
Jerawat sering menjadi masalah bagi kaum wanita kerana ia akan menimbulkan rasa kurang yakin terhadap diri sendiri. Malah, anda sendiri pasti akan berasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai.
Mungkin anda sudah mencuba pelbagai produk yang ada di pasaran tetapi berapa lama anda mahu bergantung pada bahan kimia tersebut?
Daripada anda gunakan bahan kimia, lebih baik anda gunakan bahan berasaskan sumber alam semula jadi yang mampu merawat dan menghilangkan jerawat.
Ini antara 10 petua yang boleh anda amalkan. Mudah dan cukup berkesan!
1. Jus Daun Pudina
Kisar daun pudina bersama sedikit air kemudian tapis airnya dan sapu pada seluruh muka. Lakukan sebelum tidur dan biar semalaman.
2. Jus Lemon
Perah jus lemon dan tekap jerawat menggunakan bebola kapas selama 20 minit. Kemudian bilas bersih. Lakukan dua hingga tiga kali sehari untuk kesan yang lebih cepat.
3. Bawang Putih
Potong bawang putih kepada dua dan tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat. Jus ini mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan cepat.
4. Ubat Gigi
Sebelum tidur, sapu ubat gigi pada jerawat dan biarkan semalaman. Ubat gigi dikatakan mampu mengecutkan jerawat.
5. Kiub Ais
Letakkan ais pada jerawat. Ia akan membantu mengecilkan jerawat.
6. Serbuk Kayu Manis
Letakkan sesudu madu atau jus lemon pada dua sudu serbuk kayu manis dan sapu pada jerawat. Seeloknya gunakan ia sebelum masuk tidur.
7. Kulit Buah Oren
Kisar kulit buah oren bersama air. Kemudian ambil pes oren dan sapukan pada jerawat.
8. Madu
Ambil sedikit madu menggunakan bebola kapas dan tekap pada jerawat.
9. Wap Panas
Masukkan air panas ke dalam mangkuk dan lalukan bahagian jerawat pada wap panas. Tidak hanya mampu menghilangkan jerawat, kulit wajah juga semakin berseri.
10. Serbuk Kunyit
Titiskan sedikit air pada sesudu serbuk kunyit dan sapu pada jerawat beberapa minit. Lakukan sehingga jerawat hilang.
Mudah saja kan? Apa pun, pastikan anda mencuci wajah dengan bersih sebelum masuk tidur supaya jerawat tidak cepat timbul. Ini kerana kotoran yang melekat pada wajah akan menambah risiko anda mendapat jerawat dengan mudah.
Sumber: Sirap Limau
Awas! 4 ‘Area’ Kulit Ini Paling Cepat Menua, Hijabi Perlu Beri Lebih Perhatian

Tahukah anda, kulit adalah organ tubuh yang paling besar sekali pada bahagian badan manusia? Justeru, adalah amat penting sekali bagi Hijabi untuk menjaga kesihatannya, kerana kulit mempunyai tugas yang penting untuk melindungi organ di dalam tubuh badan kita.
Malah, dek kerana luasnya bahagian yang diselaputi kulit ini, terdapat beberapa bahagian yang paling mudah terkesan dengan masalah penuaan. Justeru, bahagian ini memerlukan penjagaan dan perhatian yang lebih sis!
Jika anda bersikap acuh tak acuh dan mengabaikan penjagaan kulit yang teliti di beberapa bahagian ini, jangan pula anda menyesal apabila mulai melihat lebih banyak garis-garis halus dan kedutan nanti. Cara menjaga kulit di beberapa area ini, tidak hanya dengan mengaplikasikan skincare, tetapi anda juga perlu mengamalkan pola hidup yang baik setiap hari.
Nak tau area kulit dibahagian mana yang paling senang menerima kesan penuaan? Jom semak!
Sekitar Bahagian Mata
Seiring usia kita bertambah, struktur dan otot kulit pada area mata kita berubah jadi lebih lemah, dan menjadikan kedutan untuk lebih mudah muncul. Sekitar mata juga merupakan area utama fluid retention, jadi tidak hairanlah jika mata kita mudah kelihatan sembap. Tambahan pula, kelopak mata merupakan area kulit yang paling nipis di antara keseluruh bagian kulit kita.
Oleh itu, untuk menangani masalah ini, Hijabi digalakkan untuk sentiasa menggunakan eye cream atau eye serum seawal usia 17 tahun. Terutamanya sewaktu anda sedang letih atau kurang tidur.
Anda juga boleh menekap mata dengan ais atau gunakan sahaja eye gel patch. Hijabista juga menyarankan agar anda selalu membersihkan area mata dengan gentle, dan kurangkan menggosok kawasan mata.
Sekitar Area Mulut
Mulut adalah salah satu bahagian tubuh yang paling aktif, kerana setiap hari kita sentiasa menggunakanya untuk berbicara, bergossip, minum, dan mengunyah makanan. Makanya, area sekitar mulut menjadi bagian tubuh yang paling mudah mempunyai fine lines dan wrinkles.
Kulit pada area bahagian mulut juga nipis dan memiliki kolagen. Bagaimanapun, apabila memasuki usia 20-an, kadar kolagen di dalam kulit kita akan berkurang pada setiap tahun.
Bagaimana cara mengatasinya? Hijabista menyarankan agar Hijabi menggunakan serum dan moisturizer setiap hari, termasuk di sekitar mulut.
Sebelum makeup, pastikan kulit sudah dilembapkan, sehingga produk complexion seperti cushion atau foundation tidakcracking di fineline anda. Hijabi juga boleh menggunakan atau mengoles eye cream di kulit sekitar mulut, untuk tujuan melambatkan kesan penuaan sepeti kedutan dan finelines.
Bahagian Leher
Tanpa disedari, di era teknologi kini kita sering mempercepatkan kesan penuaan tanpa kita sedari. Terutamanya pada kulit di bahagian leher, karena selalu menunduk ketika menatap telefon pintat setiap hari.
Leher juga merupakan area tubuh yang paling kurang mendapat perhatian, kerana kita terlalu menfokuskan tentang skincare yang hanya berkisar pada wajah sahaja.
Artikel berkaitan: Krim Mata Rahsia Nampak Awet Muda, Dari Mata Turun Ke Hati
Untuk mengatasinya, mulai hari ini, tidak kira apa sahaja produk skincare yang anda aplikasikan pada wajah, juga perlu disapukan pada leher ya. Mulai dari facial wash sehinggalah kepada sunscreen. Sebaiknya, gunakanlah produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan-bahan yang membantu memperlambatkan kesan penuaan seperti retinol dan Peptide.
Hijabi juga boleh memakai gua sha atau face roller pada leher. Lakukan teknik dari bawah ke arah atas untuk membantu menegangkan kulit. Elakkan menunduk terlalu lama untuk melihat handphone atau ketika melayari komputer.
Belakang Telapak Tangan
Semakin bertambah usia, antara bahagian yang paling cepat kelihatan menua adalah kulit di bahagian telapak tangan yang cenderung menjadi kering, kasar, berkerut, dan kuku juga menjadi lebih rapuh. Ini kerana, ketika anda semakin meningkat usia, kulit pada bahagian tangan akan lebih mudah kehilangan lemak dan keanjalanya.
Oleh demikian, untuk mengatasi masalah ini terdapat banyak hand cream dijual di pasaran.
Fungsinya adalah untuk menjaga permukaan kulit tangan agar kekal lembap, lembut dan mulus. Sekaligus mencegah kedutan hingga menghaluskan kutikel kuku.
Jadi, gunakan hand cream sebagai rutin harian anda dan bawa ke mana sahaja hijabi! Gunakan juga sabun yang mild ketika mandi dan mencuci tangan, serta memakai sunscreen sebelum melakukan aktiviti luar juga membantu mencegah kedutan dibahagian belakang tangan.
Artikel berkaitan: Elak Bahagian Bawah Mata Berkedut & Berkawah, Ini Pilihan Krim Mata Yang Boleh Disapu Barulah Nampak Awet Muda
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Mustahil Turun 16 KG Sebulan, Tapi Gadis Ini Nekad Untuk Kurus Hanya Guna Air Putih & Tolak Nasi

Ramai wanita yang berdiet, setiap kali ajak makan mesti kata ‘eh, tak nak lah’ atau memang rasa nak muntah balik bila dah makan. Padahal selera makan cukup membuak-buak. Demi mahu tampil langsing, sanggup tolak tepi juadah kegemaran. Begitu juga dengan gadis ini. Tidak sanggup melihat diri yang rendah tapi gempal, gadis bernama Nur Shaerah Abdul Karim nekad buat perubahan. Ayuh, ikuti perkongsiannya yang turun 16 kg sebulan dalam masa satu bulan hanya dengan minum air putih dan tolak nasi!
Hai girls. Hari ni I nak share tips macam mana I loss my weight from 59kg to 43kg in 1 month.
Untuk pengetahuan semua, I punya tinggi 145cm. So can you imagine dengan ketinggian tu then berat 69kg? Tak tertanggung badan rasa.
So time tu I nekad nekad nekad, I kene diet (sebab masa tu nak masuk praktikal).
1. Hati kene kental beb. Kalau kejap nak diet kejap tak nak, jangan berangan lah berat tu nak turun. Serious talk. Yang penting uols kene ada goal korang.
2. Dari segi pemakanan, I tak makan langsung NASI, KUEW TIAW, MEEHOON, MEE, SPEGETTI, MAGGIE DAN ROTI (azab jugaklah). In one month tu memang i tak makan semua tu langsung. Mula mula tu nangis jugak lah tengok orang kat rumah ni makan nasi tu semua.
3. Next, I tak sentuh langsung semua benda yang manis manis. Coklat, Aiskrim, air gas dan segala adik beradik dia. (tapi kadang kadang terlepas jugak). Lagi satu paling pantang mak bapak dalam rules diet ni NO FAST FOOD.
4. So mesti korang bengang kan, semua tak boleh nak makan. Habis nak makan apa kan? Actually, banyak je makanan yang boleh makan.
Pagi: Telur 2 biji
Tengahari: Ambil lauk ayam, ikan, udang, ketam, dan sewaktu dengannya. Sayur! Itu paling penting nanti uols sembelit pulak.
Petang: Makan lauk jugak. Menyirap jugaklah ibu sebab selalu habiskan lauk kat rumah.
Malam: Jarang makan malam, tapi incase kalau lapar, makan buah atau kudap kudap.
Kudap-kudap: Incase kalau lapar atau mulut korang memang jenis nak kena ada makanan dalam mulut kan. Caranya goreng ikan bilis letak dalam tupperware. So kalau lapar mengonyel je lah makan ikan bilis tu.
5. Okey part yang paling penting. EXERCISE. Pagi, petang, siang, malam buat zumba. Boleh pergi kat youtube search persian zumba. I follow step zumba yang tu. Hari hari buat sampai naik hafal jugak lah step dia. Tak kan boleh kurus kalau korang malas exercise, trust me.
6. Lastly, yang paling penting korang kene minum air putih. Putih tau bukan oren, purple hijau tu semua. Kalau korang rasa lapar je, minum air, lapar je minum air.
So tu je lah yang i buat dalam 1 bulan. Alhamdulillah hilang 16kg. So goodluck pada korang yang nak start diet tu ye. There is no success without sacrifice.
Dalam pada itu memandangkan banyak pertanyaan selepas Nur Shaerah membuat perkongsian tentang diet tersebut, maka dia menjawab beberapa soalan yang kerap ditanya.
1. Dah berapa lama buat diet ni?
Okey ramai sangat yang ingat I baru buat diet ni. Ada yang dok kata nanti after 2 month I akan gemuk balik lah semua. Fyi, I buat diet ni pada awal bulan MEI 2015 hinggalah hujung bulan MEI 2015 (bulan 6 tu nak masuk praktikal dah) So alhamdulillah dah lebih setahun dah, berat I pon masih maintain lagi.
2. Lepas stop diet makan apa?
Okey banyak sangat orang tanya yang ni. Lepas je stop diet, I start makan balik. Tapi dalam kuantiti yang sikit lah. I just makan 1 genggam nasi je. Then I makan beras Faizah (sampai sekarang). I memang tak minum air manis ni. Kalau apa apa pon I memang akan minum air putih je (tak caya boleh tanya orang yang kenal kita) ??
3. Masih buat zumba ke?
I still buat zumba. Tapi tak lah sekerap dulu.Tapi dalam seminggu at least mesti 3 kali. Dan I still guna Persian Zumba tu.
4. Buat atkins ke ni?
Okey, yang ni tak tahu lah nak cakap macam ni. Actually I tak buat pon diet atkins sebab tak mampu follow segala rules dia. Sebab I still amik buah, makan kicap, makan sos. Kalau atkin tak boleh semua tu.
5. Jadual makan sekarang macam mana?
7.00 am
Breakfast: Makan biskut, meehoon, roti, telur(wajib amik tau breakfast ni)
12.30 pm
Lunch: makan macam biasalah, ada nasi, lauk, sayur
6.30 pm
Dinner: Makan macam I makan lunch tadi. ( I memang akan elak kan makan malam)
Lagi satu makan tu jangan lah berulam air, lepas 30 minit makan, barulah minum air
6. Kenapa masa gemuk hitam, masa kurus putih? Pakai produk apa?
Yang ni tak tahu lah jawab macam mana. Nak kata pakai produk apa pon tak tahulah, sebab macam macam pernah pakai.
Mybe lah, I rasa sebab I minum air putih kot, tu yang jadi putih sikit. Lagi satu, lepas je bangun tidur I minum segelas air putih, nak tidur lagi segelas. Tu wajib.
SUMBER: NUR SHAERAH ABDUL KARIM
Wajah Seperti ‘Badut’ Kerana Salah Cara Memakai Maskara, Cuba Lakukan Teknik Rahsia Yang Mudah Ini!

Orang kata jika dalam masakan, tanpa garam, masakan itu tidak akan sempurna. Begitu juga dengan istilah maskara dalam solekan. Jika tiada sebarang maskara pada wajah, maka tidak sempurnalah solekan anda!

Maskara mampu untuk menjadikan mata anda kebih galak dan seksi mengikut bentuk garisan yang dihasilkan. Pun begitu, pemakaian maskara yang tidak betul boleh menyebabkan solekan anda comot dan tidak kemas! Walaupun pelbagai jenis produk maskara dijual di pasaran, tetapi anda harus tahu tentang teknik asas untuk memakai maskara! Oleh itu, jom baca teknik asas di bawah ini! Selamat mencuba!
1. Pilih jenis maskara yang betul
Terdapat banyak maskara yang menjanjikan lebat, panjang dan tahan lama tetapi pakar mengatakan bahawa ini bukan caranya untuk memiliki keseluruhan efek. Jika anda mahu hasil yang tertentu, carilah jenis maskara yang khusus.
2. Hitam sesuai untuk semua
Semua orang boleh menggayakan maskara hitam, walaupun berambut perang. Kepentingan maskara adalah untuk menyerlahkan bentuk mata dan bulu mata.
3. Gunakan maskara kalis air bila perlu
Formula kalis air adalah terlalu sukar dibuang untuk digunakan setiap hari, anda perlu menggosok kuat untuk menghilangkannya jadi ada kemungkinan bulu mata anda akan gugur.

4. Lentikan sempurna
Gunakan pelentik bulu mata dengan memulakannya dari pangkal bulu mata kemudian sedikit demi sedikit dilentikkan sampai ke hujung bulu mata. Letakkan cermin di bawah mata agar anda dapat lihat garisan bulu mata.
5. Bulu mata yang lebih ketara
Palit dari pangkal bulu mata hingga hujung. Bermula dari pangkalnya, ceraikan setiap helaian bulu mata, pegang berus secara menegak dan gerakkannya dari tepi.

6. Melebat dan memanjangkan
Sekiranya bulu mata anda halus dan jarang, gunakan asas maskara untuk menambahkan volume. Palit dari pangkal bulu mata hingga hujung.
7. Mencuci maskara
Selepas seharian bulu mata anda dipaliti maskara, pastinya waktu untuk mencuci cukup renyah buat anda, namun jangan runsing, gunakan saja pencuci bulu mata atau pemadan solekan yang berunsurkan formula minyak. Kandungan minyak dapat menyingkirkan kotoran dengan pantas, malah ia juga berkesan untuk maskara kalis air.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe