Ratu rock Ella bakal mengdakan konsert Ogos ini, gabungkan elemen muzik rock dan orkestra.
Walaupun siri jelajah konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ sudah berakhir, ratu rock negara, Ella bakal mengadakan sebuah konsert yang lebih istimewa ‘JILID ROCKESTRA ELLA: ROCKERS JUGA MANUSIA’ pada 9 Ogos 2024 di Plenary Hall, KLCC.
Penganjur Hitman Solutions dan RockQueen, yang kembali bekerjasama berkongsi informasi mengenai konsert tersebut dalam satu sidang media eksklusif bersama media di Restoran Rumah Nusantara, Hotel Sunway Putra Hotel.
“Bekerjasama dengan Ella dan pasukan RockQueen adalah satu pengalaman yang amat mengagumkan. Setelah menganjurkan empat konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ tahun lalu, kami masih menerima permintaan tinggi daripada para peminat Ella untuk menyaksikan beliau kembali beraksi di atas pentas.
“Sebagai tanda penghargaan kami mengambil keputusan untuk berkolaborasi sekali lagi demi mencipta satu lagi konsert yang istimewa buat peminat setia Ella.
“Untuk satu malam sahaja, Ratu Rock Malaysia akan mempersembahkan gabungan yang unik-getaran rockernya dengan elemen band dan orkestra. Kami tidak sabar untuk berkongsi konsert ini dengan semua,” jelas CEO & Pengasas Hitman Solutions.
Ads
Kali terakhir Ella mengadakan konsert dalam genre orkestra ialah pada 2017.
“Saya gabungkan dua perkara, sebuah persembahan yang lebih intim dan masa bersama peminat-peminat tersayang,” kata Ella.
Menurut Ella, JILID ROCKESTRA ELLA kali ini adalah peluang untuk dirinya menerokai gabungan muzik dari album-albumnya yang dipersembahkan secara orkestra.
Ads
Jelas Ella lagi, perbezaan konsert yang diadakan sebelum ini dengan JILID ROCKESTRA ELLA ialah gabungan genre rock dengan 15 pemain muzik orkestra profesional.
“Konsert sebelum ini menceritakan tentang perjalanan seni dan kisah 35 tahun kerjaya saya, yang merupakan representasi lengkap diskografi saya sebagai penyanyi rock.
“Selain gabungan rock dan orkestra, konsert kali ini memberi kami peluang mempersembahkan kreativiti dalam berkarya dengan penambahan lagu-lagu hits yang belum sempat dimainkan, dan masih di bawah pimpinan pengarah muzik iaitu Dato’ Hashridz Murshim Hassim atau Dato’ Acis,” katanya.
Ads
Sebagai anak seni yang prihatin, Ella masih mengekalkan solidaritinya terhadap Palestin dan akan terus bersuara demi manusiawi sepanjang berlangsungnya konsert nanti.
“Konsep konsert masih lagi dalam perbincangan namun secara keseluruhannya adalah rapi, dari segi elemen muzik, set pentas, fesyen ‘glam rock’ dan semuanya akan kami ambil kira. Pendek kata ianya ‘rockchic rockestra’.
“Saya jangkakan durasi konsert akan berlangsung sekitar 2 jam 30 minit dengan 25 buah lagu yang bakal dipersembahkan, tidak termasuk rangkain lagu-lagu medley yang telah kami gubah demi memenuhi permintaan perminat.”
Apa yang pasti, ketika konsert nanti pasti ada kejutan dengan artis jemputan yang istimewa.
“Selain artis jemputan, akan ada segmen khas di mana saya akan mendendangkan beberapa buah lagu asli diiringi tarian istimewa.
“Saya tidak mahu kongsi selebihnya kerana malam tersebut bakal menjadi sesuatu yang spectacular. Harapan saya agar konsert ini bakal menjadi kenangan indah buat semua yang hadir,” tutur Ella.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Puasa bukan penghalang untuk bersenam. Walaupun kita sedang berpuasa, kita perlu memastikan badan kita cergas dan sihat. Tetapi sesetengah senaman sentiasa berbeza daripada semasa anda tidak berpuasa. Jika anda tidak berpuasa, anda boleh bersenam selama 30-60 minit, semasa perut kosong atau berpuasa 30 minit sudah memadai.
Jadi senaman yang anda lakukan haruslah senaman yang mudah kerana keadaan ketahanan anda tidak sebaik hari-hari biasa. Jadi bilakah masa terbaik untuk bersenam semasa sedar? Ayuh, lihat penjelasan Popbela di bawah!
Waktu yang sesuai ialah kira-kira sejam sebelum berbuka puasa. Dengan cara ini, jika stamina benar-benar rendah. Jika berbuka, kami boleh memulihkannya dengan segera. Sebab lain ialah jika anda tidak minum atau makan serta-merta selepas bersenam, anda mengelakkan risiko pengsan, dehidrasi dan banyak lagi.
Selepas Berbuka
Jika anda lebih suka bersenam apabila stamina anda kembali normal, tidak mengapa. Anda boleh bersenam selepas berbuka, tetapi pastikan anda mencerna makanan anda. Bersenam sekurang-kurangnya satu jam. Cadangan lain ialah jangan berbuka terus dengan makanan berat.Anda harus makan menu makanan berat sejurus selepas bersenam.
3.Sebelum Subuh
Sukan juga dibenarkan pada waktu awal pagi, tetapi pastikan anda mendapat tidur yang cukup terlebih dahulu. Kerana untuk merasai khasiatnya, senaman mesti disertai dengan pola tidur yang baik. Minum banyak air sejurus selepas bersenam subuh untuk mengelakkan risiko dehidrasi semasa berpuasa.
Jangan paksa badan anda untuk bersenam apabila anda berasa lemah. Jika anda berasa pening, loya, dan mempunyai air kencing berwarna kuning gelap, anda tidak seharusnya bersenam begitu sahaja.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Seorang pengutip sisa klinikal di Hospital Tumpat, Kelantan, Mohd Irman Mat berkongsi kisahnya bertemu dengan seorang anak tahfiz yang dikuarantin kerana disyaki dijangkiti wabak covid-19.
Jelasnya, dia tertarik untuk mengenali anak tahfiz ini kerana Al-Quran sentiasa ada sahaja bersamanya sepanjang tempoh kuarantin tersebut.
Anak yatim piatu 10 hari ditahan positif covid-19.
Alhamdulillah..Hari ni adik Alhan #anaktahfiz dah boleh discharge selepas berada d sini lebih kurang 5,6 hari sebelum tu di Hospital Pasir Mas 10 hari (suspek jangkitan COVID19). Syukur pada mu ya ALLAH..
Hari Pertama aku melihat dia di dalam bilik kuarantin, hati jadi sayu.. Manakan tidak sedih tengok seorang budak umur 11 tahun, duduk keseorangan tanpa kedua ibu bapa (tanpa gajet, hanya bertemankan al-quran)… Mula-mula sekali perkataan hok dia kata.. Puas abe!!
Aku ambil masa sekejap berbual dengan dia (walaupun tahu risiko jika duduk lama-lama).. Tanya ibubapa duduk mana, dia senyap.. Nampak lain muka dia… Aku cuba risik tanya orang, rupa-rupanya adik Alhan ni anak yatim piatu…
Lepas pada itu, setiap hari pagi dan petang bila aku masuk melakukan kerja mengutip sisa klinikal, aku meluangkan sekejap masa 5-10 minit untuk berbual dengan adik Alhan.. Jarang-jarang sekali bertanya dia ada nak makan apa, aku cuba pergi beli untuk dia, walaupun aku pun bukan berkemampuan tapi bolehlah berkongsi sedikit rezeki….
Hari ini, bila aku masuk mengutip sisa klinikal.. Aku tengok dia gembira, rupa-rupanya dia dah boleh keluar.. Aku beranikan diri memberikan dia telefon aku untuk dia berbual dengan ustaznya yang juga suspek covid-19 tapi duduk di wad lain…(walaupun aku tahu kontek bila berhubung dengan suspek covid) adik Alhan negatif..
Inshaallah dik, semoga kita dapat berjumpa lagi di luar…inshaallah… Ingatkan banyak lagi yang nak diceritakan bersama adik Alhan.. tapi tak larat nak menaip doh…
Kesimpulan aku di sini… CUBA KITA BAYANGKAN ANAK ITU ANAK KITA YANG TAK PERNAH BERPISAH DENGAN KITA.. TERPAKSA HIDUP KESEORANGAN KERANA VIRUS COVID-19 YG KITA PANDANG REMEH… JADI TURUTILAH ARAHAN #PKP#STAYATHOME#KITAJAGAKITA#FIGHTCOVID19#PRAY4MALAYSIA
Maaflah perkongsian aku ini bukan untuk mengaibkan adik Alhan, bukan untuk dihormati. TAPI SEKADAR PERKONGSIAN UNTUK KITA BERSAMA…
Bintang filem Jai Ho, Sana Khan merupakan aktres Bollywood terkenal yang sering membintangi filem serta menjadi model iklan.
Namun, pada tahun 2020 dia meninggalkan dunia hiburan untuk berhijrah (berhijab).
Genap sebulan berhijrah, Sana Khan bertemu jodoh dengan seorang ustaz dikenali sebagai Mufti Anas pada 20 November 2020.
Perkahwinan mereka tidak didedahkan kepada umum sehinggalah Sana Khan memuat naik potret mereka ke Instagram.
Kehidupan aktres jelita berusia 36 tahun kelahiran Mumbai, India ini berubah secara total. Kini Sana Khan dikenali dengan nama Saiyad Sana Khan.
Sana Khan begitu komited dengan keputusannya untuk berhijrah dan tidak lagi aktif dalam dunia hiburan.
Penampilannya turut berubah di mana dia sering mengenakan tudung dan abaya longgar serta labuh.
Biarpun berhijab dan bertudung labuh namun Sana Khan sering tampil dengan gaya modest and fashionable!
Sana Khan tidak menafikan kehidupannya dilimpahi populariti sepanjang bergelar artis. Namun, dia sedar bahawa tujuannya hidup di bumi adalah untuk mengikut perintah Pencipta.
Sana Khan juga sering memuat naik hantaran berbentuk Islamik ke media sosial.
Pun begitu, walaupun sudah meninggalkan dunia hiburan, Sana Khan masih aktif bekerja.
Selain menguruskan dan menemani suaminya dalam aktiviti-aktiviti keagamaan, Sana Khan juga rancak berbisnes.
Sana Khan kini bergelar usahawan fesyen dan pemilik jenama fesyen Muslimah iaitu Haya by Sana Khan di bandar Surat. Selain butik, Sana Khan turut memiliki pusat rawatannya sendiri iaitu Face Spa by Sana Khan.
Sana Khan dan suami juga aktif melakukan aktiviti sosial ‘Hayat Welfare Foundation’ yang diasaskan oleh mereka.
Biarpun telah berhijab, Sana Khan tetap mendapat sokongan daripada para sahabat dan para peminatnya. Sana Khan dianggap selamanya ‘bintang’ di hati mereka.
Kredit Foto: Instagram Sana Khan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!