Setelah puluhan tahun berkecimpung sebagai anak seni menyumang kepada industri kreatif tanah air, pelakon Norkhiriah Ahmad Shapie akhirnya dinobatkan sebagai Pelakon TV Komedi Terbaik menerusi telefilem Madu di Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) semalam.
Terlalu gembira dan bangga dengan pencapaian ini, Norkhiriah naik ke pentas bersama cahaya mata sulungnya untuk berkongsi rezeki serta moment indah berkenaan yang pastinya akan tersimpan rapi dalam lipatan sejarah berharga miliknya.
Pertama Kali Menang Anugerah, Saya Sedang Mengandungkan Hudhaifah
“Dulu, waktu pertama kali menang anugerah, saya mengandungkan anak saya yang ini. Semalam, saya bawa dia naik ke pentas.
“Saya rasa sangat teruja dan saya bawa anak saya, Muhammad Hudhaifah, 13, untuk menemani saya ke pentas bagi menerima anugerah itu,” katanya lapor Harian Metro.
Kemenangan pada kali ini disifatkan sebagai kemenangan yang penuh bermakna dan beliau begitu teruja, ekoran dirinya sudah lama tidak tercalon dalam mana-mana anugerah bagi kategori komedi.
Ads
“Selepas bertahun-tahun, barulah saya berpeluang tercalon semula. Sebelum ini, kalau ada pun pencalonan, tak sampai Top 5.
“Untuk pencalonan semalam, saya dapat tahu pun di saat-saat akhir. Jadi, saya hadir untuk meraikan dan memeriahkan acara itu.
“Tak sangka pula nama saya diumumkan sebagai pemenang. Saya terus peluk sahabat saya, Ieda Moin dan anak saya, kemudian bawa dia naik ke pentas,” katanya.
Ads
Untuk rekod, antara pesaing yang turut tercalon bagi kategori sama adalah Didie Alias (Apartment Putra), Ieda Moin (Madu), Joey Daud (Apartment Putra) dan Kazaruddin Saisi (Heri Bota).
Mengulas berkenaan perkembangan terkini beliau, Norkhiriah berkata, dia baru sahaja usai menjalani sebuah penggambaran drama bersiri berjudul Nikah, Cerai, Rujuk sebanyak 24 episod terbitan JS Pictures.
Keinginan untuk memiliki bibir yang munggil dan lembap adalah satu benda yang sukar untuk kita miliki. Setiap hari, bibir tampak kering dan kusam sahaja.
Penjagaan bibir seperti scrub sudah menjadi rutin kecantikan yang sudah lama diamalkan. Namun…ada yang terlalu melakukannya sehingga menyebabkan iritasi dan semakin rosak!
Menjadi satu rutin kecantikan yang lazim dilakukan, scrub bibir tidak lagi dipandang remeh orang ramai. Banyak juga produk scrub bibir yang sesuai mengikut sensitiviti lain-lain individu.
Ramai juga yang menyedari kepentingan menjaga kesihatan dan kecantikan bibir. Tetapi ada juga yang terlebih melakukannya serta ada kesalahan jua dalam menjaga bibir.
Penjagaan bibir adalah penting tetapi anda tidak perlu lakukannya setiap hari. Kalau anda yang suka untuk lakukan scrub setiap hari, ingatlah bibir anda akan cepat rosak.
Lapisan kulit bibir adalah nipis dan tidak setiap hari kulit mati akan muncul pada permukaan bibir anda. Kalau anda lakukannya pada setiap hari, ia akan menipiskan dan melukakan bibir anda!
Melakukan scrub pada bibir kering akan merosakkan lagi bibir anda. Ia bukan menanggalkan kulit mati pada saat ini, tapi akan melukakan lagi bibir anda!
Sebelum mula scrub, seeloknya anda oleskan sedikir pelembap bibir supaya permukaan bibir akan menjadi lebih lembap. Biarkan seketika dan kini anda boleh mula untuk scrub bibir anda!
Pada asasnya, memang tujuan anda scrub bibir untuk menanggalkan kulit mati. Tapi itu bukanlah alasan untuk anda lakukannya secara kasar!
Lakukan dengan kasar akan membuatkan lagi bibir anda menjadi nipis dan sensitif. Tidak perlu tonyoh tapi hanya lakukannya dengan lembut sahaja.
Bila bibir yang sudah kering selepas di scrub, anda perlu oleskan sedikit pelembap bibir. Kenapa? Bibir perlukan perlindungan juga, jadi anda harus menghunakan pelembap bibir yang ada SPF bagi menghindari pigmentasi.
Madu sering menjadi tumpuan orang ramai kerana khasiatnya yang boleh memanfaatkan tubuh badan kita. Tetapi adakah penggunaannya secara berlebihan boleh juga memudaratkan kesihatan?
Ada yang alpa hakikatnya kita tidak boleh terlalu menggunakan madu secara berlebihan. Tambahan lagi pula, ada fakta yang menunjukkan beberapa kesan yang boleh terjadi pada tubuh badan jika pengambilan madu secara berlebihan.
Secara lazimnya, masyarakat di Malaysia sangat sinonim dengan perkataan madu. Rasa yang manis, lazat, juga menenangkan itu sangat menjadi bahan alternatif untuk menjaga kesihatan oleh kerana manfaat yang boleh di peroleh. Bahkan, tercatat juga di dalam al-Quran, dalam surah ke-16 iaitu al-Nahl ayat 68 dan 69 dengan jelas menyebutkan tentang keberkesanan madu sebagai penawar.
Oleh kerana itu, madu sering di jadikan bahan utama untuk perubatan sejak kurun lamanya ketika 8000 tahun yang lalu. Kebanyakan orang mesir kuna, Rom, Yunani, Asyur, dan China menggunakan madu sebagai tujuan terapeutik seperti penyembuhan luka dan penyakit gastrousus.
Kini apa yang berlaku adalah madu yang di hasilkan bukanlah asli seperti yang ada buat seketika waktu dahulu. Kebanyakan madu yang di jual di pasaran telah bercampur aduk dengan madu tulen mahupun palsu. Madu tulen yang mengandungi 80% gula terutama dari fruktosa dan glukosa–mempunyai banyak kandungan seperti vitamin, mineral, asid fenolik, protein, dan enzim. Manakala, madu palsu yang juga di sebut sebagai ‘adulterated honey‘ mempunyai kandungan bahan asing yang menurunkan kualiti madu tersebut.
Kenapa munculnya madu palsu? Ini kerana pencemaran yang berlaku seperti perubahan iklim, penebangan pokok, dan sebagainya yang mengancam kitaran habitat lebah. Jadi kebanyakan koloni lebah semakin hilang dan ia menjejaskan pengeluaran madu bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.
Jika kita lihat semula pasaran jualan madu lebah pula, memang agak sukar untuk kenalpasti asli dan tiruan. Kesukaran ini yang membuatkan ramai orang tertipu dan tidak mendapat khasiat yang sebetulnya dari madu asli.
Jadi apa yang bakal berlaku jika mengamalkan madu lebah secara berlebihan tambahan pula ada yang palsu terjual di pasaran? Ayuh kita lihat beberapa asbab yang boleh berlaku:
Terdapat kesan jangka masa pendek kepada pengguna jika mereka mengambil madu lebah secara berlebihan. Perut akan susah untuk mencerna di sebabkan kandungan fruktosa di dalam madu yang mempengaruhi kemampuan usus juga penyerapan nutrisi darinya.
Mereka yang ambil secara berlebihan juga mungkin ada sakit perut, kembung perut, dan juga perut boleh menjadi cramp!
Meski pun ia menjadi alternatif dalam perubatan, tetapi kandungan gula yang ada di dalamnya boleh menjadi risiko kepada penyakit diabetes. Satu suapan madu boleh bertahan dan meningkatkan kadar hemoglobin A1C dalam dara. Kadar hemoglobin A1C boleh merisiko kita kepada penyakit diabetes.
Ya, berat badan juga meningkat jika pengambilan madu di ambil setiap hari. Satu sudu madu (21 gram) boleh mengandungi sebanyak 64 kalori dan ia tergolong dengan golongan gula tambahan.
Pengambilan madu yang berlebihan sangat berkait rapat dengan penambahan berat badan. Jika di lihat semula pengurangan gula boleh mengurangkan berat badan.
Minum madu secara berlebihan juga merisikokan kesihatan gigi. Menurut kajian data dari USDA di Amerika Syarikat, sekitar 82% madu diperbuat dari gula. Gula pula boleh memberikan reaksi pada bakteria di mulut dan menghasilkan asid, yang di mana boleh membuatkan gigi menjadi sensitif. Selain dari itu, kelikatan madu yang senang menempel pada gigi juga boleh merosakkan gigi.
Mengambil madu sebagai bahan perubatan untuk kekal sihat itu bagus tetapi perlulah menggunakan dengan cermat. Pastikan jua diet anda seimbang supaya apa-apa pengambilan bahan semulajadi sebagai alternatif perubatan boleh membantu anda.
Gula dalam darah bertindak sebagai sumber tenaga utama badan. Tetapi mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi tidak bermakna anda akan berasa terbeban untuk menangani senarai tugasan harian.
Sebaliknya, sebenarnya. Gula darah tinggi boleh menyumbang kepada sakit kepala dan membuat anda berasa letih, lemah dan juga loya. Lama kelamaan, ia boleh menyebabkan pradiabetes atau diabetes.
Makan diet yang sihat dan bersenam boleh mengekalkan gula dalam darah dan memantau pengambilan minuman juga boleh membuat perubahan. Walaupun tiada minuman ajaib yang akan menurunkan gula dalam darah anda, minuman tertentu boleh membantu menstabilkan gula dalam darah dan mencegah lonjakan.
Inilah yang pakar diet katakan tentang minuman terbaik dan paling teruk setakat keseimbangan gula dalam darah.
Makanan sudah tentu boleh meningkatkan gula darah, tetapi apa yang anda minum memainkan peranan juga. Kekal terhidrat adalah kunci untuk mengekalkan keseimbangan gula dalam darah. Memandangkan darah terdiri terutamanya daripada air, walaupun sedikit dehidrasi boleh menyebabkan darah lebih pekat dan paras glukosa yang lebih tinggi. Berikut ialah beberapa minuman mesra gula darah untuk dicapai apabila anda berasa dahaga.
Tidak hairanlah BFF gula darah anda ialah bahan yang terdiri daripada darah bermula dengan H2O. Meminum air yang mencukupi, terutamanya apabila paras gula darah dinaikkan, boleh membantu mengurangkan paras gula dalam darah, kerana cecair itu membantu menghidrat dan meningkatkan jumlah dalam aliran darah, mencairkan paras glukosa. Ini juga penting untuk buah pinggang , kerana mereka yang mempunyai gula darah tinggi dan penyakit seperti diabetes sering mengalami penurunan fungsi buah pinggang akibat saluran darah yang rosak.
Walaupun kebiasaan minum air selepas bangun tidur dan sebelum tidur tidak mengeluarkan gula dalam darah, ia membantu melindungi fungsi buah pinggang. Ini bermakna mereka yang mempunyai paras gula dalam darah tinggi harus meningkatkan pengambilan air untuk membantu mengimbangi sebarang kesan negatif. Bertujuan untuk lapan hingga 10 cawan sehari, ditambah 8 auns untuk setiap 30 minit senaman.
Sebarang makanan atau minuman yang merupakan antioksidan atau dirujuk sebagai polifenol membantu gula darah dengan mengurangkan penyerapan karbohidrat (sejenis gula) dan meningkatkan pengambilan gula ke dalam sel, yang mengakibatkan lonjakan gula darah yang lebih kecil. Kopi adalah salah satu daripada minuman yang kaya dengan polifenol ini. Kajian mendapati bahawa penggunaan kopi (kedua-dua berkafein dan tanpa kafein) adalah berkait songsang dengan risiko seseorang menghidap diabetes jenis 22.
Jika anda bimbang tentang gula dalam darah, pastikan kopi anda hitam. Apa sahaja yang anda masukkan ke dalam kopi anda untuk memaniskannya, seperti sirap berperisa, gula dan susu, tidak akan mempunyai kesan penstabilan yang sama seperti kopi hitam.
Seperti kopi, teh hijau padat dengan polifenol dan meminumnya boleh mengurangkan risiko diabetes jenis 23. Jika anda sedang mencari teh hijau dengan bilangan polifenol tertinggi, pilihlah matcha. Kompaun dalam teh hijau juga boleh mengurangkan keradangan dan hormon tekanan dalam badan, yang boleh membantu melawan rintangan insulin. Teh ais tanpa gula dalam apa jua bentuk juga boleh membantu anda kekal terhidrat tanpa mengambil risiko kenaikan gula dalam darah.
Anda mungkin tidak fikir jus buah-buahan adalah pilihan paling sihat apabila ia berkaitan dengan gula dalam darah, tetapi 100% jus prun mempunyai beberapa manfaat kesihatan. Prun mempunyai 4 gram serat semulajadi setiap hidangan dan menyokong kesihatan usus, yang mempengaruhi peraturan gula darah.
Menambah lebih banyak makanan kaya serat ke dalam diet anda boleh membantu menstabilkan paras gula dalam darah sambil mengekang selera makan untuk menggalakkan pengurusan berat badan. Minum setengah cawan, atau gunakan jus prun untuk memaniskan smoothie, sup dan sos secara semula jadi.
Minuman dengan gula tambahan diserap dengan cepat dalam badan, yang boleh meningkatkan gula darah dan paras insulin. Ini benar terutamanya apabila anda meminumnya semasa perut kosong.
Jadi, apabila memilih minuman untuk diminum, lihat label untuk membantu mengesan mana-mana pensabotaj gula dalam darah. Minuman tinggi gula tambahan dengan nilai pemakanan yang sedikit akan menjadi minuman yang paling teruk untuk gula darah.
Ini termasuk minuman manis seperti soda, yang akan meningkatkan kadar insulin dan gula darah dengan cepat. Minuman tenaga juga merupakan pilihan yang tidak baik kerana kedua-dua pengambilan kafein yang berlebihan dan gula tambahan boleh menyumbang kepada lonjakan gula dalam darah.
Apa lagi yang boleh anda lakukan untuk mengekalkan paras gula darah anda pada lurus dan sempit? Berikut ialah beberapa strategi mudah untuk mula dilaksanakan:
Tukar karbohidrat dengan avokado untuk sarapan pagi:
Percubaan klinikal mendapati bahawa dengan menukar pilihan karbohidrat yang lebih tinggi dengan separuh atau keseluruhan avokado boleh menjejaskan tahap glukosa dan insulin. Avokado juga mempunyai jumlah serat yang baik untuk melambatkan penghadaman dan mencegah lonjakan gula darah yang cepat. Lekatkan beberapa hirisan avokado dalam smoothie pagi anda dan bukannya buah berkarbohidrat tinggi seperti pisang atau nanas untuk minuman pagi yang berkrim dan mengenyangkan.
Jangan sekali-kali makan karbohidrat sahaja
Makan karbohidrat tidak “buruk” kerana kita memerlukannya untuk bertukar menjadi glukosa dan memberi kita tenaga. Anda hanya perlu memastikan memakannya dengan betul. Semua makanan dan makanan ringan harus mempunyai protein, karbohidrat dan lemak yang sihat. Bersama-sama, ini akan mengawal pencernaan dan dengan itu, kadar di mana karbohidrat ditukar menjadi glukosa.
Jangan minum gula semasa perut kosong: “Pada perut kosong, cecair diserap melalui usus dan ke dalam aliran darah dalam masa 15 hingga 30 minit. Jika terdapat makanan di dalam perut atau dicampur dengan minuman, komposisi makanan akan mengubah kadar gula dalam darah meningkat. Jadi, jika minuman mempunyai gula tambahan, sebaiknya minum dengan makanan yang mengandungi protein dan lemak untuk melambatkan penyerapannya.
Anda tidak perlu menghidap pradiabetes atau diabetes untuk mengambil berat tentang tahap gula darah anda. Tahap tidak seimbang boleh menjejaskan perasaan anda setiap hari, hidangan demi hidangan.
Apabila gula darah tidak dikawal dengan baik selepas makan makanan berat karbohidrat, snek, atau minuman manis, seseorang mungkin mengalami keletihan selepas makan, perubahan mood, atau lebih banyak keinginan. Apabila ini berlaku, ia adalah kerana tindak balas insulin melampaui tanda, membawa gula turun sedikit terlalu jauh dan mengakibatkan keinginan yang kuat untuk meningkatkan gula darah kembali. Ini menjadi kitaran ganas yang boleh menyebabkan sensitiviti insulin yang lebih rendah.
Gula darah yang sihat ialah gula darah yang tidak lebih tinggi daripada 140 mg/dl selepas makan dan turun kepada <100 mg/dl kira-kira dua hingga tiga jam selepas makan. Anda tidak akan mengetahui nombor ini jika tidak menggunakan monitor glukosa, tetapi gula darah tinggi yang berpanjangan mempunyai beberapa simptom yang ditetapkan.
Penglihatan kabur, dahaga yang berlebihan, kerap bangun untuk kencing pada waktu malam, penurunan berat badan yang tidak diingini, kemurungan dan kabus otak mungkin semua tanda bahawa paras gula dalam darah anda tidak stabil.
Mengekalkan paras gula darah yang seimbang akan memberi manfaat kepada kesihatan, mood dan perasaan anda selepas makan. Apa yang anda minum boleh menjejaskan gula darah anda lebih daripada yang anda sedar.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!