Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah rambut putih atau uban pada usia muda boleh membuatkan mereka kelihatan lebih berusia. Ia juga menyebabkan tahap keyakinan diri mula berkurangan dan malu bergaul.

Bagi lelaki, kawasan paling banyak ditumbuhi uban ialah di tepi kepala, misai, janggut dan jambang. Sementara itu, bagi wanita pula, kawasan tumpuan uban ialah di bahagian sempadan kulit kepala.

Elakkan tabiat mencabut uban kerana ia berbahaya dan boleh memberikan kesan trauma terhadap kulit kepala yang ada kalanya mengakibatkan luka. Ada luka kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar yang akhirnya menyebabkan kepala menjadi botak.

Ada kalanya rambut beruban akan membuatkan sesiapa sahaja ‘gatal’ tangan untuk mencabutnya.Biarkan saja uban ini atau guna cara lain seperti memotong untuk memendekkan uban.

TANDA MASALAH KESIHATAN 

Rambut beruban terutama ketika masih berusia muda mungkin menandakan seseorang individu itu sedang menghadapi masalah kesihatan.

IKLAN

Satu kajian yang dibentang di satu konferens kardiologi, EuroPrevent 2017 oleh Dr. Irini Samuel, seorang pakar jantung di Cairo University, Mesir mengaitkan masalah rambut beruban dengan peningkatan penyakit jantung di kalangan lelaki.

Atherosclerosis, adalah sejenis penyakit di mana saluran darah tersumbat akibat seseorang itu mengalami penyakit tekanan darah tinggi, merokok, diabetes dan tahap kolesterol yg tinggi.

Sementara masalah rambut yang beruban juga bermula dengan proses yang sama, iaitu kerosakan DNA, keradangan oksidatif, perubahan hormon, dan kelemahan fungsi sel.

RISIKO PENYAKIT JANTUNG

IKLAN

Kajian yang melibatkan 545 orang dewasa mendapati mereka yang beruban menpunyai risiko penyakit jantung (coronary artery disease) yang lebih tinggi tanpa mengira usia atau sedang menghadapi masalah penyakit kronik yang berbahaya itu.

Sebelum ini beberapa kajian dahulu pernah dilakukan (semenjak 1990an), yang menunjukkan kaitan antara rambut beruban dan serangan sakit jantung.

 

IKLAN

Saya percaya banyak lagi kajian yg perlu dilakukan bagi membuktikan hubungan antara rambut beruban dengan masalah penyakit jantung. Bagi mereka yang mempunyai rambut beruban tidak perlu panik, tetapi lebih baik jika melakukan pemeriksaan doktor.

Apa yang penting kita menjaga kesihatan dengan memilih makanan yang sihat, lakukan pergerakan fizikal dan menguruskan stress dgn baik.

Saya sendiri mengamalkan minyak zaitun setiap pagi dan malam untuk kekal kesihatan saya. Rasa lebih bertenaga dan lebih sihat.

Ayuh kita amalkan pengambilan minyak zaitun setiap hari dalam diet harian. Ia sememang baik untuk penjagaan kesihatan untuk jangka panjang. Kesihatan adalah ‘harta’ yang tidak ternilai.

Sumber kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad