Dalam keadaan sekarang ini, rumahlah lokasi paling selamat. Jika tiada urusan-urusan yang penting maka lebih eloklah kita menghabiskan masa di rumah sahaja. Maka sebab itulah kita harus memastikan kediaman sentiasa bersih, kemas, selesa dan segar agar kita lebih bersemangat menjalankan urusan-urusan di rumah sepanjang hari.
Bagi mereka yang bekerja dari rumah (WFH) tentunya memerlukan suasana yang lebih tenang dan mendamaikan. Ia bagi memastikan urusan-urusan kerja dapat dijalankan dengan baik tanpa gagal.
Keadaan rumah yang selesa menjadi pemangkin kepada pekerja yang komited dengan tanggungawab. Bekerja di rumah bukan bermakna produktiviti akan terjejas atau berkurang. Faktor persekitaran yang selesa memainkan peranan untuk mereka yang bekerja dari rumah.
Berikut dikongsikan tip agar keadaan dalam rumah bukan sahaja kekal kemas dan teratur tetapi wangi dan segar.
TIP RUMAH KEKAL WANGI
Jom wangikan rumah…sis belek-belek baca diinternet dan jumpa 4 tip ini. So sis letak sini kita amalkan ramai-ramai. Good luck you all and good luck to me.
1. HABUK TAK MELEKAT PADA PERABOT
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Ads
Cara-cara: Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum
2. KILATKAN LANTAI RUMAH
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Ads
Cara-cara: Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
3. WANGIKAN RUMAH
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Cara-cara: Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
4. SEGARKAN BILIK AIR
Bahan-bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Cara-cara: Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Kesimpulannya rumah yang bersih berbau wangi, segar dan bersih akan memberikan mood yang positif. Dengan cara ini kita akan lebih betah berada lebih lama di rumah.
Perkembangan dunia digital yang semakin meluas ini menjadikan ramai hijabi muda mahu bergelar instafamous dengan mempromosi dan mempopularkan sesuatu barangan. Ini kerana kerjaya instafamous ini sebenarnya mampu menghasilkan pendapatan lumayan jika kena cara review yang dilakukan. Ada yang menjadikan kerjaya ini sebagai pekerjaan tetap tetapi ada juga melakukanya secara sambilan. Jangan tak tahu hanya dengan membuat paid review sahaja seseorang instafamous itu mampu peroleh pendapatan mencecah RM10K sebulan.
Memang lumayan dan inilah yang diraih oleh antara instafamous paling viral Nur Humaira. Walaupun baru berusia 19 tahun tapi kemunculan gadis ini di laman sosial memang menjadi bualan hangat netizen gara-gara dek kerana video ‘over’ dalam setiap review yang dibuat
Baru-baru ini ketika dijemput menjadi artis undangan dalam rancangan Motif Viral, Humaira sempat berkongsi tip bagaimana seseorang instafamous itu mahu mendapat pendapatan mencecah hingga ribuan ringgit.
“Biasanya orang review hanya akan cakap-cakap. Tetapi Mira nak pesan jika mahu menjadi reviewer yang baik di instagram, korang kena jujur dan jadi diri sendiri. Tak boleh tiru orang. Depan kamera buat apa yang korang suka dan buat apa yang korang rasa nak buat. Buat untuk jadikan ia viral dan secara tak langsung view itu akan naik sendiri.
Menurutnya, walaupun video review yang dilakukan memang over tetapi cara demikian menyebabkan sesuatu video itu akan mendapat tontonan yang tinggi di laman sosial. Walaupun mendapat kecaman netizen dengan perlakuan video pelik yang dilakukannya, tetapi Mira akui gembira melakukannya dengan cara tersendiri.
“Saya akan jujur setiap kali saya review sesuatu produk contoh makanan. Saya akan cakap perkara sebenarnya mengenai produk itu. Kalau pedas saya akan cakap pedas. Dan kalau tak sedap pun saya akan katakan juga.
“Biasanya jenama itu tak akan marah langsung dan tidak peduli asalkan produk mereka diketahui ramai, jadi viral dan view akan meningkat naik. Malah mereka juga akan berterima kasih kepada saya kerana mempopularkan jenama mereka dengan cara tersendiri. Itulah yang kita namakan strategi,” ujarnya.
Humaira sendiri sebenarnya tidak menyangka dirinya akan menjadi viral sebab dia melakukannya hanya sekadar suka-suka. Dia yang sudah melakukan kerjaya ini tidak sampai 1 tahun dan dengan usia masih muda telah memperoleh pendapatan cukup lumayan tidak sepadan umurnya.
Dia mengakui kaedah yang dilakukan dalam instagramnya memang unik dan berbeza dengan review yang biasa dilakukan instafamous lain. Biarpun dikecam kerana dirinya perempuan dan dianggap perlakuannya tidak senonoh tetapi Mira tidak kisah dan teruja melakukan setiap aksi dalam lamam instagramnya.
Mira juga mengakui walaupun dirinya sudah terkenal sebagai instafamous ini, tetapi dia ada juga terfikir untuk menyambung pelajarannya. Tetapi memikirkan sudah rezekinya ke arah apa yang dilakukannya sekarang, jadi dia memang mencari wang pendapatan dengan kerjayanya sekarang ini.
Mempunyai follower di instagram 344K dengan menggunakan nama akauan @nrhwz. Selain produk makanan, Humaira juga turut membuat paid review seperti produk kecantikan, makanan, fesyen dan gajet.
Malah jika dilihat dalam setiap video dipaparkan mendapat view hingga ratusan ribu. Wow, cukup menakjubkan dan mengalahkan page selebriti. Juga tersenarai antara 11 instafamous yang terkenal dengan bakat gila-gila dalam membuat perniagaan review online ini.
Gempa bumi yang teruk melanda Turkiye dan Syria telah mendapat perhatian negara luar untuk datang membantu rakyat di sana. Bahkan, ramai juga sukarelawan dari Malaysia yang turut datang memberi bantuan.
Aktivis Farah Lee menghuraikan rasa sebak apabila melihat sendiri perjumpaan jenazah bayi yang masih cukup sihat di bawah runtuhan bangunan kediaman tujuh tingkat di Nurdag, Gaziantep.
Tidak menafikan, Farah Lee menzahirkan rasa sebak dan sedih melihat keadaan tanah runtuh di sana. Katanya, ibu kepada jenazah bayi tersebut terkilan jika pasukan penyelamat bertindak cepat mungkin anaknya masih hidup.
Aktivis serta pempengaruh itu juga akui ini merupakan satu misi yang sangat sukar baginya. Dia juga meminta doa serta sumbangan kepada orang ramai demi memabntu mereka.
“I did not wish to experience this but yeah terjadi depan mata. Di runtuhan yang sama khabarnya juga ada mangsa yang dijumpai masih hidup walau selepas 7 hari,
“Juga ada baby yang meninggal masih cukup sifat, meraung ibunya masa jumpa tu. Katanya kalau rescue team cepat, mungkin anaknya masih hidup. Allah Allah,
“Writing this pun dah sebak. I cannot imagine. The hardest mission I’ve ever experienced. Give them strength ya Rabb, give us strength ya Allah.” tulisnya.
Farah Lee juga memuatnaik satu video berdurasi 3 minit tentang perjalanan mereka di sana. Semua yang terakam sangat mensyahdukan dan ada juga wargamaya perasan keadaannya yang tampak sedikit pucat dan sakit.
“Moga dipermudahkan segala urusan kalian semua disana, jaga diri,
“Moga dipermudahkan segala urusan kalian di sana!” komen wargamaya supaya Farah dan pasukan jaga juga kesihatan mereka di sana.
Sekadar info, badan kebajikan milik Farah Lee dan FL.Childrity bersama lain-lain badan kebajikan bukan kerajaan (NGO) Malaysia sedang menjalankan misi bantuan di Turkiye dan Syria akibat gempa bumi yang berlaku di sana selama 14 hari.
Akhir-akhir ini ramai daripada anda merasa lebih cemas daripada biasa, walaupun dalam keadaan yang baik selepas seluruh dunia dilanda wabak virus korona . Sebilangan anda masih dengan anxiety atau kegelisahan sepanjang hidup, banyak yang dialami tetapi bukanlah perkara mudah untuk tangani sekiranya anda sendiri tidak memahami.
Berita baiknya anxiety atau kegelisahan sebenarnya bukan perkataan yang menakutkan. Semakin anda memahami fakta dan bagaimana kegelisahan dapat mempengaruhi tubuh anda, semakin baik anda dapat mengawalnya. Berikut adalah 10 fakta ahli psikologi dan psikiatri ingin anda mengetahui tentang kegelisahan sekarang, supaya anda dapat mengurangkan gejala dan menjalani hidup sepenuhnya secara normal.
“Mereka sering mengatakan bahawa untuk menghilangkan kegelisahan, tetapi kegelisahan diprogramkan kepada kita dengan alasan,” kata Amy Przeworski, Ph.D., seorang profesor di jabatan sains psikologi di Case Western Reserve University di Cleveland.
“Kami ingin mengantisipasi ancaman dan meminta tubuh kita bertindak ketika dalam bahaya.” Tidak seperti tekanan, yang dicetuskan oleh sesuatu yang luaran, kegelisahan adalah kebimbangan yang tidak akan hilang walaupun stres hilang. Ini mengatasi pemikiran anda dan menyebabkan anda memikirkan perkara-perkara yang mungkin tidak pernah terjadi.
Kegelisahan dapat memotivasi: Ini mendorong anda memenuhi tarikh akhir, membantu anda bertindak balas terhadap risiko harian seperti berbasikal di lalu lintas , atau mendorong anda untuk meningkatkan kesihatan anda. Caranya ialah belajar menggunakannya untuk keuntungan anda dan jangan biarkan ia mengatur hidup anda.
Kegelisahan yang mula mengganggu hidup anda mungkin didiagnosis sebagai gejala salah satu daripada pelbagai jenis gangguan kecemasan. Ini mungkin berkembang dari sekumpulan faktor risiko yang kompleks termasuk genetik, kimia otak, dan peristiwa kehidupan. Salah satu gangguan yang paling biasa adalah gangguan kecemasan umum (GAD), perasaan berterusan bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku, walaupun jangkaannya tidak realistik atau tidak berasas.
Rasanya seperti “trek bimbang” sentiasa bermain di fikiran anda. Gangguan kecemasan biasa yang lain termasuk fobia tertentu (seperti ketakutan terbang atau ketinggian), gangguan panik, dan gangguan kecemasan sosial (takut dinilai secara negatif dalam situasi sosial).
Dalam dunia yang terburu-buru ini, kita tidak selalu 100% selaras dengan apa yang sedang terjadi di dalam kepala kita. Kadang-kadang anda tidak menyedari bahawa anda menghadapi kegelisahan yang berlebihan sehingga tanda-tanda fizikal muncul. Gejala yang disebabkan oleh kebimbangan: berpeluh, gegaran, pening, degupan jantung yang cepat, migrain, sakit kepala, sakit belakang, bahu, atau leher atas dan berasa gelisah atau tidak tidur.
Kadang-kadang insomnia disebabkan oleh tekanan sementara, tetapi insomnia tidak akan menjadi masalah kronik. Kuncinya adalah memperhatikan badan anda dan berjaga-jaga untuk mengetahui tanda-tanda bahawa ada sesuatu yang ganjil.
Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa sekitar 23% wanita A.S. mengalami gangguan anxiety, berbanding dengan hanya 14% lelaki. Wanita cenderung lebih terlibat dalam pemikiran negatif berulang (ruminasi), yang memburukkan lagi kegelisahan.
Hormon yang turun naik juga berperanan, menyebabkan anda merasa lebih sensitif atau mudah marah pada masa-masa tertentu dalam sebulan, setelah melahirkan, dan semasa perimenopause. Dan tentu sahaja wanita sering menjadi penjaga utama untuk anak-anak dan orang tua yang sudah tua ada yang perlu dibimbangkan, dan otak kita tidak diprogramkan untuk membiarkan semuanya berjalan dengan mudah!
Tidak ada penyelesaian yang sesuai untuk masalah anxiety atau kegelisahan ini, tetapi banyak jenis teknik pengurangan tekanan berfungsi untuk menangani masalah harian. Sebagai permulaan, pastikan anda mendapat tidur yang cukup. Satu kajian baru-baru ini dalam Journal of Behavior Therapy and Experimental Psychiatry menunjukkan bahawa tidur kurang dari lapan jam malam dikaitkan dengan khabar angin yang lebih besar.
Bersenam, berjalan kaki, yoga, bahkan seks (hello, endorfin!) – juga dapat membantu anda mengatasi tekanan yang biasa. Pelajari teknik kesedaran untuk menolong anda hidup pada masa ini dan bukannya menyusahkan apa yang mungkin berlaku pada masa akan datang. Penyelesaian tepat akan memberi anda kawalan.
Kekeliruan yang umum adalah bahawa jika kegelisahan telah lama wujud, itu tidak dapat diubati atau tidak dapat dikendalikan, tetapi terdapat banyak terapi yang berkesan menanganinya. Salah satu yang paling baik dipelajari dan berkesan adalah terapi tingkah laku kognitif (CBT), yang mengajarkan cara baru untuk memproses perasaan dan bagaimana membingkai peristiwa dengan lebih produktif. “Sebagai contoh, dengan GAD kita cenderung untuk menilai kebarangkalian kejadian buruk berlaku, CBT mengajar anda untuk melihat seberapa besar kemungkinan hal itu terjadi.
Mungkin anda tidak dapat mengingati masa ketika anda tidak bimbang tentang apa-apa dan segala-galanya. Sekiranya anda selalu mengalami kegelisahan, anda mungkin terfikir, Inilah diri saya.
Tetapi apa yang anda anggap sebagai kegelisahan “normal” mungkin membuat anda tidak menjalani kehidupan sepenuhnya. Persoalannya timbul ketika kegelisahan membahayakan kenikmatan hidup atau kemampuan anda untuk berfungsi. Adakah itu menghalang anda, mengganggu hubungan, atau membuat anda tidak produktif dan bahagia? Sekiranya anda tidak dapat melakukan perkara yang anda mahukan atau perlu lakukan, dapatkan bantuan profesional.
Alat ukur kebimbangan setiap orang diaktifkan oleh pelbagai pengalaman. Malah acara yang menggembirakan seperti promosi pekerjaan boleh mencetuskan kegelisahan ketika otak anda berubah-ubah. Seperti bagaimana jika saya tidak mahir dalam pekerjaan baru saya? Kadang-kadang yang membetulkannya adalah fisiologi, seperti kurang tidur, atau psikologi, seperti meluangkan masa dengan orang yang selalu membimbangkan anda.
Tetapi perasaan pencetus anda sangat penting sehingga anda dapat memahami dan menguruskannya. Untuk menentukannya, mulakan jurnal dan catat kegelisahan anda dan apa yang sedang berlaku dalam hidup anda pada ketika ini.
Telefon pintar anda mungkin disalahkan kerana meningkatkan kegelisahan anda: Kajian San Francisco State University baru-baru ini mendapati bahawa pengguna telefon pintar adalah yang paling cemas, sebahagiannya kerana informasi berterusan mengganggu dan mengaktifkan saluran saraf yang sama di otak mereka yang pernah menyedarkan orang ramai tentang bahaya seperti mengintai harimu.
Kemasukan berita yang berterusan dari media tradisional dan sosial tidak membantu. “Beberapa tahun yang lalu, hanya orang-orang yang menjalani peristiwa trauma yang terkena impak secara langsung. Sekarang kita dapat informasi dari pengalaman secara langsung dan melihat sesuatu dengan cara yang lebih jelas. Belajar melindungi diri anda, matikan pemberitahuan tolak, berehat sebentar dari media sosial, atau hadkan pendedahan anda kepada berita. Untuk mengelakkan kekuawatiran mengganggu tidur, matikan skrin satu jam sebelum tidur dan catat kebimbangan sehingga anda dapat memikirkannya esok, bukan jam 3 pagi. Cuba bayangkan diri anda bersantai di tempat yang damai untuk berhenti berfikir lebih cepat.
Bagi sesetengah orang, ubat-ubatan bersama dengan terapi sangat membantu. Ubat anti-kegelisahan yang paling kerap ditetapkan adalah antidepresan, seperti perencat pengambilan serotonin selektif (SSRI) dan perencat pengambilan serotonin-norepinefrin (SNRI). Ini mempunyai kesan sampingan yang lebih sedikit daripada jenis lain, seperti benzodiazepin, yang boleh menyebabkan penenang.
Mungkin diperlukan beberapa minggu atau lebih lama untuk mendapatkan ubat, dan anda mungkin perlu menyesuaikan dos atau menukar preskripsi sebelum menemui ubat yang sesuai. Ubat tidak mengubah siapa anda atau menghilangkan semua kegelisahan atau membuat anda tidak mengenali situasi berbahaya.. Tetapi ubat dapat meningkatkan tumpuan, kerana anda tidak begitu cemas. Anda melihat dunia dengan lebih jelas, tidak diputarbelitkan oleh kegelisahan.
Walaupun bukan pengganti rawatan konvensional, kaedah minda / badan seperti yang ada di bawah ini dapat membantu mengurus kegelisahan. Anda juga boleh belajar strategi dari ahli terapi.
1. Kelonggaran otot progresif – mengajar anda untuk menegangkan dan mengendurkan setiap kumpulan otot, bergerak secara berurutan ke bawah dari kepala ke kaki. Contohnya, pertama anda mengetatkan dan melepaskan otot di bahagian muka, kemudian leher, kemudian bahu, dan sebagainya.
2. Fokus sensori – membantu anda menyesuaikan dan mengembalikan tumpuan kepada suara, bau, dan rasa di sekitar anda ketika fikiran mula mengunyah sesuatu. Latihan minda seperti ini mengalihkan otak anda ke sini dan sekarang.
3. Tarik nafas dalam-dalam – mengendurkan seluruh badan semasa anda mengisi paru-paru anda perlahan-lahan dan bukannya bernafas secara cetek, yang menaikkan kadar jantung anda. Latihan pernafasan yang bermanfaat termasuk meditasi dan latihan yoga dan tai chi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.