Rasa mengantuk di awal pagi sudah menjadi lumrah sebahagian dari masyarakat kita. Bukan sahaja kanak-kanak, malah golongan dewasa pun mengalami masalah rasa mengantuk di awal pagi terutamanya saat ingin memulakan kerja di pejabat! Jangan jadikan kopi sebagai rawatan utama kerana kandungan kafein yang banyak dalam tubuh badan tidak bagus untuk kesihatan!

Sumber gambar: Cottonbro

Awas! Jika anda salah seorang darinya, anda harus mengubah sikap ini kerana ia boleh menjejaskan fokus anda dan menyebabkan prestasi kerja anda akan berkurangan! Selain dari minum kopi di awal pagi untuk mendapatkan kesegaran, ada pelbagai cara lain lagi yang boleh anda lakukan! 

Sumber gambar: Monstera
  1. Dapatkan tidur yang cukup

Bagi anda yang kurang mendapat tidur yang cukup dan berkualiti, ia mungkin akan menyebabkan anda berasa mengantuk pada keesokan harinya. Oleh disebabkan itu, anda disarankan untuk mendapatkan tidur yang cukup dalam durasi 6 hingga 8 jam sehari bagi orang dewasa. Jika boleh, jangan bawa kerja pejabat ke rumah kerana ia akan menyebabkan anda tidur lambat! Cuba selesaikan tugasan yang perlu supaya tidak mengambil masa yang diperuntukkan untuk berehat ya!

2. Makan pada waktu yang sesuai

Bukan hanya dapat mengelakkan dari berat badan naik, malah jika anda mengatur waktu makan dengan betul, ia akan memberi sumber tenaga yang secukupnya! Jadi, makanlah pada waktu yang sepatutnya supaya badan sentiasa bertenaga. Sekiranya anda rasa mengantuk, sediakan kudap-kudapan bagi mengalih perhatian anda dari tertidur. Jika ingin lebih sihat, sediakan kudapan seperti biskut oat ataupun buah-buahan.

Sumber gambar: Cottonbro

3. Rehat sebentar jika letih

IKLAN

Ini selalu terjadi kepada mereka yang kusyuk membauat kerja di pejabat sehinggakan tiada masa untuk berehat. Usah begitu. Berikan ruang kepada tubuh anda untuk berehat sekiranya sudah berasa penat. Ini dapat mengembalikan kesegaran kepada tubuh badan dan mengembalikan fokus kerja anda. Selain itu juga, jangan tidur jika belum mengantuk tetapi lebih elok jika hanya berbaring rehat sebentar sekiranya badan terasa letih.

4. Lakukan aktiviti senaman

Umum tahu bahawa bersenaman memberi banyak kebaikan kepada tubuh badan kita. Bukan hanya bagus untuk membakar kalori, tetapi ia juga membantu untuk menyegarkan tubuh badan kita. Aktiviti bersenam dapat memberikan stamina sekiranya badan terasa lemau, dan memberikan kesegaran kepada mata. Tubuh yang melakukan gerakan aktif akan mengurangkan risiko mengantuk walaupun sekadar berjalan sebentar. Jika di pejabat, lakukan senaman ringan dan mudah seperti menaiki tangga ataupun lari setempat. Ia pasti membantu!

IKLAN
Sumber gambar: Ketut

5. Jadual harian yang teratur

Khususnya kepada anda yang sudah berkeluarga, pastikan anda bijak untuk menyusun atur jadual harian anda supaya tidak menganggu waktu tidur. Penjadualan masa yang baik, seperti menyiapkan kerja sebelum waktu tidur atau menguruskan anak-anak secepat mungkin, pasti tidak akan mengganggu rutin yang baik dalam kehidupan seharian. Misalnya tidur pada waktu malam, agar tidak mengantuk pada siang harinya.

6. Muzik sebagai bahan rawatan

IKLAN

Khas untuk anda yang sudah buntu untuk mencari solusi bagi menyegarkan tubuh badan anda, cuba untuk jadikan muzik sebagai rawatan terbaik. Alihkan perhatian dengan melakukan aktiviti lain seperti mendengar muzik kegemaran anda dengan rentak muzik yang rancak! Ini pastinya akan memberi anda semangat untuk melakukan tugasan kerja anda!

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI