Baru-baru ini tular di media sosial air ‘Sprite Teh Lemon’ hasil inovasi kreatif idea dari pempengaruh muda, Hisham Raus yang boleh dikira sebagai satu pencapaian amat membanggakan buat dirinya.
Ia berikutan video kandungan (Content Video) yang dihasilkannya memaparkan tutorial membuat air yang menyegarkan hasil daripada campuran air berkarbonat Sprite dan dicampur bersama teh uncang meledak dan menjadi sorotan ramai hingga ke Eropah, sebaik sahaja video berkenaan dimuatnaik di laman sosial miliknya.
Hijabista difahamkan bahawa, sejak dimuatnaik kandungan video berkenan telah menerima sebanyak 32 juta tontonan. Dimana, 20 juta tontonan di peroleh di menerusi laman sosial Instagram. Manakala, lebih 12 juta tontonan diterima menerusi aplikasi TikTok.
Hanya Mahu Konsisten Cipta ‘Content’, Tak Sangka Viral!
Menurut Hisham, pada asalnya dia hanya mahu melaksanakan atau mencipta sebuah kandungan atas dasar konsistensi sahaja. Tanpa menyangka bahawa kandungan berkenaan akan menjadi tular hingga keluar negara.
“Pada asalnya niat di hati untuk memastikan posting saya sentiasa konsisten, maka saya ke kedai runcit dan tergerak hati pula nak beli Sprite dan teh.
“Perkara ini satu kejadian yang luar biasa buat saya. Ini kerana kebanyakan kandungan yang dimuatnaik hanya mencapai ratusan ribu tontonan saja.
“Tetapi berbeza dengan yang ini (kandungan Sprite dan teh), ia mendapat reaksi positif sehingga ke Eropah. Rasa seronok pula bila mereka turut cuba resepi ini untuk dijadikan kandungan media sosial mereka pula,” katanya.
Apapun, jom kita cuba resipi air ‘Sprite Teh Lipton’ yang sangat refreshing seperti yang disyorkan Hisham ni!
1. Sebotok Kecil Air Sprite
2. Dua Uncang Teh (Terpulang Pada Hijabi Untuk Gunakan Jenama Apa)
3. Ketulan Ais Batu
4. Hirisan Lemon
5. Gelas
Ads
Cara-Caranya:
1. Buka penutup botol Sprite dan masukkan dua uncang teh pilihan anda ke dalamnya.
2. Setelah itu, simpan botol Sprite berkenaan selama 3 jam di dalam peti sejuk sehingga warna air bertukar menjadi warna teh iaitu kuning keemasan.
3. Selepas tiga jam, keluarkan botol dari peti sejuk. Masukkan hirisan lemon ke dalam gelas, diikuti dengan beberapa ketulan ais.
4. Kemudian tuangkan air Sprite teh ke dalam gelas. Kacau-kacau sebati dan sedia untuk dinikmati! Memang refreshing guys, selamat mencuba!
Ads
Sekadar info, gara-gara kandungan video yang tular berkenaan, pengikut Hisham di laman sosial miliknya kini naik mencanak-canak. Dalam tempoh seminggu, pengikut di laman Instagramnya kini meraih 250,000 pengikut. Di dua platform iaitu 100,000 di Instagram dan 150,000 menerusi TikTok.
Untuk rekod, Hisham telah memulakan kariernya sebagai pempengaruh pada tahun 2018 menerusi memuat naik video di Youtube.
Koleksi tudung ‘Kakak Kita’ yang dilancarkan oleh pelakon jelita, Nur Fazura baru-baru ini mendapat sambutan hangat apabila 20,000 helai tudungnya terjual dalam masa sehari.
Bukan hanya menampilkan rekaan yang cantik, koleksi ini juga mendapat sambutan ramai oleh para penggemar hijab yang teruja untuk mendapatkannya dek kerana harganya yang cuma RM27.
Menerusi sebuah sesi IG Live baru-baru ini, Fazura menjelaskan dia tidak mahu menjual tudung tersebut pada harga yang mahal kerana mahukan semua orang untuk mampu membelinya.
“Ramai juga orang bertanya mengapa tudung saya dijual hanya dengan harga RM27, semua macam tak percaya. Namun, niat sebenar saya ialah mahu semua orang pakai dan mampu untuk membelinya,” ujarnya.
Tambah pelakon Pisau Cukur ini, sebagai usahawan sudah pasti dia mahu untuk mendapatkan keuntungan dalam jualan produk namun niatnya adalah mahu semua mampu untuk membelinya.
“Sebagai ahli perniagaan, pasti kita nak dapatkan keuntungan dan buat duit daripada produk yang dijual tetapi seperti yang saya cakap, saya nak semua mampu membeli.
“Saya sendiri pun jika hendak beli tudung lebih RM50 pun rasa mahal. Jadi bila harga bawah RM50, rasanya itu harga yang mampu dibeli orang semua orang,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Fazura turut berkongsikan angka 27 atau harga RM27 untuk jualan tudung tersebut mempunyai nilai sentimental buat dirinya.
“Angka 27 merupakan nombor yang saya suka iaitu tarikh ulang tahun kelahiran saya serta tarikh Fattah melamar saya,” jelas isteri tercinta kepada Fattah Amin ini.
Kekuatan seorang wanita memang tidak dapat disangkalkan. Walaupun diuji dengan penyakit barah payu dara, namun mereka tetap kental meneruskan kehidupan dan tidak pernah patah semangat. Begitulah hebatnya mereka yang bergelar wanita ini.
Seperti Ummi Salmah Hashim, 44, yang telah didiagnos kanser pada tahun 2016, dia tidak menyangka perjalanan kehidupannya berubah selepas menyedari terdapat ketulan di bahagian dadanya sewaktu mandi.
“Selepas menyedari ada ketulan tersebut, saya terus ke klinik panel dan mereka menyuruh saya melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Selepas melakukan biopsi, mamogram dan ultrasound, akhirnya saya telah disahkan menghidap kanser payu dara stage 3b dan telah merebak ke hati dan tulang”, jelasnya.
Tambahnya, pada waktu itu apa yang difikirkan hanyalah mengenai mati dan rawatan kimoterapi yang bakal dihadapinya.
“Mula-mula saya tak dapat terima kenyataan ini. Saya terfikir, kenapa saya yang kena? Lama kelamaan saya reda kerana saya tahu inilah ujian daripada Tuhan buat hambaNya yang terpilih.
“Anak-anak juga pada awalnya sukar untuk menerima. Namun, lama-kelamaan mereka banyak bagi dorongan kepada saya. Sememangnya mereka dan suamilah sumber kekuatan saya. Kebiasaannya, selepas saya menjalani rawatan kimoterapi, mereka pasti akan membawa saya bercuti, ujarnya.”
Ummi juga menjelaskan rawatan hospital adalah yang terbaik dibandingkan dengan rawatan-rawatan lain.
“Sebenarnya saya telah menghabiskan RM 15 ribu dengan mencuba pelbagai suplemen, tradisional dan sebagainya. Apa yang orang jual semua saya beli kerana ingin sembuh tapi tiada satu pun yang berhasil. Akhirnya hospital juga yang dituju. Jadi, seeloknya teruslah berkunjung ke hospital agar kanser itu tidak merebak.”
Ibu kepada 4 orang cahaya mata ini juga sempat berpesan kepada sesiapa yang didiagnos dengan penyakit kanser agar segera mencari support group.
“Support group ini sangat membantu dengan memberi pelbagai nasihat, datang ke rumah dan tidak membiarkan kita keseorangan. Kini saya juga menjadi ahli dan sentiasa berkunjung ke rumah pesakit kanser. Alhamdulillah, ada yang dahulunya takut untuk menjalani rawatan terutamanya kimoterapi kini berasa lebih yakin selepas mendapat sokongan. Yang penting, kita kena sentiasa positif ,” katanya mengakhiri perbualan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramai yang beranggapan bahawa pemilik kulit berminyak tidak memerlukan pelembap wajah. Namun, anggapan tersebut ternyata salah. Kulit berminyak memerlukan pelembap agar produksi minyak pada wajah tidak berlebihan. Jika anda mencari pelembap wajah untuk kulit berminyak, Jangan beli yang sembarangan.
Jom semak artikel ini panduan memilih pelembap muka untuk kulit berminyak dan produk yang terbaik di pasaran sesuai dengan kondisi wajah yang berminyak.
Secara alaminya, kulit memang memiliki minyak yang berfungsi untuk melembapkan. Namun, kulit berminyak memiliki kondisi yang berbeza. Pada kulit berminyak, seluruh bahagian wajah anda mengeluarkan minyak berlebih sepanjang hari. Jika wajah berminyak hanya pada area t-zone, serta terjadi secara rutin, bererti anda memiliki kulit kombinasi.
Kondisi kulit berminyak terjadi kerana faktor genetik, usia, cuaca, dan penggunaan produk kecantikan tertentu. Di samping itu, kulit anda boleh berminyak akibat tidak menggunakan pelembap wajah. Beberapa kebiasaan juga dapat menyebabkan kulit berminyak, contohnya makan produk susu, stres, menggunakan mekap terlalu tebal dan kurang minum air.
Kulit menjadi berminyak kerana kehilangan kelembapan semula jadi. Keadaan tersebut membuat kelenjar minyak atau sebum memproduksi lebih banyak minyak. Penggunaan pelembap yang tepat akan membantu melembapkan kulit sehingga kelenjar minyak tidak mengeluarkan minyak secara berlebihan.
Namun, jika anda memilih pelembap yang salah, kondisi kulit boleh makin parah. Wajah anda boleh saja jadi berjerawat atau memiliki jeragat. Agar anda tidak salah pilih, semaklah tip dari ini.
Dalam memilih pelembap untuk kulit wajah yang berminyak, ada beberapa poin penting yang harus anda tekankan.
Biasanya, pelembap wajah memang memiliki tekstur krim yang cukup berat. Tidak hairanlah jika pemilik kulit berminyak enggan untuk menggunakannya. Namun, pelembap wajah untuk kulit berminyak memiliki tekstur yang berbeza. Tekstur pelembap ini lebih ringan, mudah diserap kulit, serta membuat kulit boleh bernafas. Di bawah ini beberapa tekstur pelembap yang sesuai untuk kulit berminyak.
Jenis gel : Ringan dan paling sesuai untuk kulit berminyak
Pelembap jenis gel merupakan pelembap yang paling lulus digunakan oleh pemilik kulit berminyak. Bahan dasar dari pelembap ini adalah air lebih mudah terserap ke dalam kulit. Kerana tidak mengandung minyak, pelembap gel tidak akan meninggalkan rasa leket di kulit wajah. Selain itu, gel juga umumnya bersifat non-comedogenic. Pelembap gel memberi sensasi sejuk setelah dipakai.
Ada juga pelembap yang merupakan kombinasi gel dengan krim. Teksturnya sedikit lebih berat dibandingkan gel. Pelembap jenis gelcream lebih sesuai digunakan oleh pemilik kulit kombinasi.
Jenis losyen : Lebih ringan dibanding dengan krim
Berikutnya adalah pelembap jenis losyen. Mungkin anda sering kali terfikir bahawa losyen sama dengan krim. Losyen memang memiliki kandungan minyak, tetapi tidak sebanyak krim. Formula losyen juga cepat diserap kulit. Anda yang memiliki jenis kulit kombinasi yang cenderung berminyak boleh menggunakan pelembap bertekstur losyen.
Jenis krim : Pilih yang bersifat mattifying
Sebenarnya, pemilik kulit berminyak tidak disarankan untuk memakai pelembap bertekstur krim. Pelembap krim mengandungi lebih banyak minyak tidak sesuai untuk wajah anda. Namun, ada beberapa produk pelembap krim yang khas untuk pemilik kulit berminyak.
Apabila menginginkan pelembap bertekstur krim, pilihlah yang bersifat mattifying atau memberi hasil akhir matte. Jenis pelembap ini lebih ringan dibandingkan krim pada umumnya, serta boleh menyerap minyak berlebih pada kulit anda.
Meskipun suatu produk sudah diberi label “Untuk Kulit Berminyak”, sebaiknya tetap memeriksa kandungan bahan-bahannya. Kami akan menjelaskan beberapa bahan yang boleh dan tidak boleh ada di dalam pelembap untuk kulit berminyak.
Ketika memilih pelembap bagi pemilik kulit berminyak, pastikan anda memilih produk yang bahan-bahan kandungannya terasa ringan di kulit. Salah satu bahan pelembap yang sesuai untuk anda adalah Aloe vera. Aloe vera akan melembapkan kulit anda tanpa membuat kulit berminyak.
Kandungan lain yang juga tepat untuk anda adalah hyaluronic acid. Cara kerja hyaluronic acid adalah dengan mengunci kelembapan, serta menjaga keseimbangan kadar minyak pada kulit. Dengan demikian, kulit wajah anda tidak akan produksi terlalu banyak minyak.
Kulit berminyak juga cenderung mengalami jerawat. Perkara tersebut terjadi kerana debu dan kotoran bercampur dengan minyak di wajah, lalu menyumbat pori-pori. Untuk mengatasinya, pilihlah pelembap yang mengandung salicylic acid. Salicylic acid berperanan untuk melepaskan ikatan kotoran dari pori-pori kulit. Bahan ini juga bersifat sebagai antibakteria agar wajah terhindar dari jerawat.
Selain itu, anda boleh memilih kandungan yang mampu meredakan iritasi. Allantoin merupakan contoh bahan kandungan yang dapat meredakan iritasi pada kulit.
Kami menyarankan anda untuk menghindari produk yang berpotensi menyumbat pori-pori dan menyebabkan jeragat. Mineral oil, petrolatum, dan petroleum merupakan bahan yang harus anda hindari. Bahan-bahan tersebut terlalu “berat” untuk kulit berminyak. Anda sebaiknya memilih pelembap yang bersifat non-comedogenic sehingga tidak akan menyumbat pori-pori kulit.
Setiap produk pelembap untuk kulit berminyak memang dituntut lebih cepat terserap ke dalam kulit tanpa meninggalkan rasa leket. Namun, tetap ada produk pelembap kulit berminyak yang membuat kulit terasa meleket dan tidak selesa. Sebaiknya, cari info dahulu tentang produk tersebut dengan cara membaca ulasan para pembelinya. Dengan begitu, anda akan lebih mengetahui tentang produk tersebut.
Permulaan awal pemakaian, perhatikanlah efek yang diberikan pada kulit wajah anda. Jika wajah menunjukkan tanda-tanda alergi, segera hentikan pemakaian produk tersebut.
Bekerja seharian di dalam ruangan penghawa dingin dapat membuat kulit kehilangan kelembapan alami. Akibatnya, kulit anda lama-kelamaan akan menjadi berminyak. Untuk mencegah perkara itu, anda boleh memakai Formula Clinique Dramatically Different Moisturizing Gel. Produk ini mampu hidrasi untuk kulit wajah selama 8 jam. Sunflower seed cake, barley extract, dan cucumber fruit extract akan menyeimbangkan kadar minyak pada kulit dan juga melindungi kulit wajah anda. Sementara itu, hyaluronic acid memberikan kelembapan dan menguncinya di dalam kulit.
Bioderma Sébium Global mengandungi formula bakuchiol dan fluidactiv yang dapat membantu kulit mengawal produksi minyak secara normal. Selain itu, kandungan AHA esters, salicylic acid, dan citric acid berkuasa membersihkan kulit dari jerawat dan jeragat. Produk ini selamat digunakan anda yang tidak tahan dengan jeragat yang degil. Ditambah, iritasi akibat jerawat juga dapat diredakan dengan kandungan zinc gluconate dan enoxolone. Selamat tinggal, minyak, jerawat, dan jeragat!
Bagi anda yang memiliki kulit sensitif cenderung berminyak, boleh mencuba krim dari Sebamed ini. Formulanya sangat lembut untuk pemilik kulit sensitif dan terdedah dengan alergi. Kandungan horse chestnut di dalamnya mampu meredakan iritasi pada kulit anda sehingga kulit lebih nyaman.
Ekstrak Aloe vera dan hyaluronic acid pula akan melembapkan kulit anda secara alami tanpa menyumbat pori-pori. Meskipun berbentuk krim, pelembap ini memiliki hasil akhir matte sehingga tidak membuat kulit mengilap.
Anda yang aktif seharian tentu tidak ingin kilap di wajah tiba-tiba muncul dan mengganggu penampilan. Dengan produk ini, kelembapan wajah anda akan terjaga selama 24 jam. Kiehl’s mengandungi ekstrak akar Imperata cylindrica yang kaya potasium untuk melembapkan wajah. Selain itu, kandungan glacial glycoprotein juga akan melembapkan, serta mencegah berkurangnya kandungan air di dalam kulit. Akan terasa fresh apabila menggunakan krim ini.
Pelembap jenis krim gel ini sesuai untuk anda yang memiliki kulit kombinasi cenderung berminyak. Ianya bertekstur ringan dan memberi hidrasi pada kulit wajah anda sambil menyeimbangkan penghasilan sebum serta minyak berlebihan. Wajah anda akan tidak akan terasa melekit kerana kemasan akhir pelembap ini adalah matte. Diperkaya dengan mineral rumpai laut dan gabungan Vitamin E dan melindungi kulit wajah anda dari radikal bebas.
Pelembap yang menyediakan penghidratan optimum pada siang hari dan melindungi kulit anda daripada sinaran UVA / UVB yang berbahaya dengan SPF15. Ia membantu mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan agar kulit tampil lebih muda. Formulanya tidak berminyak supaya kulit kekal terkawal dari penghasilan minyak berlebihan. Selain itu, membantu memperbaharui lapisan permukaan kulit dengan sempurna. productnation
Dirumus khas untuk memberi kelembapan maksima kepada kulit muka jenis berminyak dan kombinasi. Diformulasi dengan hidrasi Sugar Complex untuk kelembapan kulit sehingga 72 jam.Kaya dengan spektrum penuh 3D Sodium Hyaluronate yang mengekalkan kelembapan kulit untuk kulit kekal lembut dan anjal. Tambahan Glutathione membantu meneutralkan radikal bebas supaya kulit kekal halus, gebu, bersih serta mengurangkan garis halus dan tanda-tanda penuaan.
Mengandungi Arbutin agar tona kulit lebih sekata dan memudarkan bintik-bintik gelap pada kulit muka. Mengandungi vitamin C untuk memperbaiki kembali kulit kusam akibat sinaran UV. Ekstrak botani dan Scutellaria Baicalensis untuk mencerahkan muka, juga bertindak sebagai anti-oksida dan anti-inflamasi. Berkesan untuk membantu dalam mengawal minyak yang berlebihan agar kulit kekal selesa dan segar walaupun setelah seharian di luar.
Lelaki sering kali enggan menggunakan pelembap wajah. Namun, kebiasaan tersebut harus dihentikan agar kesihatan kulit wajah anda tetap terjaga. The Body Shop menyediakan pelembap wajah khusus untuk lelaki dengan tekstur gel yang menyegarkan. Gabungan kandungan teh hijau dengan lemon mampu membantu mengurangi produksi minyak berlebih pada wajah. Kulit Anda juga akan tetap lembap tanpa meleket hasil adanya Aloe vera. Aromanya sangat segar untuk digunakan oleh para lelaki.
Untuk pemilik kulit kombinasi, masalah utama yang selalu anda adalah di bahagian T-Zone pada kulit wajah. Ini kerana kulit kombinasi terdiri daripada kulit kering dan berminyak. Krim pelembap ini bertekstur sangat ringan, tidak berminyak dan sesuai untuk anda yang berkulit kombinasi kerana ianya mampu untuk melembapkan bahagian kulit yang kekeringan.
Diuji secara klinikal, sistem Microsponge yang terdapat dalam krim pelembap ini bertindak untuk mengawal minyak dari terhasil pada kulit wajah dengan matte sebagai sentuhan terakhir. Kulit anda tampil lembut dan bersinar sepanjang hari.
Mensasarkan lebihan minyak untuk tindakan berganda serta melembutkan kulit dan menghaluskan liang pori yang besar. Memberi penghidratan harian dalam pelembap yang dirumuskan untuk kulit berminyak. Teknologi Sebulyse untuk tindakan berganda pada minyak berlebihan untuk mematangkan kulit dan mengurangkan liang pori. Pelembap bebas minyak & bukan komedogenik dengan kemasan matte ringan. Gunakan setiap hari sebagai pelembap untuk kulit berminyak. Effaclar Mat, pelembap untuk kulit berminyak, mensasarkan minyak untuk tindakan pematangan ganda dan penapisan liang, Manakala teknologi sebulyse dan serbuk penyerap mengurangkan minyak berlebihan. LHA memberikan pengelupasan mikro untuk membantu mengetatkan liang-liang yang membesar dengan jelas sambil menghaluskan tekstur kulit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.