Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang masih kurang kesedaran mengenai isu kesihatan mental yang dialami kebanyakan daripada kita tanpa disedari.
Berniat mahu membantu mereka yang mengalami masalah tersebut, pasangan selebriti iaitu Noh Salleh dan Mizz Nina telah sama-sama menggerakkan kempen yang dinamakan Bantuan Psikologi 40 khusus bagi menolong golongan itu mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Jelas Mizz Nina, isu ini perlu diatasi dari awal bagi mengelakkan keadaan mereka yang mengalami masalah mental menjadi lebih buruk terutama sekali selepas berlakunya pandemik covid-19.
“Mari penuhi tanggungjawab kita di Ramadan yang mulia ini! Follow @1moment4them now!
Ads
“Selamatkan dan bantu rakan -rakan underpriviliged B40 kita yang mengalami masalah kesihatan mental.
“Benda yang kita takuti tanpa rawatan / sokongan psikologi keadaan akan bertambah buruk atau mereka akan menghadapi tekanan sehingga menbawa kepada kematian.
“Pandemik telah menyebabkan masalah kesihatan mental semakin meningkat dan statistik menunjukkan 500,000 rakyat malaysia menghadapi depression.
Ads
“Kesan pandemik covid 19 telah melanda negara telah menyebabkan ramai pesakit di kalangan underpriviliged B40 tidak dapat meneruskan rawatan kerana kekangan kewangan dan tempoh menunggu yang lama di hospital kerajaan,” jelasnya di laman instagram.
Ads
Mensasarkan kutipan sebanyak RM 70,000, para pesakit yang dibantu kelak akan mendapatkan sesi terapi yang sewajarnya bagi merawat masalah kesihatan tersebut.
“Kami mensasarkan RM 70,000 untuk 100 orang pesakit mendapatkan 5 kali sesi terapi secara atas talian online, 5 kali sesi self care management secara atas talian online dan satu food basket dengan makanan nutrisi.
“Kami hanya memerlukan 1400 penderma dengan RM 50 per slot (kami menerima jumlah lain juga),” tambahnya.
Mereka yang berminat untuk menyumbang bolehlah hulurkan sumbangan ke nombor akaun yang tertera di hantaran Mizz Nina di bawah ini.
Siapa yang tidak mengenali penyanyi Indonesia yang dulunya popular dengan lagu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’, Mulan Jameela.
Kalau dulu dia terkenal dengan imejnya yang seksi, tetapi kini tidak lagi. Setelah diberi hidayah oleh Allah tahun lalu, Mulan Jameela kini lebih selesa membuang semua pakaian seksinya dan memilih persalinan yang lebih labuh menutupi aurat dan memenuhi ciri-ciri wanita Muslimah.
Setelah berhijrah juga, Mulan Jameela kini gemar berkongsi dakwahnya di media sosial kepada followernya yang kini berjumlah 1.8 juta.
Mulan Jameela atau nama sebenarnya, Raden Terry Tantri Wulansari, berasal dari Garut, Jawa Barat, Indonesia, itu dulu popular dengan lagu genre pop iaitu ‘Makhluk Tuhan Yang Paling Seksi’ dan gayanya begitu seksi. Tambahan pula, suaranya yang sedap menjadi lagi perhatian orang buat seketika dulu.
Rata-rata netizen turut memuji penampilan terkini Mulan Jameela yang lebih sopan dan santun berbanding sebelumnya.
Malah dia juga kelihatan sangat manis dan cantik dengan busana serta hijab labuh yang menutupi tubuhnya. Bukan itu sahaja, malah Isteri kesayangan kepada Ahmad Dhani ini juga turut lengkap mengenakan stoking bagi menutupi kakinya.
Biarpun mengenakan jubah dan hijab labuh, tetapi dengan sedikit sentuhan moden menjadikan busana digayakan lain dari kebiasaan.
Pada tahun 2019, Mulan Jameela telah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya selepas pulang dari Palestin. Imej yang seksi bukan lagi menjadi pilihannya dan kini lebih cenderung dengan imej wanita muslimah yang sopan. Semoga dia kekal istiqamah dalam perjalanan kehidupan.
Nurul Nabila Farhana, adalah gadis yang berjaya mencuri dan memiliki hati Atlet paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly dan kini menjadi isterinya yang sah dengan sekali lafaz, menerusi majlis ijab kabul yang diadakan pagi tadi.
Nabila menerima mas kahwin sebanyak RM 1,312 yang bertepatan dengan tarikh hari ini iaitu 13 Disember 2022.
Hijabista difahamkan majlis tersebut diadakan secara tertutup dengan dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua mempelai serta beberapa kenalan rapat mereka.
Latif yang juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio de Janeiro 2016 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020, memaklumkan perkara itu dengan berkongsi detik-detik terindah menerusi siaran langsung di Instagram (IG Live) miliknya sewaktu majlis akad nikah berlangsung.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati hantaran tersebut telah dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada para peminat serta pengikut Latif, berikut adalah antara komen yang ditinggalkan.
“Selamat pengantin baru datuk dan pasangan semoga kekal bahagia hingga akhir nyawa.”
“Alhamdulillah, selamat berkahwin Latif dan pasangan, semoga kekal hingga ke Jannah.”
Untuk rekod, Nabila merupakan seorang guru dan merupakan antara orang kuat yang menyokong jatuh bangun karier atlet paralimpik yang berasal dari Perlis itu.
Difahamkan, Latif mengenali Nabila sejak zaman persekolahan lagi, ketika sama-sama belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Kangar.
Terdahulu, Latif dan Nabila mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober 2021
Setiap wanita berhijab pastinya mendambakan hijab yang ‘on point’, kekal terletak dan yang paling penting mudah untuk digayakan, agar penampilan tampak elegan dan kemas terutamanya bagi wanita yang bekerjaya!
Dahulunya, tudung sarung merupakan tudung yang sering dipakai oleh suri rumah atau ‘makcik bawang’, tetapi setelah direvolusi mengikut trend semasa, siapa sangka tudung sarung kini, setanding dengan tudung jenis bawal ataupun shawl yang digayakan secara harian.
Betul ke tudung sarung boleh buat sampai tujuh stail? Betul sis! Tudung sarung jenama Sebawang telah membuktikanya. Malah, penggayaan tudung sarung jenama inj lebih mudah untuk digayakan serta tidak memerlukan masa yang lama untuk dipakai.
Hijabi hanya perlu sarung sahaja dan gayakan mengikut citarasa serta kesesuaian anda. Lebih menarik lagi, hijabi tidak perlu menggosok tudung ini kerana ia direka anti-kedut!
Pengarah Urusan Sebawang, Nurul Nadiah Sazali berkata, tudung sarung Sebawang yang mengetengahkan tagline “Bukan Sekadar Tudung Sarung” kerana tudung keluaran mereka membawa satu ideologi serta revolusi baharu dalam penggayaan tudung jenis sarung.
“Saya cuba nak bawa pendekatan baharu, kerana selalunya orang ingat tudung sarung ni hanyalah untuk makcik-makcik bawang pergi merewang. Jadi saya nak orang nampak Sebawang ni sebagai salah satu ideologi baru, bahawa tudung sarung ni kita boleh pakai pergi pejabat, kita boleh pakai pergi bercuti.
“Saya sendiri pada awal tahun ini, saya pergi Turki saya tiada masalah dengan tudung. Saya gulung-gulung masuk bag je, tak risau kedut atau heboh nak menggosok,” katanya.
Tambahnya lagi, antara keistimewaan tudung jenama Sebawang adalah ia boleh digayakan sehingga enam ke tujuh stail, tertakluk kepada kreativiti si pemakainya.
“Kalau ikutkan tudung sarung kita boleh buat enam ke tujuh gaya. Satu hijab boleh dipakai bermacam gaya, boleh jadi turban, boleh disarung simple dan boleh jadi fesyen yang patuh syariah menutupi bahagian dada, jadi orang yang pergi menunaikan Haji juga boleh pakai.
Ini demikian kerana, tudung Sebawang didatangkan dalam tiga variasi iaitu Free Size, Large dan Bawal.
Selain itu, pemakaian tudung Sebawang yang begitu mudah untuk digayakan dipercayai mampu mengurangkan sebanyak 70 peratus stress dikalangan wanita berhijab, tetapi dalam masa yang sama mahu tampil fashionista dan elegan.
“Jadi kita tak mahu limitkan fesyen tudung sarung, lagi satu dia mudah. Salah satu masalah yang membuatkan wanita stress adalah, kadang-kadang tudung tak jadi, tersenget atau bila menguap pin tercabut.
“Jadi bila ada tudung sebawang ni, ia mengurangkan 70 peratus stres dalam berfesyen serta berhijab,” ujarnya.
Sekadar info, Nadiah berkata demikian ketika ditemui Hijabista pada satu majlis gilang gemilang, Pelancaran Koleksi terbaharu jenama Sebawang, yang terdiri daripada tudung dan set suit bertemakan “doll edition”.
Nadiah atau mesra disapa sebagai kak Nad merupakan seorang bekas jururawat yang mula berkecimpun dalam bisnes tudung sejak lima tahun lalu. Manakala, suaminya pula merupakan bekas tentera laut yang turut sama melepaskan tugasnya tahun lalu, demi membantu isteri tercinta.
Sekadar info, pada malam tersebut juga, Adelia Wilhemina yang juga isteri kepada vokalis band tersohor indonesia, Pasha Ungu telah diberi tanggungjawab penting sebagai pengedar rasmi dan juga founder kepada jenama Sebawang di Indonesia.
Selain menyaksikan pertunjukkan fesyen bagi koleksi terbaharu Sebawang, para tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari Pasha Ungu serta beberapa penghargaan turut diberikan kepada pengedar rasmi Sebawang.
Amacam sis? Berminat nak dapatkan koleksi tudung ini bolehlah berkunjung ke Butik Sebawang di Ukay Boulevard, Ampang atau layari laman sesawang rasmi Sebawang Malaysia.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.