Setiap orang mengalami alahan yang berbeza waktu mengandung. Bagi Amma Malik pula, dia mengalami alahan yang lain daripada yang lain apabila wajahnya berubah ketika hamil.

Bukan hanya wajah, tona kulitnya juga berubah sehingga membuatkan keyakinan dirinya menjadi luntur.

Pernah juga rasa hilang semangat kerana perubahan yang dialami itu, dia bersyukur apabila wajahnya kini berubah ke asal seperti sedia kala.

Amma yang merupakan seorang usahawan pakaian dan model memang memiliki rupa paras yang jelita sejak dari dahulu lagi.

IKLAN

Alahan ketika hamil yang telah merubah wajahnya.

IKLAN

Syukur ke hadrat Illahi wajahnya sudah kembali ke asal. Dia juga kini sedang berusaha menurunkan berat badan agar sesuai dengan BMI (Body Mass Index) tubuhnya.

IKLAN

Di ruang komen, ramai yang memberikan semangat padanya agar tidak menghiraukan kata-kata negatif daripada orang lain. Mereka juga bergurau mengatakan bayi yang dilahirkan itu yang telah mengambil seri ibunya. Memang comel sangat anaknya!

Bila membaca kisah Amma ini, pastinya membuatkan kita terasa lebih menghargai ibu kita sendiri. Sungguh besar pengorbanan yang dialami oleh seorang ibu sewaktu mengandung dan membesarkan kita. Oleh itu, ingati dan hargailah jasa mereka dengan sebaik-baiknya.

kredit: Facebook Amma Malik