Admin suka betul melihat gelagat pengantin baru yang kini sedang enak melewati fasa bulan madu. Walaupun sudah berkahwin nak masuk tiga bulan, tetapi gelagat mereka seperti merpati dua sejoli. Sering dilihat bersama-sama dan baik Ummi Nazeera dan suami, Dr Izzar, keduanya mempunyai hobi sama iaitu gemar berselfie. Di situ ada Ummi Nazeera dan di situ jugalah ada Dr Izzar. Bukan mengokong tetapi nampaknya Ummi kini seronok berada di suatu tempat di samping suaminya itu.
Baru-baru ini keduanya sempat berbuan madu ke Switzerland. memang cantik lihat foto-foto pasangan bahagia ini. Malah pemandangan di kawasan yang dilawati juga membuatkan netizen turut terpesona. Paling best sekali ibu kepada Ummie siap berpesan pada pasangan ini supaya jangan gaduh-gaduh dan menjadi ingatan pada Ummie.
@nurnadhirahnadhirah Nice place and the best honeymoon..umminazeera…
@marinashaaib Subhanallah…kebesaran maha pencipta.
@miracleoflace Subahanallah cantiknya
@alyaaaidee MasyaAllah nice
Ads
Masing-masing gembira dengan kebahagiaan keduanya dan mendoakan agar cepat menimang cahayamata kelak. Ternya follower Ummi juga turut berharap hubungan keduanya kekal hingga ke jannah. Insya-Allah.
@hazleinalein Semuga bahagia mang selalu hingga ke jannah @umminazeera
@mimi.salina Bulan madu ke semuga bahagia hingga ke jannah
@shidothaha beautiful couple
@danial_hai Doakan agar ummi dan suami kekal ke jannah
Setiap gambar OOTD yang dimuatnaik oleh wanita berhijab yang menawan ini seringkali mencuri tumpuan netizen yang cintakan gaya fesyen yang berlainan. Nina Khalil tidak kekok dalam berkongsi gaya hidupnya di laman Instagram tentang fesyen serta kecantikan.
Memiliki jumlah pengikut sebanyak 120k menjadikan Nina Khalil antara wanita berhijab yang punya pengaruh sendiri. Team Hijabista berminat untuk kongsikan kepada kamu semua pilihan terbaik OOTD Nina Khalil yang memberi inspirasi untuk gaya fesyen yang lebih santai tetapi mewah!
Memilih rekaan yang menggunakan fabrik satin untuk gaya yang lebih santai, Nina bijak dalam memastikan gaya keseluruhan tidak bosan apabila padanan akesesori bersama sepatu yang disarungkan cukup sempurna! Ketepikan dahulu pemikiran fabrik satin yang kelihatan seperti ‘pyjamas’, Nina membuktikan bahawa satin mampu memberikan gaya yang santai dan selesa tetapi masih mengekalkan nilai eksklusif dalam penggayaan. Amat ringkas dan tidak terlalu mencuba!
Selesa! Potongan yang tidak ketat serta fabrik yang tidak terlalu tebal menjadikan keseluruhan gaya Nina ini antara pilihan terbaik untuk kamu tampil bergaya biarpun hanya di rumah. Apa yang penting, pemilihan warna yang sesuai, lembut dan tidak terlalu kuat seperti warna pastel, sudah cukup untuk kamu rasa selesa untuk melakukan kerja di rumah. Apa kata kamu keluarkan semua helaian pakaian kamu yang mempunyai fabrik lembut seperti cotton ataupun chiffon, dan padankan ia dengan seluar jenis khakis mahupun denim potongan besar. Pasti selesa!
Potongan blouse ala caftan ini amat selesa bila disarungkan! Ia menaikkan aura sisi minimalis buat si pemakai. Dipadankan pula dengan seluar jenis longgar, amat sesuai untuk digayakan di mana-mana sahaja, samada membeli-belah, keluar bersama rakan-rakan kamun ataupun membuat kerja di rumah. Untuk menaikkan lagi gaya yang ringkas, pastikan pilihan warna kamu lembut dan tidak terang seperti yang disarungkan oleh Nina ini.
Warna nude tidak pernah menjadikan gaya fesyen kamu salah! Warna nude bagaikan warna asas yang baru menggantikan hitam dan putih! Mudah sekiranya kamu memiliki sepasang helaian yang warna seakan Nina sarungkan ini kerana ia cukup ringkas dan minimal. Selalunya fabrik jenis linen amat sesuai bila menggunakan warna ini. Untuk impak yang menarik, pastikan potongan rekaan kamu tidak terlalu ketat dan cuba dengan rekaan yang sedikit ‘oversized’!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Anda boleh menjadikan penghawa dingin anda lebih berkesan dan cekap, mudah sahaja, buat penghawa dingin DIY, dan anda boleh menyejukkan rumah anda tanpa penghawa dingin sama sekali.
Tetapi apa yang boleh dilakukan apabila anda tidak boleh tidur kerana terlalu panas? Adalah lebih mudah untuk hanya belajar bagaimana untuk tidur dalam keadaan panas daripada cuba untuk melabur membeli penghawa dingin. Berikut ialah enam petua untuk tertidur dalam cuaca panas apabila menghidupkan AC bukan pilihan.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Masa terdesak memerlukan langkah pelik. Walaupun kaedah ini mungkin terdengar aneh, beberapa kajian dilakukan dan menyimpulkan menyejukkan kaki anda sebenarnya adalah kaedah yang berkesan untuk mengurangkan ketegangan haba. Jika anda yang tidak boleh tidur dengan sarung kaki, sebaliknya cuba menyejukkan sama ada cadar atau sarung bantal anda.
Anda sudah tahu tentang mitos yang berkaitan dengan dehidrasi, tetapi ini bukan salah satu daripada mereka. Sebelum anda mengakhiri waktu petang, pastikan anda terhidrasi dengan betul, kerana kajian telah menunjukkan dehidrasi boleh menyebabkan tidur yang kurang dan anda perlu terhidrat secukupnya supaya anda boleh berpeluh, yang akan membantu menyejukkan badan pada waktu malam.
Cuaca panas jelas bukan masa untuk selimut gebu atau selimut tebal, tetapi pilihan yang anda buat untuk cadar juga boleh memberi impak yang besar pada kualiti tidur anda. Pilih bahan yang lebih ringan dan bernafas pada cuaca panas, seperti kapas, linen atau buluh. Letakkan cadar bulu atau flanel untuk musim panas dan anda sepatutnya berada dalam keadaan yang lebih baik.
Tanggung jawab terletak pada anda untuk memutuskan sama ada sekarang adalah masa untuk membeli tilam baharu atau tidak walaupun mungkin sudah tiba masanya. Tetapi anda tidak melakukan apa-apa kebaikan untuk diri sendiri apabila anda menghidupkan haba jika tilam yang anda tiduri memerangkap semua haba badan anda. Siasat tilam baharu yang direka bentuk dengan ciri untuk memastikan anda tetap sejuk.
Terbaik di pasaran:
Slumberland Syarikat Pertama di Asia Menawarkan Teknologi Kikoo SleepTech dari Jerman untuk Tilam
Memahami bahawa turun naik suhu akan memberi kesan terhadap kualiti tidur seseorang, Slumberland telah mengintergrasikan teknologi Kikoo inovatif yang menggunakan jalur grafit ke dalam produk tilam terbarunya, TempSmart™ 5.0. Teknologi dari Jerman ini bergabung secara harmoni bersama Tempsmart™ bagi menambahbaik ciri kawalan suhu tilam.
Perubahan cuaca yang tidak menentu dan akut adalah perkara biasa dialami oleh rakyat Malaysia. Selain suhu di sekeliling kita, haba badan kita juga akan terkumpul dalam tilam yang menyebabkan tidur menjadi tidak selesa. Malah suhu katil anda boleh memberi perbezaan yang ketara kepada kualiti tidur. Kikoo bersama-sama dengan teknologi TempSmart™ kami menyerap haba yang berlebihan untuk memastikan bilik tidur nyaman dan membebaskan haba untuk memastikan tidur tetap hangat. Dengan menyesuai dan mengawal selia mengikut perubahan suhu badan, ia membantu mewujudkan suasana tidur yang optimum. Gabungan teknologi unik menjadikan siri TempSmart™ 5.0 dua kali lebih berkesan.
Dihasilkan di Jerman dengan ketepatan, kepintaran dan berkualiti, Kikoo ialah satu-satunya teknologi penyejuk semula jadi dan berterusan yang mampu membantu pengguna tidur dengan nyenyak untuk lebih 12 jam.
Ideal untuk menghabiskan masa mandi, tetapi bagaimana pula bila? Jika anda mandi pagi yang ingin melawan cuaca panas, tukar jadual dan mandi air sejuk sebelum tidur. Ini akan menurunkan suhu badan anda, supaya cukup lama sehingga boleh tertidur sebelum anda berasa tidak selesa lagi.
Ternyata meletakkan ais di atas katil, sebenarnya akan menyejukkan anda. Hanya pastikan menggunakan botol air kedap udara, untuk mengelakkan bangun tidur dalam keadaan lembap. Isi botol hanya dua pertiga daripada jalan sebelum anda membuangnya ke dalam peti sejuk; jika anda mengisinya secara berlebihan, ia mungkin pecah apabila ais mengembang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Isteri kepada Angkasawan Negara, Dr Halina Mohd Yunos memang dikenali sebagai seorang supermama dan juga wanita bekerjaya yang begitu sibuk menguruskan kedua-duanya. Baginya keluarga dan kerjaya sama penting dan dalam hal ini beliau lebih senang memilih bergaya secara sederhana. Justeru tudung bawal square mula menjadi pilihannya untuk digayakan.
Baru-baru ini beliau muat turut status memberitahu beliau lebih senang menggayakan tudung bawal jenis square yang membuatkan dirinya kembali seperti zaman mudanya walaupun kesan ‘eye bag’ jelas kelihatan di wajahnya.
Ternyata Ibu kepada empat cahaya mata ini senang sekali menggayakan tudung empat segi ini yang tidak perlu terlalu kreatif cara lilitannya.
Malah kerjayanya yang sibuk membuatkan dia lebih senang berpenampilan begitu. Walaupun ada antara netizen yang menyuruhnya menjaga penampilan, tetapi Dr Halina ada jawapan tersendiri.
Menurutnya penampilan menarik hanyalah untuk tontonan suaminya sahaja dan bukan orang lain.
Ada juga yang memberitahu padanya, penampilan tudung bawal itu sebenarnya membuatkan seseorang itu nampak lebih muda.
@nuraidaeizam@drhalina …so trueee…u will look more younger in square scarf..lebih2 lagi kalo pakai yang gambar2 cartoon…it will attract ur kids to look @ u …
@ilah_zainal Square scarf does make us look younger doctorrrr