Tak lengkap sambut Ramadan tanpa resipi kurma butter lemak manis, rasa memang sedap dan fit untuk hijabi berpuasa sepanjang hari.
Di tengah kesibukan menjalankan ibadah puasa, siapa sangka gabungan dua bahan yang sederhana, kurma dan mentega boleh menghasilkan satu hidangan yang begitu memikat selera.
Untuk resipi kurma butter lemak manis, sis pilih kurma dari jenis Medjool atau Ajwa. Tapi kurma Medjool paling sesuai sebab rasanya yang semula jadi lembut, manis dan juicy. Saiz pun besar untuk diisi dengan mentega.
Kurma merupakan buah yang kaya dengan kebaikan, sudah lama dikenali sebagai makanan sunnah. Bukan sahaja manis semula jadi, tetapi juga penuh dengan pelbagai khasiat seperti serat, vitamin, dan mineral.
Apabila digabungkan dengan butter atau mentega yang kaya dengan lemak, ia memberikan keseimbangan rasa manis dan lemak yang begitu memikat! So, jom kita buat resipi kurma butter yang mudah ni.
1/2 cawan kacang almond atau walnut (dihiris kecil)
Sedikit garam
Cara Membuat:
Ads
1. Buang biji kurma dan belah di bahagian tengah.
2. Keluarkan mentega dari peti sejuk dan potong mentega kepada saiz kiub atau bite-size.
3. Masukkan mentega ke dalam belahan kurma.
4. Untuk sentuhan lebih istimewa, masukkan taburan kecil kacang almond atau walnut yang telah dipanggang sekejap. Kacang ini akan memberi tekstur rangup yang enak berbanding hanya kurma dan mentega sahaja.
Ads
KHASIAT
Resipi kurma butter lemak manis ini tidak hanya sedap, tetapi juga sesuai untuk pelbagai golongan. Ia adalah snek yang penuh dengan tenaga dan sesuai dinikmati bila-bila masa, terutamanya untuk berbuka puasa.
Gabungan kurma yang kaya dengan serat dan antioksidan serta mentega yang memberikan rasa lemak sihat menjadikan resipi ini lebih dari sekadar snek. Ia boleh memberikan tenaga yang bertahan lama.
Ads
Dengan hanya dua bahan utama dan sedikit tambahan, resipi ini sangat mudah dan cepat disediakan. Ia sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai banyak masa tetapi ingin menikmati hidangan sedap dan berkhasiat.
Untuk lebih sedap, penggemar coklat boleh tambah serbuk koko atau cip coklat di atas kurma butter. Salutkan dengan coklat masakan pun sedap!
Ataupun, buat bebola kurma butter untuk si kecil yang letih berpuasa.
Resipi kurma butter ini memang tengah viral kerana kelazatan dan penuh khasiat. Ia adalah pilihan snek yang tidak hanya mengenyangkan, tetapi juga memberikan tenaga yang berpanjangan. Tetapi ambillah secara bersederhana, cukup sekadar pembuka selera sebelum nikmati juadah lain.
Pastinya ramai yang menghela nafas lega kononnya visi untuk menguruskan badan akan tercapai terutama di bulan Ramadan. Benar, ada individu yang hilang berkilo-kilo berat badannya sepanjang ramadan, tetapi tidak kurang juga dengan mereka yang berat badannya semakin meningkat hari demi hari.
Ikuti perkongsian dari Dr. Shazril Shaharuddin yang lebih dikenali sebagai Dr. Say ini tentang penjagaan kesihatan dan kecergasan sewaktu di bulan puasa untuk mengelakkan masalah berat badan selepas Ramadan.
SENAMAN SEBELUM ATAU SELEPAS BERBUKA?
Biarpun bulan Ramadan dilihat sebagai masa terbaik untuk menurunkan berat badan, namun ia rutin senaman haruslah dilakukan dengan baik. Manurut Dr. Say, senaman di bulan puasa haruslah dilakukan dengan teratur agar tidak menganggu stamina tubuh badan yang sedang berpuasa.
“Waktu terbaik untuk bersenam di bulan Ramadan ialah selepas berbuka. Untuk kesan yang efektif, elak berbuka dengan juadah berat seperti nasi dan sebaiknya berbukalah dengan kurma dan air. Bagi aktiviti senaman pula, ia boleh dilakukan selepas menunaikan solat terawih. Masa yang terbaik untuk menjamah juadah yang dibeli ialah selepas bersenam. Ini dapat menyeimbangkan tubuh badan dan mengelakkan kita dari dehidrasi”.
Senaman selepas sahur adalah tidak disarankan kerana bimbang tubuh akan berada dalam keadaan dehidrasi yang teruk dan akhirnya badan mulai lemah.
“Ramai yang menganggap bahawa selepas sahur adalah waktu yang paling bagus untuk bersenam. Namun, harus di ingat bahawa badan memerlukan tenaga dan
air yang mencukupi sepanjang hari sehinggalah waktu berbuka. Senaman seawal itu, secara tidak langsung akan mengurangkan tenaga dan jumlah air dalam badan yang akhirnya memudaratkan diri. Jika kita bersenam selepas berbuka, sekurang-kurangnya makanan yang dimakan sewaktu berbuka dapat menggantikan semula tenaga yang hilang. Bukan itu sahaja, malah jumlah air juga dapat dikawal dengan baik.Air sangat penting sewaktu bersenam”.
SENAMAN CARA DR SAY
Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan ataupun obesiti, tempoh bersenam yang diperlukan ialah minimum 30 minit dan 5 kali seminggu. Bentuk senaman haruslah lebih agresif dan mempunyai tahap halangan dan bebanan yang tinggi. Untuk mendapatkan kesan yang bagus, usah hanya memfokuskan kepada ‘spot training’ semata-mata kerana ia tidak membantu untuk menurunkan berat badan secara keseluruhan.
“Saya tidak menyarankan penghidap obesiti untuk melakukan ‘spot training’ semata-
mata untuk menurunkan berat badan. Situasi ini seringkali berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah lebihan lemak pada bahagian-bahagian tubuh yang tertentu. Contohnya, jika mahu hilangkan lemak di bahagian lengan hanya fokus di situ sahaja. Jika ingin hasilkan six pack, hanya buat ‘abs workout’ sahaja. ‘Spot training’ tidak menurunkan jumlah keseluruhan lemak dalam badan. Jadi, saya lebih sarankan agar mereka melakukan ‘weight training’ untuk membakar lemak dan kalori dalam tubuh”.
Seperti Dr. Say sendiri, selain dari weight training, dia turut melakukan aktiviti berenang untuk memastikan otot badannya kekal ‘fit’ di bulan Ramadan.
“Saya lakukan weight training setiap 2 kali sehari. Selebihnya adalah masa saya untuk berehat. Berehat bererti, saya lakukan aktiviti sukan yang lebih santai tetapi tinggi tahap bebanannya, seperti berenang. Jadi sepanjang Ramadan memang saya lebih banyak menghabiskan masa dengan aktiviti berenang selepas berbuka”.
80 PERATUS ADALAH DARI PEMAKANAN
Senaman bukanlah faktor utama untuk menurunkan berat badan. Malah hanya 20 peratus sahaja faktor senaman mempengaruhi saiz badan seseorang. 80 peratus adalah tertumpu kepada faktor pemakanan yang sihat dan seimbang. Menurut Dr.Say, masyarakat hari ini begitu taksub dengan pelan diet yang dicadangkan kepada mereka.
“Bagi saya sendiri, saya langsung tidak percaya dengan keberkesanan sesebuah pelan diet itu untuk menjadikan anda seorang yang sihat kerana ia lebih memfokuskan kepada bentuk badan yang diidamkan oleh pengamalnya. Dari sudut negatifnya, apabila seseorang itu sudah mencapai bentuk badan yang mereka inginkan, peratusan untuk mereka kembali kepada tabiat lama amat tinggi. Seperti yang saya katakan, ia lebih kepada psikologi terhadap kepuasan diri sendiri. Mengenai aspek pemakanan, saya sarankan kepada mereka yang mengalami masalah berat badan agar usah tertipu dengan pelan diet, malah ubah gaya pemakanan yang sihat secara keseluruhan dan bukan untuk jangka masa pendek. Pilih makanan yang sihat dan jauhi makanan segera dan diproses”.
JALAN SINGKAT UNTUK KURUS
Hari ini ramai yang mahu mengambil ‘jalan singkat’ untuk menurunkan berat badan. Menurut Dr. Say, sikap ini tidak mendatangkan faedah kepada mereka yang menggunakan cara mudah untuk tampil cantik, malahan, ia akan memberi kesan yang memudaratkan pada masa akan datang.
“Perkara pertama yang harus mereka tahu adalah senaman merupakan proses yang panjang. Ramai diantara kita yang mahu kurus dengan cepat. Kalau dalam masa sebulan badan tidak turun 5 kg, terus kecewa dan putus asa untuk kurus. Untuk pengetahuan, kadar normal adalah seminggu bersamaan 1 kg. Maksudnya, untuk cara yang sihat dan normal, optimumnya adalah sebulan bersamaan 4 kg. Bagi mereka yang menurunkan berat badan lebih cepat dari itu kerana mengambil supplemen mahupun suntikan, saiz badan yang kurus tidak tahan lama. Situasi ini berlaku kerana apabila mereka sudah mendapat saiz badan yang diidamkan, mereka akan mula mengurangkan diet, maka saiz badan akan membesar dengan cepat kerana tubuh mereka masih lagi tidak biasa dengan perubahan yang mendadak. Jangan percaya dengan mana-mana produk yang menjanjikan propaganda kosong kononnya boleh mengurangkan 20 kg dalam masa seminggu ataupun sebaliknya, kerana itu semua bertujuan mengaut keuntungan sendiri”.
Berbicara mengenai penerimaan orang ramai terhadap masalah obesiti, Dr. Say menjelaskan bahawa obesiti bukanlah perkara yang sihat malah harus dilihat sebagai sebuah perkara yang menjejaskan kesihatan pada masa akan datang.
“Obesiti tidak sihat. Jika diberi pilihan kepada saya untuk marah atau kasihan kepada mereka yang berbadan besar, saya pilih untuk marah. Bukan kerana untuk menghina atau mengejek, tetapi kerana mereka ini tidak berusaha untuk mengubah corak hidup ke arah yang lebih sihat. Ramai yang memberi alasan genetik. Sedangkan, banyak cara dan alternatif yang boleh mereka amalkan untuk menurunkan berat badan. Saya percaya masih ada segelintir kelompok masyarakat yang selesa berbadan besar. Kata mereka, bahagia dalam keadaan sebegitu. Namun, tahukah anda obesiti boleh menganggu kesuburan? Sesiapayang menghidap obesiti, terutamanya lelaki, berisiko tinggi untuk mengalami Erectile Dysfunction (ED), mati pucuk. Bagi wanita pula, obesiti boleh menghasilkan cyst yang merencatkan fungsi ovari,dan menyebabkan ia tidak berfungsi dengan baik. Jadi apa lagi alasan anda untuk tidak mengubah corak hidup kepada yang lebih sihat dan berkualiti? Usah salah kan bulan Ramadan yang hadir cuma sekali setahun, usah juga jadikan kerja yang bertimbun sebagai alasan untuk tidak bersenam. Semuanya bermula dari dalam diri sendiri. Lakukan perubahan hari ini, untuk kebaikan masa hadapan,” tegasnya menutupi sesi temubual ini.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Orangnya cantik menawan, kenali Maya Sidek seorang juruteknik NDT hijabi paling berani tukar lampu spotlight KLCC!
Jika dilihat sekali imbas, gaya dan perwatakan hijabi ini sama seperti wanita lain. Namun di sebaliknya, beliau adalah seorang wanita dengan keberanian luar biasa.
Berani dan profesional, aksi Normalia Sidek atau Maya bertugas di puncak KLCC sampai sekarang masih diperkatakan.
Keberanian wanita itu turut dipuji oleh mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah video khas sempena ulang tahun ke-25 menara berkenaan.
Berusia 32 tahun, wanita asal Negeri Sembilan ini bertugas sebagai Rope Access technician dan terkini Non-Destructive Testing (NDT) technician secara freelancer sejak 2018.
Selama tujuh tahun dalam industri ini, Maya juga pernah bekerja di Dubai Dry Docks selama 2 bulan sebagai NDT Technician Pipeline.
Tidak ramai yang berpeluang menakluk puncak KLCC. Justeru, tugasnya menukar lampu pada mercu kedua tertinggi di Malaysia itu juga menjadi kebanggaan beliau.
Namun selama bertugas, keberanian Maya mula meraih perhatian selepas tular video ini. Jom saksikan aksi Maya in action…
Dalam video memaparkan Maya bertugas di puncak bangunan Menara Berkembar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) setinggi 88 tingkat itu, keberaniannya menukar lampu spotlight di sana meraih perhatian dunia.
“Saya gembira menerima tawaran ini, malah terpilih untuk menjalankan tugas untuk menukar lampu spotlight di KLCC.
Bangunan ini berada dalam bucket list saya sejak bekerja dalam bidang Rope Access NDT. Saya juga membesar dengan melihat bangunan ikonik KLCC.
Saya duduk di atas sana (sekejap) rasa seperti healing. Pemandangan dari atas sangat cantik, jelas keindahan dunia di bumi ini,” ujarnya.
Ditanya bangunan impian lain yang teringin ditawan, dengan tenang Maya menjawab ‘KL Tower’.
Dalam pada itu, Maya juga berkongsi menjalankan tugas pada aras tinggi bukan mudah dan berisiko tinggi.
Kekuatan mental dan fizikal perlu dipersiap demi kelancaran tugas di samping perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan biarpun sudah dilengkapi alat keselamatan.
KELUARGA
Orangnya cantik menawan, Maya Sidek yang merupakan seorang juruteknik NDT hijabi yang berani menukar lampu spotlight KLCC juga sebenarnya seorang isteri dan ibu.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini juga berkahwin dengan pasangan yang bekerja dalam industri yang sama.
“Tak ada masalah untuk bekerja kerana dia memahami kerja-kerja saya. Cuma selalu suami nasihat supaya lebih berhati-hati sebab kita ada anak di rumah yang menunggu,” kongsinya.
Semoga keberanian dan kecekalan Maya menjadi inspirasi wanita lain.
Menurut saranan American College of Sport Medicine, preskripsi senaman untuk golongan berusia 35 tahun ke atas boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu senaman untuk sistem daya tahan jantung, kekuatan/daya tahan otot dan keseimbangan.
Berdasarkan kajian, aktiviti fizikal dan senaman yang dilakukan sama ada di pusat kecergasan, gim mahupun di rumah oleh golongan yang berusia lebih dari 35 tahun ke atas mampu meningkatkan prestasi fizikal, fisiologikal, psikologikal dan kualiti kehidupan.
Menurut Raja Mohammed Firhad Raja Azidin, Timbalan Dekan Akademik Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam, dari aspek fizikal, senaman dapat membantu dalam mengoptimumkan tahap sistem kardiovaskular, meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot. Malah, melalui senaman, golongan ini juga dapat memiliki komposisi badan yang baik dengan meningkatkan peratusan otot, komposisi tulang, dan mengurangkan peratusan lemak.
Tambah beliau lagi, dari aspek fisiologikal, ianya dapat meningkatkan kadar nadi latihan maksimum, kapasiti paru-paru dan penurunan tekanan darah.
“Senaman juga boleh menghasilkan peningkatan tahap psikologikal dan kognitif. Semua kelebihan dari melakukan senaman diusia emas ini dapat membantu seseorang itu meningkatkan kualiti kehidupan dan melambatkan proses penuaan,” ujarnya.
Bagi mereka yang sentiasa cergas melakukan aktiviti fizikal secara sistematik dan berterusan dapat mengurangkan risiko penyakit kronik yang boleh membebankan kewangan individu serta keluarga untuk menanggung kos perubatan yang tinggi.
JENIS SENAMAN
Menurut saranan American College of Sport Medicine, preskripsi senaman untuk warga emas boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu senaman untuk sistem daya tahan jantung, kekuatan/daya tahan otot dan keseimbangan.
“Untuk senaman sistem daya tahan jantung, senaman seperti berjalan perlahan, berjalan pantas, berjoging dan berbasikal boleh dilakukan dengan mengunakan peralatan seperti mesin treadmill dan ergometer basikal. Bagi senaman untuk meningkatkan kekuatan/daya tahan otot, ianya boleh di lakukan dengan latihan bebanan menggunakan peralatan gim seperti mesin senaman untuk otot spesifik, atau menggunakan peralatan seperti dumbbell, barbell, kettlebell, resistance band dan tubing. Senaman keseimbangan pula boleh dilakukan dengan menggunakan peralatan seperti bola senaman, dan bola BOSU,” ujarnya lagi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.