Tahukah anda minyak kelapa banyak memberikan kebaikan kepada kecantikan wajah anda? Tak perlu gunakan barang-barang mahal tetapi cukup dengan hanya minyak kepala, anda boleh memiliki kulit wajah yang cantik, berseri dan sihat!

Sumber gambar: Very Well Wealth

Kali ini team Hijabista kongsikan kepada anda 10 cara bagaimana minyak kelapa boleh mencantikkan wajah anda. Jom cuba!

Sumber gambar: 100 percent pure

1. Untuk mendapatkan kulit yang lembut berseri, sapukan pada kulit wajah dan badan. Minyak kelapa berfungsi bagaikan minyak semula jadi yang dihasilkan kulit. Namun berpada-pada dalam menyapunya pada wajah, gunakan sedikit sahaja memandangkan cuaca kita panas dan lembap.

2. Pasti buntu saat kulit anda mengalami iritasikan? Jika anda mengalami iritasi seperti kulit merah-merah, boleh cuba sapukan minyak kelapa. Minyak kelapa punya manfaat menenangkan kondisi kulit.

3. Minyak kelapa punya manfaat anti-kulat, jadi molek disapukan pada tumit kaki, ia juga baik untuk melembapkan. Jika disapukan pada kuku ia menguatkan kuku juga merawat kutikel.

4. Ia juga melambatkan tanda-tanda penuaan hasil daripada manfaatnya yang melembapkan kulit. Sapukan pada wajah sebelum tidur.

IKLAN

Baca juga: Rupanya Wajah Nampak Tua Disebabkan Anda Tidur Dengan Wajah Bermekap! Ini 5 Kesan Buruk Lain Yang Wajib Tahu!

Sumber gambar: Tijana

5. Boleh juga dijadikan sebagai krim mata. Sapukan sedikit minyak kelapa pada sekitar mata sebelum tidur. Khasita melempnya baik untuk kulit di sekitar mata yang sering menjadi ruang tanda awal penuaan. Minyak kelapa mngandungi asid lemak yang menguatkan kulit.

6. Minyak kelapa juga elok dijadikan sebagai pencuci solekan lebih-lebih lagi jika anda mahu membersihkan kesan maskara juga gincu pusam (matte) yang selalunya warnanya melekat pada bibir.

IKLAN

7. Minyak kelapa boleh juga dijadikan sebagai highlighter pada solekan anda. Calit sikit pada jari, gosok terlebih dahulu kemudian barulah di sapu sikit pada tulang pipi dan hidung. Tapi ingat, sikit saja ya kerana jika berlebihan bimbang ia akan menanggalkan solekan.

Sumber gambar: Cottonbro

8. Kalau ada masa terluang hujung minggu, jadikan minyak kelapa sebagai pupur rambut. Sapukannya pada keseluruhan rambut, kemudian sanggulkan dan bungkus kepala dengan tuala atau shower cap. Biarkan satu ke dua jam. Ia bermanfaat untuk melembapkan rambut.

9. Seperti dinyatakan tadi, minyak kelapa punya manfaat anti-kulat, jadi elok sebenarnya minyak kelapa dijadikan bahan untuk membersihkan kulit kepala. Urut dan gosok lembut kulit kepala (seperti gaya bersyampu), kemudian barulah dicuci dengan syampu. Minyak kelapa juga elok untuk anda yang mempunyai masalah kelemumur.

IKLAN

10. Gosokkan minyak kelapa pada gigi? Mengapa? Ia elok untuk memutihkan gigi. Khabarnya Kylie Jenner juga mengamalkan petua ini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI