Sekali pandang rupa buah ini memang sangat hodoh. Saiznya yang kecil dan tekstur menggerutu menjadikan kita seakan geli untuk memegangnya. Tetapi siapa sangka buah limau purut ini mempunyai banyak khasiatnya. Sejak dulu lagi buah ini digunakan untuk pelbagai tujuan, terutama untuk kaum ibu dan juga anak gadis. Salah satunya boleh membuatkan kita kekal awet muda. Jom semak khasiat lain buah yang sering digunakan untuk perawatan tradisional masyarakat Melayu ini.

1. Hilangkan letih

Bagi menghilangkan rasa letih setelah menguruskan anak-anak yang ramai, segera rawat dengan mengambil dua genggam daun limau purut dan direbus terlebih dahulu. Kemudian air tersebut bolehlah digunakan untuk mandian. Cara ini dapat memberi kepuasan dan kelegaan sekali gus menjadikan tubuh kembali segar.

Rebus daun limau purut.

2. Haluskan kulit

Terlalu sibuk menguruskan anak dan keluarga, pasti masa seorang ibu itu cukup terhad dan menyebabkan tidak berkesempatan untuk memanjakan diri bagi mendapatkan rawatan kecantikan kulit. Jangan bimbang, ambil saja limau purut dan dibelah dua. Kemudian sentalkan buah limau purut tersebut ke bahagian kulit yang kering dan bersisik. Amalkan selalu ketika mandi dan hasilnya kulit menjadi bersih dan sihat.

IKLAN

 

3. Awet muda

Aroma daunnya dikatakan boleh memberi rasa segar dan bertindak sebagai agen untuk wanita kekal awet muda. Caranya cukup mudah, tambahkan beberapa titis jus limau purut di dalam air mandian. Amalkan selalu.

IKLAN

4. Hilangkan kotoran baju

Melihat ada sahaja kesan kotoran pada baju anak-anak selepas mereka bermain, itu menandakan ada tugas mencuci yang lebih daripada biasa harus kita lakukan. Lain tidak bukan menyental! Tapi dengan menggunakan air perahan limau purut, dikatakan kesan kotoran lebih mudah ditanggalkan. Terbukti cara ini lebih jimat dan mudah untuk dilakukan!

IKLAN

via GIPHY

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI