Sebagai wanita, selain penjagaan luaran, penjagaan dalaman juga harus diambil kira. Ia bagi memastikan tubuh kekal bertenaga dan cergas. Amalan minuman menggunakan bahan-bahan semula jadi dapat membantu tubuh terasa lebih ringan dan fit.

Antara bahan-bahan semula jadi yang sering dijadikan perawatan untuk dalaman ialah seperti halia, serai, cengkih dan kunyit. Bahan-bahan ini sudah tentu lebih mudah didapati terutama di dapur. Berikut dikongsikan bahan-bahan dan cara untuk membuat air rebusan halia, serai, cengkih dan kunyit.

BAHAN-BAHAN DAN CARA-CARA MEMBUATNYA:
2/3 batang serai diketuk
3 sm halia (tua/muda)diketuk
2 sm kunyit di ketuk
Sedikit kulit kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang
Daun pandan sehelai
Sedikit gula batu

 

 

IKLAN

 

 

IKLAN

 

IKLAN

*** gula batu boleh diganti dengan madu jika suka.

Rebusan ini seeloknya diambil setiap kali sebelum atau selepas datang haid. Cukup sekali sebulan sahaja. Ia membantu untuk mewangikan kewanitaan anda dan menyegarkan badan.

Resepi dan ramuan di atas, boleh diamalkan mengikut kepada keperluan dan kesesuaian badan anda. Rebusan ini tidak disyorkan untuk diambil setiap hari. Sila aturkan mengikut keperluan badan sendiri.

Ini adalah amalan untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf. Minuman ini juga bagus untuk membuang toksin dan lemak. Boleh diamalkan untuk rutin penjagaan dalaman.

HIJABISTA: Selain penjagaan luaran, penjagaan dalaman juga harus diambil perhatian. Lakukan senaman juga bagi mendapatkan tubuh yang sihat dan bertenaga. 

Sumber kredit: Azwani Muzammel via Masak Apa Hari Ini (MAHN)

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI