Kalau dulu agak sukar untuk hijabi yang gemar bergaya mencari busana bersesuaian dengan penampilan mereka.
Tetapi kini tidak lagi kerana pelbagai pilihan disediakan dan salah satunya adalah butik yang diusahakan oleh pasangan suami isteri Scha dan Awal.
Pasangan ini telah membuka butik di bawah label SchAwal yang berlokasi di bangunan Jakel Mall. Mereka adalah pasangan selebriti kedua yang berpeluang membuka butik di Jakel Mall selepas Datuk Siti Nurhaliza dengan jenama Creations.
Bagi Scha dan Awal yang selama ini memang begitu mengambil teliti dengan penampilan seharian mereka kini berkongsi fesyen yang digayakan bersama peminat.
Scha Al Yahya, Awal Ashari dan Lara Alana bersama Dato Nizam Mohamed merasmikan butik fizikal pertama Schawal Store
Butik fizikal pertama mereka, memiliki lebih dari 50 koleksi pakaian hasil rekaan mereka sendiri. Pasangan ini memastikan setiap perincian pakaian yang dijual dari segi kualiti kain dan juga rekaan.
“Kami terlibat secara langsung dalam rekaan pakaian. Maknanya setiap koleksi adalah hasil dari minat dan kecenderungan kami dalam bidang fesyen.”
Ads
Bersama dato Nizam
Pelbagai koleksi yang mampu milik
Lara Alana dengan baju kegemarannya
Pengunjung berpeluang beramah mesra bersama Scha ketika hari perasmian butik
“Rekaan berdasarkan pakaian kasual, untuk Scha sendiri dia sangat mementingkan kesesuaian untuk wanita bertudung juga,” katanya.
Sidang media ketika merasmikan butik Schawal
Ketika dibawa menjelajah butik milik pasangan ini, admin sendiri meneliti setiap rekaan bersesuaian dengan hijabi yang mementingkan penampilan Muslimah tetapi stailo.
Pelbagai pakaian ‘ready to wear’ dengan rekaan labuh dan material kain yang tidak jarang yang boleh dimiliki setiap hijabi.
A post shared by SchAwal Ready To Wear (@schawalstore) on
Melalui jenama ini, juga turut mempertengahkan koleksi pakaian kanak-kanak. Dalam masa yang sama menjadikan anak mereka Lara Alana sebagai inspirasi dalam setiap rekaan.
MINYAK WANGI EDISI KEDUA
Tidak terhenti di situ sahaja, selepas kejayaan wangian Blue by Awal dan Maroon by Scha, kini pasangan ini muncul dengan dua lagi wangian yang mewakili personaliti masing-masing.
Edisi Kedua minyak wangi keluaran Awal & Scha
Mempetaruhkan bau musky ditambah dengan kandungan citrus, NOIR, wangian maskulin sesuai memberi keyakinan dalam apa jua keadaan. Menurut Awal lelaki cendurung memilih bauan yang agak ‘macho’.
Silver Rose pula tampil manis dengan haruman bunga-bungaan segar dan suntikan lemon yang mampu memikat sesiapa sahaja yang menggunakannya.
Dengan saiz botol yang kecil, wangian milik pasangan ini mudah dibawa ke mana dan mampu memberikan kesegaran sepanjang hari. Didatangkan dengan harga mampu milik, iaitu serendah RM49 dan boleh dimiliki terutamanya peminat pasangan ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selama ini, kita fikir baju hanya sekadar baju dan tiada makna di sebaliknya. Tanpa disedari, warna baju yang dipakai sebenarnya mempengaruhi mood anda dan warna pakaian tersebut juga mampu menunjukkan pesan tertentu pada orang lain.
Ketahui 9 warna pakaian yang punya maksud di sebaliknya.
Sekiranya anda mahu nampak lebih berani, bersemangat dan aktif, warna merah adalah pilihan warna yang tepat untuk anda. Warna merah juga sesuai dipakai untuk first date anda bersama si dia.
Warna biru menunjukkan kedamaian, peribadi yang segar dan percaya pada diri. Bahkan tanpa anda sedari, warna biru juga akan membuatkan orang menerima anda dengan lebih cepat. Betul atau tidak, cuba dulu di rumah.
Warna jingga dikatakan sebagai warna yang ceria. Individu yang menggemari warna ini juga lebih mudah untuk bergaul dan mempunyai ramai kawan. Selain itu, individu ini juga suka bekerja secara berkumpulan berbanding secara individual.
Dek kerana warnanya yang cerah, kuning dianggap warna yang membawa kebahagiaan dan keceriaan. Orang yang gemarkan warna ini juga biasanya suka apabila menjadi perhatian ramai.
Individu yang sukakan warna hijau dikatakan seorang yang sangat kreatif. Selain itu, warna hijau juga menunjukkan bahawa anda seorang yang bijak bersosial serta bergaul dengan orang ramai.
Apabila anda memakai warna ungu, anda sebenarnya ingin menunjukkan kemewahan tanpa bersikap sombong. Orang yang memakai warna ungu juga biasanya mahu dilihat sebagai seorang yang kreatif dan mempunyai banyak pandangan.
Anda bingung dan tidak tahu nak pakai baju warna apa? Cuba pakai warna kelabu yang dianggap warna neutral. Selain itu, warna kelabu juga akan membuatkan anda nampak lebih berwibawa.
Tidak dapat disangkal lagi, warna hitam mampu menyerlahkan sisi elegan anda. Apabila pakaian warna hitam disarung pada tubuh, anda akan nampak lebih cool.
Sekiranya anda mempunyai banyak pakaian warna putih di dalam almari pakaian, itu tandanya anda sukakan kesederhanaan. Warna putih boleh menonjolkan kebaikan serta kepolosan seseorang.
Sepuluh tahun dulu ketika masih berada dalam penulisan majalah, admin memang sering ditugaskan untuk membuat sesi fotografi dengan selebriti ini bagi penghias kulit depan.
Ketika itu anak kebanyakan selebriti ini masih kecil dan hingusan lagi. Masih malu-malu setiap kali bidikan kamera jurugambar merakamkan aksi bersama ibu mereka.
Tetapi kini, anak kecil ini masing-masing sudah besar panjang dan semakin bijak bergaya. Sejuk hati admin melihat santun dan comelnya mereka menjalani kehidupan sebagai seorang remaja.
Malah ada antaranya yang sudah telah berjaya membanggakan keluarga dan mendapat segulung ijazah. Betapa pantasnya masa berlalu dan tiada lagi kanak-kanak kecil yang malu-malu kucing.
Kini, semuanya sudah membesar dan riang menjalani kehidupan sebagai seorang remaja. Dengan kecanggihan dunia teknologi, segala perkembangan mereka boleh kita lihat di alam siber.
Jika dilihat dalam mana-mana gambar yang dimuat turut di laman sosial masing-masing, hubungan terjalin juga seperti kakak dan adik.
Masing-masing bijak bergaya dan sesekali usik mengusik dengan caption gambar diberi.
Mempunyai dua orang anak bersama arwah suaminya, Tan Sri Megat Junid. Anak sulung beliau, Puteri Julia Nabilah baru sahaja menamatkan pengajian dan bergelar doktor. Kalau dulu Julia agak malu untuk fotografi, tetapi kini kelibat Julia da Ziela Jalil ibarat adik dan kakak.
Masih admin ingat beberapa tahun dulu ketika menggandingkan Abby bersama 3 orang anaknya dalam satu sesi fotografi. Masing-masing agak payah untuk beraksi dan membuat ragam sendiri. Tetapi kini Abby dan NJoman pastnya berbangga dan bertuah memiliki anak-anaknya yang mendapat didikan agama yang cukup. Anak dara Abby kini, menjadi siulan netizen yang suka melihat penampilan Msulimah, Marrisa Dania Hakim yang terserlah kejelitaannya walaupun baru berusia 12 tahun.
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Hubungan ‘ibu segera’ kepada anak-anak Fauzi Nawawi dengan bekas isterinya ini juga cukup rapat. Baru-baru ini, anak ketiganya, Nurul Hanna Farisha mendapat keputusan ccemerlang dalam peperiksaan SPM (2016), iaitu 10A. Rata-rata netizen turut memuji dan mengucapkan tahniah atas pencapaian anak gadis Fauzi ini.
Walaupun ketika dulu tidak berpeluang untuk mengadakan sesi fotografi bersama Rosyam sekeluarga, tetapi kini beliau semakin terbuka. Anak-anak dara Rosyam mewarisi kecantikan ibu dan ayah mereka. Salah seorang, Nur Anis turut yang terbabit dalam dunia perniagaan seperti juga ayahnya tetapi dalam bidang berbeza. Setiap kali melihat di laman IG ibarat seperti pasangan kekasih kerana Rosyam masih segak di kelilingi anak-anak daranya yang cantik dan manis.
A post shared by Nur Anis Mohamed Noor (@_aniskiss) on
Siapa tidak kenal pelakon bermata cantik ini. Lakonannya cukup cemerlang setiap kali diberi watak yang bersesuaian dengan dirinya. Noniswara yang sudah berusia ini mempunyai anak dara yang juga cantik dan cukup manis sekali. Malah baru-baru ini juga anak keduanya ini, Nur Erysha Emyra Zakaria nya juga mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan SPM. Memang sejuk perut ibu mengandung. Kedua—duanya juga dilihat begitu bijak bergaya walau di mana berada.
A post shared by Noniswara Al Sheikh (@noniswara) on
Rupanya pelakon popular sekitar tahun 90-an yang cantik dan jelita, Mas Anizan juga sudah mempunyai anak dara yang besar panjang, Mas Aliza hasil perkahwinan terdahulu. Admin pernah melakukan sesi fotografi bersama mereka sekeluarga dan ketika kecil anak perempuannya itu badan sedikit berisi tetapi kini sudah membesar menjadi anak dara yang cantik dan bertubuh langsing. Dia mewarisi kecantikan ibunya, Mas Anizan.
A post shared by Mas Aliza Ali Bapoo (@masalizaa) on
Penyanyi kecil molek ini juga jangan tak percaya mempunyai dua anak perempuan yang juga sedang meningkat dewasa. Kedua-duanya mewarisi kecantikan Amy Mastura dan sekali pandang jika memuat turun gambar di laman IG tidak dapat meneka apakah mereka ini ibu dan anak atau kakak dan adik.
Penampilan seseorang itu adalah suatu yang subjektif. Ada yang gemar bergaya mengikut trend dan ada juga yang memilih asal pakai janji selesa.
Kalau dulu agak sukar mencari pakaian bersesuaian, kini semakin banyak pereka fesyen Msulimah muncul bagai cendawan lepas hujan.
HIJABISTA himpunkan 12 pereka fesyen Muslimah dari rantau Asia yang membuat kenyataan berani dengan hasil rekaan mereka dengan membuktikan gaya sopan yang tidak eksklusif tetapi tetap tampil stailo.
Setiap hasil rekaan mereka ini diburu para hijabi, lantaran populariti nama mereka yang kini setanding pereka lain yang sudah lama berada dalam industri ini.
Salah satu jenama fesyen yang paling awal dan mantap di Singapura, Sufyaa menawarkan fesyen sederhana bercirikan Asia untuk Muslimah moden.
Diasaskan di Singapura, Azrina Tahar yang melahirkan kekecewaannya kerana kesukaran mencari pakaian sederhana untuk disesuaikan dengan kerjayanya. Rekaaan Sufyaa menggabungkan motif dan corak Melayu tradisional ke dalam pakaian elegan dan seluar cukup bergaya.
Azrina juga keluar dari cara beliau untuk melaksanakan amalan etika, bekerjasama dengan syarikat sosial tempatan seperti Suite Sew dalam menyediakan pekerjaan kepada wanita tempatan yang kurang bernasib baik.
Lulusan Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah dan Kolej Seni LaSalle, Hafizah menjadi tajuk utama pada tahun 2014 apabila dia dipilih untuk mempamerkan koleksi Sutra beliau pada Festival Fesyen Audi tahun itu.
Di samping beberapa nama terbesar industri, dari Oscar De La Renta kepada Ashley Isham, Hafizah memegang sendiri koleksi Sutra yang diilhamkan oleh pakaian renang sederhana pada tahun 1930-an.
Dia tidak memandang ke belakang sejak itu, menubuhkan label womenswear sendiri dan menghasilkan pelbagai koleksi lagi selepas koleksi yang pertama.
“Hafizah Ghazali” memberi tumpuan dalam mewujudkan rekaan paling kontemporari, sederhana dan tanpa berlebihan dengan ukuran langsing dan rona warna pastel yang melambangkan kewanitaan.
Seorang peguam dahulunya, Sabrina pertama kali mengeluarkan jenama pertama Aere dalan industri ini. Sebelum ini lebih dikenali sebagai blogger fesyen, mengambil peluang menubuhkan label pakaiannya sendiri, Aere, pada tahun 2014.
Pernah menang Koleksi Womenswear Terbaik di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2015. Ia Baru-baru ini juga mengadakan pertunjukan eksklusif solo yang pertama beberapa bulan yang lalu, dan telah berkembang menjadi pakaian lelaki dan kanak-kanak. Ramai pengikutnya tidak sabar menantikan koleksi Aere untuk tahun akan datang.
Dari Kaleidoskopik, mainan rona cerah dan hiasan kristal yang cukup rapi buatannya pada setiap keping rekaannya. Direka bagi mewujudkan mewujudkan kecantikan sejati.
Bermula dengan hanya 16 pasang dalam koleksinya yang pertama. Terus melangkah ke hadapan dan koleksinya begitu menepati cita rasa pencinta fesyen masa kini.
Salah satu nama yang paling terkenal di rantau ini. Dian adalah salah satu daripada penyokong sosial yang paling berjaya dan pengikutnya sentiasa menanti apa yang terbaru daripada setiap rekaaannya.
Potongan Dian bercirikan cetakan cergas dan gabungan gaya Asia dan Barat. Koleksi paling terkininya diilhamkan oleh kepelbagaian siri yang sangat popular. Dia juga membuat debutnya di pentas antarabangsa di pelbagai fesyen minggu di seluruh dunia: London, Jakarta dan baru-baru ini di New York. Dengan 14 kedai dan 4.8 juta pengikut instagram @dianpelangi, jenama Dian terus berkembang hebat dalam industri fesyen ini.
Salah satu daripada dua pereka fesyen sederhana yang melancarkan koleksi mereka di New York Fashion Week (seangkatan dengan Dian Pelangi), Vivi Zubedi sinonim dengan rekaan “abaya dengan sentuhan etnik”.
Pada asalnya dengan akar Iraq-Yemeni, Vivi bertujuan memperkenalkan abaya kepada wanita Indonesia sebagai fesyen yang bergaya, multi-purpose dan sederhana untuk memenuhi setiap majlis.
Didorong oleh prinsip Islam yang sederhana, Vivi berusaha untuk mengungkapkan iman dan kepercayaannya melalui karya. Juga turut memastikan bahawa setiap helaian yang direka bentuknya adalah mengikut syariah-compliant, bergaya, sederhana, dan terkini pada masa yang sama.
Namanya terkenal di kalangan Muslimah di seluruh dunia, Hanna Tajima seorang Muslim yang mempunyai darah campuran British – Jepun ini terkenal dengan kerjasamanya dengan jenama pakaian kasual Jepun UNIQLO.
Hana tanpa daya upaya menggabungkan warisan Jepun, kepercayaan dan kasih sayang dalam setiap rekaannya yang banyak dipengaruhi oleh budaya Jepun. Juga rasa cinta dengan kesederhanaan, kepercayaannya juga rasa hormat yang tinggi serta elemen Inggeris menjadi motif rekaannya.
Ikon fesyen yang sederhana, Dina memperolehi sejumlah besar pengikut di YouTube sebagai seorang guru kecantikan dan fesyen, merintis beberapa “tutorial hijab” pertama yang berkongsi gaya hijab elegannya dalam talian.
A post shared by D I N A T O K I O (@dinatokio) on
Dia kerap memaparkan dan mendokumentasikan kehidupan sehariannya di YouTube dan terkenal tentang perjuangannya dengan bulimia di masa lalu serta bagaimana dia menggunakan fesyen untuk menyatakan dirinya. Pun begitu kreatif dan inovatif dalam gayanya sendiri yang menggabungkan busana dan perhiasan dalam satu gaya.
A post shared by D I N A T O K I O (@dinatokio) on
“Saya fikir berpakaian dengan bijak sebagai cara untuk mewakili diri dan agama saya. Saya tidak faham mengapa anda tidak boleh berfesyen dan menjadi seorang Muslim.” – Dina Torkia A.S. & Canada
Berbeza di Texas, Subhi Taha mula membuat video di YouTube tentang kehidupannya sebagai Muslim Arab Amerika sebelum mengeluarkan koleksi pertamanya akhir tahun lalu di bawah jenamanya sendiri, SUBHITAHA.
Reka bentuk SUBHITAHA yang cukup bergaya dan sederhana, didorong oleh Sunnah dan kesederhanaannya, kerendahan hati, kesopanan dan lebih praktikal.
Setiap rekaan dari warisan etnik dan budayanya (yang terdiri daripada separuh orang Filipina dan separuh Palestin), Subhi membuat semua pakaiannya, dari memotong dan menjahit, di atas rasa dedikasinya!
Pasti salah satu kegemaran admin dalam senarai ini – Ibtihaj Muhammad menjadi tajuk utama tahun lalu sebagai Olympian yang pertama sempurna dalam hijab (dia memenangi pingat gangsa di dalam acara pedang kategori wanita).
A post shared by Ibtihaj Muhammad (@ibtihajmuhammad) on
Walaupun dia tidak berada di arena sukan, bagaimanapun Ibtihaj sibuk membuat persiapan untu penampilannya di Ellen dan menjenamakan pakaiannya sendiri iai tu Louella, yang ditubuhkan bersama dengan adik-beradiknya.
A post shared by Ibtihaj Muhammad (@ibtihajmuhammad) on
Mempunyai koleksi yang memaparkan cetakan menarik dan warna-warna terang. Louella sesuai untuk wanita milenia dari semua agama yang memilih pilihan sederhana ketika dalam hal pemakaian.
Dengan pengalaman selama 10 tahun dalam industri fesyen yang bekerja untuk pereka dan jenama fesyen terkemuka Australia (termasuk Marie Claire), Tidak hairanlah label mewah pakaian Diana meledak di Australia sekitar tahun 2014.
Setiap potongannya direka untuk menonjolkan ciri-ciri kewanitaan, kebijaksanaan dan perasaan yang menawan.
Setiap wanita pasti mencintai setiap helaian rekaan Diana Kotb yang dibuat dengan indah. Kepingan mewah yang feminin dan demure tetapi mempunyai ciri maskulin untuk memperlihatkan rasa harga dan kekuatan diri yang kuat. Ketenangan tanpa pernah menjadi megah. Jenis, hangat dan rendah hati – semua sifat seorang wanita Islam yang luar biasa. “- Diana Kotb
Sebagai salah satu pilar keyakinan Islam, kesopanan adalah sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Dalam usaha kami untuk berpakaian sederhana dan indah pada masa yang sama, kami berusaha untuk merangkumi Sayyidina Ali R.A. pernah berkata: “Kesederhanaan adalah cara untuk semua kecantikan.”
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!