Masalah resdung bukanlah masalah baru dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Resdung merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh kewujudan inflamasi atau keradangan pada dinding sinus. Keradangan ini kerap berlaku disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria.

Sumber gambar: Elite Care Houston

Dalam bahasa saintifik, resdung dikenali sebagai sinusitis. Sinusitis adalah penyakit yang boleh menjangkiti semua orang pada segala umur. Punca utama dari kemunculan resdung yang paling umum ialah akibat jangkitan virus.

Jika anda ingin tahu bahawa anda mengalami masalah resdung, anda mungkin mengalami beberapa simptom ini. Antaranya seperti selsema dengan kerap, mata gatal, nafas berbau, tidur berdengkur dan jerawat pada kulit. Oleh itu, banyak cara yang boleh anda lakukan untuk memastikan masalah resdung anda dapt dikawal dengan baik.

  1. Minum banyak air
Sumber gambar: Greta

Apabila anda minum banyak air, ia dapat membantu untuk mendorong lendir keluar dengan cara mudah. Untuk kesan yang baik, elakkan minuman jenis alkohol, kafein, minuman, manis, dan jangan merokok. Semua zat pada minuman itu boleh menyebabkan lendir menebal dan menyumbat pada saluran pernafasan sehingga mencetuskan keradangan lebih teruk.

  1. Sedut Wap Air Panas
Sumber gambar: Daily Rakyat

Selain itu juga, anda boleh mencuba dengan mengirup wap air panas. Cara ini dapat memberi kelegaan pada hidung anda dan memudahkan lendir yang menyebabkan hidung anda tersumbat keluar dengan mudah. Caranya, rebus air dan campurkan dengan air garam. Selepas mematikan api, anda letakkan kepala anda 30 cm di atas air, lalu hirup wap panas. Lakukannya selama 15-30 minit. Anda juga boleh menutupkan kepala dengan tuala yang menutup wap air panas. Lakukan tiga kali dalam sehari hingga resdung  pulih.

IKLAN
  1. Lidah Buaya
Sumber gambar: Padrinan

Ramai yang tahu tentang kebaikan lidah buaya pada kecantikan tubuh badan kita. Tetapi, lidah buaya juga mampu untuk memberi kebaikan kepada masalah resdung anda! Cara pakainya adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Mungkin kelihatan nampak pelik, tetapi sebenarnya ia memudahkan lagi pengaliran lendir yang tersekat di dalam hidung keluar dan memberi kelegaan yang sebaiknya. Agar lebih berkesan, minumlah rebusan lidah buaya secara teratur.

  1. Limau Nipis dan Daun Pandan
Sumber gambar: New Malaysian Kitchen

Seterusnya, cara lain yang boleh anda lakukan adalah dengan menggunakan gabungan campuran limau nipis dan daun pandan. 

Caranya:

IKLAN
  1. Siapkan 8 buah limau nipis dan 10 helai daun pandan.
  2. Hiris halus-halus daun pandan.
  3. Perah buah limau hingga menghasilkan jus limau yang banyak.
  4. Campurkan jus limau dengan daun pandan.
  5. Ramas daun pandan beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan.
  6. Basuhkan air tadi ke wajah anda. Elakkan dari terkena mata atau bibir
  7. Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi.
  8. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik.
  9. Selepas berakhir, cuci wajah anda dengan air biasa.

 5. Kunyit atau Halia

Sumber gambar: Kaboompics

Jangan terkejut ya! Kunyit dan halia juga mampu untuk merawat masalah resdung dengan baik! Ini adalah kerana, kunyit mengandungi anti-inflamasi semulajadi dan antioksidan. Apabila digabungkan dengan halia yang dibancuh bersama teh, maka minuman hangat ini dapat membantu mencairkan mukus pada hidung serta membantu mengurangkan tekanan di kawasan wajah akibat sinus. Kesan positif lain dari halia adalah menenangkan perut.

IKLAN

Selamat mencuba!

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI