Masalah tona kulit tidak sekata seringkali menjadi masalah kulit yang berlaku disebabkan hiperpigmentasi, penuaan dan lain-lain faktor lagi. Jika ingin bercerita mengenai tona kulit tidak sekata, ia pasti memberi tekanan kepada kamu apabilla keyakinan diri berkurang disebabkan masalah kulit ini. Walaupun banyak produk-produk yang mengandungi bahan kimia dijual di pasaran, tetapi tidak semua yang memberikan kesan terbaik kepada tona kulit kamu.

Sumber gambar: Loreal Paris

Usah risau! Kami kongsikan kepada kamu semua rahsia bahan-bahan semula jadi yang dapat mencerahkan kulit dan menjadikan tona kulit kamu sekata persisi selebriti menawan di Malaysia! Selamat beramal!

1. Betik

Sumber gambar: Healthline

Betik terkenal dengan mengandungi sumber nutrisi yang mampu menjadikan kulit wajak lebih cerah dan glowing. Ia jua bertindak sebagai agen peluntur. Cara-caranya ialah:

Potong betik dan tumbuk sehingga menjadi seperti pes

Tambahkan madu pada pes

Sapukan pes pada wajah

Biarkan selama 15-20 minit

Bilas dengan air suam dan keringkan wajah

IKLAN

2. Yogurt

Sumber: The Daring Gourment

Yogurt dan dunia kecantikan memang tidak boleh dipisahkan. Ramai yang tahu mengenai kebaikan yogurt kepada kulit yang memberi sumber nutrient kepada kulit. Memandangkan ia adalah salah satu daripada produk yang terhasil daripada susu, ia juga mempunyai banyak bahan asid laktik di dalam yogurt boleh bertindak sebagai agen peluntur. Ia juga membantu melembapkan kulit wajah dan menghalang penghasilan minyak pada kulit. Cara-caranya ialah:

Sapukan yogurt pada permukaan wajah

Biarkan ia kering selama 30 minit

Urut kulit wajah anda dan bilas dengan air

Untuk hilangkan sunburn, gunakan teknik ini setiap hari selama 2-3 minggu

IKLAN

Nota: Pastikan anda tidak alah pada yogurt untuk teknik ini. Anda boleh sapukan yogurt pada sebahagian kecil kulit wajah untuk melihat reaksinya pada kulit.

3. Oren

Sumber gambar: Narinar

Oren adalah sangat bermanfaat untuk kecantikan kulit kerana ia kaya dengan Vitamin C. Ia dapat bertindak sebagai agen pencerah. Jika kamu mahukan hasil yang lebih baik, ambil jus perahan oren yang segar tanpa gula setiap hari. Ia membantu untuk ‘menghidupkan’ dan menyegarkan semula kulit anda, menjadikan ia kelihatan lembut dan sekata. Cara-caranya ialah:

Sapukan sahaja jus oren ke wajah untuk kulit yang sekata.

4. Madu

IKLAN
Sumber gambar: Food Navigator

Kesan tompokan hitam kulit mungkin juga disebabkan oleh faktor kulit kering. Madu boleh membantu untuk melembapkan kulit. Ia juga mempunyai sifat anti bakteria yang dapat menghalang pertumbuhan acne atau jerawat serta menghilangkan kesan jerawat dan tanda penuaan. Cara-caranya ialah:

Sapukan madu pada kawasan yang bertompok hitam. 

5. Lemon

Sumber gambar: Healthline

Sebagai buah citrus, lemon bertindak seperti oren pada kulit wajah. Ia tinggi dengan asid citric dan bertindak sebagai agen peluntur, manakala kandungan vitamin C nya yang tinggi membantu penghasilan sel kulit baru. Ia juga bersifat antioksida dan membantu mencantikkan kompleksi wajah. Cara-caranya ialah:

Tambah air pada jus lemon dan sapukan campuran ini pada wajah.

Biarkannnya selama 10 minit.

Bilas dengan air suam.

Elakkan daripada menggunakannya pada permukaan yang mempunyai luka seperti luka jerawat yang baru dipicit.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI