga penting dan perlu dijaga. Untuk membersihkan kuku, gunakan nail brush untuk memberus kuku tangan dan kuku kaki.

IKLAN

3. GUNAKAN KRIM SKRUB TUBUH
Amalkan krim skrub bagi mendapatkan kulit tubuh yang halus dan mulus. Jika mahukan kulit yang cerah dan gebu, lumurkan kulit tubuh dengan krim skrub berasaskan susu kambing. Amalkan setiap hari bagi mendapatkan kulit tubuh yang cerah, bersih dan lembut.

IKLAN

4. LUMUR RAMBUT DAN KULIT KEPALA DENGAN MINYAK ZAITUN
Anda boleh menyapu minyak zaitun pada keseluruhan rambut dan kulit kepala. Biarkan seketika. Kemudian baharulah cuci rambut dengan syampu dilanjutkan dengan pemakaian perapi rambut. Hasilnya rambut anda lebih lembut, sihat dan bersinar.

5. SKRUB KAKI
Seringkali bahagian kaki diabaikan lantaran perhatian hanya ditujukan di bahagian wajah sahaja. Jangan lupa untuk menggunakan skrub kaki agar kulit tumit kaki sentiasa lembap dan sihat selain terhindar daripada masalah kulit tumit kaki yang kasar dan merekah.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI