Bintik hitam pada kulit wajah jelas sekali menjadikan wajah terasa kasar. Bintik hitam ini biasanya sering tumbuh pada bahagian hidung. Tidak dapat dinafikan, bahagian hidung dengan kesan bintik-bintik hitam menjadikan penampilan seseorang itu nampak tidak sempurna.

Memang ia boleh diselindungkan dengan solekan namun itu hanyalah penyelesaian sementara. Namun dengan cara mencuci wajah dengan betul serta penggunaan produk yang tepat masalah bintik hitam a dapat di atasi. 

Ikuti perkongsian ZinniRah Zulaikha

The power of hydrating & proper cleansing!

Sebelum ini sudah cuba macam-macam cara untuk hilangkan bintik-bintik hitam kecil pada hidung. Ia bukan blackhead. Ia adalah sebaceous filament (SF). SF adalah particle yang dihasilkan daripada kalenjar minyak yang berfungsi untuk memmbawa sebum ke permukaan kulit bagi mengimbangi kelembapan kulit. Ia berbeza daripada blackhead. Blackhead adalah clog pores.

Ketika belum kenal dunia produk kecantikan dahulu selalu cuba keluarkan bintik-bintik ini menggunakan besi untuk picit jerawat. Paling tidak pun akan guna pore strip yang melekat macam gam gajah sampai hidung merah-merah. Yang ini cara paling cepat berkesan. Hidung terus rasa licin. Tapi sakit! dan tahukah anda pore strip boleh menyebabkan iritasi dan berpotensi merosakkan pembuluh darah di kawasan yang terlibat?

IKLAN
Sebelum kenal skrub (saya cuba skrub terlebih dahulu untuk exfoliant)                                                               

Apabila sudah tahu serba sedikit tentang rutin penjagaan wajah, barulah tahu bahawa sedar. Sebaceous filament tidak boleh hilang pun sebab ia memang semulajadi dan normal bagi setiap manusia. Kalau buang pun ia akan tetap akan muncul balik. Jadi kita hanya boleh kawal atau minimumkannya dengan cara yang betul. 

Sebelum dan selepas saya amalkan rutin yang betul. Indeed, hydration dan proper cleansing are the key!

Firstly, hydration is the key. Hidrasi kulit kena jaga. Basic skincare routine jangan skip sebab benda ini wajib buat walaupun kita malas. Pembersih muka, pelembap dan sunblock. 3 benda ini sekurang-kurangnya mesti ada.

Seterusnya exfoliate. Mula-mula dahulu saya pernah guna physical exfoliant (PE) seperti skrub dan konjac sponge. Ada perubahan pada hidung, kulit pun rasa lembut tetapi ia kurang berkesan untuk merawat sebaceous filament. Jadi saya cuba guna chemical exfoliant (CE); AHA dan BHA. Tapi kena ingat, sebelum hendal guna CE, asas pen jagaan wajah mesti kukuh. Jika belum kukuh, elok guna sahaja cara physical exfoliant (PE).

Physical exfoliant. Mostly skrub. Pernah try st ives apricot masa mula-mula kenal skrub dulu. Tapi tekstur dia yang kasar boleh menyebabkan micro-tears kat kulit. Saya stop lepas pakai 1 botol je. So, tak nak listkan kat sini. Konjac sponge saya jarang pakai sebab asyik lupa, tapi still pakai.

Selain CE, clay mask dan cleansing oil pun sangat membantu untuk meminimumkan sebaceous filament. Cleansing oil korang boleh buat sebagai double cleansing, guna sebelum pencuci muka biasa yang biasa anda gunakan. Clay mask dan CE pula tidak perlu guna setiap hari. Hanya untuk kegunaan dua hingga tiga kali seminggu sahaja.

IKLAN
Chemical exfoliant yang saya pernah dan sedang guna. Among these 3 products, paula’s choice 2% bha liquid is my holy grail!

Pernah juga gabungkan tiga produk ini (cleansing oil, CE dan clay mask) sebelum guna skincare lain. Fungsinya ialah untuk gritting method. Hasilnya anda boleh lihat sendiri.

 

Clay mask.. so far, innisfree warna biru ini sahaja boleh tolerate dengan kulit saya. Ia tidak mengeringkan seperti kebanyakan clay mask yang lain..

 

Cleansing oil. So far pernah try yang nih je. Actually sebelum nih kulit saya ok guna biore nih. Tapi sekarang macam tak boleh dah. Naik tiny bumps. So, kena cari cleansing oil yang baru. Tapi, yes. Cleansing oil nih paling banyak berjasa untuk double cleansing step saya.

Walau bagaimmanapun harus diingatkan bahawa produk yang saya gunakan tidak semestinya akan sesuai dan berkesan untuk setiap orang. Your milleage may vary. Saya hanya kongso pengalaman sahaja. Yang penting sebelum guna sesuatu produk, lakuan terlebih dahulu patch test.

IKLAN

NOTA: Kegunaan untuk jenis kulit normal dan kering.

HIJABISTA: Apa jua produk yang ingin digunakan pastikan ianya sesuai dengan jenis kulit anda. Jangan mudah terpengaruh dengan iklan dan juga rakan-rakan yang menggunakan sesuatu jenis produk. 

Sumber kredit: ZinniRah Zulaikha

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI